Skip to main content

Zulkifli Noordin Digesa Masuk UMNO


Zulkifli Noordin Digesa Sertai UMNO
Ekoran Kenyataan Terbaru Beliau

Saya merasakan YB Zulkifli Noordin perlu menyertai UMNO, memandangkan prinsip dan keikhlasan beliau dalam perjuangan politik lebih mirip kepada UMNO. UMNO memerlukan seramai mungkin individu yang ikhlas seperti YB Zulkifli bagi mewujudkan suasan politik UMNO yang lebih bersih, baik dan mendekati Islam. Saya doakan agar hati beliau terbuka untuk menyertai UMNO. Amin. (Baca tulisan terbaru beliau di bawah ini)

1. Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier mengadakan majlis didalam surau di Klang.

2. Itu kejadian yang kita tahu, atau yang dah terbongkar. Entah berapa banyak lagi pencemaran dan pencabulan terhadap institusi Islam kita tidak tahu. Baru ini kita dikejutkan dengan seorang Pak Jangoat yang rela berdoa untuk seorang pemimpin kafir harbi, dengan mengenepikan doa untuk kebaikan pemimpin sendiri. Saya ingat lagi tahun lepas kejadian umat Islam berebut untuk mendapat agihan lembu qurban dari wakil rakyat kafir!! Entah apa nak jadi dengan umat Islam bangsa Melayu hari ini. Ketaksuban berpolitik menjadi modal penghalal segala tindakan!

3. Saya tidak menyalahkan wakil-wakil rakyat kafir ini kerana mereka kafir. Walaupun saya tidak bersetuju dengan pandangan mereka mungkin tidak tahu adab dan hukum hakam memasuki masjid. Kerana sudah lebih beratus tahun kaum kafir Cina, India dan lain-lain tinggal didalam negara ini bersama masyarakat Islam. Kalau setelah begitu lama bersama kita masih mereka menggunakan alasan dangkal tidak tahu, sebagaimana ada diantara mereka masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga kini, maka saya rasa mereka tidak layak untuk terus menikmati taraf kewarganegaraan negara umat Islam ini.

4. Apa yang saya kesalkan ialah sikap segelintir orang Melayu yang membenarkan poerkara ini berlaku. Apakah kerana mereka jahil, atau kerana mereka terlalu pelahap saya sendiri pun tidak pasti. Atau apakah atas nama politik semuanya halal belaka sekarang ini? Sudahlah nama tuhan mereka gadaikan, hasil arak kini halal diambil, anak bini pun boleh jadi bahan gadaian politik,kuil hindu nak disumbat dihalaman umat Islam, kini masjid surau pun kafir dah boleh masuk, siap bertazkirah lagi!!

5. Kalau tujuan membawa mereka masuk itu untuk didakwahkan satu hal juga. Tetapi apa yang jelas dalam semua kejadian diatas, matlamat segelintir kaum Melayu ini membawa masuk para kafir ini kedalam ruang utama solat tempat mereka bersujud ruku' kepada ALLAH kerana hendakkan habuan angpau dan wang ringgit daripada kafir-kafir ini. Maka terhegeh-hegehlah orang Melayu beratur berhimpun berjemaah didalam tempat sujud mereka menadah tangan memohon angpau dan bantuan para kafirun ini.

6. Mungkin lepas itu mereka bersujud syukur kerana mendapat habuan angpau para kafirun ini, sedang para kafirun ini berdiri megah memijak tempat sujud mereka dan menghulurkan habuan dan bantuan dalam angpau, envelop dan sampul. Begitu hina sekali bangsa Melayu bukan lagi didalam tanahair mereka, tetapi didalam tempat mereka bersujud kepoada ALLAH tuhan mereka. Macamlah dah tiada tempat lain untuk menagih angpau para kafir ini.

7. Saya tengok seteruk-teruk keadaan umat Islam di Gaza, mereka takkan benarkan seinci masjid mereka dijejaki oleh para kafirun disana. Apatah lagi ini adalah para kafir harbi yang terang-terang menolak Islam, menolak perlaksanaan hukum Islam, dan menolak penubuhan sebuah daulah Islamiyyah. Ada pulak para agamawan yang menyokong dengan pelbagai teori dan falsafah. Habis dikorek segala kitab kuning untuk menghalalkan tindakan membenarkan kafir harbi ini memijak masuk tempat utama solat didalam masjid. Katanya Nabi dulu pun buat begitu!!

8. Memang benar Rasulullah membenarkan para kafir memasuki kawasan masjid, tetapi bukan untuk tujuan menagih angpau, envelop dan sampul dari para kafir tersebut. Nabi menyeru mereka kepada Islam, tunduk kepada keesaan ALLAH. Rasulullah tidak mengharapkan undi mereka, apatah lagi menagih seringgit dua dari mereka. Rasulullah melakukannya semuanya atas nama ALLAH, dan mengajak mereka kepada menjadi hamba ALLAH!

9. Apakah para agamawan ini membutakan mata mereka kepada hakikat dan fakta sebenar yang berlaku. Para wakil rakyat kafir itu datang dan hadir atas nama politik kepartian, mengharapkan undi untuk mereka bagi pilihanraya akan datang. Untuk itu mereka datang dengan sampul dan envelop serta angpau. Takkan itu pun para agamawan kita tidak nampak, atau sengaja mereka menutup mata kepada hakikat sebenarnya. Mereka sepatutnya lebih amanah dengan ilmu mereka dan bukan menggadainya untuk mendapat sokongan partisan politik kepartian.

10. Saya tahu ada kalangan agamawan yang terdesak untuk mendapat semula sokongan yang hilang, tapi bukan dengan mengkhianati ilmu mereka dan berselindung disebalik segala teori dan falsafah, sambil menutup mata kepada hakikat dan fakta sebenar.

11. Hakikat dan fakta sebenar kejadian membenarkan wakil rakyat kafir untuk memasuki ruang utama solat tempat umat Islam menyembah ALLAH itu bukan untuk tujuan dakwah, tetapi untuk mendapat angpau, bantuan dan kewangan dari mereka!! Wakil rakyat kafir ini dijemput bukan untuk diseru kepada Islam. Sebaliknya mereka yang tazkirahkan umat Islam. Mengingatkan umat Islam supaya bersyukur dan berterimakasih dengan angpau dan envelop yang diberi. Dan jangan lupa undi mereka dalam pilihanraya akan datang. Dan para wakil rakat kafir ini bukan datang melancong!!

12. Apakah para agamawan ini merasakan para kafirun itu akan pulang dengan penuh keinsafan akan kebesaran ALLAH? Saya percaya mereka akan pulang dengan bangga dapat memijak tempat sujud umat Islam kerana umat Islam terlalu mengharapkan angpau dan bantuan kewangan mereka, dan mungkin beberapa undi tambahan akan mereka perolehi dalam pilihanraya akan datang. Saya mahu bertanya dah berapa ramai wakil rakyat kafir ini yang sudah menerima Islam? Sudah hampir tiga tahun tidur sebantal dengan mereka, dah berapa ramai yang kalau tak masuk Islam pun,ataupun sekurang-kurangnya memahami Islam.

13. Yang saya tengok, mereka makin angkuh dan sombong terhadap Islam. Kenyataan YAB Tok Guru Nik Aziz mendesak hudud dilaksanakan jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum ditentang habis-habisan oleh para kafir harbi ini dengan sokongan balaci-balaci Melayu mereka. Akhirnya kata sepakat dikeluarkan bahawa hudud tidak akan dilaksanakan jika PR menjadi kerajaan!! Bukan sahaja mereka tidak berlembut terhadap Islam, malah kelihatannya mereka makin angkuh dan biadap terhadap perjuangan Islam.

14. Dan membenarkan mereka masuk memijak tempat sujud umat Islam membawa angpau dan envelop adalah satu penghinaan terbesar keatas Islam. Bukan mereka yang didakwahkan, tetapi umat Islam yang ditazkirahkan oleh kafirun ini. Mungkin juga mereka menasihatkan umat Islam supaya bersyukur dengan angpau dan envelop yang disedekahkan, dan jangan lupa undi mereka nanti dalam pilihanraya ke 13!!

15. Benarlah kata Rasulullah saw, kita sekarang hidup dizaman fitan. Zaman yang umat Islam rosak akibat kejahilan mereka, dan ulama' nya pula terlalu lesu. Poltik kepartian sudah semacam menjadi satu agama baru bagi segelintir umat, dan mendapat kuasa semacam menjadi satu matlamat yang mesti dicapai atas apa sebab sekalipun.

16. Saya menyeru diri saya dan kesemua umat Islam, kembalilah kita kepada Islam yang sebenarnya. Dibulan Ramadhan Al Mubarak ini, ingatlah pesan ALLAH, "dibulan Ramadhan ini turunkan Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia, penuh dengan keterang dan bukti, supaya kamu dapat membezakan (yang mana Islam yang mana kafir). "Inilah kitab Al Quran, yang tidak ada keraguan sedikit pun padanya, menjadi petunjuk kanu untuk bertaqwa". Dan firman ALLAH, "diwajibkan keatas kamu berpuiasa dibulan Ramadhan, sebagaiaman diwajibkan ketas unmat terdahulu, semoga kamu berolah ketaqwaan".

17. Semoga ALLAH memberikan petunjuk dan hidayahNya, dan memberikan keampunan kepada kita. Doa Nabi saw diakhir tahiyyat, "lindungilah kami dari fitnah qubur, limdungilah kami dari fitnah neraka jahanam, lindungilah kami daripada fitnah dajjal".

Yang baik datangnya dari ALLAH, yang tidak itu dari kelemahan saya sendiri.
Selamat berpuasa, moga mencapai darjat ketaqwaan kelak.

Wassalam, adios amigos. Grasias.

Zulkifli Bin Noordin
Ahad
19 Ramadhan 1431
29 Ogos 2010

Comments

Anonymous said…
Mana mungkin YB Zul nak masuk parti yang korup (bukan aku yang cakap....Lembaga disiplin parti yang mengesahkannya)..licik dengan tipu muslihat...(bukan aku yang cakap...ahli parti yang beritahu)penuh dengan hipokrit (bukan aku yang cakap, tapi fakta menunjukkan)penuh dengan skandal (bukan aku yg cakap....bukti nyata banyak)
Anonymous said…
Setelah membaca tulisan YB Zulkifli Noordin, saya berkeyakinan penuh bahawa YB ini adalah seorang yang berjuang demi Islam semata-mata.

Dia berkata benar walaupun pahit.
Orang yang menentangnya adalah kerana dia bercakap benar. Mereka tak senang kerana dia berkata benar.

Saya juga berpendapat sama dengan saudara Azli. Bahawa YB Zulkifli Noordin patut mengisi borang UMNO dan menyertai UMNO dan bukan sebagai Ahli Bebas.

Semoga Allah memberi ia petunjuk ke jalan lurus. AAMINN!

Z
Saya rasa YB Zulkifli Nordin tidak perlu masuk UMNO walau pun didesak, yang pasti hari ini msuk esok kena pancung. Lebih baik diluar pagar dan buat lah teguran sepedas mungkin terhadap pemimpin-pemimpin Melayu yang masih belum rasa dirinya Melayu dan Islam.
sri serdang said…
Selaku MP kulim/bandar baru.YB sdr Zul tentu tahu UMNO di zaman Mamak kadiak lagi suka pancung sapa yg lebih drp dia atau adik dia.Apa jadi pada Azmi Daim.YB saya nasihat berhati-hati nak masuk UMNO.Depa kaki pancung.Senyum didepan racun dibelakang.Bahaya YB Zul.Depa kira geng depa sahaja walaupun dah tua kerepot.Kalau YB kaki yes man boleh tahan.Fikir 100 x YB dng UMNO Kulim?Bandar Baru.Tak percaya tanya orang Kulim.
guru yahya said…
x silap pada 90an Adun Intera Mahkota, Li Tian Ker dar MCA pun pernah masuk surau Indera Mahkota masa rasmikannya, tapi mungkinkah sebab beliau BN maka tiada siapa mempersoalkan adakah beliau berhadas besar atau tidak.
shamshul anuar said…
Saudara,

Mungkin lebih elok Zulkiffli berada di luar UMNO. Kalau dia masuk UMNO, orang PAS akan tuduh dia dibeli UMNO.

Semua kita tahu PAS begitu bencikan UMNO. Yang Islam pada PAS ialah ahli PAS saja.

Saudara AMNItPTG( ap punya nama ni),

Saya tak fikir Zulkifli akan "dipancung" kalau masuk UMNO.

Saudara Guru yahya,

Masalahnya ada wanita bukan Islam masuk surau beri ceramah dilepit oleh Pengerusi Surau. Saya yakin Pengerusi surau boleh nasihatkan dia akan adab masuk surau.

Isunya bila ,masuk surau pakai baju macam pramugari. Kenapa takut sangatkah pengerusi surau untuk beri peringatan?

Itulah isunya. Tak payahlah suruh bukan Islam beri ceramah pula dalam surau.

Kemudian diberi bantuan pula dalam surau seolah sengkek sangat orang islam ini . Dimana maruah kita bila menadah tangan pada bukan Islam dalam surau.

Benda benda macam ini tak terjadi dizaman dulu. Kalaulah ada seorang wakil rakyat bukan Islam berpakaian macam pramugari masuk surau dinegeri yang diperintah UMNO, saya yakin tak cukup suratkhabar dimaki hamun oleh Harakah dan PAS.
Anonymous said…
tanda akhir zaman,ulamak-ulamak dunia memutarbelit hukum.kitab kuning jadi rujukan.Islam di malaysia langsung tidak boleh bergantung kepada nik aziz.bekerjasama dengan umno tak boleh kerana umno menentang islam.bekerjasama dengan kafir boleh pulak.alasannya dap telah terima islam.sebaliknya berlaku.bukan dap terima islam tapi pas terima dasar dap.ya allah ya tuhan ku selamatkan lah umat islam malaysia dari syaitan berwajah manisia!
rozana said…
This comment has been removed by the author.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
jangan la amek org mcm lalang ni....sbb percayalah manusia mcm inilah yg akan merosakan mana mana organisasi yg disertainya....telur sebijik riuh sekampong!

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...