Skip to main content

Bagaimana Orang Yang Membenci Perpaduan Diiktiraf Bapa Perpaduan?


MasyaAllah,
Mereka Tiada Mata Hati Ke?


JERANTUT, 3 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Bapa Perpaduan Malaysia atas keupayaannya memerintah secara adil di negeri Kelantan. Di samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam (gambar). Baca di sini...

Ketika berucap dalam program yang diadakan di Temin, kelmarin, beliau berkata keupayaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerapkan nilai-nilai adil kepada semua kaum dalam pemerintahan di Kelantan. Justeru, kata beliau sepatutnya Nik Aziz dijadikan contoh atas keupayaan menyatukan kaum sehingga dikagumi oleh rakyat bukan sahaja di Kelantan malahan seluruh negara.

"Tok Guru sebenarnya adalah bapa perpaduan di Malaysia. Dia memerintah Kelantan dengan adilnya kepada semua kaum. Orang bukan Islam telah terima dasar Islam yang adil. Sekarang ini orang bukan Islam semakin yakin dengan PAS.

"PAS diterima oleh orang bukan Islam sejak 50 tahun lalu tetapi atas beberapa sebab kerana mereka tak sokong Umno BN, mereka tak mahu Umno menang. Selepas pilihan raya umum lalu, orang bukan Islam semakin yakin dengan dasar Islam yang dibawa PAS," katanya.


Ulasan Saya

1. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dalam soal ini. Nak dikata bodoh, bimbang terasa hati, nak dikata jahil, dah memang En Bala ini jahil dalam hal-ehwal Islam. Kesimpulannya, memang si Bala ini tak tahu apa-apa pun berkenaan perpaduan.

2. Bagaimana la si Bala ni boleh iktiraf Nik Aziz sebagai Bapa Perpaduan Malaysia, sedangkan semua orang tahu Nik Aziz membenci perpaduan dengan UMNO. Nak jadi ikon perpaduan, seseorang itu mestilah cintakan perpaduan, tidak mengira ideologi atau parti politik. Tetapi, hal ini berbeza dengan Nik Aziz, yang terang lagi bersuluh menolak suruhan Allah yang mewajibkan umat Islam bersatu dan berpadu!

3. Saya rasa Dewan Himpunan Penyokong PAS tak ubah seperti sebuah zoo yang hanya untuk dipertontonkan "segala gerak laku" mereka, bagi menghiburkan hati para pemimpin PAS. Lebih elok rasanya nama dewan itu ditukar kepada Dewan Himpunan Para Pembodek PAS (DHPPP), nampak lebih molek dan mencapai objektifnya.

4. En Bala ni salah seorang penyokong PAS yang tidak mahu menggunakan akal dengan sihat. Beliau seolah-olah tidak boleh fikir bagaimana cadangan Presiden PAS, Hadi Awang pada suatu ketika dahulu, untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan - telah ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz, dan sekarang, En Bala dan kawan-kawannya mahu mengiktiraf Nik Aziz sebagai ikon Bapa Perpaduan Malaysia pula. Pelik sungguh para penyokong PAS ni.

5. Pada hemat, apa-apa yang telah dilakukan oleh si Bala ini adalah membodek tahap dewa, bahkan sekarang, bukan sahaja ahli-ahli PAS yang ta'asub dan mendewa-dewakan Nik Aziz sebagai ulama super hebat, malah "penyakit" ghulu ini sudah sampai ke tahap yang sangat merbahaya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Comments

Salam saudara AST,
Saya WZWH, AJK Pemuda UMNO bahagian Jerantut sangat menyokong posting ini kerana tidak logik "bapa perpaduan" TGNA dinobatkan kerana tokoh utama menentang hasrat perpaduan UMNO PAS. Minta saudara AST linkkan blog saya WZWH address http://wzwh.blogspot.com
Terima kasih. Selamat berjuang saudara AST.
PAScacamarba said…
salam,
ini cuma kes bodek sahaja,bodek ada makna:),u know,i know:)
acah aje... said…
Sebenarnya, aku bukan penyokong Pas dan juga bukan penyokong Umno namun didalam bab perpaduan ini (lebih tepat perpaduan diantara Pas dan Umno sepertimana yang diingini oleh penulis blog ini) adalah satu angan-angan kosong dan propaganda penulis sahaja.

Aku cakap macamtu kerana kalau kita amati, Umno bukannya ikhlas bila bercakap hal perpaduan dengan Pas.

Umno hanya nak berbaik-baik dengan Pas setelah menyedari dirinya semakin kurang mendapat sokongan dari rakyat dan sangat takut jika didalam PRU13 nanti kerajaannya tumbang.

Buktinya, semasa Umno kuat dulu, apa yang dilakukan oleh Umno ialah menyingkirkan Pas dari Barisan Nasional.

Apakah yang menyingkirkan Pas dari BN dulu dilakukan oleh MCA atau MIC ?

Sudah-sudahlah, jangan nak menipu orang ramai dengan sandiwara yang tak laku tu.....
joegrimjow said…
xde butang like untuk atas
=)

ku tak tahu pasal mr bala ni
tapi masa bukak booth herbalife ritu dengan 6 orang chinese + 2 melayu
semua chinese suka dengan cara tok guru buat

org kelantan lebih nampak politik kelantan macam mana

nak tahu, kenalah duduk di kelantan 20 tahun dan buat spekulasi entah apa2 ni, senyum simpul je baca

ahakss
joegrimjow said…
opps,
bukak booth tu kat mydin kubang kerian kelantan
azlishukri said…
saudara WZWH saya link blog tuan
Salam AST,
Terima kasih link blog WZWH. Kehebatan blog AST mendorong WZWH berkarya demi agama, bangsa dan tanah air.

Pilihan Pembaca

Sibu 2010 : Apabila Masa Terhenti

Sibu 2010 Apabila Masa Terhenti SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam. Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini. "Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat. "Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya. Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri. Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jent...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...