Skip to main content

Mahfuz Terlupa Allah?


Mahfuz Terlupa Allah?


Keceluparan mulut Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS semakin menyerlah (baca di sini). Dialah satu-satunya ahli PAS yang paling bongkak dan ego dalam menolak isu perpaduan UMNO-PAS. Secara ikhlas saya katakan, sudah lama saya memerhati tingkah-laku beliau, semenjak beliau memenangi jawatan Naib Presiden. Sikap yang ditunjukkan oleh Mafzuf Omar benar-benar membuktikan bahawa beliau merupakan manusia yang bersifat talam dua muka. Hubungan rapatnya dengan Anwar Ibrahim menjadikan beliau seorang manusia yang buta kebenaran. Mungkin, barangkali ada "habuan" yang dijanjikan oleh Anwar kepada beliau seandainya Pakatan Rakyat menerajui Malaysia, kelak.


Dengan segala bukti dan pendedahan yang dilakukan oleh media cetak dan media elektronik berkenaan hubungan Anwar Ibrahim dengan organisasi Yahudi, Mahfuz masih boleh pejam mata dan berkata itu semua fitnah? Dan sekarang dengan angkuh, beliau sekali lagi memperlecehkan takdir yang telah Allah tetapkan untuk Malaysia! Menyindir, kononnya Melayu dan Malaysia akan lebih mulia serta maju tanpa UMNO. Ini adalah perbuatan orang-orang yang tersesat akal fikiran. Otak fikiran seperti ini merupakan otak manusia yang penuh dengan kekotoran jiwa, malah, selayaknya dicampak ke dalam tong sampah sahaja.


Inilah contoh seorang hamba Allah yang tidak tahu bersyukur setelah hidup bahagia dan aman damai di sebuah negara yang bernama Malaysia. Segala yang beliau peroleh dan nikmati selama ini adalah kurnian Allah melalui kepimpinan negara yang diterajui oleh UMNO. Kebencian Mahfuz terhadap sesama Islam sangat tebal dan dalam - inikah ajaran Islam? Karpal Singh boleh menghina Islam dan menolak negara Islam gaya PAS, tanpa sedikit pun kita mendengar Mahfuz memberi komen. Tetapi, awas, jika hal itu dilakukan oleh UMNO, tunggulah akibatnya. Yang pelik berkenaan Mahfuz ini pada fikiran saya adalah seperti berikut :


1. Mengapa Mahfuz beria-ria mempertahankan Anwar Ibrahim, walaupun beliau tahu Anwar sememangnya sudah dibuktikan sebagai "tool" CIA? Mengapa beliau masih tetap bersama Anwar, tatkala beliau sendiri tahu Anwar mempunyai jawatan penting dalam sebuah organisasi pelobi Yahudi antarabangsa. Apa sebenarnya hubungan antara Anwar dengan Mahfuz ini?

2. Mengapa Mahfuz begitu membenci UMNO? Apakah selama ini beliau telah dizalimi oleh UMNO? Apakah selama ini beliau dikurung, di-ISA-kan, dipenjara, disaman dan dinafikan haknya oleh UMNO, sepanjang beliau menjadi warga negara Malaysia?

3. Jika beliau berasa bahawa Malaysia akan menjadi lebih baik tanpa UMNO, mengapa beliau masih setia tinggal di Malaysia? Bukankah elok berambus sahaja dari Malaysia seperti Raja Petra? Pergilah tinggal di negara luar yang dikatakan begitu aman lagi adil. Di Malaysia, kehidupan Mahfuz tidak selamat, tidak selesa, - maka berambus sahajalah dari bumi Malaysia, jika hidup tidak tahu bersyukur!

4. Bagaimana Mahfuz boleh berkata, Malaysia akan jadi lebih lebih maju dan orang Melayu akan lebih mulia tanpa UMNO? Sedangkan beliau bukan TUHAN yang boleh meramal dan menentukan sesuatu perkara itu! Hati-hati Wahai Mahfuz, silap haribulan, akidah boleh tergelincir. Saudara bukan tahu apa-apa pun perkara yang akan berlaku pada masa hadapan dan perkara yang telah terjadi tidak boleh diundur semula. Dan saudara bukan Tuhan yang boleh menentukan baik buruk sesuatu bangsa atau sesebuah negara itu.

5. Apakah niat Mahfuz membela Anwar Ibrahim bermati-matian? Apakah dengan jawatan Naib Presiden PAS yang sedang beliau sandang sekarang - menjanjikan suatu "habuan"? Andaikata Pakatan Rakyat menguasai kerajaan pusat? Apakah wujud "usahasama" antara Anwar dengan Mahfuz?

6. Saya nasihatkan, Mahfuz lebih banyak berdiam daripada berkata-kata. Sudah banyak perkataannya tergelincir daripada perkara yang hak. Tidak mustahil selepas ini nama beliau daripada Mahfuz akan bertukar menjadi "mampus". Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
SEBENARNYA DIA DAH NAK MAMPUSSSSS.ORANG NAK MAMPUS NI PELIK GILA MEROYAN HARI HARI...
NAMANYA MAHFUZ DEKAT DENGAN MAMPUS.HATI BUSUK HITAM PEKAK MACAM AIR LONGKANG.

SYAITAN MENGUASAI DIRI NYA.MAKIN LAMA MAKIN PEKAT.HILANG ARAH TUJU.HILANG PEDOMAN HIDUP.AKHIRNYA MEMBUNUH DIRI SENDIRI.TAK HERAN
ORANG PAS MEMANG MACAM NI.ALIM KUCING.TAPI TAHI KUCING. JALAN KENERAKA.TAHNIAH.GILA SEKS.
Anonymous said…
hah.....

Apakah kelantan, kedah, P Pinang, selangor jadi lebih maju dan mulia..sekarang ni!!!

Ha ha ha..
Anonymous said…
Mahfuz orang Kedah.
Keluaran U, jangan harap laa..
Pasai mengata orang, dia la yang paling hebat, macam orang Kedah kata "Bodo nak Mampos"

Kaki kelentong, biasa la.. siapa yang tak kenai Mahfuz "satu dunia pun dah tahu"

Cumanya ajal beliau dalam politik "tahap hap-hap" itu dikatakan "TAHAP NAK MAMPOSS"

-jitra, Kedah-
Anonymous said…
saya sangat meluat dan cemuih dengan MAHFUZ OMAR ni,, dia sungguh sombong dan bongkak,, dia dh lupa Allah bagi kuasa kt PAS sebab nk tgk sejauh mana imannya pemimpin2 PAS.. tapi PAS sekarang dh lupa semua tu, kuasa yg depa dapat tu Allah yg bagi.. kalo mcm ni lah perangai depa, kuasa depa akan ditarik balik suatu hari nanti,, katakan tidak pada PAS, tidak pada MAHFUZ..
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Anonymous said…
Semasa Anwar dalam kerajaan BN, Mahfuzlah diantara orang yang bersungguh-sungguh meminta kerajaan mengambil tindakan terhadap Anwar kerana moralnya. Tanyalah Dato Paduka Khairuddin Abu Hassan suami Umi Aida.

Itulah orang politik yang pandai bermuka-muka dan menipu. Jelas Mahfuz Omar bukan manusia yang boleh dipercayai cakapnya. Pembohong besar.

Kawan DP Khairuddin

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...