Skip to main content

Mahfuz Ambil Fatwa-Fatwa Terpilih


Mahfuz Ambil
Fatwa-Fatwa Terpilih



Mahfuz Omar sibuk membelasah UMNO kononnya menentang Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah pun memutuskan orang bukan Islam boleh memasuki masjid sehingga ke tempat solat dengan syarat tingkah laku mereka terjaga dan tidak mencemarkan kesucian masjid. Soal saya hanya satu, mengapa Mahfuz mendiamkan diri pula berhubung isu sambutan Candlelight Vegil yang disertai oleh Nizar Jamaluddin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock dan beberapa pemimpin PK yang menyertai majlis Vitil anti-ISA baru-baru ini - sedangkan sudah jelas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang Islam dalam upacara yang menyerupai kaum kafir? Jelaslah PAS dan Mahfuz juga mengamalkan sikap "memilih bulu" dalam masalah halal dan haram - mana-mana fatwa kebangsaan yang menguntung parti tersebut, maka segeralah terpekik dan terlolong - kononnya UMNO menentang fatwa para mufti. Sebaliknya apabila fatwa kebangsaan memutuskan sesuatu hukum yang terkena batang hidung mereka sendiri - para pemimpin PAS diam membisu seribu bahasa - termasuklah Nik Aziz. Inilah wajah sebenar PAS dan para penyokongnya. Pada hemat saya - ini merupakan sifat orang-orang munafik yang sepatutnya kita hindari. Wallahualam.

Comments

1Agenda said…
mahfuz ni dah tak layak pakai baju pas lagi dah. imej ulama, jauh sekali. mentaliti rendah dan argument fakta...hancus. politikus pokok sena. tuihh!
Anonymous said…
jangan dok di ambil kira sangat la pendapat mr bean ni..tengok rupa dia pun aku dah gelak guling2,belum dengar lagi dia cakap..buat tak tahu je la dengan MR FDI ni..
The Clown said…
Inilah antara sebab mengapa penyatuan atau kerjasama PAS dan Umno tidak boleh berlaku. Jika telah berbaik dengan Umno, punahlah kerja Mahfuz, tidak ada orang lagi hendak dikutuknya.
j3bat said…
“Sultan (pemimpin) itu adalah naungan Allah di bumi, sesiapa yang menghinanya, maka Allah akan menghinakannya dan sesiapa yang memuliakannya, nescaya Allah akan memuliakan dia.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi, Syu’abul Iman, 6/17, no. 7373. Dinyatakan hasan oleh al-Albani, Dzilalil Jannah fii Takhrij as-Sunnah li Ibn Abi ‘Ashim, 2/224, no. 1024)
Anonymous said…
korang ni berjuang kebenaran kat gelanggang yang dibuat oleh musuh islam.. sistem politik harini x betul.. ciptaan musuh islam.. bawa islam yang suci dalam gelanggang kotor.. islam jadi kotor la... Rasulullah cipta style politik tersendiri.. ilham dari tuhan.. so.. kaki politik quraisy tergamam dan terkedu.. x de cara nak masuk line.. tu la baru hebat.. ni hang pa masuk lubuk fitnah dan lubuk penipuan.. so.. tanggung sendiri la ekk.. dunia akhirat tu.. kene ingat
Anonymous said…
tu la yang jadi fatwa kucar kacir... pas ni matlamat je satu.. nak tumbangkan kan umno.. ( bukan nak tegak hukum tuhan.. tembelang dah semakin terbuka..) akhir2 ni pemimpin2 besar pas x boleh nak kontrol anak2 buah.. masing2 menangani masalah isu dgn ide sendiri.. ilmu islam masing2 pun cacamarba.. maka hancurlah imej islam kerana pas..
Anonymous said…
Mutakhir ini kita dikejutkan oleh pemimpin bukan Islam memetik ayat AL-Quran dalam ceramah, didoakan dalam khutbah jumaat dan terakhir memasuki surau, tempat solat.Ini semua dikatakan lakonan sebagai gimik atau stunt politik.
Dahulu, ramai juga penentang Islam seperti Saidina Umar jadi tertawan apabila mendengar ayat-ayat Al-Quran kerana adanya 'magnetic field' yang mengetuk lubuk fitrah hati manusia tidak kira apa bangsa. Maka, magnetic field yang wujud sekarang ini adakah satu ancaman buat Islam ?

DR NO
Anonymous said…

Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid
Harakahdaily



Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid.

Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.
akmy said…
Bahasa dalam membenarkan orang bukan Islam ke dalam masjid ialah pelancong. Adakah pemimpin DAP itu pelancong? Memberi ucapan peringatan atau tazkirah itu, adakah untuk mengatakan agama mereka adalah benar atau Islam yang terbaik? Kalau dia kata Islam bagus, kenapa dia sendiri tidak percaya. Nampaknya DAP bukan sahaja telah dapat melancong ke ruang utama keimanan orang-orang PAS tetapi boleh memukau dan memandu iman itu, agar mengikut acuan dap. Apabila orang Islam telah rela menerima panduan dan nasihat mengenai kebaikan Islam, dari orang kafir, maka akan berlakulah kesesatan yang besar.
Siberangan said…
Mahfuz niiii... jenis orang kuat PAS yang cepat ambil kesempatan. Cepat masuk celah.

Kes sama ekor, tengah orang tak suka saman ekor, hah dia cepat2 jadi kepala berjuang konon. Kes2 fatwa, Majlis Fatwa putus saja, ada kes orang UMNO terlajak, Mahfuz cepat ambil kesempatan kata orang UMNO tak ikut fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan.

Banyak kes sangat dah, Mahfuz nii... betoi2 jadi Mr Bin PAS. Cepat ambil kesempatan dan Cekap masuk celah.
shamshul anuar said…
Saudara,

Mahfuz adalah jenis orang yang memilih apa yang secucuk dengan PAS. Apa yang merugilan PAS walaupun benar akan ditinggalkan.

Dalam kes ahli politik bukan islam melawat masjid dan beri bantuan, yang bersalah ialah Jawatankuasa Surau kerana benarkan perkara ini berlaku.

Kalau mereka tak benarkan, adakah Teo akan berani masuk surau dengan aurat tidak terjaga?

Siapakah dikalangan bukan Islam yang akan hormat pada kesucian Islam jika orang Islam sendiri "lacurkan " ugama . Saya tak fikir Pengerusi surau tak tahu yang wanita bukan Islam ( dan juga Islam) tak boleh memasuki masjid atau surau kalau aurat tak dijaga.

Orang melayu terhegeh hegeh terima bantuan dari bukan Islam dalam surau. Dimana maruah kita?

Semoga Mahfuz ( dan kita semua) dapat bersihkan hati untuk melihat kekurangan diri. Saya nampak banyak fitnah keluar dari mulut orang PAS seperti Mohd Sabu , Mahfuz dan juga Nasarudin Tantawi.

Sudah sudahlah tu. Janganlah ingat jubah dan serban boleh menipu Allah SWT.

Lainlah kalu Mahfuz tak percaya Allah SWT.
Anonymous said…
mampuz ni srp pun tak pazz, tengok kelulusan dia...mengambarkan pemikiran dia laaaa
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
Sekarang semua orang pening...Politik makin haru biru...Puak ni kata depa betul..puak sana pun kata depa lagi betul...contoh masuk surau.....kata x tutp aurat..hujung2 tengok ada orang Islam yang mengucap 2 kalimah syahadah langsung tak tutup aurat....buat program lagi dalam surau..caman tu????

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...