Skip to main content

Apabila Hishamuddin Rais Pun Tidak Yakin Dengan PAS


Hishamuddin Rais
Tidak Yakin dengan PAS


"Kita harus sedar walau pun Pas mengakui parti Islam – ia tidak memiliki apa-apa makna hakiki dalam politik. Kita semua boleh mengaku bermacam macam.

Dalam politik yang di rebutkan bukan Allah, Yahwe atau Siddarttha. Politik ialah perjuangan untuk merebut kuasa. Kuasa diperlukan untuk memastikan lubuk kekayaan dimiliki. Apabila lubuk kekayaan dimiliki maka disinilah akan diuji sama ada parti itu bermazhab Sosialis atau Kapitalis.

Dalam dunia hanya ada dua sistem ekonomi – kapitalis atau sosialis. Dua sistem ini adalah sistem induk. Selainnya – yang mengakui sistem ini dan sistem itu - hanya pecah-pecahan dari dua sistem ekonomi ini. Seperti kuih bahulu – asasnya adalah tepung, gula dan telor. Warna, corak, reka bentuk hanya tokok tambah untuk mengolah keinginan orang ramai.

Dalam sistem ekonomi kapitalis ini ada pemimpin Pas "yang akan", "yang telah" dan "yang sedang tewas" dengan kuasa dan harta kekayaan. Contohnya kes cerai berai bekas Adun Pas dengan isteri keduanya. Si isteri menuntut berjuta ringgit. Ini kerana si isteri tahu – ketika bergomol mesra - bahawa sang suami ketika berkuasa dahulu pasti ada tanah di sana dan tanah di sini - ada saham ini dan saham itu. Ini realpolitik. Ianya tidak pula bermakna kita merendahkan keyakinan mereka terhadap Yang Maha Esa.

...Pas bukan mengajukan sistem ekonomi alternatif kepada kapitalisme. Pas seperti PKR dan DAP hanya berjanji untuk kononnya menguruskan kapitalisme dengan lebih baik. Asas sistemnya masih kapitalisme. Ini hakikat. Ini realpolitik."

-Petikan daripada post Hishamuddin Rais dalam Malaysia Today

Comments

Anonymous said…
kapal nak tenggelam. semua cari alasan nak lompat kapal. sosialis , kapitalis pun dijadikan alasan utk hilang keyakinan. masa tengah high dulu kenapa tak npk. masa tu sama2 gunakan sosialis dan kapitalis utk kroyok umno. tu namanya politik membontot. politik yg tidak ada penderian. kita mau politik mcm ezam. dia rasa anwar difitnah, dia lawan habis2an sampai masuk 2 penjara. dia tau anwar menjubo dia buat u turn walau kene hentam dan kutukan. tu baru politik ada nilai.

kalau mcm hisham ni sepak dlm longkang jee.

zek
sangtukangkata said…
pas, pas puak2 ni insaflah wei dok melalak tak tentu pasal, menjerit pasal rakyat lah, ni lah tu lah tapi realitinya korang jadi kuda kuda kuda tunggangan dapig yang suka pijak serban korang... dari korang meraban tak tentu pasal dan korang terang2 mempermainkan islam baik tukar pakai kopiah ke pakai cap terbalik.. baru betui.. buat malu islam jer pas oi, cakap lebat keje tak buat, kena torbu ngan dapig diam, mana islam mana maruah.. insaf2lah.. pakatan bastard...
C L J said…
Apa apa pun satu perkara sudah menjadi bertambah jelas. Tembelang tembelang itu semua sedang terbongkar dengan sendirinya.
Anonymous said…
sukur pada Allah dengan pertunjuknya hamba yang bertakwa tidak akan tersesat,pada yang lain semaklah balik perjalana kemuka kita ini.

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y