Skip to main content

Mufti Perak Akan Dicaci-Maki Sekali Lagi?


Bloggers Pembangkang
Akan Caci-maki Mufti Perak Lagi


Mengejutkan! Sudah ada 'perlembagaan baru' dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kemakmuran negara selama ini. Perkara tersebut didedahkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel Wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Taman Budaya di sini, hari ini. Menurut Harussani, perlembagaan baru itu menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang. (baca di sini)

''Saya dimaklumkan sekarang sudah ada perlembagaan baru yang dibuat oleh pihak tertentu.

''Kebetulan saya ada memberi satu ceramah di Alor Setar. Ada seseorang datang dan memberikan saya tiga buah buku Perlembagaan yang dikehendaki pihak tertentu," katanya pada wacana tersebut di sini, hari ini. Bagaimanapun Harussani ketika ditemui selepas wacana tersebut enggan mengulas lanjut tentang dakwaannya itu.

Selain Harussani, program itu turut disertai Penasihat Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican; Presiden Pertubuhan Pemikir Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar dan Naib Pengerusi Ulama Malaysia Cawangan Pulau Pinang, Hafiz Nordin. Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail pula bertindak sebagai perantara program berkenaan.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli GMP, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak dan aktivis Melayu termasuk Tan Sri Jins Shamsuddin hadir pada program anjuran GMP dan GPMS itu.

Pada wacana itu juga, Harussani berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu menyebabkan bangsa itu hilang kewibawaan sehingga kaum lain semakin berani membuat pelbagai tuntutan dan mahu hak keistimewaan orang Melayu dihapuskan.

''Kenapa kita berpecah-belah hanya kerana salah tafsir iaitu melampau dalam berpegang pada syariat Islam.

''Saya menyuruh kita semua bersatu, saya tidak suruh hapuskan parti tetapi saya minta orang Melayu pertahankan Islam dan hak-hak mereka," katanya yang banyak menerima cemuhan daripada penyokong pembangkang kerana mengajak orang Melayu dan Islam bersatu. Sementara itu, Hafiz yang merupakan bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang bimbang dengan nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang sekarang.

Jelas beliau, begitu banyak gerai perniagaan orang Melayu yang didirikan di atas tanah kerajaan dirobohkan tetapi tindakan sama tidak diambil ke atas peniaga bukan Melayu yang berniaga di atas jalan raya.

''Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga tidak membenarkan rumah bernilai RM150,000 ke bawah dibina di tengah bandar. Pulau Pinang kini ke arah menjadi Singapura.

''Jambatan kedua Pulau Pinang yang menjadi kebanggaan kita akan memudahkan pengusiran orang Melayu secara beramai-ramai dari Pulau Pinang," katanya. Reezal Merican yang juga Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO pula meminta orang Melayu menentang habis-habisan 'Abdullah Ibn Saba' yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia sekarang.

''Dalam setiap tamadun manusia mesti ada pengkhianatan yang menghancurkan perpaduan. Kalau zaman Khalifah Usman dan Ali dulu ada Abdullah Ibn Saba yang melaga-lagakan umat Islam, zaman sekarang pun ada 'Abdullah Ibn Saba' yang menyebabkan perpecahan orang Melayu dan Islam di Malaysia," katanya. Kamarudin pula menyifatkan orang Melayu sebagai lemah jika tidak mampu membalas balik apabila agama dan bangsa mereka dihina.

''Saya hairan kenapa kerajaan tidak mengambil tindakan ke atas pihak-pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan hak-hak orang Melayu," katanya dalam nada kesal


Ulasan Saya

1. Sejak awal-awal lagi orang Melayu Islam (kecuali ahli PAS) sudah tahu bahawa kerja-kerja untuk meminggirkan hak orang Melayu-Islam di negara ini sudah dirancang dengan rapi.

2. Ramai orang mengesyaki, petualang yang cuba merombak pelembagaan negara yang sedia ada ialah DAP.

3. Kerajaan tidak boleh memandang sepi pendedahan yang telah dibuat oleh Mufti Perak ini. Tindakan harus segera dilakukan. Jika kita perlu menggunakan ISA, maka gunakan ISA tersebut.

4. Kita sama sekali tidak boleh berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengubah perlembagaan dan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

5. Malaysia berada dalam keadaan sangat bahaya, selagi ada DAP, selagi itulah negara Malaysia tidak aman.

Comments

Anonymous said…
Salam buat saudara Azli, ke mana hilang nya "semangat Melayu" bangsa Melayu kita ? Tan Sri Mufti dipermainkan,kata nasihat tak diendahkan,apa yang jelas Melayu kita memang nak mencari padah , idak langsung memikiorkan masa depan agama Islam serta generasi seterusnya . Tak kan bila dah hilang semua nya baru nak sedor ! Kita yang sayangkan tanah ayor dengan agama ni jangan ler duduk diam , kita buat apa yang patut untuk menjamin orang Melayu terus berkuasa , berhak sepenuh pada Tanah Melayu yang keramat ni !
Anonymous said…
Lama dulu, semasa PAS sering melaungkan pembentukan negara Islam, ramai cerdik-pandai melayu berkata perkara ini mustahil. Faktornya ialah Malaysia negara majmuk serta amat pluralistik yang tidak memungkinkan PAS memperolehi majoriti undi. Lalu PAS dilabel sebagai tidak realistik dan pragmatik. Lainlah Malaysia ini majoriti umat melayu-Islam seperti negara Arab atau Pakistan.
Apabila menyedari Negara Islam itu agak susah ditegakkan dalam kontek negara seperti Malaysia, PAS sekarang mengambil lencongan yang agak jauh dan bersimpang-siur tapi destinasi masih sama. Buat pendekatan yang pragmatik, tak dapat rotan, dapat akar jadilah. Tapi, cerdik-pandai melayu itu juga kata kat PAS..PAS dah buang perjuangan negara Islam.

DR NO
Anonymous said…
Macam dah tahu akan kena maki.... Tak nak maki pun.. Biarlah mupti dengan cerita dongengnya.. Jangan dok salahkan sesiapa lagi sebab tak ada lagi parti yang memerintah malaysia selain dari umno...... mengapa nak salahkan orang lain kerana kuasa di tangan umno.. mca mic dan yang sewaktu dengannya hanya menumpang sahaja... pelik memang pelik politik acuan umno ini
Anonymous said…
saudara azli...
payahnya bangsa melayu ni lemah dan selalu taksub.cuba baca kemen si anon 11.52am tu..tu contoh2nya le.
TS Mufti bercakap utk kebaikan dan sbb ada kebenarannya lah, dia pulak komen mcm otak selut.kalu dia bkn melayu sy fhm le sbb yg jenis ultra kiasu klau melayu tu melayu yg tak sedar diri lagi.
Harap PM dan KDN memberi perhatian serious dlm perkara ini. so what klau perlu di ISAkn apa nk takut klau dh gugatkn negara.
Anonymous said…
dr no.

kalau pas bersungguh maukan negara islam maka simpulkan la pada ikatan pakatan pembangkang. di tulis tujuan yg suci murni itu dan di tandatangani oleh ketiga2 parti kompenan PR. baru betul.

bukan bisik2 ke telinga ahli2 pas dan terkedu depan LKS dan kapral. tulis betul2 suruh anwar dan LKS sign, tujuan murni dan niat pas untuk negara islam. baru la sokongan ke pas berduyun2.

takutkan Allah bukan takutkan anawar dan LKS.

pemerhati 1
Anonymous said…
standard laaa.... pas akan maki hamun siapa pun yg tak sebulu dengan nyaaa.... islam khawarij ala pas.
Anonymous said…
satu masa dulu institusi mufti begitu mulia bagi org2 melayu. berada dikedudukan yg paling tinggi tapi tidak lagi skrg ini hasil dari fatwa politik islam pas yg songsang. macamana boleh jadi begini, sehingga pas begitu jauh tersesat. tahun 70an dulu pas dilihat sebagai mewakili golongan ulamak. tapi tahun 2010 pas dilihat tak ubah seperti nasi tambah kepada dap.

dulu PAS

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...