Nampaknya selepas memperoleh "title" Prof. Madya - ilmu Dr Asri Zainul Abidin sudah jauh tinggi melangit, mengalahkan ilmu para ulama besar Arab Saudi, sehingga tergamak beliau mendakwa golongan salaf yang berpegang kepada hadis nabi yang menyuruh agar tetap taat kepada pemerintah dan mengharamkan demonstrasi jalanan seperti mana yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini, sebagai golongan yang tidak faham akan tujuan dan maksud hadis-hadis nabi tersebut (baca di sini).
Apakah ulama-ulama al-Azhar dan Arab Saudi juga jahil dalam memahami hadis-hadis politik itu? Kerana mereka juga turut mengharamkan perbuatan demonstrasi di Mesir dan di negara-negara Islam lain? Bahkan, ulama-ulama besar Mesir dan Arab Saudi sangat menentang perbuatan demonstrasi yang boleh mencetuskan huru-hara dan pada masa yang sama keadaan tersebut boleh diambil kesempatan oleh pihak ketiga. (Baca di sini).
Apakah ilmu dan kefahaman hadis Dr Asri jauh lebih hebat jika dibanding dengan ulama-ulama tersohor Arab Saudi seperti Syeikh Khalid Ali Muhammad al-Anbariy, Syeikh Abdul Aziz Ibn Baz, Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin, Syeikh Salih Fauzan al-Fauzan dan Syeikh Nasharuddin al-Bani yang sangat terkenal dengan kewarakan, kezuhudan dan ketinggian ilmu hadis mereka - dan berapa ratus pula hadis yang dihafal oleh Dr Asri, sehingga tergamak menyindir kononnya, golongan salaf di Malaysia telah tersalah dalam memahami hadis-hadis yang berkaitan dengan ketaatan terhadap pemerintah?
Sekiranya hadis-hadis yang menyuruh umat Islam agar taat kepada pemerintah sudah tidak lagi relevan pada masa kini, bila dan ketika mana pula hadis-hadis tersebut hendak digunakan? Apakah kita menunggu sehingga Malaysia menjadi kacau-bilau dan hancur musnah, barulah Asri akan menyuruh umat Islam kembali kepada hadis-hadis tersebut?
Kenyataan terbaru Asri di dalam Malaysia-Insider, seolah-olah menghalalkan perbuatan demonstrasi Bersih 9 Julai lalu, walaupun Majlis Fatwa Kebagsaan telah memutuskan bahawa para pelaku yang terlibat dalam perhimpunan tersebut perlu bertaubat, kerana yang mereka lawan bukannya UMNO/BN atau SPR lagi - tetapi yang mereka lawan ialah Yang Di-Pertuan Agong! Inilah yang perlu Asri faham.
Pada hemat saya, Asri bukan lagi golongan salaf atau boleh dilabelkan sebagai ulama salaf. Terlalu banyak pandangannya tersasar jauh daripada falsafah salaf yang kononnya diperjuangkan selama ini. Nasihat saya, hati-hati dengan pandangan Asri...terlalu banyak racun yang mula disebarkan tanpa disedari (Baca di sini).
Hadis-hadis di bawah tidak perlu ditafsir, ia sudah jelas maksudnya. Jangan memandai-madai menafsir sendiri maksud hadis nabi, sekiranya ia sudah jelas dan terang dengan apa-apa yang telah nabi sampaikan. Wallahualam.
1. Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).
2. Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) (Baca di sini untuk penjelasan yang lebih baik)

Comments
Mendatangkan kesedaran..terima kasih tuan guru al fadhil Muhammad Azli Shukri Al Hafiz....
aku suggest u'Ols pergi try godek 2-3 page fb.
does this means yang dorang betul2 nak import masuk budaya mesir?
just a little fact. ramai penduduk mesir sekarang pun dh hidup merempat/ makin melarat. minta dijauhkan benda camtu dpd negara kita.
"Troll bagi pihak kerajaan, sarcasm tanpa batasan"
http://www.imamudasyraf.com/v1/?p=436
ada youtube oleh UZAR, kalau tak silap dari zaharuddin.net yang mengatakan demonstrasi itu harus, tetapi provokasi itu haram. Saya berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat itu mengelirukan dan boleh disalah-ertikan sehingga akhirnya menyatakan bahawa demonstrasi itu halal. Kalau menyusahkan rakyat dan merosakkan harta, rakyat dan negara, halal apa!
Masih ramai lagi rakyat di Malaysia yang tidak setuju dengan BERSIH, berjuta-juta lagi dan mereka ini tidak keluar berdemonstrasi. Bayangkan kalau silent majority ini keluar berdemonstrasi, saya rasa kecut perut mereka.
AHO
knp ulama2 besar ini tdk ikut cara aisyah r.a yg akhirnya menyesal dgn tindakannya atas penentangan itu?
Adakah ulama2 besar ini lebih tinggi ilmu dan pemahamanya tentang hadis berbanding dr. asri?
trima kasih
betullah semakin akhir zaman, semakin keluar org2 alim cerminan ilmuan agama dgn tafsiran mengikut kepala otak...golongan ini yang akan ditanya awal nanti..adakah kamu mengajar ilmu agama sebenar..