Skip to main content

Tak Sampai 24 Jam Ezam Jawab Azizah


Tak Sampai 24 Jam
Ezam Jawab Azizah



Perang mulut antara Ezam dengan Wan Azizah semakin bersemarak. Tidak sampai 24 jam Ezam menjawab semula kenyataan Wan Azizah (baca di sini) dan (di sini). Saya percaya perang besar pasti akan berlaku tidak lama lagi antara isteri tercinta Anwar Ibrahim dengan sahabat paling rapat Anwar Ibrahim. Susah untuk dijangka siapakah yang bakal tersungkur dan disungkur. Kedua-duanya ada kekuatan dan kelemahan. Namun demikian, hati kecil saya tetap berpihak kepada Ezam. Antara faktornya adalah - suami lebih gemar berbohong kepada isteri berbanding dengan rakan rapatnya sendiri. Mungkin Azizah tidak mengetahui banyak perkara dan tingkah laku Anwar di luar rumah. Hal ini diperkukuhkan pula dengan keberanian Nallakarupan untuk mendedahkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Sama-sama kita tunggu plot ini sehingga ke penghujung. Ezam Vs Azizah.

Comments

Anonymous said…
ahahaha
mmg bangang anak shukri anjing ni
kesian kt ko..dah bangang ada hati nak tulis blog.xpe la dah xde org komen aku tlg la komen..kesian kt ko
azlishukri said…
amboi..marah nampak...sedih tengok penyokong nuar nie...
Anonymous said…
Penyokong Anwar taksub dan jumud. Kalu benar anwar dan wan azizah bawaklah mahkamah terbuka dari tarikh lahir nurul hingga punggung saiful. Bukalah fikiran wahai penyokong anwar.
Anonymous said…
kasihan nuar nie...tak lama lagi sakit mental la agak nya..kan bagus dia masuk penjara awal-awal...tak la bermasalah macam sekarang.. Di serang depan, belakang, kira ,kanan, atas dan bawah udah..kasihann
Anonymous said…
Sepatutnya orang yg menuduh la kena buktikan! Tak payah tunggu kena cabar la Ezam ooiii ada bukti kasi tunjuk kalau tak dok senyap2 ngan kotak-kotak ko tu!
binggo said…
DEDAH JANGAN TAK DEDAH EZAM..KEBENARAN HARUS DITEGAKKAN..APA KEPENTINGANSANGAT AL-GORE DAN PAUL NAK MASUK CAMPUR URUSAN PERUNDANGANNEGARA? KALAU KATA TENTERA AMERIKA PENCEROBOH DEPA KATA HALAL..BILA NALLAKARUPAN NAK MASUK ISLAM? NANTI BANYKA LAGI KEBERNARAN DAPAT DI DEDAHKAN..KARIPA BANG OII KARIPAP..HHEHEHEHE
Wow wow wow.. Azizah cakap pasal mahkamah dan mahkamah syariah ??!!!!
Anonymous said…
Hidup UMNO/BN!
Hapuskan Melayu pengkianat bangsa!
Anonymous said…
Both Ezam and Nallakaruppan are traitors, not only to Anwar Ibrahim but also to our nation. Ezam has a nice senator post now- that's the reward he got for being a traitor-- and Nalla must be scared to death as he was once threatened with the death penalty for possesion of firearms by the same UMNO/BN which he is now singing praises of. Such men cannot be trusted. It will only take a minute for them to become your enemies. Anwar Ibrahim is a brave fighter-despite the shame, the slander, the black eye he got in jail, thanks to ex-IGP Rahim Noor, he is still fighting for justice. I salute you Datuk Seri Anwar Ibrahim. You're the best Malaysia has ever got. You will be our Gandhi, our Nelson Mandela. History will prove who's e vil and who's not. They can jail you but they can never break your spirit- losers!
Anonymous said…
I am sure if Anwar take oath in any mosque denying that he had sodomised Saiful, millions will flock to his side including Ezam, Zahid, Zulkifli Nordin, Dato Zahrin, Dr. Chandra Muzaffar, Zainur Zakaria, Anuar Shaari, Nallakurapan and many others.

So Anwar dont wait, do it now. Especially in the month of Ramadzan.

I appeal to the strong supporters of bro. Anwar to persuade your great leader to take the oath now.

Then Anwar will be the next PM of Malaysia.

Tapi yakin dan percayalah Anwar tak kan lakukannya. Dia takut melakukannya kerana dia sangat yakin dia bersalah dan dia sangat yakin dan tahu dia telah melakukannya.

Maaflah. Nampaknya Anwar akan terus kempunan dan penyokong2nya akan terus kecewa.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Satu : Kemelut Di Dalam Sarang Semut Oleh Muhammad Azli Shukri Menguruskan sebuah majalah, bukanlah semudah menerbitkan sebuah buku atau jurnal. Penerbitan sebuah majalah memerlukan kesinambungan idea dan komitmen para penulis. Saya diterima bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 7 Disember 2006 (mungkin kerana saya agak rapat dengan mantan Ketua Pengarah DBP dahulu, Datuk Dr Firdaus Abdullah) - sebagai staf kontrak (kontrak akan disambung pada setiap tahun). Oleh kerana latar belakang pekerjaan saya sebelum ini adalah dalam pendidikan dan bukan penerbitan, maka dunia penerbitan merupakan dunia baharu bagi saya. Setelah saya ditempatkan untuk bertugas di bahagian majalah, di bawah kendalian ketua editornya, Puan Padilah Hj Ali, maka saya terpaksa menyahut cabaran dengan apa-apa juga tugas yang akan diberikan olehnya kelak. Pada ketika itu, DBP baru sahaja mengambil alih penerbitan majalah yang sebelum ini telah difancaiskan kepada syarikat Karangkra...

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan?

Dewan Masyarakat atau Masyarakat Dewan ? Saya difahamkan bahawa Tan Sri Muhyiddin akan melawat ke Dewan Bahasa dan Pustaka pada hari ini (walaupun mungkin tidak kesampaian). Sama ada TS Muhyiddin jadi membuat lawatan ataupun tidak, ia secara tidak langsung menjelaskan betapa beliau merupakan seorang yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak suka dibodek. Lawatan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa DBP begitu diambil perhatian serius oleh Timbalan Perdana Menteri itu, malah tidak terkejut rasanya jika tidak lama lagi DBP akan ditransformasikan menjadi lebih baik daripada dahulu. DBP - nama yang sangat gah dan hakikatnya perlu banyak berubah. Pada pandangan peribadi saya, DBP bukan tidak hebat, sebaliknya terdapat segelintir "orang atasannya" yang lebih gemar menjadi pembodek dan main silat, sehingga nama baik DBP kotor dan dipandang tidak bermaya oleh masyarakat luar. Saya sebenarnya sangat kagum dengan Datuk Baha, salah seorang ahli Lembaga Pengelola DBP yang begitu...