Skip to main content

Wow! KJ Dakwa Kabinet Najib "Pemikiran Ketinggalan Zaman"


KJ Bekas Pelajar Oxford Anti-Kerajaan


Akhirnya Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia mengaku bahawa beliau adalah bekas pelajar Oxford yang anti-Kerajaan sebelum ini. Dengan sikap anti-Kerajaannya yang semakin terselah sejak akhir-akhir ini, Khairy semakin berani mengkritik DS Najid dan TS Muhyiddin apabila secara terbuka mempertikaikan keputusan kabinet menghalang mahasiswa berpolitik sebagai "Pemikiran Ketinggalan Zaman". Sebagai Ketua Pemuda UMNO - ini bukanlah cara politik yang sihat. Kerajaan mempunyai alasan untuk tidak membenarkan mahasiswa berpolitik. Malah, walaupun AUKU dikuatkuasakan, mahasiswa dan pensyarah tetap berpolitik juga! Tidak ada bezanya. Khairy perlu matang dalam soal ini. Jangan mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Baca kenyataan Khairy di bawah...


KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin secara terbuka menyifatkan keputusan Kabinet untuk tidak membenarkan pelajar universiti menyertai parti politik sebagai satu pemikiran ketinggalan zaman. Pendirian yang sama dilahirkan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Khaled Nordin berkata Kabinet memutuskan untuk menggugurkan peruntukan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang melarang pelajar universiti tempatan daripada menyertai politik secara aktif.

Bulan lalu, Timbalannya Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau akan membawa perkara itu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno akan datang. Tetapi ia ditolak sebelum ia dibawa ke mesyuarat tertinggi Umno. Saifuddin berkata sudah tiba masanya Akta Universiti dan Kolej Universiti dikaji semula bagi membolehkan mahasiswa terlibat dalam politik.

Walaupun akta itu dipinda pada tahun 2008 di mana penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam dibenar menyertai pertubuhan politik setelah mendapat kebenaran Naib Canselor, beliau berkata akta itu perlu dikaji semula.

“Keputusan Kabinet untuk membolehkan pelajar universiti menyertai parti politik adalah (langkah) tidak berani dan pemikiran ketinggalan zaman,” kata Khairy menerusi Twitter sejurus selepas keputusan Khaled diumumkan.

Kemudian beliau menambah: “Ini bayangan kepada Kabinet: Anda mahukan undi golongan muda, mula dengan mempercayai mereka.” Kata Khairy, ekoran pandangan lama bahawa pelajar universiti adalah mereka yang antikerajaan, bukan bermakna keputusan seumpama itu mutkamad selama-lamanya.

“Misalnya, pelajar antikerajaan dari Oxford pada 1990-an, kini Ketua Pemuda Umno. Macam mana?” katanya. (Lihat Latar belakang pendidikan Khairy di sini...tahun bila dia belajar di Oxford.)

Anwar pula berkata “larangan mahasiswa berpolitik (adalah keputusan) jumud, usang dari pimpinan autoritarian Umno-BN.”

“Mahasiswa perlu didedah dengan ilmu, teroka,” kata Ketua Pembangkang ini.

Sebelum Khaled mengumumkan keputusan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pihaknya tidak terkejut dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai larangan mahasiswa melibatkan diri dalam politik kepartian dikekalkan.

“Tan Sri Muhyiddin memberikan justifikasi bahawa larangan tersebut kekal kerana mahasiswa masih terikat kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti.

“Kenyataan beliau ini hanya membuktikan bagaimana Umno-BN, secara terancang, mahu membonsaikan minda mahasiswa yang satu ketika dahulu menjadi jurubicara masyarakat,” katanya. Kata beliau, “apakah bezanya dengan kalangan guru yang kini dibenarkan berpolitik jika hendak diberikan hak yang sama kepada mahasiswa dan juga para pensyarah universiti?”

Kata beliau, AMK yakin dan percaya puncanya tidak lain dan tidak bukan ialah kerana sekiranya hak yang sama diberikan kepada mahasiswa, maka sudah pasti isu-isu rakyat yang kritis akan didepani oleh mahasiswa dengan begitu aktif sehingga melemaskan Umno-BN.

“AMK mencabar Umno-BN melalui Tan Sri Muhyiddin untuk mengharamkan atau menamatkan operasi Kelab Umno mahupun Kelab Aspirasi yang ditaja Umno di universiti awam dan swasta seluruh negara dan luar negara yang secara jelas membuktikan keterlibatan Umno ke dalam kampus.

“Demikian juga Tan Sri Muhyiddin dicabar mengheret Puteri Umno ke mahkamah kerana secara terbuka beraktiviti di dalam kampus, yang terbaru di UiTM Shah Alam melibatkan pelancaran Skuad VOGUE Puteri Umno Malaysia,” katanya.

Kata beliau, AMK juga mencabar Ketua Pemuda Umno dan MCA yang selama ini berdegar-degar mempertahankan hak mahasiswa berpolitik untuk tampil menyatakan pendirian secara terbuka tanpa sebarang dolak dalih di sebalik alasan akur dan taat kepada kepimpinan parti.

“Realitinya, mahasiswa merupakan ejen perubahan massa. Mewujudkan budaya ketakutan ke atas mahasiswa di Malaysia, hanya mengesahkan apa yang dinukilkan oleh penyair Indonesia lewat puisinya Takut ‘66 Takut ‘98, “Presiden (Perdana Menteri) Takut Pada Mahasiswa,” katanya. Baca di sini..

Comments

kedahtimes said…
tuan, syburi-times.blogspot.com
azlishukri said…
blog tuan sudah di link
Anonymous said…
memang betul kata KJ. Semua negara telah maju ke depan cuma malaysia yang maju ke belakang.... mungkin tahun depan rakyat malaysia yang berumur 40 tahun ke bawah
di larang berpolitik.. mana tahu??
Anonymous said…
dengan membenarkan mahasiswa berpolitik akan membolehkan al sheikhul liwat aljuburi masuk kekampus dan mempengaruhi mahasiswa dengan idea politiknya dan menyuruh mereka berdemonstrasi di jalanan setiap hari , tak payah masuk kelas...sama macam dia buat dulu..ini penting kerana talian hayatnya dah tinggal nyawa nyawa ikan je yg ada...
Najib tolong tengok sikit Timb. Menteri Pengajian Tinggi tu!!!! lain macam je gayanya....dengar cerita dia ni penyokong tegar Sheikul liwati al juburi masa belajar di univ dulu...
Anonymous said…
Bukan ketinggalan zaman tetapi takut kepada kebangkitan suara muda rakyat malaysia.. takkan tak faham...
Anonymous said…
Nampak sangat Si Pencacai umngok takut pada DSAI... belum buat apa-apa dah gelabah tak tentu pasal.. kalau takut tak payah berpolitik, balik jual ikan ada juga hasilnya. Pencacai biasalah.. Masa dulu, guru tidak dibenarkan berpolitik maka hulubalang2 umngok berilah hujah2nya yang mengizinkan hujah tersebut tetapi hari ini, guru dibenarkan berpolitik maka hulubalang2 umngok sekali lagi berhujah dengan mengizinkan keadaan tersebut. begitu juga dengan situasi sekarang.. bila kabinet tidak membenarkan mahasiswa berpolitik maka penjilat2 akan mengizinkan perkara tersebut.....dan bila suatu hari nanti kerajaan membenarkan maka sekali lagi penjilat2 umngok akan memuji langkah kerajaan.. begitulah nasib penjilat umgok...
azlishukri said…
masalahnya jika mahasiswa berpolitik..makin ramailah mahasiswa melayu tercicir...hanya mahasiswa melayu sahaja yang suka berpolitik
Anonymous said…
salam

terpikir pulak..cukup ker masa nak belajar??sedangkan tak berpolitik pun ramai student Melayu yang extend berbanding bangsa cina..

Kalau masa belajar + bercinta + bersosial + berpolitik => memang tipis la harapan student tu nak grad walaupun dah habis extend..dah le result pun tak seberapa (andaian jika ambil jurusan engineering)..

Sape yang untung..?.bangsa cina jugak..
Anonymous said…
Puak pencacai 'HaramJadah-PR' ni mmg sial lg menjahanamkan..
Sudah tentulah bila k'jaan menghalang mahasiswa dr brpolitik tu ada sbb penyebabnya yg tlh dinilai sedlm-dlmnya..bukan mcm korg 'Puak HaramJadah-PR' asyik korg jer rasa betul & hebat..padahal sumanya mcm PALAT TAU TAK..!! Mslah besar sgt ke Mahasiswa perlu tumpu pd pelajaran selama 3-5 tahun..bangsa lain klu dh masuk "U" ni xde masa dh nk brpolitik ni..Melayu jer yg terhegeh-hegeh x sedar nk mampos..

(BeLia WaRas)
Anonymous said…
Anon 1.32 (belia waras)

Saudara,
Dihari baik dan bulan baik ni, buat2 lah banyak ibadah...jangan kita terlampu beremosi memaki-hamun di bulan yang mulia ini..
"Bahasa menunjukkan Bangsa"
Janganlah kita hanya memikirkan IDEA kita sahaja yang betul..nanti jadi seperti pemikiran ZIONIS..
Ingat!!! Orang lain pun mempunyai hak untuk memberi IDEA2 mereka sendiri..Kalau macam ini lah sifat saudara, macam mana bangsa kita nak maju...
SYABAS KJ kerana memberi idea yang BERNAS serta mematangkan FIKIRAN pelajar...
Dengan pelajar menceburi dalam POLITIK, diharap minda pelajar kita akan lebih MANTAP dan akan menambahbaikan "LEADERSHIP QUALITY" pelajar2 kita...
Kita harus melihat kearah POSITIF bukan sebaliknya..Tak semesti BERPOLITIK pelajaran TERABAI..
Negara2 MAJU tidak ada masalah pun pelajar BERPOLITIK...
Anonymous said…
geli aku dgn bdak kecik KJ ni...

revolusi iran yg gagah tu pun hampir2 tumbang dikerjakan bdak2 univ. ini kan plak msia yg berbilang kaum.... lagi la rapuh.

konon nak dekati bdak2 univ. ...bdak2 n9 pun terbiarrr..

zek
azlishukri said…
zek saya sependapat

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma