Skip to main content

Perpaduan UMNO-PAS : Siapa Jumpa Mufti Perak?


Perpaduan UMNO-PAS
Siapa Sebenarnya
yang Berjumpa Mufti Perak?



Membaca komen Mahfuz Omar di sini, sangat menundang rasa amarah saya terhadapnya. Sikap dan perangainya yang suka membuat tuduhan tanpa bukti - menjelaskan lagi bahawa Mahfuz adalah manusia yang jijik dan kotor di Malaysia. Kerana nafsu politiknya, beliau sanggup membuat tuduhan bahawa Mufti Perak seorang pembohong. Selalunya, hanya manusia yang suka berbohong sahaja yang gemar menuduh orang lain berbohong. Sikap dan tabiat Mahfuz ini bukanlah tabiat seorang yang mendakwa diri sebagai muslim - bahkan akhlaknya yang suka membuat tuduh dan memfitnah Mufti Perak tanpa bukti - menjelaskan lagi Mahfuz Omar bukanlah seorang insan yang baik dan mulia. Jika beliau tidak tahu siapakah yang bertemu dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani, maka lebih baik beliau diam sahaja. Jangan membuat tuduhan kononnya Harussani menjadi alat UMNO dan sanggup berbohong!


Saya mendoakan, agar Allah membalas perbuatan biadabnya itu. Dan semoga Allah mengunci mulut celuparnya dikhalayak ramai. Mahfuz mungkin berfikir bahawa beliau mampu masuk syurga dengan cara ini, tetapi beliau tidak sedar lidahnya sudah terlalu banyak membuat dosa kepada pemimpin-pemimpin UMNO - sama ada melalui fitnah, syak wasangka, buruk sangka, dan tuduhan tanpa bukti. Mahfuz terlupa bahawa Nasaruddin Tantawi, Azizan Razak dan Nasarudin Isa merupakan antara pemimpin PAS yang menyokong agenda perpaduan. Tidak semua pemimpin PAS berfikiran kolot dan terkebelakang seperti Mahfuz Omar. InsyaAllah PAS akan dihukum dalam PRU ke-13 ini.


Mahfuz menuduh kononnya Mufti Perak berbohong, tetapi sumber tertentu telah memberitahu, seandainya Mahfuz Omar ingin mengetahui siapakah individu yang berjumpa dengan Tan Sri Harussani berkenaan soal perpaduan UMNO-PAS ini, maka pergi bertanya kepada Mantan Menteri Besar Perak - Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dan Ahmad Awang (Mantan Pesurujaya PAS Perak yang sehingga kini membisu seribu bahasa). InsyaAllah mereka ada jawapannya.

Comments

Anonymous said…
Benar kata tuan.
Saya sokong.

Mahfuz perosak minda masyarakat, biarlah dia dihukum atas lidahnya yang celupar.

Kenapa dunia PAS menikus apabila melihat pemimpin PAS yang celupar dan mengeluarkan pendapat yang bercanggah dari teks ajaran ISLAM.

Adakah pemuja-pemuja PAS mengharapkan ungkapan yg sedemikian menyebabkan mereka akan mendapat kuasa. Pelik...

Agama Islam bertunjangkan KEBENARAN. Bukan hujah yang dangkal dari mulut celupar seperti Mahfuz, Anwar Ibrahan, Tuan Ibrahim, N.ajis dan pemimpin-pemimpin PAS yang berkepentingan duniawi.

-adam amin-
Jerlun, Kedah
Anonymous said…
Saya sokong penuh tuan,Mufti ada lah ulamak perwaris nabi jangan menghina mufti kelak menyesal seumur hidup sudah ada kejadian saorang hamba allah menghina mufti dan menampar muka mufti itu tapi dengan kebesaran allah telah menurun bala kepada hamba allah itu hingga tangan menjadi kaku dan mati seluruh badan (LUMPUH) kamudian disuruh hamba allah ini minta maaf atas kesalahan nya maka di maafkan olih mufti itu dengan kuasa allah juga hamba allah ini pulih kembali saperti sedia kala.Kepada Mahfuz anda bersedia lah untuk menerima hukuman dari allah muking lebeh buruk dari hamba allh yg menampar muka mufti tu doa org yg alim cepat diterima tuhan adakah anda telah sedia dan reda akan hukuman dari allah umat islam di malaysia akan melihat hukuman yg akan di terima olih mahfus sedikit masa lagi kerana sanggup memfitnah mufti perak.
Anonymous said…
Izinkan..

Ulama, adalah pewaris nabi. Ulama, akan sentiasa menjaga hatinya, lidahnya dan perbuatannya. Ulama sentiasa menjaga agamanya dan saudara seagamanya. Semua ciri-ciri ini tiada pada dajal yang mengaku ulama, yang mengaku diri lebih Islam dari saudaranya, yang mengkafirkan mereka yang mengucap syahadah. Laknatullah N.ajis.

Mahmpus,jawablah di depan Allah kelak, fitnah yang telah menjadi makanan kamu, dan tambah lagi, hari ini seorang hamba Allah yang bercita-cita suci mahu menyatukan umat Islam di bumi Malaysia juga difitnah.

Klang, Selangor.
Anonymous said…
Kenapa dihina dan disyaki Mufti Perak sedemikian rupa. Tergamak Mahfuz mengatakan Mufti tersebut berbohong..sedangkan apa yang Mufti Perak usahakan untuk kebaikan perpaduan Islam dan am nya pada bangsa melayu. Mungkin ini la akibatnya ulama yang berkawan dengan syaitan yang suka melihat perpecahan umat islam. Moga-moga Mahfuz insaf kerana keceluparannya.
wanz
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
sedara mahfuz said…
alah, mahfuz tu dulu jual ubat je kt pasar malam je. then kawen dgn sorg sedara mak aku. dia bt kurang ajar dgn pak mertua dgn mak mertua dia. org yg rapat dgn dia tau la cite2 apa yg dia bt kt parent mertua dia.. mperjuangkan islam konon....
Anonymous said…
Salam En.Azli.melihat pada perangai yb mahfuz mmg menakutkan.seolah2 hilang pertimbangan dlm semua perkara.apa pun kita sbg org islam haruslah merasa kasihan kpdnya.hidayah dan taufik milik Allah.sayugialah kita berdoa kpd Allah agar memberi hidayah/taufk kpdnya dan juga kita semua.manalah tahu suatu hari nnti dia mnjadi lbh baik drp kita.
Unknown said…
perangai mahfuz itu melambangkan dirinya yang kurang ilmu , sangat taksub pada politik sehingga membutakan mata dan akal pada perkara yang lebih penting daripada segalanya ,

perbuatan mahfuz itu melambangkan dirinya yang kurang matang , sangat tidak matang ! dalam isu2 kenegaraan dan politik , fikiran dia singkat ..cuma memikir untuk esok dan lusa ,

sikap dan perangai mahfuz itu hanyalah menghinakan dirinya sendiri , masyarakat memandang dan mendengar setiap apa yg berlaku , masyarakat juga kini bijak menilai siapakan seseorang pemimpin itu ,adakah kaca atau intan ?

mahfuz itu kurang ajar dan biadab , betapa celuparnya mulut mahfuz menuduh Mufti bohong , sesuka hati dia menghina , apakah dia merasakan Mufti itu perangai dan ilmunya macam dia ? sungguh tak tahu malu manusia mahfuz ini ..

semoga mahfuz ditimpa petaka sesuai dengan kekotorannya , semoga mahfuz dihinakan , dihancurkan harapannya , dikecewakan cita2nya , panas hidupnya sebagaimana panasnya hati orang yg dia sakiti ...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma