Perang mulut antara Ezam dengan Wan Azizah semakin bersemarak. Tidak sampai 24 jam Ezam menjawab semula kenyataan Wan Azizah (baca di sini) dan (di sini). Saya percaya perang besar pasti akan berlaku tidak lama lagi antara isteri tercinta Anwar Ibrahim dengan sahabat paling rapat Anwar Ibrahim. Susah untuk dijangka siapakah yang bakal tersungkur dan disungkur. Kedua-duanya ada kekuatan dan kelemahan. Namun demikian, hati kecil saya tetap berpihak kepada Ezam. Antara faktornya adalah - suami lebih gemar berbohong kepada isteri berbanding dengan rakan rapatnya sendiri. Mungkin Azizah tidak mengetahui banyak perkara dan tingkah laku Anwar di luar rumah. Hal ini diperkukuhkan pula dengan keberanian Nallakarupan untuk mendedahkan siapa Anwar Ibrahim yang sebenarnya. Sama-sama kita tunggu plot ini sehingga ke penghujung. Ezam Vs Azizah.
Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...

Comments
mmg bangang anak shukri anjing ni
kesian kt ko..dah bangang ada hati nak tulis blog.xpe la dah xde org komen aku tlg la komen..kesian kt ko
Hapuskan Melayu pengkianat bangsa!
So Anwar dont wait, do it now. Especially in the month of Ramadzan.
I appeal to the strong supporters of bro. Anwar to persuade your great leader to take the oath now.
Then Anwar will be the next PM of Malaysia.
Tapi yakin dan percayalah Anwar tak kan lakukannya. Dia takut melakukannya kerana dia sangat yakin dia bersalah dan dia sangat yakin dan tahu dia telah melakukannya.
Maaflah. Nampaknya Anwar akan terus kempunan dan penyokong2nya akan terus kecewa.