Skip to main content

Bagaimana Orang Yang Membenci Perpaduan Diiktiraf Bapa Perpaduan?


MasyaAllah,
Mereka Tiada Mata Hati Ke?


JERANTUT, 3 Ogos: Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mahu Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dijadikan ikon Bapa Perpaduan Malaysia atas keupayaannya memerintah secara adil di negeri Kelantan. Di samping itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memainkan peranan yang penting dalam usaha menyatukan kepelbagaian kaum dalam Pakatan Rakyat, kata Timbalan Pengerusi DHPP Pusat, N Balasubramaniam (gambar). Baca di sini...

Ketika berucap dalam program yang diadakan di Temin, kelmarin, beliau berkata keupayaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz menerapkan nilai-nilai adil kepada semua kaum dalam pemerintahan di Kelantan. Justeru, kata beliau sepatutnya Nik Aziz dijadikan contoh atas keupayaan menyatukan kaum sehingga dikagumi oleh rakyat bukan sahaja di Kelantan malahan seluruh negara.

"Tok Guru sebenarnya adalah bapa perpaduan di Malaysia. Dia memerintah Kelantan dengan adilnya kepada semua kaum. Orang bukan Islam telah terima dasar Islam yang adil. Sekarang ini orang bukan Islam semakin yakin dengan PAS.

"PAS diterima oleh orang bukan Islam sejak 50 tahun lalu tetapi atas beberapa sebab kerana mereka tak sokong Umno BN, mereka tak mahu Umno menang. Selepas pilihan raya umum lalu, orang bukan Islam semakin yakin dengan dasar Islam yang dibawa PAS," katanya.


Ulasan Saya

1. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dalam soal ini. Nak dikata bodoh, bimbang terasa hati, nak dikata jahil, dah memang En Bala ini jahil dalam hal-ehwal Islam. Kesimpulannya, memang si Bala ini tak tahu apa-apa pun berkenaan perpaduan.

2. Bagaimana la si Bala ni boleh iktiraf Nik Aziz sebagai Bapa Perpaduan Malaysia, sedangkan semua orang tahu Nik Aziz membenci perpaduan dengan UMNO. Nak jadi ikon perpaduan, seseorang itu mestilah cintakan perpaduan, tidak mengira ideologi atau parti politik. Tetapi, hal ini berbeza dengan Nik Aziz, yang terang lagi bersuluh menolak suruhan Allah yang mewajibkan umat Islam bersatu dan berpadu!

3. Saya rasa Dewan Himpunan Penyokong PAS tak ubah seperti sebuah zoo yang hanya untuk dipertontonkan "segala gerak laku" mereka, bagi menghiburkan hati para pemimpin PAS. Lebih elok rasanya nama dewan itu ditukar kepada Dewan Himpunan Para Pembodek PAS (DHPPP), nampak lebih molek dan mencapai objektifnya.

4. En Bala ni salah seorang penyokong PAS yang tidak mahu menggunakan akal dengan sihat. Beliau seolah-olah tidak boleh fikir bagaimana cadangan Presiden PAS, Hadi Awang pada suatu ketika dahulu, untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan - telah ditolak mentah-mentah oleh Nik Aziz, dan sekarang, En Bala dan kawan-kawannya mahu mengiktiraf Nik Aziz sebagai ikon Bapa Perpaduan Malaysia pula. Pelik sungguh para penyokong PAS ni.

5. Pada hemat, apa-apa yang telah dilakukan oleh si Bala ini adalah membodek tahap dewa, bahkan sekarang, bukan sahaja ahli-ahli PAS yang ta'asub dan mendewa-dewakan Nik Aziz sebagai ulama super hebat, malah "penyakit" ghulu ini sudah sampai ke tahap yang sangat merbahaya untuk seluruh rakyat Malaysia.

Comments

Salam saudara AST,
Saya WZWH, AJK Pemuda UMNO bahagian Jerantut sangat menyokong posting ini kerana tidak logik "bapa perpaduan" TGNA dinobatkan kerana tokoh utama menentang hasrat perpaduan UMNO PAS. Minta saudara AST linkkan blog saya WZWH address http://wzwh.blogspot.com
Terima kasih. Selamat berjuang saudara AST.
PAScacamarba said…
salam,
ini cuma kes bodek sahaja,bodek ada makna:),u know,i know:)
acah aje... said…
Sebenarnya, aku bukan penyokong Pas dan juga bukan penyokong Umno namun didalam bab perpaduan ini (lebih tepat perpaduan diantara Pas dan Umno sepertimana yang diingini oleh penulis blog ini) adalah satu angan-angan kosong dan propaganda penulis sahaja.

Aku cakap macamtu kerana kalau kita amati, Umno bukannya ikhlas bila bercakap hal perpaduan dengan Pas.

Umno hanya nak berbaik-baik dengan Pas setelah menyedari dirinya semakin kurang mendapat sokongan dari rakyat dan sangat takut jika didalam PRU13 nanti kerajaannya tumbang.

Buktinya, semasa Umno kuat dulu, apa yang dilakukan oleh Umno ialah menyingkirkan Pas dari Barisan Nasional.

Apakah yang menyingkirkan Pas dari BN dulu dilakukan oleh MCA atau MIC ?

Sudah-sudahlah, jangan nak menipu orang ramai dengan sandiwara yang tak laku tu.....
joegrimjow said…
xde butang like untuk atas
=)

ku tak tahu pasal mr bala ni
tapi masa bukak booth herbalife ritu dengan 6 orang chinese + 2 melayu
semua chinese suka dengan cara tok guru buat

org kelantan lebih nampak politik kelantan macam mana

nak tahu, kenalah duduk di kelantan 20 tahun dan buat spekulasi entah apa2 ni, senyum simpul je baca

ahakss
joegrimjow said…
opps,
bukak booth tu kat mydin kubang kerian kelantan
azlishukri said…
saudara WZWH saya link blog tuan
Salam AST,
Terima kasih link blog WZWH. Kehebatan blog AST mendorong WZWH berkarya demi agama, bangsa dan tanah air.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M

8 July : The Last Stage

8 JULY THE LAST STAGE KUALA LUMPUR 22 Jun - Kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan sehingga 8 Julai ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan bagi membolehkan beliau mendengar dua permohonan Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes tersebut bermula. Menurutnya, pada 1 Julai ini beliau akan mendengar permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu setelah Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam mewakili Anwar memohon penangguhan bagi membolehkan pihaknya memfailkan jawapan kepada afidavit balasan pihak pendakwaan. Permohonan tersebut sepatutnya didengar oleh hakim tersebut pada hari ini. Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan 8 Julai ini bagi mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadualkan didengar pada Jumaat ini. '