Skip to main content

Menjelang Pertemuan Malaysia-Singapura Esok : Rajagobal Ada Fomula Misteri


Izinkan saya memberi komen menjelang perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura, Khamis ini - sama ada kita suka atau tidak, saya yakin dan percaya, Malaysia akan berjaya ke peringkat seterusnya. Walaupun kita tewas 5-3 baru-baru ini, tetapi itu bukanlah penutup kepada segala-galanya. Dalam satu kenyataan, Datuk K. Rajagobal mendakwa bahawa beliau mempunyai fomula misteri dalam berhadapan dengan Singapura malam esok - saya yakin dan percaya, formula misteri tersebut mampu meranapkan keegoan Singapura, sekali gus melenyapkan impian besar mereka. Sekali lagi secara peribadi saya mengucapkan agar pasukan dan anak didik Rajagobal akan terus menunjukkan prestasi cemerlang malam esok, serta tidak mengecewakan para peminat mereka. Go Harimau Malaya Go! Baca berita di bawah:

KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berkata, beliau ada formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol dalam perlawanan timbal balik pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura malam esok. Perlawanan esok akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini.

Rajagobal mengakui bahawa formula yang digunakan adalah dengan menayangkan semula video ‘detik emas’ ketika mereka bangkit daripada kekalahan sebelum mengukir sejarah menjulang Piala Suzuki AFF tahun lalu dan Sukan SEA 2009.

“Kekalahan dalam perlawanan pertama Sabtu lalu bukan penamat perjuangan pasukan kerana mereka masih ada baki 90 minit lagi untuk membuat perhitungan terakhir dengan lawan. Lagipun, ini bukan pengalaman pertama pemain tewas dan menghadapi detik sukar seperti ini,” kata beliau dipetik Berita Harian hari ini. Sabtu lalu, Singapura mengatasi Malaysia 5-3.

Sebaliknya, pemain pernah menghadapinya ketika tewas sebelum bangkit dengan membuktikan kemampuan dan mengejutkan semua pihak apabila memenangi emas Sukan SEA 2009 dan Piala AFF, kata ketua jurulatih ini.

“Jadi, saya yakin pemain mampu melakar keajaiban itu sekali lagi dengan bangkit menewaskan lawan Khamis ini (malam esok),” kata beliau. Rajagobal berkata, dia menghargai pandangan dan kritikan pelbagai pihak berikutan kekalahan itu, tetapi menegaskan kekalahan kepada skuad Singa sama sekali tidak membimbangkan atau memaksanya menekan butang panik untuk merombak pasukan.

“Bukan saya tidak mahu memanggil pemain lain seperti Norhafiz (Zamani Misbah) bagi memperkuatkan benteng, tetapi semua pihak harus faham ia bukan mudah untuk Norhafiz beraksi dalam 90 minit sejurus selepas pulih daripada kecederaan.

“Jadi, saya harus percaya dengan pemain yang ada dan semua pihak juga harus mempercayai mereka. Berilah sokongan padu kepada mereka dan saya yakin mereka akan membalasnya dengan menebus kekalahan dan menundukkan lawan nanti,” katanya.

Comments

Mael Hashim said…
Aku heran, pemain penyerang Spore dengan mudah dapat passing sesama mereka dalam kawasan penalti Malaysia. Pemain pertahanan Malaysia hanya tengok, tak berani buat sergahan atau acahsergah, tak buat sikit pun himpitan pada pemain Spore. Takut kena penalti kot macam masa lawan taiwan tu hari. Jurulatih kena ajar macamana nak sergah tanpa menjatuhkan pemain lawan dalam kotak. jangan sergah babi buta, jangan terkam dario belakang. Satu lagi, petahanan malaysia sering kalah larian hingga menyebabkan mereka berada dibelakang pemain lawan di kawasan penalti sendiri, lepas tu tekel dari belakang. Rajabobal kena cari pemain pertahanan yang tak mudah digelecek oleh pemain lawan.
Formula baik punya











'Lubuk Emas' Terengganu dikhianati - Generasi muda dan generasi baru Terengganu adalah generasi paling bodoh dan tolol jika BN terus berkuasa..
http://Facebook-1Malaysia.blogspot.com/
Undi BN Undi HARAM- Media BN Media Porno. FUCK Pemimpin BN. Pemimpin BN mcm PUKIMAK.
http://blog1Malaysia.blogspot.com/
Ayah Man said…
FOMULA apanye? kalau budak2 dia
berkesihatan baik, kental, gagah ada skill bersemangat tinggi bolihlah. Kalau taada nampanya pasukan kita mudah kecundang.
Pasukan Singapura bukan satu pasukan Singapura yg tulin berasal 100% Singaporean. Pasukan Singapore terkini adalah global atau all nationalities team.
5 pemain luar yg dijadikan raayat Singapore dah bolih berdepan dgn kelab2 professional Europa.
Anonymous said…
Dari dulu sampai sekarang ayat sama aje "ada fomula", lagi satu kalau nak jadi jaguh dunia main kat mana pun sama, apa pun sokong Malaysia !
Anonymous said…
Wa tak kesah kalah atau menang tapi bangga team Malaysia yang terbaik selepas era 70an.
RAKYAT MALAYSIA ayuh kita ke Bukit Jalil.Jngan lupa jemput PM,TPM,SEMUA AHLI POLITIK TERMASUK MANTAN2 YANG ADA AYUH TURUN BERIKAN KATA SEMANGAT MEREKA.

HARIMAU MALAYA PASTI MENGAUM ESOK MALAM
Anonymous said…
main dlm estet boleh la...
no class gitu...
Nasi Lemak said…
Harap-harap Malaysia menang 3-0 malam esok. Wa caya pasukan Harimau boleh deliver dengan izin ALLAH.
Salleh Budin said…
Formula misteri my asssssss!!!!!!!!!
Abu Idris said…
arrayah.info - Kebencian Kaum Kafir Terhadap Islam Hingga Ke Padang Bola

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...