Skip to main content

Kita Jarang Bersyukur!


Kita Jarang Bersyukur!


KUALA LUMPUR 19 JULAI — Suri rumah kini berpeluang menyertai Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia dengan menyimpan pada kadar serendah RM50 sebulan. Dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Januari lepas, skim itu kini telah menarik minat 14,786 individu dengan jumlah caruman sebanyak RM13.2 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol berkata, skim yang merupakan inisiatif kerajaan itu terbuka kepada individu berumur sehingga 55 tahun bagi memberi perlindungan kewangan kepada individu yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap bulanan.

"Skim ini semakin mendapat perhatian golongan pemandu teksi, nelayan, petani, penjaja, peniaga kecil, karyawan, golongan freelance seperti deejay dan sebagainya dan kini KWSP menyasarkan suri rumah untuk turut menyertai skim ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain menerima dividen tahunan daripada KWSP, pencarum skim juga akan menikmati sumbangan tambahan sebanyak lima peratus daripada kerajaan dan tertakluk kepada jumlah maksimum sebanyak RM60 setahun untuk tempoh lima tahun bermula tahun ini hingga 2014. — Bernama


Ulasan Saya


1. Berita di atas merupakan kisah kebaikan kerajaan BN/UMNO terhadap rakyat, soalnya apakah Harakah dan para pemimpin PAS mengucapkan kesyukuran? Atau kerja PAS hanya mencari buruk kerajaan semata-mata? Mengapa sesuatu yang baik dilakukan oleh kerajaan BN/UMNO tidak diuar-uarkan oleh pembangkang, khususnya PAS? Mana perginya Mahfuz dalam hal sebegini?

2. Mengapa kita suka menyenaraikan keburukan kerajaan BN/UMNO sahaja? Mengapa tidak disenaraikan segala kebaikan kerajaan BN/UMNO terhadap kita pula?

3. Pembangkang, khususnya PAS, tidak mengajar bagaimana kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur. Sebaliknya PAS dan PKR banyak mengajar bagaimana untuk kita mencaci dan menghina negara sendiri. Fikir-fikirkanlah.

Comments

tengokperati. said…
Salam .tumpang lalu. Orang yang dah buta dalam celek dan pekak dalam dengar dan bisu untuk menyatakan kebaikakn yang dilakukan olih orang lain mungkin ada sesuatu yang tak kena pada gerak hatinya dan perangai semula jadinya .
Cuba kita tanya apakah yang telah dibuat olih PAS selama Kelantan dibawah naungannya. Apakah skim untuk mennaikkan taraf hidup atau dalam bahasa mudahnya rakyat tumpang senang atas usaha kerajaan yang selama ini menjadi tunggak dan harapan rakyat Kelantan seluruhnya.Cuba cari dan sebutkan satu atau dua skim yang bolih menjadi ingatan spanjang pemerintahan slama lebih 20 tahun . KOHILAL ,Khairat kematian dan lain -lain yang bolih dipungut hasilnya setiap tahun atau bulan sebagai pelindung kemiskinan.Apa yang saya tahu setiap kali ceramah pasti ada kutipan atas nama jihad dan berbagai lagi . Itu saja yang saya tau untuk rakyat kelantan selain hasil balak yang dipupuskan .
azlishukri said…
betul sangat tu pandangan tuan..
Terlalu banyak kebaikan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN tetapi itu tidak juga bermakna terlalu sedikit kerosakkan dan keburukkan yang telah mereka lakukan.

Elok sangat kita bersyukur atas apa yang baik tetapi elok sangat kita tegah, larang dan tidak bersetuju atas apa jua kemungkaran yang telah mereka lakukan.

Pilihanraya umum adalah satu kayu pengukur yang baik yang telah digunakan oleh rakyat untuk memberi markah kepada segala usaha kerajaan. Rakyat telah bersuara dalam PRU12 yang lalu, kita kena akur apabila rakyat dengan tegas menyatakan bahawa prestasi kerajaan BN di beberapa negeri tidak baik lalu ditukarkan kepada Pakatan Pembangkang. Boleh ke kita nafikan suara majoriti rakyat itu? Apakah pilihan rakyat itu juga diketegorikan dalam 'jarang bersyukur'.

PRU13 sekali lagi akan menjadi penentu, rakyat yang tidak bersyukur? Atau kerajaan BN yang tidak bersyukur atau Pakatan Pembangkang yang tersungkur?

Pilihan Pembaca

Mukhriz Telah Menang! Oleh Muhammad Azli Shukri Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semua dijawa...

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...