Skip to main content

Lim Kit Siang Dan Agenda Campur Tangan AS


Lim Kit Siang
dan Agenda Campur Tangan AS



Lim Kit Siang memetik tulisan Al-Gore dan Paul Wolfowitz sahabat baik Anwar Ibrahim yang tersiar di laman web The Wall Street Journal berjudul, Malaysia's Opposition On Trial di blognya.Terjemahan baca di sini. Saya tidak tahu apakah matlamat beliau dengan menyokong tulisan kedua-dua kenalan lama Anwar Ibrahim yang jelas begitu banyak skandalnya. Namun demikian, sedikit sebanyak - atau sekurang-kurangnya, hal ini menyedarkan kita bahawa DAP sanggup melakukan apa-apa sahaja demi mencapai agenda mereka untuk menguasai politik Malaysia. Lim Kit Siang seolah-olah sangat bersetuju dengan desakan Gore dan Wolfowitz terhadap pentadbiran Obama agar campur tangan dalam kes liwat yang sedang dihadapi Anwar, sekali gus US mencampuri hal-ehwal pentadbiran dan perundangan Malaysia. Inikah yang kita ingin dan harapkan? Iaitu campur tangan orang luar terhadap sistem keadilan dan perundangan negara? Hal ini secara tidak langsung membuktikan PKR sememangnya mahu masyarakat antarabangsa mencampuri urusan dalaman Malaysia. Dan orang Islam di Malaysia terus diperbodoh-bodohkan oleh DAP dan PKR atas nama demokrasi dan keadilan. Ada benarnya cadangan Zulkifli Noordin - agar DAP diharamkan terus di bumi Malaysia!

Comments

Saya harapkan dan doakan agar Malaysia still dalam keadaan aman damai sepanjang masa..

Yang mana yang betul kita ikut dan mana yang salah kita tolak ke tepi... Saya penyokong setia blog En. Azli Syukri... Jangan risau... :)
Anonymous said…
memang betul...
azlishukri said…
terima kasih ChilaBaey

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hatinya Terlalu Mulia

Saya sangat terharu dengan kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam Utusan Malaysia hari ini. Inilah cara dan gaya seorang pemimpin yang mulia hatinya. Tiada benci dan tiada dendam sesuai dengan nama beliau sendiri iaitu Najib yang bermaksud keturunan yang mulia. Najib terlalu penyabar, walau dikutuk, dicaci dan dihina - beliau tetapi bersikap lembut dengan sesiapa sahaja - termasuk dengan Pakatan Rakyat. Pendekatan politik lembut Najib ini sangat digeruni oleh Anwar Ibrahim dan kncu-kuncunya, Tahniah Datuk Seri! Sebenarnya, pentadbiran kerajaan UMNO/BN tidak pernah menghalang sesiapa sahaja untuk berhimpun, tetapi jangan sesekali mengadakan demonstrasi jalanan yang menyusahkan orang tua, orang sakit yang mahu ke hospital, kanak-kanak dan ibu-ibu mengandung yang bekerja - semua ini menyusahkan kehidupan mereka semua. Dengan 2000 laporan polis yang dibuat di seluruh negara, rakyat secara majoritinya membenci perhimpunan Bersih yang dilihat lebih banyak membawa kerosa...

Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan

Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan Saya merasakan sesungguhnya inilah petunjuk daripada Allah, apabila terbukti kebenaran semakin hampir menghancurkan kebatilan. Kita harus bersyukur, rakyat semakin menyokong dan mula menunjukkan keyakinan terhadap UMNO/BN - lantaran itu, keyakinan ini haruslah dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Tahniah juga patut diberikan kepada DS Najib, kerana keikhlasan beliau mengemudi negara ini ke arah yang lebih baik dan harmoni. Dalam keadaan sekarang, kita juga tidak harus lupa dan alpa terhadap peranan para bloggers UMNO/BN yang tidak putus-putus saban hari menulis, menganalisis dan membongkar penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, agar ia membuka mata segenap rakyat, yang selama ini begitu mudah ditipu dan dibohongi oleh pakatan rakyat atas nama demokrasi dan keadilan. Saya yakin dan percaya, salah satu punca mengapa rakyat kembali menyokong UMNO/BN adalah disebabkan oleh peranan para bl...