Skip to main content

Media PAS Akui Dunia Siber Dikuasai Bloggers UMNO

Nampaknya, peranan bloggers pro-UMNO/Kerajaan semakin dirasai dan digeruni. Realiti penguasaan bloggers Pakatan Rakyat dalam perang siber semakin tumpul dan kurang berkesan. Pelbagai isu yang cuba dimanipulasikan oleh Pakatan Rakyat sudah dapat dihidu lebih awal oleh bloggers-bloggers pro-UMNO, sekali gus memudahkan kami mematahkan serangan mereka dengan lebih awal. Terbaru, senario ini diakui oleh SiasahDaily yang membuat analisis secara jujur bahawa perang dunia siber telah mula ditakluki oleh segerombolan bloggers-bloggers UMNO bagi berhadapan dengan PRU yang akan datang! Baca analisis SiasahDaily di bawah :

"SATU MASA DULU, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini. Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara. Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno. Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal. Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah. Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia. Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara. Sambung bacaan anda di sini..."

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...

Mahathir Belum Mati

Do You Still Remember Me? Pada hari ini, semua suratkhabar perdana menyiarkan gambar Tun Mahathir berdiri bersama-bersama dengan saf kepimpinan baru UMNO yang dilantik oleh para perwakilan, dan seluruh rakyat khususnya orang-orang Melayu dengan secara tiba-tiba "dikembalikan" semangat mereka untuk bersungguh-sungguh memenangai ketiga-tiga pilihan raya kecil yakni di Bukit Gantang, Batang Ai dan Bukit Selambau. Ribuan penyokong UMNO dan BN mengiringi calon BN di Bukit Gantang, iaitu Ismail Safian ke pusat penamaan calon - rasanya belum pernah semangat sebegini rupa yang ditonjolkan oleh para penyokong UMNO dalam mana-mana pilihan raya kecil - malah tidak syak lagi , BN mampu merampas kembali kerusi parlimen tersebut. Jelaslah, kehadiran Tun Mahathir di Persidangan UMNO semalam , dan janjinya untuk kembali kepada UMNO, sekurang-kurangnya telah menyunting semangat baru dalam kalangan ahli UMNO, untuk melihat parti tersebut kembali pulih dan bertenaga semula, malah untuk seketi...