Skip to main content

Apakah Kita Bersetuju Yusuf Qaradawi Juga Sesat?


Adakah Kita Bersetuju
Yusuf Qaradawi Juga Sesat?



Salam, kepada semua sahabat sekalian, saya mengambil peluang ini untuk menasihat secara baik dan tersusun berkenaan isu pergeseran antara Dr Asri dengan Ustaz Zamihan berhubung isu Wahabi dan fitnah terhadap Ibn Taimiyyah. Sebelum kita sanggup atau bersetuju untuk bersama-sama menuduh seseorang itu sesat atau kafir melalui tulisan di dalam blog kita, maka fikir-fikirkan terlebih dahulu implikasinya terhadap diri kita sendiri. Dalam hal ini, saya mendapati terlalu ramai blogger mengambil jalan mudah tanpa mereka sendiri menyelidik dan memahami terhadap dakwaan kononnya Pusat Fatwa Al-Azhar telah menghukum Ibn Tamiyyah, Wahabi serta konsep Tauhid Rububiyyah, Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Asma wa Sifat sebagai sesat dan terkeluar daripada Islam.


Sebagai orang awam, eloklah kita berdiam sahaja dalam soal ini, tanpa ilmu yang mantap dan pengkajian yang mendalam, kita bisa sahaja terjerbak dalam tuduhan yang salah, bahkan tersilap langkah, tuduhan tersebut bisa kembali kepada diri kita semula. Jika kita tidak pernah sekali pun membaca tulisan-tulisan Ibn Taimiyyah, bagaimana mungkin kita dengan begitu mudah boleh menuduh bahawa beliau telah sesat? Jika kita tidak mengenali Wahabi secara kajian yang mendalam, bagaimana mungkin kita beria-ria mendakwa bahawa Wahabi itu ajaran sesat? Jika Allah bertanya kepada kita di akhirat kelak bagaimana kita sanggup menulis dan menuduh di dalam blog bahawa Ibn Taimiyyah dan Wahabi adalah sesat, maka apakah jawapan kita kelak? Apakah kita akan menjawab, "Ya Allah, aku mendengar dan membaca si anu dan si anu menulis di dalam blog mereka, maka aku pun mengikut sahaja. Apakah Allah akan menerima hujah seperti ini? Sedangkan Allah sudah berfirman..jangan sesekali kita mengikuti sesuatu yang kita tiada pengetahuan terhadapnya.


Jika kita bersama-sama menyebarkan fitnah bahawa Ibn Taimiyyah dan Wahabi adalah sesat, maka bersama-samalah kita tanggung dosanya. Jika benarlah Ibn Taimiyyah dan Wahabi telah sesat, maka secara tidak langsung kita juga telah menuduh Syeikh Yusuf al-Qaradawi seorang ulama besar Islam juga telah sesat, lantaran beliau sangat banyak mengambil pemikiran, pandangan dan cara metodologi Ibn Taimiyyah dalam tulisan-tulisannya. Perhatikan kata-kata Dr al-Qaradawi ini:

Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa)

Manakala kata-kata Syeikh Yusuf al-Qaradawi di dalam buku al-Thaqafah al-‘Arabiyyah al-Islamiyyah pula adalah seperti berikut:

“Ibn Taimiyyah dan institusinya adalah salafis. Mereka itu benar-benar tokoh tajdid (revival). Tiada seorang pun yang cuba menafikan pemikiran tajdid mereka, melainkan dia seorang yang keras kepala.” (m.s 59, Kaherah: Maktab Wahbah).

Golongan fanatik mazhab seperti Ahbash membantah beliau kerana suka merujuk kepada Ibn Taimiyyah. Kata al-Qaradawi: “Termasuk perkara yang pelik, mereka golongan Ahbash ini mentohmah aku ini wahhabi dan taksub dengan para imam Wahhabi, kerana seringkali aku apabila bercakap mengambil daripada Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim dan madrasah mereka berdua, mereka (Ahbash) menuduh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim ini menyalahi ijma’ dalam persoalan ini dan itu..”.

Meninjau kembali sejarah dan liku-liku perjuangan Prof Dr Yusuf al-Qardhawi, seseorang itu pasti akan menimba pelajaran yang sangat besar dari tokoh besar ini. Kehidupannya yang penuh dengan ilmu dan dakwah, membentuk diri beliau sebagai seorang sarjana dan ilmuan islam yang disegani pada zaman ini.

Ketika anak-anak murid beliau mengadakan seminar memperingati jasa dan ketokohan beliau serta menamakan beliau sebagai Al-Imam. Air mata beliau menitis deras membasahi janggutnya, kemudian tokoh besar ini berkata, “Sesungguhnya tidaklah layak aku memakai gelaran ini. Aku hanyalah seorang penuntut ilmu, dan akan terus menuntut ilmu hingga akhir hayatku.”

Kesarjanaan dan ketokohan beliau telah diakui oleh beratus malahan beribu ulama besar yang lain di seluruh dunia. Beliau yang sering dijoloki dengan gelaran Al-Imam Al-Wasatiyah (Imam yang bersederhana) bukan sahaja memberi pengaruh yang besar dalam dunia intelektual, malahan memberi sumbangan dalam dunia politik Islam.

Namun begitu, tokoh Ilmuan Islam ini semasa mudanya menempuhi pelbagai dugaan dan cabaran bukan sahaja dari luar malahan dari dalam pusat pengajiannya. Suatu ketika dahulu, beliau berhadapan dengan pelbagai konterversi hanya kerana beliau menegur gurunya berkaitan dengan perkara khurafat yang berlaku di sekitar Mesir. Atas peristiwa ini, beliau digelar oleh gurunya dengan gelaran Wahabi!

Bukan setakat di bilik darjah, di tempat tinggalnya juga beliau terpaksa menangani kekecohan dari penduduk tempatan yang mendakwa beliau telah menghina para ulama kerana mengeluarkan pandangan yang berbeza.

Dalam Mukadimah buku beliau Fatwa Mu’asarah, beliau menulis, “Pada mulanya saya menimbulkan kekecohan di kalangan orang ramai. Mereka tertanya-tanya: “Bagaimana pemuda ini berani berbeza pandangan dengan syeikh-syeikh besar? Bagaimana dia mengajar orang-orang bukan daripada kitab-kitab muktabar? Bagaimana dia boleh mengeluarkan pandangan-pandangan yang sebelum ini belum pernah kami dengar?” Saya menghadapi hal ii dengan penuh tabah sambil mempertahankan pandangan. Saya katakana kepada orang-orang yang tidak bersetuju: “Di antara saya dan kamu ialah al-Quran dan Sunnah. Oleh itu marilah kita kembali kepadanya.”

Prof Dr Yusuf al-Qadhawi mengharungi tuduhan dan fitnah ini dengan penuh takwa dan sabar. Kerana beliau sedar dan yakin bahawa hak sentiasa akan ditentang oleh kebatilan. Malahan al-Quran dan as-Sunnah telah menceritakan bagaimana sukarnya perjuangan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam menyebarkan risalah tauhid dan membersihkan kesyirikan manusia ketika itu.

Kerana yakin dan tahu bahawa hanya kebenaran yang dibawa, Prof Dr Yusuf al-Qardhawi tidak berganjak dengan prinsip dan seruan tajdidnya(pembaharuan) terhadap agama. Kesungguhan dan keyakinan beliau terhadap seruan kembali kepada al-Quran dan Sunnah (tajdid) atas prinsip dan kefahaman para sahabat dan tabien, telah memberi pengaruh yang besar dalam dunia Intelektual Islam.

Jika disoroti perjalanan dakwah dan kesarjanaan Al-Qardhawi, ia hanyalah kesinambungan dan kelansungan perjuangan Ulama-ulama besar sebelum beliau. Misalnya al-Imam Ibnu Taimiyah dan al-Imam Ibnu al-Qoyim yang sinonim dengan gerakan Tajdidnya dan usaha mereka memerangi syirik dan bid’ah.

Tuduhan dan fitnah yang sentiasa bermain di bibir masyarakat kepada al-Qardhawi masih wujud sehinggalah masa kini, setelah beliau dikenali sebagai Sarjana dan Ilmuan Islam besar. Istilah-istilah Wahabi masih lagi terus wujud dan diletakkan di bahu beliau. Malahan tuduhan bahawa beliau Muktazilah serta kafir turut berlegar di kalangan mereka yang membenci tokoh ini.

Namun, beliau tidak pernah beranjak sedikit pun dari prinsip dan perjuangannya. Walau ditohmah dan dituduh dengan gelaran Wahabi dan sebagainya, beliau tidak pernah menganggapnya sebagai batu penghalang kepada seruannya kepada umat Islam agar kembali kepada al-Quran dan as-Sunnah.

Menariknya apabila ditanya kepada beliau tentang Muhammad bin Abdul Wahab (Wahabi) , seorang tokoh Islam yang dituduh dengan pelbagai tuduhan serta mengaitkan tokoh ini dengan gelaran Wahabi. Al-Qardhawi menjawab dalam bukunya Feqh al-Auliyat (Feqah keutamaan) ,

“Perkara pokok dalam da'wah Imam Muhammad bin Abd al-Wahhab di Jazirah Arabia ialah pada bidang aqidah, untuk menjaga dan melindungi tauhid dari berbagai bentuk kemusyrikan dan khurafat yang telah mencemari sumbernya dan membuat keruh kejernihannya. Dia menulis berbagai buku dan risalah, serta menyebarkan dan mengamalkannya dalam rangka menghancurkan berbagai gejala kemusyrikan.”

Justeru, jika ada tokoh atau Sarjana Islam yang membawa misi yang sama dan seruan yang sama maka bersiap-siaplah untuk mendapat gelaran Wahabi; yang anda sendiri tidak tahu menahu tentang terminologi ini.

Kepada mereka yang suka bermudah-mudah dan ringan mulut memburukan dan membuat tuduhan di atas nama agama. Marilah kita muhasabah dan bersikap amanah dalam menyebarkan ilmu. Buangkan prasangka, sikap ujub serta tabiat melabel-labelkan orang, lebih-lebih lagi apabila kita bercakap atas tiket agama. Firman Allah dalam surah al-Hujrat ayat 12, “Hai orang-orang yang beriman. Jauhilah banyak bersangka-sangka, kerana sesungguhnya sangkaan itu berdosa”

Dikuatkan lagi dengan pesanan Nabi Muhammad shallahu-alaihi wasalam, “Hati-hatilah kamu terhadap prasangka, kerana sesungguhnya prasangka itu adalah sedusta-dusta perkataan” (Hadith direkodkan Imam Bukhari).

Maka beruntunglah mereka yang tetap di jalan kebenaran, dan jika anda berani untuk mengaku sebagai wahabi, hafallah dan telanlah ucapan HAMKA ini sebagai panduan apabila diasak dengan soalan, “Adakah anda Wahabi?.”


“Bagi kami yang dikatakan kaum muda itu tidaklah keberatan jika dituduhkan Wahabi. Kalau 20 atau 30 tahun yang lalu semasa pengetahuan agama hanya boleh dipercayai oleh mufti-mufti sahaja, mungkin orang takut dikatakan Wahabi. Tetapi sekarang orang telah tahu bahawa Wahabi tidak lain adalah daripada penganut Mazhab Hanbali yang keras mempertahankan Sunnah. Dan yang berpengaruh memperbaharui (Tajdid) faham Mazhab Hanbali itu ialah Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qoyim. Oleh sebab itu bagi kami dituduh Wahabi bukanlah satu penghinaan.” (Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah dalam tulisannya terhadap Mufti Johor as-Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pada tahun1958)


Seperti yang dijelaskan di atas, walaupun al-Qaradawi tidak fanatik kepada mana-mana tokoh, namun ini bukan bererti tiada tokoh kesayangan atau tokoh yang beliau kagumi. Dr al-Qaradawi pernah menyebut :

Al-Imam Ibn Taimiyyah ialah daripada kalangan ulama umat yang aku sayangi, bahkan barangkali dialah yang paling jantung hatiku sayangi di kalangan mereka dan paling dekat kepada pemikiranku” (Al-Qaradawi, Kaif Nata‘amul ma‘a al-Sunnah, m.s. 170, Mesir: Dar al-Wafa).

Comments

HomeBiss said…
Salam..

With all due respect, you need to discuss this matter with our Religious Authorities, they know this matter more than you do.

On other hand, feel free to read Fatwas made by various scholars on the subject in hand.
azlishukri said…
terima kasih home biss..tetapi jangan sekali kita bertaklid membuta tuli...
Man said…
Saya sgt bersetuju dgn saudara dlm perkara ini. Islam itu akal (bijak) dan bersesuaian dgn fitrah manusia. Gunakan akal utk berfikir dan jgn bertaklik buta. Walaupun ideologi politik saudara berbeza dgn saya.
Anonymous said…
Assalamualaikum. saya setuju dengan anda saya amat marah kapada mnusia yg menuduh mereka wahabi(sesat). sedangkan dakwah mereka sangat hebat dizaman merka mahupun dizaman ini. saya menyayangi mereka dan mencintai merka kebikan mereka serta ketaatan mereka satu anugerah dari ALLAH SWT. orang akn berkaa tnpa ilmu adalah satu pmikiran yg kosong.

wallahu a'lam
Tapi, bila seorang Intelektual Muslim, lari dari Mesir ke Qattar, kemudian Menghujat Kelompok Lain Sebagai Partai Syeitan, sementara yang dituduh Syeitan berhasil membunuh 243 Marinir Negara Al Kuffar Syayatin Kabir pada tahun 1988, hanya dengan seorang diri melakukan bom bunuh diri dgn sebuah Zeep di Libanon, sementara Al Qaeda bom dirinya ditempat kerumunan orang2 Syiah tak bersenjata atau ditempat Ziarah Makam Imam Husein (Apakah Nilai Keluarga Rosul lebih rendah dari manusia lainnya???, aku berlindung dari MurkaNya, atas tuduhan ini, renungkan FirmanNya " Apakah pemberi petunjuk (Rosul), lebih jelek, dari pada yang diberi petunjuk (Para Sahabat)". Bagaimana kawan, masihkah kalian berempati Para Sahabat, yang telah melakukan boikot kepada Rosul, ketika ajalnya sudah mendekati Rosul, sementara itu adalah Hak Rosul atas PerintahNya, tahukah kawan Al Qaeda adalah hasil akhir dari AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, yang lahir pada "Tahun Jamaah"---42H, dan pada periode tsb sampai 90 tahun berkuasa Bani Umayyah, hanya untuk menghancurkan Keutamaan Keluarga Rosul, melalui Pembunuhan Karakter, maupun Phisik dan berakhir pada angka 14 Khalifah dhalimin berakhir dan diteruskan melalui serangkaian pertumpahan darah, membunuh satu sama lain dan lahirlah Khalifah Dhalimin berikutnya Abasiyah---->37 Khalifah, dan jumlah korban pembunuhan Keluarga Rosul dengan Genocide via racun 80%, kenapa mereka melakukan itu semua karena guru agung mereka adalah Shahibain, yang notabene kalian idolakan :Adapun Hadist, yang berbuny Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Gol yang selamat"--Merupakan tandingan Hadist : Keluargaku bagaikan Bahtera/Kapal Nuh, barang siapa yang menaikinya, maka selamatlah dia, dan barang siapa menjauhinya, maka celakalah dia.

Analisanya, adalah : Hadist yang pertama, dirawat dan diayomi oleh Para Ulama dibawah kendali Nafsu Berkuasa dan Pedang Yang berbicara, mana mungkin Tuhan akan membiarkan kekasihnya untuk mengatakan sesuatu, namun masa yang dimaksud, adalah situasi dimana Keluarganya menjadi Korban atas Kebodohan dan Ketamakan atas nama Kekuasaan, oleh Para Pembangkang yang telah menginjak-injak An-Nisa 93 (Renungkanlah ini Kawan). Salam
Tapi, bila seorang Intelektual Muslim, lari dari Mesir ke Qattar, kemudian Menghujat Kelompok Lain Sebagai Partai Syeitan, sementara yang dituduh Syeitan berhasil membunuh 243 Marinir Negara Al Kuffar Syayatin Kabir pada tahun 1988, hanya dengan seorang diri melakukan bom bunuh diri dgn sebuah Zeep di Libanon, sementara Al Qaeda bom dirinya ditempat kerumunan orang2 Syiah tak bersenjata atau ditempat Ziarah Makam Imam Husein (Apakah Nilai Keluarga Rosul lebih rendah dari manusia lainnya???, aku berlindung dari MurkaNya, atas tuduhan ini, renungkan FirmanNya " Apakah pemberi petunjuk (Rosul), lebih jelek, dari pada yang diberi petunjuk (Para Sahabat)". Bagaimana kawan, masihkah kalian berempati Para Sahabat, yang telah melakukan boikot kepada Rosul, ketika ajalnya sudah mendekati Rosul, sementara itu adalah Hak Rosul atas PerintahNya, tahukah kawan Al Qaeda adalah hasil akhir dari AHLI SUNNAH WAL JAMAAH, yang lahir pada "Tahun Jamaah"---42H, dan pada periode tsb sampai 90 tahun berkuasa Bani Umayyah, hanya untuk menghancurkan Keutamaan Keluarga Rosul, melalui Pembunuhan Karakter, maupun Phisik dan berakhir pada angka 14 Khalifah dhalimin berakhir dan diteruskan melalui serangkaian pertumpahan darah, membunuh satu sama lain dan lahirlah Khalifah Dhalimin berikutnya Abasiyah---->37 Khalifah, dan jumlah korban pembunuhan Keluarga Rosul dengan Genocide via racun 80%, kenapa mereka melakukan itu semua karena guru agung mereka adalah Shahibain, yang notabene kalian idolakan :Adapun Hadist, yang berbuny Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah Gol yang selamat"--Merupakan tandingan Hadist : Keluargaku bagaikan Bahtera/Kapal Nuh, barang siapa yang menaikinya, maka selamatlah dia, dan barang siapa menjauhinya, maka celakalah dia.

Analisanya, adalah : Hadist yang pertama, dirawat dan diayomi oleh Para Ulama dibawah kendali Nafsu Berkuasa dan Pedang Yang berbicara, mana mungkin Tuhan akan membiarkan kekasihnya untuk mengatakan sesuatu, namun masa yang dimaksud, adalah situasi dimana Keluarganya menjadi Korban atas Kebodohan dan Ketamakan atas nama Kekuasaan, oleh Para Pembangkang yang telah menginjak-injak An-Nisa 93 (Renungkanlah ini Kawan, BENARKAH HADIST TERSEBUT DARI ROSUL???, It's impossible, sisipan yang dinisbathkan kepada Rosul. Salam

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma