Skip to main content

Tunku Abdul Aziz : Hutang Tidak Terbayar


Abdul Aziz 2010
Hutang Tidak Terbayar


Saya agak pelik dan sedikit aneh dengan kenyataan Naib Presiden DAP Nasional, Senator Tunku Abdul Aziz berkenaan dakwaannya di dalam Malaysia Today - kononnya UMNO tidak faham perlembagaan. Aziz berhujah bahawa beliau tidak menjumpai satu fasa pun yang tertulis di sisi perlembagaan negara yang menunjukkan bahawa orang Melayu atau bumiputera mempunyai hak untuk mendapat diskaun dalam pembelian hartanah di negara ini. Saya tidak tahu, sama ada beliau seorang yang tersesat akal fikirannya atau pun seorang yang telah diracuni dengan pemikiran komunisme ala-DAP sehingga lupa bahawa perlembagaan Malaysia di dasarkan atas prinsip Kontrak Sosial antara orang Melayu dengan orang bukan Melayu.


Kontrak Sosial merupakan suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak."

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4 peratus daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5 peratus hingga 15 peratus untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.


Jelaslah bahawa diskaun yang diberikan kepada kaum bumiputera dalam pemilikan hartanah adalah berdasarkan Kontrak Sosial antara kaum Melayu dengan kaum bukan Melayu yang sudah dipersetujui sekian lama. Mengapa sesuatu yang sudah selesa diterima oleh kaum Melayu hendak dihapuskan pula? Abdul Aziz harus faham, prinsip kerakyatan Jus Soli yang telah dipersetujui dalam Kontrak Sosial adalah bersyarat.


Antara syaratnya ialah diskaun dalam pemilikan hartanah di negara ini. Inilah hutang yang ditanggung oleh kaum Cina di Malaysia kepada orang-orang Melayu sampai bila-bila. Selagi ada bulan dan bintang, jasa orang Melayu yang telah menerima kaum Cina dan India sebagai warganegara Malaysia melalui prinsip Jus Soli - adalah beban hutang yang berterus kaum tersebut terhadap jasa orang Melayu. Ia bukanlah soal mengenang jasa pengorbanan orang Melayu menentang Malayan Union semata-mata, bahkan ia adalah HUTANG orang Cina dan India kepada kaum Melayu, yang sanggup berkongsi kuasa dengan mereka. Dan hutang ini tidak boleh dijelaskan sampai bila-bila dengan apa-apa cara sekali pun, ia tidak boleh dibayar dengan wang ringgit, apatah lagi dengan demokrasi atau peti undi. Dan orang Cina dan India mesti menerimanya - dan sama sekali tidak boleh mempertikaikannya. Usaha untuk mengubah Kontrak Sosial dan "rohnya" adalah satu pengkhianatan dan pencabulan falsafah perlembagaan Malaysia yang sejati. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
harap2 bila dia mampuih ,pi tanam dia kat jirat cina
C L J said…
Dia baca ke tidak Perlembagaan itu ?? atau dah baca tapi tak faham. Memang pun dia tak faham mengenai banyak perkara. Sebab itulah mudah sangat dia diperkudakan.
Burung tiong yang hanya pandai berkata-kata. Quota jawatan sekadar strateji menarik orang melayu kepada DAP. Kalau dia faham dan memang pandai, tak masuk DAP dia.

agbr47: Arsenik bangsa.
Anonymous said…
dia dan puak2 King al Jubur Malaysia tanah semua di sana...Apa Pun Tahniah pada Pm ke 5 kita kerana terbukaan dan keterlusan beliau.. ahkirnya semua da tak terkawal...PM yang negeri tempat tumpah darahnya sendiri pergi ke DAP.. Pandai punya PM..Hadhari Bebal ala mangkok ala KJ al tingkat 4 al Kalimullah Al Malaysia today Al Malaysia kini Ala sialan semua.. Dollah .. P.Ramli kata orang bebal ni DOL
Anonymous said…
bila BARUA DAP BERSUARA .... buat malu kaum jer ...
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Masalahnya ialah bukan saya beliau tak faham, malah ramai lagi termasuk Melayu yang tak faham.

Perlembagaan mengambil jalan tengah. Nasib bukan Melayu yang dulunya ( rakyat dibawah perlindungan British di Negeri Melayu) dibela.

Begitu juga kedudukan orang Melayu sebagai bumiputera. British sendiri akui hakikat ini. Mereka sedar ketika mereka datang ke Negeri Melayu, negeri ini sudah berpenghuni dan ada kerajaan yang sah.

Segala perjanjian adalah dengan Raja-Raja Melayu. Kadang-kadang mereka menipu, memaksa, mengugut tetapi semuanya memerlukan tandatangan RAja-Raja.

Malah ketika Malayan Union pun, mereka masih iktiraf Raja-Raja Melayu dengan meminta tandatangan baginda Raja-RAja.

Tahukah kita yang dalam Perlembagaan dinyatakan perkataan "Melayu" 54 kali tetapi tiada satu pun "Cina".

Tahukah kita yang 4 dari 5 kakitangan kerajaan mestilah Melayu. Tahukah kita yang keutamaan diberi pada Melayu dalam hal biasiswa mengikut perlembagaan.

Tahukah kita tersebut ayat DALAM PERLEMBAGAAN yang menyatakan bukan Islam mestilah mengamalkan ugama mereka dengan cara tidak menggangu atau menyakitkan hati penduduk bumiputera ( Islam).


Jadi orang Melayu boleh guna fakta ini ketika isu "Allah".

Tahukah kita yang Perlembagaan menyebut keutamaan diberi pada Islam sebagai agama rasmi. Oleh itu cara Kerajaan Selangor sekarang yang letak semua ugama setaraf adalah bertentangan dengan perlembagaan.

Segala pujian patut diberi pada pemimpin terdahulu kerana mengekalkan sistem beraja. Sistem beraja jadi lambang dan peringatan akan asal Malaysia.

Hari ini orang Melayu sudah mula tak kisa siapa memerintah. Sikap ambil mudah merosakkan orang Melayu.

Kita berlembut tak bertempat. PAS hanya bertegas bermati-matian pada saudara seagama UMNO saja. Salah UMNO sedikit dibesar-besarkan seolah pemimpin UMNO macam Firaun.

Segala syarat diletakkan supaya perdamaian tak terjadi. Kisah lama diungkit dan dicorakkan semula untuk tunjuk "zalimmya" UMNO.

Tidak ada ruang diberi untuk perdamaian. Maki hamun dilakukan berselang seli dengan Ayat ayat Kuran. Kakitangan kerajaan yang makan gaji dengan Kerajaan pimpinan UMNO diasuh untuk benci sesama Islam.

Namun PAS ada lembutnya juga. Tetapi hanya pada DAP. DAP terang terang menentang Islam pun tak apa. Tiada syarat diletak pada DAP.

Malah begitu MURAH HATI SEKALI PAS sehingga sanggup gugurkan apa-apa saja pasal Islam demi jaga hati DAP.

Malah tak apa biar Kristian guna perkataan "Allah" demi tarik hati pengundi bukan Melayu.

Walhal kongsi nama "allah" boleh mengelirukan. Benda yang boleh mengelirukan AKAN MENGELIRUKAN.

PAS seperti tidak mahu belajar dari apa yang berlaku di Indonesia. Umat Islam kucar kacir kerana selepas berkongsi nama, mereka terpengaruh berkongsi akidah.

Macam PAS juga. Bila jadi kuli DAP, Islam entah kemana.

Apa masalah PAS sampai tak boleh nampak yang malapetaka menunggu PAS( dan umat Melayu) bila PAS sanggup jadi kuli DAP.

Hj Hadi masih tak sedarkah. Atau habuan didunia terlalu hebat sampai ugama dijual.
Anonymous said…
hai ya , manyak malah
tan said…
Lu mau paham ini negala , kita kongsi-kongsi, gua beli satu ringgit lu beli satu linggit la, mana ada diskaun-diskaun, lancau.
Haiya tan oii, lu mana mali. Suluh belajar sejarah lu lali. Haiya lu pa dili ooooh.

Sila rujuk kepada perlembagaan. Sila taat kepada Raja dan Negara. Walau sama tak mesti serupa.

agbr47: Kalau hilang hormat tuan kepada kami. Hilang juga hormat kami kepada tuan.
SUARA RAKYAT said…
sangat setuju pada bab: hutang kaum cina dan india tidak akan dapat dibayar selama-lamanya kepada kaum bumiputra. Namun, Pas, DAP dan PKR mengelirukan rakyat, seolah-olah hutang itu tidak pernah ada. Mengelak namanya.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan-tuan semua
KAPAKTAJAM said…
Org Tua xsedar diri ni buat ape menyebok. Sebab dah terlampau banyak jilat cibai Cina lar jadi sume yg ada dlm perlembagaan tu jd xnampak. Apa jenis Melayu nih... Bukan Melayu... elok gak cadangan kekawan kita bila mampuih nanti jgn ada org Islam Melayu & tlg mandi & Kapankan. Sebabnya langsung xde naluri & jiwa Islam & melayu langsung.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A