Skip to main content

Penghinaan Terhadap Mufti Perak Sudah Bermula!


Penghinaan Terhadap Mufti Perak
Sudah Bermula!


1. Seperti yang sudah saya katakan sebelum ini - para bloggers pembangkang akan mula mengutuk dan menghina Mufti Perak, tatkala isu kewujudan "Perlembagaan Baru" dibangkitkan oleh TS Harussani minggu lalu. Ia seperti yang diramal - memperleceh, merendah-rendah dan memaki-hamun mufti yang berjiwa murni ini, semakin galak dilakukan tanpa rasa berdosa. Umpat keji yang dilemparkan terhadap Mufti Perak dimulakan dahulu dengan kenyataan super bijak Prof Abdul Aziz Bari yang seakan-akan cuba menggambarkan "kebodohan" dan "kedangkalan" Mufti Perak terhadap proses sesuatu perundangan negara digubal.

2. Nak kata tak pandai, nanti Abdul Aziz kecil hati pula, sebab namanya pun sudah ada title prof, jadi kita anggaplah beliau bijak dan super bijak. Sama ada kita faham atau pun tidak, yang dimaksudkan oleh Harussani berkenaan wujud "Perlembagaan Baru" itu bukanlah dalam erti kata sebenar-benar perlembagaan - sebaliknya ia merupakan draf atau cadangan/usaha awal bagi merombak perlembagaan negara yang sedia ada - ke arah sebuah perlembagaan yang dikatakan adil untuk semua.

3. Bagi sesiapa yang membaca laporan dan ucapan Harussani, jika kita bersikap jujur, kita akan faham maksudnya yang merujuk kepada "sudah ada usaha bertulis ke arah merombak perlembagaan negara" dengan menghapuskan segala keistimewaan Melayu dan institusi Raja di negara ini. Harussani bukan berkata bahawa "Perlembagaan Baru" itu sudah diluluskan oleh mana-mana pihak, sebaliknya beliau mendakwa sudah terdapat usaha bertulis yang berbentuk dokumen untuk menggantikan perlembagaan yang sedia ada. Itu sahaja. Rasanya Abdul Aziz Bari tak perlulah memutar-belitkan kenyataan Harussani, sehingga seolah-olah Harussani ialah seorang Mufti yang buta terhadap kaedah dan tatacara membentuk perlembagaan. Prof seperti ini, pada saya gelaran akademiknya harus ditarik balik. Banyak sangat ikut emosi daripada ilmu. Sebaiknya Abdul Aziz ni masuk PAS sahaja, senang sikit nak berkempen. Baca berita di bawah...


KUALA LUMPUR— Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari menegaskan tidak logik ada pihak mengeluarkan perlembagaan baru kerana dokumen sedemikian tidak boleh dibuat secara sembunyi-sembunyi dan tanpa melalui proses perundangan sewajarnya. Justeru tambah beliau, oleh kerana perlembagaan tidak boleh dipinda atau dimansuh tanpa persetujuan atau proses yang sah, maka soal wujudnya perlembagaan baru tidak timbul sama sekali.

"Ia perlu melibatkan Parlimen, Raja-raja dan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak."Ini kerana peruntukan-peruntukan tertentu khususnya yang menyentuh kedudukan Raja-raja, Islam, Melayu, bahasa serta negeri-negeri Borneo tidak boleh dipinda dan mansuh tanpa persetujuan atau proses yang melibatkan semua pihak tadi," kata beliau dalam ulasannya hari ini.

Malah menurut beliau, perlembagaan ialah instrumen yang melahirkan Parlimen, mahkamah dan apa jua institusi di negara ini."Jadi, bagaimana ia boleh dibuat oleh pihak-pihak tertentu saja?" soal beliau.

Bagaimanapun beliau yang juga pakar perundangan dari Universiti Islam Antarabangsa mengakui siapa pun boleh memberi tafsiran, cuma yang boleh dilaksanakan ialah tafsiran mahkamah meskipun tafsiran hakim tidak semestinya betul. Oleh itu kata Aziz, beliau tidak faham apa yang Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dakwa dan disiarkan oleh beberapa akhbar.Awal minggu lalu, Harussani mendakwa sudah ada "perlembagaan baru" dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini.

Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan siapa yang mengeluarkannya

Comments

hujan said…
prof ni guna ayat2 intelektual bg mengaburi otak org2 PAS yg bangang.
C L J said…
Maaflah. Hamba tak nak terima jenama sebagai penganalisis politik politik yang "diberikan" Azli kepada Aziz ni. Kalau hamba hamba beri jenama penyesat fahaman politik. Itulah gelaran yang layak baginya. Maaf juga kerana hamba tak pandai gunakan istilah prof dihadapan namanya. Dia sebenarnya tak layak kan ???
luncai said…
Apa ke bodoh benar ajis bari ni?Macamanalah dia boleh berpikir macam tu?Aku ingat budak tak pas upsr pun boleh faham maksud tok mufti tu.
Penyokong TS Harussani said…
salam... aku yang takde title prof kat depan pun boleh faham ape yang Tan Sri Harussani cuba nak sampaikan... Ini lah akibat kalau emosi dan nafsu mengatasi ilmu dan akal....
Anonymous said…
ajis bari ni sama dgn karpal singh juga.......dia bg pndapat ikut fikiran dia.....x semestiny ny betul wlupn ada title prof.....apa prof tu org yg maksum ke.......dia ni upahan pakatan haram....cuba suruh dia hebahkan kebaikan kerajaan bn skrg dgn kebaikan yang pakatan haram buat...walaupn berbeza sumber pendapatan negeri tapi tgk apa keburukan sistem dinegara ini berbanding dgn negara lain...knp nk beza2 dgn negara jiran...kita bukan baru nk merdeka...kenapa dia x komen pasal org cina yg dh lama duduk di malaysia tp x fasih cakap bahasa melayu sdgkn bangla duduk malaysia 3 bulan dh fasih..inilah org2 yg nmpk kuman seberang laut gajah dpn mata xnampak..
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Apa yang dikatakan oleh Mufti Perak memang tak memeranjatkan.

Saya sendiri merasakan ( dari cara pembangkang berpolitik), yang Malaysia mahu dirombak.

Dan yang pertama sekali akan dicampak ialah Raja-Raja melayu. Buat apalah menyimpan satu sistem yang akan mengingatkan dunia akan asalnya negeri ini negeri Melayu.

Masalah orang Melayu ialah ramai "yang liberal" pun demi kuasa didunia sanggup khianati bangsa sendiri.

PAS, contohnya tahu sifat DAP, tetapi dendam terhadap UMNO melebihi kebimbangan terhadap sikap anti Melayu DAP. Kebencian berterusan ditabur terhadap UMNO.

KM Melaku mahu menolong gadis hamil tak bersuami dituduh tak sensitif dalam hal ugama. Wal hal saya tabik kerana sekurang-kurangnya Ali rustam ambil berat.

UMNO pula terlalu berlembut tak bertempat. Orang fitnah setakat diberi amaran saja. Sepatutnya sudah ditangkap Chua Jui Meng, anwar dan juga orang yang buat banner" yang babitkan Sultan Johor dalam politik.

Ketegasan amat penting. Hanya dengan ketegasan Melayu akan dihormati. Kenapa benda-benda macasm ini tak terjadi dizaman Dr Mahathir sebagai PM.

sebab beliau tegas.
lulusan upsr said…
dalam kumpulan orang bijak tentu ada orang bodoh.manakala dalam kumpulan orang bodoh pula ada oarang pandai.prof ini berada dalam kumpulan mana satu....
Anak Dedap said…
Siapa yang tolong sekolah kan dia dulu?dia ni memang jenis tak sedarkan untung, walau pun ada title Prof, tapi cerdik dia ni tak boleh dikut , bodoh tak boleh diajar, dah bodoh sombong pula tu lepas tu huduh pula .
Anonymous said…
saudara Azli...
pelik dan curiga. bkn apa cuma tertanya-tanya mcmnelah si Aziz Bari tu dpt title Prof tu. bkn setakat komen beliau terhadap TS Mufti Perak tu..sebelum ini pun ada kenyataan beliau yg sy rasa amat bengong dan tak sepadan dgn gelaran Profnya itu.

amat dangkal sekali kenyataannya kali ini. kami yg x belajar tinggi pun memahami apa yg TS Harussani maksudkan. Ia perlu direnung sejenak secara mendalam apa yg tersirat dan tersurat yg mufti itu cuba spaikan kepada bangsa melayu. ni si prof pekak badal lagi bangang tak faham2...Pihak universiti kena review blk gelaran prof yg diberi pd si Aziz Tolol tu...nnt anak2 didik dia pun akan jd bodoh mcm dia jugak
din said…
kononya ada title prof semua hujah dia kira betul la... memang dah menjadi trend org2 PAS akan menelan kata2 golongan2 yg suka bermuka2 ni, lebih2 lagi yg ada title kat depan..
pelik jugak aku.. apakah diaorang ni tak suka pakai otak ke? org ckp umno kapir diaorg pun ikut, org ckp undi kapir jadi kapir dia org pon ikut.. pendek kata apa saja yg diucap oleh pemimpin, mereka telan bulat2, kalau mcm nilah gaya pemikiran diaorg suatu hari nanti kalau tok guru dioarang ckp bunuh org umno dpt pahala aku rasa... entahlah...cubalah egk org sama2 fikir...
Anonymous said…
Fitrah Manusia,

Kalau Professor atau Mufti tidak sealiran dengan PEMIKIRAN kita akan dilabelkan sebagai bangang, bodoh, bongok...
Tapi kalau mengikuti apa yang kita CAKAP atau sealiran dengan kita akan diPUJI pandai, walaupun yang berkata itu PENGANKAT NAJIS atau PEROMPAK negara.
Seolah-olah hanya kita saja yang layak mengiktiraf GELARAN tertentu seperti Prof, Mufti dan sebagainya.

Betapa Hebatnya KITA, Orang lain tak boleh luahkan PENDAPAT mereka. Kita saja yang betul dan ARIF.

Sifat2 begini kalau dikaji sedalam-dalamnya adalah Sifat2 ZIONIS yang secara tidak sedar telah menular ke PEMIKIRAN kita.

Allah itu Maha Adil
suka fikir said…
maaf saya nk mencelah...ok what kalau dihapuskan hak istimewa Bumiputera...lagipon selama ni,bukan ramai pon yang dapat rasai nikmat tersebut...hanya puak2 tertentu shaja yang dapat...naik menteri sure kaya.

jugak tidak hairan kalau kuasa Raja-raja dihapuskan.
Bukan kah Tun Mahathir sendiri yang menyekt kuasa Majlis Raja2...Bukan BN ke yang diketuai oleh Tun M.atau,masa itu,Tun sudah jadi tali barut DAP???

Sudah la rakan2 yang masih kuat ingin menarik UMNO/BN dari kehancuran.Tak payah la nak tunjuk UMNO tu pejuang Melayu!!!

dah banyak benda yang merugikan bangsa Melayu.
orang Melayu sendiri sekarang malu nak berbahasa Melayu...apatah lagi kita nak sibok2 dengan bangsa Cina yang pelat cakap Melayu tunggang terbalik.
Ane bangla mana da fasih cakap Melayu...yg boleh cakap Melayu pun,pasal anak2 Melayu yng taik bola asyik lepak restoran mamak ujung minggu.

Punca sebenar wujudnya perpecahan di kalangan kaum Melayu adalah kerana ada 2 kelompok.satunya yang mahukan dunia dan satu lagi mahukan akhirat...

Tepuk dada tanya iman...jangan tanya aiman...kalau tanya aiman,nanti aiman jawab, "SAYA TAK KESAH"

THE ONE SOLUTION IS, BACK TO THE QURAN!!!

Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

Ini tidak..baca ayat Quran pun berenti sampai taat pemimpin...yang penyelesaian Allah (Quran) dan Rasul (Sunnah),langsung taknak turuti...

Sekian mohon maaf jika berlainan haluan...harap admin lulus post saya ini.
shamshul anuar said…
Saudara Anonymous,

Dr Mahathir tidak menyekat kuasaRaja-Raja. Beliau hanya ingin memastikan RAja-Raja tidak bertindak sesuka hati kerana sebelun ini mereka "above the law".

Bukankah itu tuntutan ugama.?Bukankah Nabi Muhammad SAW bersabda bahawa jika Fatimah ( anak baginda ) mencuri juga akan dipotong tangannya.

Tentu saudara pernah mendengar kisah "istana Air Mata" di Kelantan atau seorang MB di Perak terpaksa letak jawatan kerana dia tidak mahu luluskan tanah balak pada Sultan ketika itu.

Atau bagaimaana dengan kes seorang "caddy boy" meninggal? Dr mahathir hanya letakkan Raja-Raja ditempat selayaknya.

Kemuliaan, kebesaran, keagungan Raja-Raja hanya nyata dengan akhlak yang baik, bukan peruntukan undang-undang.

Dsri cara saudara bercakap, apa terlalu sedikitkah orang Melayu dapat nikmt DEB? Benarkah? Kerana DEB lah, orang Melayu dapat belajar di serata dunia.

Sekelian pensyarah pensyarah Melayu di universiti sekarang ini adalah hasil DEB. Kerana DEB lah, maka ASB dilancarkan, yang pertama didunia.

Apakah terlalu banyak rasuah sampai DEB hendak dimusnahkan. Kalau ada rasuah, hadapi masalah itu. Bukan hapuskan DEB.

Saudara bercakap siap guna Ayat Kuran. Namun tidak pula saudara mahu nasihatkan PAS supaya berusaha untuk berdamai dengan UMNO.

Tak kan tak ada seorang pon ahli UMNO yang baik. Tak kan tak ada seorang pun pemimpin UMNOI yang juga beriman.

Sebaliknya PAS langsung tak bagi ruang pada UMNO. Fitnmah dilemparkan hanya kerana yag difitnah iaalh orang UMNO.

apakah nilai menulis ayat Alquran disini kalau tak mahu digunakan. Pelik. Sesama Islam tak boleh langsung berbaik tetapi dengan DAP, PAS sanggup jadi kuli batak.

Mufti Perak dipuja bila ccadangkan Nizar sebagai MB pada Sultan. Mufti yang sama dicerca kerana menegur PAS.

Apa yang Mufti buat patutnya disokong. Dia bekerja keras damaikan PAS-UMNO. Sebaliknya ramai pula cerca beliau sebagai "pecacai UMNO".

Jujurkah saudara sebagai seorang manusia? Jujurkah?
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua...
Anonymous said…
aku dulu result spm thn 87 paraihh2 idung jee. sibb baik itm beri peluang kedua pada aku. buat diploma aku jadi among best student. dpt lanjut ke obesi. teimaksih pada MARA. tima kasih pada DEB, sbb tu aku lawan pembangkang hari2 di blog sbb nak balas ucap tima kasih pada kjaan umno.

aku balik kg tgk anak cina dulu satu kelas dgn aku dpt spm baguihh dari aku pun tak kemana duduk kg jugakk. tapi tak pa la org cina makbapak kaya raya. boleh continue business bapak dia.

aku?? nasib baik ada MARA dan DEB. tima kasih kjaan.


samsudin
hanizam said…
nilah dia, makin tinggi ilmu, makin sesat pemikirannya...buat malu je prof ni jadi melayu...anak sapelah ni ye...

aku yang takat SPM math kantoi pun boleh paham ape yang mufti tu cakap...ni dah ada prof, macam tak sekolah...

dulu buat semua kelulusan yang ada, bayar sendiri kot...silap-silap, marayu-rayu mintak bantuan nak tampung belajar...

kacang lupakan kulit mamat ni...jadi macam Singapore baru tau...

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...