Skip to main content

Apabila Lim Kit Siang Tidak Takut Kepada Allah


Apabila Lim Kit Siang
Tidak Takut Kepada Allah



25 tahun yang lalu tidak mungkin kita akan mendengar Lim Kit Siang atau sesiapa sahaja pemimpin non-Muslim begitu berani mengkritik secara terbuka tentang agama Islam (baca di sini) Apatah lagi mengheret kalimah Allah menjadi isu nasional dan diperdebatkan secara terbuka - yang akhirnya menjadikan nama Allah yang Maha Mulia itu seakan-akan permainan di bibir para pemimpin kafir harbi ini. Dosa yang ditanggung oleh PAS dan para pemimpinnya - sangat besar, "lesen" yang diberikan oleh Nik Aziz untuk orang-orang kafir menggunakan sewenang-wenangnya nama Allah - menyebabkan nama Allah yang Maha Agung ini kelihatan persenda-sendakan oleh golongan musyrikin di Malaysia. Agama Islam tidak lagi dihormati - sehingga nama Allah turut dipolitik dan dijadikan isu. Islam semakin dipandang rendah oleh agama lain. Lihatlah tidak pernah rasanya nama tuhan agama Buddha, atau Hindu dipermain-mainkan sebegini rupa. PAS mengizinkan segala ini berlaku. Walaupun Harun Din telah memberi amaran keras kepada sesiapa yang menghalalkan nama Allah digunakan di dalam penerbitan akhbar gereja Katholik itu, imannya boleh tergelincir.


Namun demikian, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin PAS yang lain langsung tidak peduli. Hal ini diperkukuhkan lagi oleh mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dengan mengharamkan nama Allah digunakan di dalam penerbitan akhbar gereja Khatolik tersebut - hujahnya mudah, ini merupakan strategi penganut Kristian untuk memurtadkan umat Islam, khususnya generasi muda. Tetapi, amaran mufti Perak ini, tidak ada siapa pun yang peduli. Dan sekarang - orang kafir, sudah bebas bersuara apa-apa sahaja yang mereka suka. Sehinggakan - nama Allah sudah boleh diperolok dengan sewenang-wenangnya. Lim Kit Siang - sepatutnya tidak menulis apa-apa pun berkenaan isu ini - Eloklah beliau masuk Islam dahulu, sebelum memandai-mandai memperjuangkan nama Allah untuk gereja Khatolik. Yang lebih ganjil, mengapa DAP sangat beria-ria memperjuangan isu ini? Bukankah lebih elok, Lim Kit Siang mempelajari keindahan Islam dan kemudian beriman kepada Allah?

Comments

Bawal said…
org tua tu sahaja je..nak provoke org2 Melayu, agar ada sorang dua melayu melatah..bila ada org melayu melatah, ada peluang memburuk2kan lagi UMNO.

PAS pun join sama ler memburuk2kan UMNO gak nanti..

Lihat je ler kes gereja dibakar tu hari..

PAS macam hero je..seolah2 tak faham ngapa perkara trsebut berlaku.
Polis dan kerajaan "terpaksa" angkut dan dakwa org yg brtanggungjawab membakar trsebut.

Tapi..punca mereka ni pergi bakar gereja tak nak didakwa ke?
Anonymous said…
Puak PAS semuanya telah jadi munafik kerana politik/menggila nak ka Puterajaya.

Apa pun dilakukan oleh LKS kafir harby yang boleh mendapatkan sokongan orang kafir, walau kristian yang membenci Islam, mereka tetap menyukai dan menyokongnya bermatia-matian.

Apa? sikap begini bukan munafiq? mereka tetap terhumban keneraka jahannam.
Anonymous said…
Isu sengaja diperbesarkan oleh Dap kerana inginkan sokongan rakyat Sarawak menjelang P/raya kecil negeri berkenaan. amat malang kerana mendapat sokongan dari pimpinan Pas.
AZLI SHUKRI TAK BASUH JUBO said…
kah kah kah...

apa kes la ko nk salahkan PAS...bila la PAS uruskan mahkamah ke ..perlembagaan Malaysia ke...

tu ha 6 kali beranak dah UMNO pegang..apsal lak orng kafir kat Malaysia leh pakai kalimah Allah juga...sampai skang terus senyap..

haram jadah tol budak yg menulis ni..tak pasal tembak PAS tembak kafir kit siang tu..bodoh la lu mat...

lu dosa orng sekulat lu leh nampak..kurap panau kat belakang badan mak bapak lu iaitu UMNO segerombolan lu tk leh nampak..apa kes bro??

lu jngn buat malu Melayu-Islam.. kah kah kah..adooooooooi..

skang gua tanya lu..Kristian kat saudi pakai Kalimah Allah untuk gelar tuhan diorang..kenapa Raja Arab Saudi benarkan jugak??? jawab skang
Anonymous said…
dap pigs
Anonymous said…
to azli..

kawan.. ko kene faham ape tujuan org2 kafir kt malaysia nie nk guna nama Allah, dape nk sesatkan lagi budak2 bandar.. ko rajin2 la trun kl, p tegok bdk2 melayu mcm mane, hanyut beb!!

2 la sbb dape nk guna nama Allah supaya dape dpt tarik budak2 yg mcm nie yg nk hidup BEBAS, MODERN,& yang ade STYLE..

harap ko faham la eh!!

MALAYSIA bkn ARAB

MELAYU x sama mcm org ARAB
ajijasin said…
tu sapa budak azli yg tak tau apa tapi mcm pandai mengaku tau semua!
bila pulak kat org Arab bukan Islam pakai kalimah ALLAH!
kat Arab org bukan Islam dia org pakai kalimah "Ilah" bukan "ALLAH" la...
Ilah tu bukan ALLAH...
"Ilah tu bahasa Melayunya Tuhan"
kalau tau tau tu jangan buat memandai!
kalau dah tak berapa tau Bahasa Arab jgn nak buat gheti benao!
sangtukangkata said…
pas mmg puak2 kerempong cakap lebeh.. bg jerla dia merapu.. haha.. mana nak buat keje.. kutuk kutuk, pulau memulau, hina menghina.. sok nanti ada fatwa baru.. siapa tak sokong dap kafir.. keh keh.. alkejebon la pas.. dap dah mmg siamang.. so bila jebon bertemu siamang jawapannya.....
Anonymous said…
hang zli zukri mmg x cuci juboq hang le...sbb tu hang x fhm ttg islam. ckp mcm org bodoh..jgn la hang jd mcm juak PAS yg haprak tu..hang pi blk belajaq cuci juboq hang tu baru hang boleh ckp pasai islam ....
Aspirasi said…
PAS mana nak mengaku mereka buat salah... dah memang salah PAS yang sokong DAP khasnya Nik Aziz dan Khalid Samat yang terang-terang sokong guna kalimah Allah oleh kristian..

Ingat lagi tak di Sibu bagaimana Khalid Samat sanggup tunggu di depan gereja dan demi sokongan beliau tentang isu kalimah Allah ini.. jadi tak salah lagi ke PAS ni..

Jika umat Islam bersatu dalam hal ini dah lama isu ini selesai.. tetapi bila ada yang jadi barua dan boneka DAP... cakap demi kawa-kawan syaitan mereka.. maka isu ini akan berterusan..

Apapun syabas kepada pemimpin PAs yang berani pertahankan kalimah Allah.. tapi peimimpin PAS yang lain mana dia? tak de telur ke..
azlishukri said…
ramai yang tak faham, situasi. Kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam penerbitan kristian kerana megundang fitnah dan mudharat yang besar.Sebab itu harun din dan harussani mengharamkan penggunaan nama Allah dalam akhbar khatolik tersebut.
AZLI SHUKRI BUAT LAWAK said…
sapa yang tak paham wei...


kalau ko kata tujuan kafir nak guna kalimah Allah sbb nak sesatkan anak2 KL..

skang aku tanya..

kenapa anak2 KL boleh sesat???

jawab skang..

kenapa???

ok la aku boco jawapan sbb diorang tk kuat iman..

skang aku tanya balik..

kenapa tak kuat iman???

takkan la bezina merempit menggatal pandai tapi tapi smbayang..

yang heran..leh keliru lak ngn kalimah Allah antara kafir ngn Islam..

kah kah kah..

skang aku tanya balik..anak KL dah lama sesat ..eh silap anak bandar dah lama sesat...apa azli..dan yg lain2??..korang pun leh tersesat ke kalau Kristian pakai kalimah Allah??

mmg la ..kafir pn amik la strategik sbb ramai budak2 da turun bandar snang nak disesatkan..

soalnya..cermin diri dulu..mana iman..mana taqwa...cammna boleh sesat..selama ni tk guna kalimah Allah pun dah berapa juta yg murtad..apa umno buat..apa korang yg sibuk kat sini buat???

sudahlah..

ini suma politik...

bg aku kisah mana2 yg Rasulullah haramkan umat arab jahiliah dan ahli kitab dan sekalian kafir pada zaman Rasulullah untuk gunakan kalimah Allah..

leh bagi tak???

sudah la..gi belajar universiti tinggi2 lagi..buat PHD..sampai leh jadi ulama muda UMNO baru mai blogging pasal agama dan politik..

yg kelakar..bila la harun din haramkan perkara ini..bila harun din jadi mufti..bodoh paria punya keling punya ayat la ko wei...

nk tipu agak2 la

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil