Skip to main content

Tengku Razaleigh Hamzah - Nama Yang Tertinggal!

Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan sebuah NGO baru yang dipanggil sebagai Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) - apakah tujuannya masih tidak ketahui secara nyata. Namun demikian, yang pasti NGO ini lebih kepada mengembalikan nostalgia zaman pentadbiran Tun Abdul Razak. Pada saya, lebih elok rasanya beliau isytihar sahaja masuk Pakatan Rakyat, banyak prinsip perjuangan beliau yang sudah tidak secocok dengan UMNO. Baca di sini..

Comments

Salam Sdr Azli,
Ramai yang kita ingat dah mati, hidup balik selepas BERSIH.
azlishukri said…
betul tuan tenggara...
Unknown said…
Ku Li nak kekal relevan, tp x payahlah ampu pembangkang.

DULU, KINI, SELAMANYA: PAS SEKADAR TUKANG HANTAR MEMORANDUM. Baca di sini!

http://apakecoh2.blogspot.com/
zeme said…
Salam saudara Azli,

NGO AMANAH adalah asas tunjang Amanah yang kita terima sewaktu merdeka, Amanah yang sudah kita mulai lupa kerana mengejar dan tenggelam dengan kekayaan kesenangan hidup tanpa kita sedar masih ada rakyat yang sengsara jiwa dan raga.

Kita seharusnya menyokong dan bersama-sama bagi melaksanakan Amanah yang masih belum dilaksanakan sepenuhnya dengan keadaan politik, ekonomi kita masa ini.

Saudara ada menanyakan kenapa TRH tidak meninggalkan saja UMNO? TRH lahir dalam rumah UMNO, rumah yang beliau membesar dari usia remaja. Beliau sedar, rumah UMNO semakin lama semakin usang dek dimakan oleh anasir-anasir umpama anai-anai yang menghingap merosakkan rumah yang tersergam indah dibina masa dulu tanpa dipedulikan kerosakan tersebut oleh penghuni-penghuni sebumbung yang lain.

Seburuk-buruk mana pun rumah tersebut untuk meninggalkannya buat kali kedua agak sukar walaupun beliau pernah membina rumah baru Semangat 46 (S46) berasaskan struktur rumah UMNO. Oleh kerana sayangkan rumah lama UMNO, beliau sanggup merobohkan rumah baru S46 semata-mata ingin bersama-sama rumah lama dengan niat membaiki segala kerosakan yang telah dibuat oleh anasir-anasir penghuni lain yang berkepentingan dari menjaga asas pembinaan rumah UMNO.

Itulah niat beliau menyelamatkan rumah UMNO daripada melihat rumah UMNO tempat kelahiran akhirnya rebah menyungkur bumi suatu masa sekiranya anasir-anasir yang merosakkan asas pembentukan rumah itu tidak dibersihkan dan dibaiki.

Wasalam.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Permatang Pasir 2009 : Undi Protes Untuk PAS?

PERMATANG PASIR 2009 Undi Protes Untuk PAS? Menurut HarakahDaily, calon PAS di Permatang Pasir akan memenangi kawasan tersebut sekali lagi dengan majoriti 2500. Dan paling tinggi pun mungkin 3500 undi. Pada hemat saya pula, secara jujur mungkin PAS akan memenangi kawasan tersebut dengan majoriti sekitar 800 hingga 1000 undi sahaja. Walaupun PAS mungkin akan mengekalkan kawasan tradisinya itu, tetapi saya percaya pengaruh parti tersebut semakin menurun selepas pilihanraya kecil di Manek Urai. Hal ini jelas membuktikan beberapa perkara antaranya : 1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO. 2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam 3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. 4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat. 5. PAS dilihat sebagai parti yang dipe...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...