Skip to main content

Ya Allah, Dunia Sudah Terbalik : Pemimpin PAS Sendiri Tolak Hudud?


Apa Nak Jadi Dengan PAS?


Saya sudah tidak tahu lagi apa yang hendak dikata. Setelah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan terbaru Nik Nazmi Nik Ahmad menolak hukum Hudud dan negara Islam, kini sudah mula muncul suara-suara sumbang dalam PAS sendiri yang meminta agar PAS mengetepikan terlebih dahulu perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam? Nak jadi apa dengan ahli PAS yang bersikap sebegini? Dah tak tahu ke asal usul perjuangan PAS? Nak jadikan PAS parti yang macam mana lagi nie? Tujuan utama penubuhan PAS adalah menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - inilah yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin PAS sejak dari dahulu hingga sekarang! Tetapi secara tiba-tiba, ada seorang ahli PAS yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor - sanggup menasihat pemimpin-pemimpin PAS agar memberi fokus kepada polisi-polisi umum sahaja dan bukan kepada hukum Hudud dan negara Islam.


Dah giler ke pemimpin PAS ini? Kalau PAS terpaksa menjadikan polisi-polisi umum sebagai matlamat perjuangannya - maka tak payahlah parti tersebut disebut PARTI ISLAM. Sebut sahaja Parti ISLAM UMUM abis cerita. Pandangan Dr. Dzulkefly Ahmad dalam hal ini menggambarkan PAS semakin hilang identiti dan terdesak untuk "membetulkan" imej dan pendirian parti tersebut - tatkala DAP dan PKR secara terang-terangan menolak hukum Hudud dan negara Islam. Saya ingin mengingatkan Dzulkefly, perjuangan PAS adalah untuk menegakkan hukum Hudud dan negara Islam dan bukan untuk menegakkan polisis DAP dan PKR, boleh faham tak? Banyakkan mengucap dan kembali ke pangkal jalan.


Pada hemat saya, kenyataan Dzukefly tersebut tidak ubah seperti seorang manusia yang hipokrit dan benar-benar bimbang terhadap ''hubungan haram" antara PAS, DAP dan PKR yang semakin terjejas. Maka, jelaslah, sudah terang lagi bersuluh, para pemimpin PAS sendiri sudah tidak berminat memperjuangkan agenda hukum Hudud dan negara Islam - sebaliknya PAS hanya berminat terhadap kuasa yang berada di tangan UMNO semata-mata. Apa-apa yang diucapkan oleh Dzulkefly ini adalah permulaan terhadap tentangan golongan cerdik pandai PAS dalam merubah perjuangan asal parti tersebut - maka, berhati-hatilah, selepas ini akan ada ahli-ahli PAS lain yang bangkit menentang hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti mereka sendiri! Takbir.

Soalan saya hanya satu..apakah ini petanda awal bahawa hukum kafir yang selama ini begitu mudah dihalakan oleh para penceramah PAS terhadap UMNO - memakan diri mereka sendiri? Wallahualam. Baca laporan di bawah...


KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad meminta supaya PAS memfokuskan kepada polisi-polisi umum Pakatan Rakyat dan bukannya kepada hukum hudud dan penubuhan negara Islam.


Menurut kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa media alternatif semalam, beliau berpendapat bahawa perkara yang disuarakan oleh pemimpin utama partinya seperti Mursyidul Am, Naib Presiden dan Ketua Pemuda bukan sebahagian daripada kerangka polisi umum (CPF) Pakatan Rakyat itu sendiri. Sambil menyifatkan PAS sebagai Parti Islam Demokratik dalam sebuah budaya politik campuran, beliau meminta semua parti komponen PR termasuk PAS sendiri bergerak diatas mandat yang diberikan oleh rakyat semata-mata dan tidak memaksa rakyat untuk menerima Islam.


Dzulkefly juga mendesak supaya semua komponen parti menghentikan pendebatan tersebut kerana ia dikhuatiri akan menggagalkan PR untuk menguasai kerajaan persekutuan. Sebelum itu, Mursyidul Am PAS meminta supaya Karpal Singh dan Lim Kit Siang memahami hukum hudud dengan sebaiknya supaya ia dapat menjadi alternatif kepada hukuman sivil pada hari ini dalam mengatasi masalah sosial seperti zina, rogol dan buang bayi.


Cadangan tersebut disambut oleh Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau meminta supaya pihak non Muslim tidak perlu khuatir terhadap hukum hudud kerana ia hanya dilaksanakan kepada orang Islam sahaja. Pandangan beliau disokong oleh Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Seng Giaw. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi pula semalam meminta supaya PAS mempertimbangkan pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam kerana ia satu tindakan yang sia-sia.-ANN (Baca di sini)

Comments

Anonymous said…
nik aziz akan kata ...ni adalah pandangan pribadi shj...x pon, ini adalah kerja jahat BN....x mustahil jawapan ni akan kluar, selalu sangat statement sama demi kedangkalan pas...ptuiiiii
dalam pas ada dua puak..satu puak menyokong nik aziz. satu lagi pada husam dan anuar..

puak menyokong nik aziz ni selalunya berjubah atau berkopiah paling kurang..

kalau puak husam dan anuar, mereka ni berpakaian formal..dan berpendidikan tinggi..bukan setakat berpendidikan sekolah agama saja.

kalau yang bercakap fasal islam, tu puak nik aziz..yang bercakap isu sekular dengan pkr dap, tu puak husam/anuar.
hangkedee said…
Perjuangan Parti Pas

Negara Islam- tak ada lagi
Hukum hudud - kena di luluskan oleh
DAP
Ketua Pembangkang- DAP dan Pkr
Pembuat dasar - DAP dan Pkr

Pembuat Fitnah - PAS ?????????
Unknown said…
Salam, diaorang ikut musim bro, ni musim nak Raya dia orang buat cheap sale atau diskaun bro.
Anonymous said…
Ostat Tok Nik Wali selipar No 3 jerr dalam Pakatan Rakyat....PAS dah jauh tersasar dari perjuangan Islam....kesian keluarga Allahyarham Ibrahim Libya nak mati syahid mengundang mati katak dalam perjuangan dia...kalau dia boleh hidup semula gerenti dia cakap celako..celako..celako...ahaks(400x)
Anonymous said…
Dah PAS tak boleh berjuang utk hudud, kita bagi kat UMNO pulak, lagipun UMNO parti umat Islam terbesar dan mandat serta M-factor (machinery,money,media,manpower) sudah ada dalam tangan.

DR NO
gagasan_warisan said…
Cheap sale sempena nak raya...macam2 drang jual....ini laa pas ikut musim....ni skang tgh musim juai dan gadai islam.....ala2 pajak gadai dia buat...tunggu nak pilihan raya dia tebus balik....kita kene tegakkan negara islam...kito nk islam....macam2 dalik dikeluarkan...caittttt...busuk punya org...
azlishukri said…
politik ikut musim...
Anonymous said…
Seperti yg dijangka, setelah membaca di dlm blog2 PR banyak yg menulis kenyataan Nik Nazmi telah diputar belitkan oleh media....hmmm...mmg tipikal.
Anonymous said…
Maka betul dan jelaslah bahawa apa yang diperkatakan oleh pemimpin UMNO bahawa pemimpin PAS memperalatkan agama untuk kepentingan parti telah pun terbukti.

Aku kesian kepada penyokong2 PAS yang ikhlas berjuang kerana menegakkan hukum Hudud dan Negara Islam tertipu oleh pemimpin2 mereka sendiri.

Sebenarnya perjuangan pemimpin2 PAS hanya ingin nak jadi menteri. Itu sahaja.

Zeks

Pilihan Pembaca

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi...

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya pada 31 Oktober yang lalu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan semua. Doakan juga, agar saya dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Dikesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari, mewakili keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sewaktu tuan-tuan menghadiri majlis tersebut, khususnya kepada mereka yang terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Sesungguhnya hal tersebut bukanlah disengaja - ia berlaku diluar jangkaan, kerana para jemputan hadir terlalu ramai pada masa yang sama. Saya berharap agar tuan-tuan berpuas hati dengan layanan dan masakan yang telah kami sediakan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif dalam masa dua atau tiga hari lagi. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis say...