Tetamu Kehormat...

May 21, 2011

Isu Berdosa Menyokong PAS : Ini Jawapan Saya!

Saya ditanya oleh seorang rakan, mengapa saya mendakwa bahawa menyokong PAS untuk menentang kerajaan UMNO/BN yang memimpin pada hari ini merupakan perbuatan dosa. Maka, saya menjawab secara spontan - "Sesungguhnya Rasulullah melarang umatnya menentang pemerintah Islam, sekali pun terdapat kezaliman dalam pentadbirannya. Selagi pemerintah Islam tersebut mengerjakan solat dan tidak menyuruh rakyat mensyirikkan Allah, maka adalah wajib bagi rakyatnya untuk taat dengan pemerintah Islam yang sedia ada, sekali pun mereka zalim. Perbuatan para pemimpin PAS yang menghina, mengaib, mencari-cari dosa pemerintah dan memburuk-burukkan kerajaan Islam UMNO/BN adalah perbuatan zalim dan akan diadili oleh Allah kelak. Ini bukan cara dan kaedah Islam. Lantaran itu, saya pertahankan kenyataan saya tersebut dengan hujah-hujah saya di bawah ini. Semoga Allah membukakan hati kita kepada kebenaran.

1. Kebanyakan daripada pejuang-pejuang Islam atau para pemimpin parti politik Islam yang bergerak cergas dalam sesebuah negara yang diperintah oleh umat Islam sangat tidak suka untuk membicarakan hadis ini, iaitu hadis yang berbunyi, Huzaifah al-Yaman r.a telah berkata, aku pernah bertanya, Ya Rasulullah! Sekiranya kami ditimpa kesusahan dan kemudiannya Allah s.w.t telah mendatangkan dengan kebaikan, adakah di sebalik kebaikan itu ada lagi kesusahan?Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya pula, adakah di sebalik keseusahan itu pula kebaikan? Jawab Baginda, Ya! Aku bertanya lagi, Bagaimana? Sabda Baginda, Akan berlaku selepasku pemimpin-pemimpin yang tidak mengikut petunjukku dan tidak melaksanakan sunnahku dan akan bangkit dalam kalangan mereka, tokoh-tokoh yang hati mereka ialah hati syaitan bertubuhkan manusia. Kata Huzaifah, aku bertanya lagi, Bagaimanakah yang patut aku lakukan wahai Rasulullah, sekiranya aku dalam keadaan sedemikian? Baginda bersabda, Engkau hendaklah patuh dan taat kepada pemimpin, sekali pun ia memukul belakangmu dan merampas hartamu, maka tetaplah patuh dan taatlah. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

2. Seringkali apabila golongan pejuang-pejuang Islam ini membincangkan hadis di atas akan mengemukan hujah-hujah yang dangkal serta jauh terpesong daripada kebenaran bagi menghalalkan perbuatan mereka yang menghasut rakyat agar menjatuhkan pemerintahan umat Islam yang sedia ada – kononnya atas nama menegakkan perjuangan Islam tulen menurut tafsiran mereka. Dakwaan golongan ini lagi – pemerintahan Islam yang sedia ada, masih belum benar-benar Islam dan cara terbaik adalah menjatuhkan pemerintahan Islam itu, walau dengan apa-apa cara sekali pun! Kenyataan ini adalah kenyataan yang tersasar daripada roh Islam dan tuntutan sunnah Rasulullah.

3. Di Malaysia sebagai contoh, kerajaan UMNO/BN yang dituduh zalim oleh Parti Pembangkang merupakan sebesar-besar fitnah – dan tidak pernah dalam sejarah kerajaan pimpinan UMNO/BN memukul belakang serta merampas harta benda rakyatnya. Hatta sekali pun kerajaan UMNO/BN merampas harta dan memukul belakang rakyatnya – Islam tetap menyuruh agar rakyatnya taat terhadap pemerintah. Inilah yang diamalkan oleh ulama-ulama salaf dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim pada setiap zaman. Apakah pernah kita mendengar Imam Ahmad bin Hambal yang diseksa di penjara mengerahkan para pengikutnya agar melakukan pemberontakan menentang kerajaan al-Makmun yang mendakwa bahawa al-Quran itu makhluk? Walaupun secara terang-terangan al-Makmun telah melakukan kezaliman terhadap agamanya sendiri.

4. Perlu diingat, Imam Ahmad diseksa dan dipenjara dalam tiga zaman kekhalifahan, iaitu semasa Khalifah al-Makmun, al-Mu’tashim dan al-Watsiq – seksa yang diterima oleh Imam Ahmad jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan PAS pada hari ini. Namun demikian ternyata, Imam Ahmad tetap berpegang teguh dengan sabda nabi di atas.

5. Pernah terjadi ketika Khalifah al-Wathiq menyatakan bahawa al-Quran itu baharu (makhluk) dan Allah tidak dapat dilihat di akhirat, maka datanglah sekumpulan ulama fiqh dari Baghdad kepada Imam Ahmad untuk mengajaknya menentang al-Wathiq. Mereka berkata, “Sesungguhnya perkara ini telah tersebar dan telah menjadi besar”. Lalu Imam Ahmad bertanya, “Apa yang kamu mahu?”, Jawab mereka, “Kami tidak lagi menerima kepimpinan dan penguasaanya.” Maka Imam Ahmad berbahas dengan mereka dengan berkata, “Jangan kamu keluar daripada ketaatan, jangan kamu pecah belahkan urusan orang Islam, jangan kamu tumpahkan darah kamu dan darah orang Islam lain bersama kamu. Perhatikan pada akibat perbuatan kamu dan bersabarlah sehingga perkara ini selesai. Ini (menderhaka) adalah bersalahan dengan athar yang memerintahkan kita supaya bersabar menghadapinya, Rasulullah s.a.w bersabda…(seperti mana hadis di atas).”

6. Begitu juga dengan riwayat hidup Imam Abu Hanifah, beliau ditangkap dan diseksa kerana menolak jawatan Pengetua Sekretari Gabenor yang ditawarkan oleh Yazid bin Hurairah al-Fazzari yang merupakan gabenor Iraq pada ketika itu. Imam Abu Hanifah dimasukkan ke dalam penjara selama dua minggu. Lima belas hari kemudian beliau dipukul sebanyak 14 kali pukulan, setelah itu baru dibebaskan. Beberapa hari kemudian, gabenor menawarkan menjadi kadi, Imam Abu Hanifah tetap menolaknya. Kemudian ditangkap lagi dan dijatuhi hukuman dera sebanyak 110 kali. Setiap hari didera sebanyak sepuluh kali pukulan.

7. Namun demikian, Imam Abu Hanifah tetap dengan pendiriannya. Sampai beliau dibebaskan setelah cukup 110 kali cambukan. Akibat daripada pukulan itu, muka dan seluruh badannya menjadi bengkak-bengkak. Hukuman cambuk itu sengaja dilakukan bagi menghina Imam Hanafi.

8. Soalnya – apakah ada kita mendengar Imam Abu Hanifah mengerah para pengikutnya agar melakukan demonstrasi jalanan untuk menjatuhkan Gabenor Yazid? Seksaan yang dialami oleh Imam Abu Hanifah di atas jauh lebih berat daripada apa-apa yang dialami oleh Anwar Ibrahim dan Nik Aziz – dan adakah kita mendengar Imam Abu Hanifah menghasut para pengikutnya agar memberontak, mencerca, menghina dan memburukkan pemerintahan Yazid pada ketika itu? Jawapannnya – tiada.

9. Apakah ada kita mendengar sejarah hidup Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam al-Ghazali, Imam Ibn Taimiyyah, Imam Malik dan Imam Syafie menyeru para pengikutnya agar mencerca, menjatuhkan dan mengaibkan pemerintah Islam pada zaman mereka? Walaupun semua orang tahu, pada zaman para imam tersebut tidak kurangnya kezaliman yang dilakukan oleh para pemerintah terhadap ulama dan rakyat jelata – bahkan tidak terperi lagi penyelewengan akidah yang berlaku pada zaman mereka, termasuklah pengaruh fahaman Muktazilah yang mewarnai pentadbiran kekhalifahan pada saat itu. Tetapi, kita tidak pernah mendengar walaupun pun sedikit bukti yang menunjukkan para imam di atas menyeru kepada rakyat dan para pengikutnya, agar melakukan pemberontakan, demostrasi, memburukkan pentadbiran khalifah, mengkafirkan khalifah/pemimpin Islam, mengapi-apikan rakyat agar membenci khalifah dan menjatuhkan kepimpinan Islam – sekali pun mereka dizalimi oleh pemerintah! Inilah sebenarnya jalan yang ditempuh oleh para ulama muktabar dalam berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim.

10. Dalam sebuah hadis, Wail bin Hujrin r.a meriwayatkan, katanya : Salamah bin Yazid al-Ju’fi bertanya kepada Rasulullah SAW ; Wahai nabi Allah, bagaimana pendapat anda, jika para penguasa bangun meminta hak mereka atas kami dan mereka menahan hak kami? Apakah yang anda hendak perintahkan? Rasulullah bersabda : Dengar dan taatlah, mereka hanyalah akan menanggung apa yang dipikul ke atas mereka dan kamu akan menanggung apa yang dibebankan ke atas kamu. (Hadis Shahih Riwayat Muslim) Jelaslah, Islam mempunyai kaedah tersendiri dalam berhadapan dengan pemerintah yang didakwa berlaku zalim. Bahkan, Islam mewajibkan rakyat agar taat kepada pemerintah, sekali pun mereka zalim, bagi menghindari mudharat yang lebih besar.

11. Namun demikian, ketaatan tersebut ada batasnya. Sekiranya pemerintah menyuruh rakyatnya melakukan maksiat atau menentang Allah dan Rasul-Nya, maka tiada ketaatan dalam soal itu. Hal ini sudah dijelaskan oleh Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dengan berkata; "Tidak akan mampu memperbaiki keadaan manusia kecuali penguasa, sama ada penguasa yang baik atau pun yang jahat. Orang-orang bertanya kepadanya, Wahai Amirul Mukminin! Jika penguasa itu baik ini wajar ditaati, tetapi bagaimana dengan penguasa yang jahat? Ali berkata: Sesungguhnya Allah menjaga keamanan sesuatu daerah melalui penguasa walau pun jahat. (Diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dengan sanad yang sahih sampai kepada Ali bin Abi Talib. Lihat Asy-Syu'ab).

12. Ulama-ulama salaf sangat tegas dalam soal ketaatan kepada pemerintah, sekali pun pemerintah itu seorang yang zalim. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa melepaskan ketaatan daripada pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa punya hujah (alasan) (Riwayat Muslim. Kitabul Imarah Syarah Nawawi), dan sabda Baginda lagi, “Tiap-tiap orang yang berkhianat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianat si Fulan (terhadap pemimpin) (Riwayat Muslim dan Turmizi). Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar r.h, " Dalam hadith ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan di larang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya. (Lihat Fathul Bari Jilid 13 halaman 68).

13. Bahkan dalam hal ini Ibn Taimiyyah di dalam kitabnya Minhaj al-Sunnah pernah berkata, “Orang fasiq sekiranya mereka memerintah supaya mentaati Allah, maka tidaklah haram mentaati mereka dan kewajipan itu tidak gugur disebabkan oleh perintah itu datangnya daripada orang fasiq. Begitu juga halnya sekiranya orang fasiq itu bercakap benar, maka tidak harus beliau didustai. Kewajipan mengikuti kebenaran tidaklah gugur kerana sesuatu perkara itu diperkatakan oleh orang fasiq”

14. Malah, hujah al-Hafiz Ibnu Hajar di atas dikukuhkan lagi dengan kenyataan Ibnu Abi Hatim r.h yang berbunyi , "Ayahku telah menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Sairafi telah menceritakan bahwa Abdu Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibnu Abbas di Madinah, beliau berkata kepadanya, bagaimana menghadapi sikap penguasa yang telah menzalimi kita, mencela kita dan merampas sadaqah kita , bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab, Jangan! Biarkan mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi ! Al-Jamaah,al-jamaah (peliharalah persatuan di bawah pemimpin) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan, apakah kamu tidak mendengar Firman Allah: Dan berpegang teguhlah kamu semua kepada Tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai. ( Lihat tafsir Ibnu Hatim 2/455).

15. Dalam sebuah hadis lain, Ibnu Abbas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya dari penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiannya adalah kematian jahiliah. (Hadis Shahih Riwayat Bukhari) Hadis Ibnu Abbas di atas dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah yang bermaksud, “Dengarlah dan taatilah penguasa pada waktu susah dan senang, pada waktu lapang dan sempit, walaupun mereka mementingkan diri sendiri dan memakan hartamu dan memukul punggungmu, kecuali apabila memerintah untuk berbuat maksiat. (Hadis Shahih Riwayat Ibnu Hibban).

16. Manakala, ‘Auf bin Malik al-Asyja’ij meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para imam kamu yang terpilih ialah yang kamu mengasihi mereka dan mereka mengasihi kamu, mereka berdoa untuk kamu dan kamu berdoa untuk mereka. Dan para imam yang jahat ialah yang kamu membenci mereka dan mereka membenci kamu dan kamu mengutuk mereka dan mereka mengutuk kamu. Rasulullah ditanya : Ya Rasulullah, boleh kami melawan mereka dengan pedang? Baginda bersabda, Tidak, selama mereka mendirikan solat pada kamu. Dan apabila kamu melihat sesuatu yang kamu tidak sukai daripada pemerintah kamu, maka hendaklah kamu bencikan amalanya dan janganlah kamu menarik tangan kamu daripada ketaatan”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim).

17. Ummu Salamah r.a pula meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci, maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redha dan mengikutnya? Mereka berkata, Boleh kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat”. (Hadis Shahih Riwayat Muslim)

18. Selain itu, Abdullah bin Mas’ud r.a juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya akan timbul selepas aku sifat pentingkan diri (daripada pemimpin-pemimpin kamu) dan perkara-perkara yang kamu ingkar. Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah! Apakah yang engkau perintahkan kepada kami? Jawab baginda, Kamu hendaklah menunaikan hak yang diwajibkan ke atas kamu dan mintalah hak kamu daripada Allah. (Hadis Shahih Bukhari dan Muslim).

19. Berkata Imam Nawawi r.a dalam mensyarahkan hadis ini, “Dalam hadis ini terdapat dorongan untuk dengar dan taat sekali pun pemerintah adalah zalim. Maka sebagai rakyat, seseorang itu perlu memberikan hak pemimpin iaitu ketaatan dan tidak memberontak, bahkan dia perlu merendahkan diri kepada Allah dalam usaha menghapuskan kemudharatan pemimpin, menolak kejahatan dan berusaha untuk membaikinya. (Imam Nawawi di dalam Syarah Muslim). Bahkan, Abu Darda pernah berkata,"Sesungguhnya awal kemunafikan seseorang adalah ketika dia mencela pemimpinnya" (Lihat, At-Tamhid Ibnu Abdil Barr).

20. Inilah sebenar kaedah Islam ketika berhadapan dengan pemerintah Islam yang zalim. Soalnya bolehkah kerajaan Malaysia yang ditadbir oleh UMNO/BN dilabelkan sebagai kerajaan zalim? Berapa banyak harta rakyatnya dirampas? Berapa banyak kebebasan beragama dalam kalangan rakyatnya dihalang? Apakah UMNO/BN menyuruh agar rakyatnya mensyrikkan Allah? Malah, pernahkah kita bertanya, berapa banyak pula jasa dan kebaikan yang selama ini diberikan oleh kerajaan UMNO/BN kepada rakyat jelata? Bahkan selama lebih daripada 50 tahun Malaysia ditadbir di bawah kerajaan BN/UMNO pernahkah kita mendengar rakyatnya mati kebulur? Atau, kebanyakkan rakyat Malaysia mati, disebabkan terlalu banyak makan?

21. Hakikatnya, umat Islam di Malaysia tidak tahu bersyukur – sudah terlalu banyak kemudahan, kesenangan dan keperluan kita sebagai rakyat Malaysia yang telah dipenuhi sepanjangan pemerintahan kerajaan UMNO/BN, tetapi kita tidak pernah berasa puas! Realitinya, kita masih terus mencari kelemahan, keaiban dan kekurangan kerajaan untuk dimaki, dicaci dan dikutuk, seolah-olah kerajaan yang terdapat pada hari ini, langsung tidak mempunyai walau sedikit pun kebaikan.

22. Berkata Syeikh Abdul Aziz Abdullah Baz, Mufti Kerajaan Arab Saudi, “Bukanlah dasar ulama salaf mengisytiharkan keaiban golongan pemerintah, menghebahkannya di atas pentas-pentas dan mimbar-mimbar kerana ia boleh membawa kepada kucar-kacir, tidak mendengar dan taat pada melakukan yang makruf serta membawa kepada kemudaratan dan tidak manfaat sama sekali.” Sangat terang dan jelas bahawa Islam tidak mengajar umatnya agar menghina dan mencaci-maki pihak pemerintah, hatta sekali pun pemerintah tersebut diketegorikan sebagai zalim. Malah, menuduhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO/BN sebagai zalim merupakan sejelek-jelek perkataan dan sebesar-besar fitnah yang dilakukan atas nama kebebasan bersuara dan demokrasi! Maka adalah jelas berdosa besar sekirannya kita menghina dan mencari-cari keaiban pihak kerajaan. Wallahualam. Tulisan ini juga boleh diperoleh di dalam buku saya berjudul, "Apabila Hari Ini Adalah Masa Hadapan".

24 comments:

Anonymous said...

Salam, sudah sampai masa anda pergi menganji Al Quran dan memahami taksiran kandungannya. Insya Allah ada rahmat disebaliknya

Anonymous said...

Parti yang tidak menegakkan dan mendirikan sistem Islam itu adalah Parti Kufur. Samada juga Parti yg memperjuangkan bangsa, dsbnya termasuk juga mengunakan jalan sistem pemikiran Manusia yang tidak berlandaskan Al Quran, Sunnah, Ijma dan Qiyas sebagai rujukan. Seperti contoh Demokrasi, Komunis, kapitalisme yang membawa ideologi kufur yang tidak mengikuti perintah dan larangan Allah

marauhirang said...

Salam..
Hujah yang bernas ..terimakasih kerana memberikan kesedaran... namun kadangkala kita meraba di dalam terang kerana nur iman telah padam di timbus kuasa dan harta yang menjadi impian nafsu...

Anonymous said...

teruskan perjuangan,

memang akan ada yg membantah,kerna kebenaran sangat pahit untuk ditelan

mrk yg tahu mengkritik belum tentu mampu memberi hujah seperti tuan

sekurg2 tuan sudah menemui jawapan dan bukan bertakliq buta

mrk mungkin tidak tahu di mana tuan belajar ilmu agama

saya pinjam artikel ini.

Pondok Paya Besar

Anonymous said...

bergabung dengan DAP tu berlandaskan al-Quran dan sunnah ke?

airman_1 said...

pas dap sama menentang melayu islam

Anonymous said...

berpakat dengan dap yang anti Islam itu mengikut al-Quran dan sunnah ke?
memilih dan membela seorang pemimpin yg krisis moral itu mengikut al-Quran dan sunnah ke?

kluangman said...

Antara UMNO dan PAS, isunya bukan siapa yang lebih Islam atau tidak, bukan soal dosa atau pahala, juga bukan soal syurga dan neraka. Tidak layak untuk kedua pihak saling menuduh atau membuat perakuan.

Antara PAS dan UMNO adalah kerana keduanya memegang tali syaitan dalamm ke egoan masing2.

Pokok said...

entry yang menarik.. jawapan kepada parti PAS.. mohon pinjam entry..

pokokakar.blogspot.com

perjuangan kita belum selesai..

Anonymous said...

anon 3:44 PM terlalu dangkal kata2 kamu. mana dalil2nya? setakat ucap balik apa yg orang kata tak memberi apa2 makna pun! budak kecikpun dapat bagi idea mcm kamu ni!!!

Anonymous said...

Saya tak larat baca habis, tapi dapat gambaran, apa selanjutnya. Dalam hujah ini saya lihat ada satu lowongan. Hadis-hadis yg diturunkan tidak menggambarkan ada parti Islam selain yang memerintah. Kalau cuma ada satu parti di bawah orang Islam, hujah ini dapat diterima. Dalam konteks Malaysia, kan ada dua parti (yang dipimpin oleh orang Islam): satu parti bukan Islam dan satu parti Islam. Di sini jelas, yang satu tu jelas tidak islamik berbanding yang satu lagi. Maknanya di sini ada pilihan. Kita pilih yang mana? Cikgu sekolah dah pencen.

Anonymous said...

minta tuan blogger semak balik buku syariah islamiah tkt4&5 sbb dalam 2 ada diterangkan tentang jenis2 org kafir. tentu tuan blogger pernah dengar tentang kafir harbi dan kafir zimmi. harap semak balik buku yg saya telah sebutkan . wassalam

Zek said...

Tahniah saudara Azli. Anda berhujah dengan ilmu tetapi penyokong PAS berhujah dengan nafsu untuk berkuasa dan nak merasa.

Menyokong ketua pembangkang yang sudah terang dan nyata mempunyai moral yang amat jijik mengikut alquran dan sunnah ke?

Bersekongkol dengan DAP yang terang dan nyata anti Islam itu mengikut alquran dan sunnah ke?

Bermusuh dengan Pemimpin UMNO yang sah dan nyata sebangsa dan seagama itu mengikut alquran dan sunnah ke?

Tolonglah gunakan otak yang dikurniakan ALLAH dengan fikiran yang rasional dan bukan emosi.

Anonymous said...

WELL SAID (WRITTEN)

Anonymous said...

saya cakap negara malaysia negara islam kerana rukun islam
1. sahadah - ada badan dakwah ngan perkim utk sebar tauhid
2. solat - kat R&R highway tu nak solat pun kena beratur. kat shopping complex pun ada. masa kerja takde halangan
3. Puasa - siap ada org gi check anak bulan, time bukak sahur lepas tu terawih, cuti puasa, cuti raya
4. zakat - kat memana pun ada amil ambik. badan zakat siap ngan complex dia
5. haji - tabung haji yg tebaik didunia.
felda, bank islam, uia , mara. aku blajar mara, anak aku semua blajar mara. mrsm dan uitm. yaallah usaha umno ni siap banyak negara lain nak blajar. kalu yg ni bukan untuk islam , nak cakap untuk apa lagi. apa PAS dah buat dan mampu buat. quran tu dah ditapsir betahun yg lalu dlm bemacam bahasa, apa lagi pas mau,apa yg dah pas tahu. u dont have to reinvent the wheel, just enhance it and the record shall be broken bak kata tutor aku. dan parti yg CUMA ckp utk islam akan hanya tinggal cakap2 kosong dan ajaran songsang. keluar fatwa sesat lagi yang menyesatkan.PAS malulah

Anonymous said...

Islam itu asasnya iman dan amal. Cakap saja nak islam tapi implementasi amalan islamnya di mana? Contohnya mengaku islam..tapi solat tak dikerjakan. Macam tu lah islam cara Pas. Kalau setakat nama saja Parti Islam tapi pengisian kosong, duk rembat sapu balak di Ulu Kelantan, peniaga islam yang niaga kecil kecilan cuba dihapuskan secara sistematik, janji-janji manis untuk rakyat x pernah ditunaikan oleh pas di kelantan apakah itu islamik namanya? Satu masjid pun x ada didirikan sepanjang tempoh Pas Perintah Kelantan, tapi berapa banyak rumah berhala dibesarkan dan bertambah di Kelantan? Itu ke perjuangan Islam? Tak pernah lagi dlm sejarah islam...di ajar pada rakyat...Allah pun mencarut! Islam ke ni?

Anonymous said...

Islam itu asasnya iman dan amal. Cakap saja nak islam tapi implementasi amalan islamnya di mana? Contohnya mengaku islam..tapi solat tak dikerjakan. Macam tu lah islam cara Pas. Kalau setakat nama saja Parti Islam tapi pengisian kosong, duk rembat sapu balak di Ulu Kelantan, peniaga islam yang niaga kecil kecilan cuba dihapuskan secara sistematik, janji-janji manis untuk rakyat x pernah ditunaikan oleh pas di kelantan apakah itu islamik namanya? Satu masjid pun x ada didirikan sepanjang tempoh Pas Perintah Kelantan, tapi berapa banyak rumah berhala dibesarkan dan bertambah di Kelantan? Itu ke perjuangan Islam? Tak pernah lagi dlm sejarah islam...di ajar pada rakyat...Allah pun mencarut! Islam ke ni?

jack said...

memang pas berpura memperjuangkan islam, kalau betul, takkan pas buat surau depan masjid di terengganu, kalau tak percaya pergi tengok, kg bukit berangan, tepoh, k trengganu, apa motif pas buat surau depan masjid, tak percaya tolong tengoklah sendiri,

Muhammad Azli Shukri said...

Tq

Anonymous said...

Qadhi Iyadh(salah seorang ulama’ silam bermazhab Syafie) berkata,
“Para ulama’ telah ijma’ bahawa kuasa pemerintahan itu tidak harus ditanggungkan ke atas orang kafir dan kalau terjatuh juga ia ke tangan orang kafir, nescaya ia terbatal dan gugur serta merta(ertinya orang yang memegangnya terpecat dengan sendiri sebagaimana juga kalau dia meninggalkan sembahyang-sembahyang yang fardhu dan menyeru orang kepadanya…). Kemudian katanya lagi, “Kalau terjatuh ia pada sesuatu yang menjadikan dia kafir seperti melakukan perubahan kepada hukum syara’ dan melakukan bid’ah nescaya terlucutlah ia dari kuasa pemerintahan dan gugurlah ketaatan rakyat terhadapnya. Wajib di atas umat Islam menentangnya dan memecatnya serta melantik seorang pemerintah yang adil sebagai gantinya, kalau mereka berkuasa melakukan yang demikian. Kalau tidak terdapat yang demikian itu melainkan pada suatu puak atau kumpulan , maka wajiblah di atas mereka bangkit memecat si kafir itu.”

darus ngadimon said...

Huzaifah bertanya "Adakah selepas kebaikan ini akan datang pula kejahatan?" Baginda menjawab; ‘Ya’, ada tetapi bercampur dengan ‘dakhan’".

Huzaifah bertanya, "Apakah ‘dakhan’ itu?". Baginda menjawab, "Kaum atau golongan yang mengambil sunnah yang lain daripada sunnahku dan mengambil petunjuk lain daripada petunjukku. Kamu kenal mereka dan hendaklah kamu tentang mereka".

Huzaifah bertanya lagi, "Apakah selepas ini ada keburukan lagi?" Baginda menjawab, ‘Ya’ ada iaitu pendakwah-pendakwah di tepi pintu neraka. Barangsiapa yang menyahut dakwah mereka, mereka akan menolaknya ke dalam neraka."

Kata Huzaifah, "Bolehkah beri tahu sifat mereka, wahai Rasul SAW?" Baginda bersabda, "Mereka adalah sama warna kulitnya dengan kamu dan bercakap dengan bahasa kamu".

Dan kerana itu, para pengundi khususnya, haruslah bijak di dalam menapis setiap maklumat yang disampaikan, Allah SWT berfirman, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”. (Al-Hujurat :6).

Kerana pengundi yang bijak itu disebut oleh Prof Hamka dalam mentafsirkan ayat di atas sebagai orang yang beriman kerana sentiasa berfikir sebelum bertindak atau berbuat sesuatu, dan senantiasa bersifat sabar dalam menerima segala berita, dan tidak tergopoh-gapah di dalam mempercayai sesuatu berita, kerana sikap buruk (tergopoh-gapah) itu dari sabda Nabi adalah dari syaitan.

Anonymous said...

sidsompJangan mengambil tafsiran sendiri kalau tidak belajar kitab nya dan sekadar membacanya sahaja lalu mengiyakan sesuatu ayat itu (cut and paste).Banyak kitab hadis dan tafsir yang masih dibahaskan.Sebab itulah orang masih belajar lagi mengenainya.Ilmu Allah itu amat luas.Jangan rasa kita betul dan siarkan untuk orang mempercayainya..esok kita nanti akan dipersoalkan didepan ALLAH di padang Masyar...Belajarlah ilmu Hadis dengan berguru dan bukanya dengan hanya membaca serta mentafsirnya mengikut hati.Banyak makna yang tersirat....

ramai orang pentingkan diri sendiri said...

Bg sy PAS dan UMNO sebenarnya boleh dikatakan sama perjuangannya..dlm akta kite sendiri setiap Islam itu melayu..mksdnye bleh jd mane2 yg bukan melayu tu bukan Islam..ni undg2 lame dlu...byk undg2 yg digubal mase nak menyebelahi melayu kerana melayu itu Islam... sbb mase tu ad pelbagai kaum...klu mase tu undg2 digubal dgn kate Muslim tu utk ganti melayu maka ramai yg xkan setuju...sbb nanti kaum2 lain akn dakwa Islam tu pn drpd luar..same halnya agama budha dan hindu....sedangkan agama hindu dh lame bertapak kt tanah melayu..tgk sendiri Parameswara...dtg dr majapahit..dy dtg sni bkn sebagai Islam pn..tp sejarah candi2 dan angkor2..cth candi lembah bujang...berapa thun dh bnde tu ad kt situ?..memg mase undg2 digubal disebut melayu..sbb kaum lain xleh pertikai hak melayu sbb melayu dlu yg dok kt cni..kaum2 lain spt cina dan india tu dtg mse kuasa eropah jajah tnh melayu...tu pn sbg buruh dan pekerja lombong..migrasi kan..tp melayu memg sedia ad kt tanah melayu mase dorg dtg...so umno tu parti yg menyokong hak melayu..mksdnye hak MUSLIM..dan pas juga parti ISLAM..patut xde la memburuk2 kan satu same lain..tp dr pndgn kasar jahat klu org2 pas ni mencaci cerca berbnding org2 umno..ulama2 kerajaan skang pn bkn dr agama lain..dorg pn MUSLIM gk...masyarakt akn pndng serong klu alim dan cendekiawan join umno..padahal dlu dy bg ceramah semua org suke...ni semua hasutan drpd pengikut pas yg terlalu fanatik..pengikut2 ni pn bkn nye beramal soleh sgt pn..kate2 kesat selalu dilemparkn...usaha utk menegakkn Islam xnmpk pn. tp ble ckp boleh meruntuhkn gunung...padahal usaha pijak semut pn xmati...

Anonymous said...

ni lagi satu post yg lawak...kata baca hadis...pernah dengar x hadis nabi,siapa yang menyerupai kaum yg lain dia termasuk kaum itu/bukan golongan ku?ni baru jelas2 kafir...kalau kita solat sama2 ngan agama lain kat rumah ibadat diaorang,bukan kafir ke?(x yah lah sebut siapa)...yg pegi hantam konsert untuk orang melayu?siap salam lagi artis kpop tu...(peluang skali seumor idup la katakan)...jadi kewajipan taat tu dah gugur dh...lu pkir la sndiri,,,:-D