Skip to main content

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan Di Malaysia?


Siapa Kata Hukum Hudud
Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia?



1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua.


2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila DAP dan PKR menunjukkan kuasa "undi" dan "demokarsi" mereka terhadap Hukum Hudud, maka Hukum Hudud telah gagal mendapatkan undi yang secukupnya - walaupun semua orang tahu bahawa hukum Allah tersebut adalah hukum yang seadil-adilnya untuk kita semua. Tetapi, apabila Islam dan hukumnya "didemokrasi" dan "dipetiundikan" oleh PAS, maka secara tidak langsung, Islam dan hukum-hakamnya dilihat seolah-olah telah "tewas" kerana gagal mendapat sokongan majoriti dan undian teramai, khususnya daripada DAP dan PKR yang menjadi kuasa penentu pada ketika umat Islam sedang berpecah-belah.


3. Sedangkan, pada hakikat yang sebenar, Islam bukanlah agama yang boleh dipilih melalui kaedah "angkat tangan" untuk menunjukkan sama ada, kita setuju atau pun tidak. Islam mesti ditegakkan melalui jihad - dan orang-orang kafir mesti diperangi sehingga mereka mengucap dua kalimah syahadah. Tetapi, sebelum orang-orang kafir diperangi, seruan dakwah mestilah terlebih dahulu sampai kepada mereka. Soalnya, sudahkah PAS mengirimkan secara rasmi surat dakwah kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang bagi menyeru mereka kepada kalimah tauhid dan menerima Islam sebagai Ad-Deen? Seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah sewaktu mengirim surat dakwah dan penjelasan ajaran Islam kepada pemimpin Yahudi Khaibar, Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, Al-Muqawqis (Penguasa Mesir), dan banyak lagi pemimpin-pemimpin utama dunia pada ketika itu. Sekiranya hal ini belum dilakukan, maka terbuktilah PAS telah mengabaikan metod dakwah Rasulullah yang terang-terang mengajak dan menyeru agar orang-orang kafir memeluk Islam.


4. Oleh Sebab itu, sejak awal-awal lagi saya sudah menjelaskan, sesungguhnya PAS telah meninggalkan kerja-kerja dakwah, mereka terlalu sibuk dengan politik dan mencari undi - dan bukannya sibuk untuk menyeru orang bukan Islam agar mengucap kalimah tauhid, seperti mana yang dilakukan oleh gerakan Islam lain di seluruh dunia. Islam yang diletakkan di dalam neraca peti undi dan sistem demokrasi, hanya mengundang fitnah, salah faham dan menggambarkan seakan-akan Islam itu boleh dipilih dan boleh tidak dipilih! Ini bukan wajah Islam yang sebenar!. Lantaran itu, Hukum Hudud gagal dimartabatkan di bumi bertuah ini, dan salah satu puncanya adalah daripada kegagalan PAS sendiri. Selama 50 tahun kewujudan PAS, tetapi mereka lupa untuk menghalakan dakwah mereka kepada UMNO - sebaliknya mereka lebih sibuk untuk menjatuhkan UMNO dan berebut-rebut dengan DAP dan PKR bagi menguasai Malaysia. Sedangkan, Rasulullah sendiri tidak menginginkan kuasa dan kerajaan yang berada di dalam genggaman Raja Kaisar Romawi, Raja Negus, Raja Khosrau II, mahu pun Al-Muqawqis - Rasulullah hanya mahu mereka beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, itu sahaja!


5. Hukum Hudud bukanlah terlalu sukar untuk dilaksanakan di Malaysia - sekiranya orang Melayu-Islam di Malaysia bersatu, dan cita-cita PAS berkenaan hukum Hudud boleh dikompromi, maka parti-parti lain pasti akan tunduk kepada kemahuan UMNO dan PAS. Kita tidak perlu bimbang dengan Karpal Singh dan Lim Kit Siang, sebab kita sudah bersatu dan kuat. Tetapi, malangnya, kerana kita berpecah-belah, dan pada masa yang sama PAS pula tidak mahu mengambil kesempatan pada saat UMNO mengajak parti tersebut untuk bersatu. Maka, semakin sukarlah hukum Hudud hendak dilaksanakan. Pada hemat saya, alangkah eloknya pada ketika UMNO mengajak PAS untuk bersatu, PAS segera ambil kesempatan tersebut dengan meletakkan pelaksanaan hukum Hudud sebagai syarat utama merealisasikanperpanduan UMNO-PAS. Saya percaya UMNO, lambat-laut akan menerimanya. Jika UMNO dan PAS senada dalam isu ini, kaum kafir tidak akan berani angkat muka. Lagi pun UMNO dan PAS sama-sama Islam, lebih mudah urusan dakwah ini dijalankan.


6. Kesimpulan saya adalah mudah, PAS telah mengsia-siakan peluang yang ada dengan mengabaikan kerja-kerja dakwah. PAS lebih selesa menghukum ahli-ahli UMNO daripada terjun ke medan dakwah dengan menggunakan metod lemah-lembut dan berkasih-sayang terhadap ahli dan para pemimpin UMNO. PAS banyak mengabaikan dakwah secara berhikmah, yang memerlukan kesabaran dan masa - sebaliknya PAS menginginkan keputusan yang segera dalam perjuangannya. Mahu segera berkuasa, tidak sabar menyampaikan dakwah kepada UMNO dan tidak sabar apabila diuji. Maka, inilah kesannya - PAS terpaksa menagih simpati dan belas kasihan daripada DAP, semata-mata mahu melaksankan perintah Allah. Inikah cara Islam? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ketika PAS dan DAP dilihat masih belum mencapai kata sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam, beberapa penganalisis politik berpendapat kedua-dua aspek itu akan menjadi “duri dalam daging” dalam Pakatan Rakyat (PR) dan boleh menggugat ikatan berusia lebih dua tahun itu.

“Saya sebenarnya tidak nampak PAS serius untuk melaksanakannya dan saya yakin ia hanya bersifat retorik politik semata-mata.

“Bagi saya pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam tidak relevan untuk diamalkan, malah ia hanya akan menjadi duri dalam daging yang akan memecahkan PR,” kata Prof Madya Dr Mohd Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kepada The Malaysian Insider. PR mengadakan mesyuarat majlis pimpinan parti komponen petang ini, yang pertama sejak isu hukum hudud dan negara Islam muncul semula. Sambung bacaan anda di sini...

PR dianggota PKR, DAP dan PAS. Beliau berkata, tindakan PAS yang sehingga kini tetap membangkitkan kedua-dua aspek tersebut hanya memberikan kesan buruk kepada PR.

“Ini hanya akan menimbulkan konflik antara PAS dan DAP, malah saya percaya ian akan memecahkan PR. Jadi PAS perlu berhenti membangkitkan isu ini, sebaliknya bertindak mengikut peredaran semasa dengan melaksanakan kaedah yang diterima rakyat."

Comments

FENOMENA ZAMAN said…
Itulah yang sepatutnya dilakukan oleh PAS, menyambut seruan perpaduan untuk menegakkan syiar islam dengan lebih baik. Mereka sudah nampak UMNO dah lemah dan boleh bargaining dengan UMNO untuk tegakkan Hudud..Tapi sayang, seribu kali sayang.. mereka puak pas ni seperti gelap hatinya.. Jika diamati perlakuan PAS sejak dulu lagi nampak PAS ini wujud bukan untuk tegakkan Islam, tapi kerana nak rampas kuasa dari Umno secara sah dengan sebarkan agenda perpecahan. lebih malang lagi PAS sanggup korbankan prinsip dan kempen hudud semata-mata ingin tumbangkan UMNO dengan sokongan kafir. Tak paham sungguh, kenapa dengan kafir ni mereka boleh bertolak ansur tetapi dengan orang-orang Melayu dan Islam Umno ni bukan main benci sangat walhal sama-sama satu akidah satu syariah.
PERCAYALAH! PAS TELAH LAKUKAN KESILAPAN POLITIK YANG PALING BESAR DALAM SEJARAH PENUBUHANNYA. BUKTINYA:

1) ISU KALIMAH ALLAH
2) SANGGUP GUGURKAN MANIFESTO HUDUD
3) DOA GUAN ENG DALAM KHUTBAH
4) SOKONG ANWAR
Anonymous said…
siapa pulak yang memegang kuasa memerintah selama lebih 50 tahun tetapi tidak pernah mahu mengangkat hukum ISLAM ke peringkat tertinggi???
Anonymous said…
kalau booleh laksana hudud, laksanalah....jgn bising je lebih....
Anonymous said…
Dalam satu majlis keramaian hari ini, Lim Guan Eng yang selama ini membisu tentang penolakkan Hudud oleh parti DAP telah menyatakan pendirian bahawa beliau turut membantah Hukum Hudud dan negara Islam yang diperjuangkan oleh parti PAS
Anonymous said…
aduh, makin jatuh maruah parti paspispus ni. mane nk letak muka ni.
lord ried said…
ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.....

MELAYU ADALAH SATU BANGSA YANG PALING MELIA DALAM DUNIA NIH. TADAK BANGSA LEIN YANG LEBIH MELIA DAGHI BANGSA MELAYU.

MELAYU JADI BEGITU MELIA SABIK PERJUANGAN PUAK2 BEWAK SIANG DAN MALAM DOK AMEK PEKDAH RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA. SAPA2 YANG TIDAK MEMELIAKAN MELAYU DEPA PATUT DIGAM.


ORANG YANG TADAK BERJUANG UNTUK MELAYU DIKIGHA MURTAD MELAYU. PARTI YANG MERINTAH BUKAN DARI GOLONGAN PERJUANGAN MELAYU BANYAK RASUAH. SABIK TU KELANTAN SAMPAI BERJOTA EKAQ BALAK DIAMIK PEKDAH OLEH MB YANG BERJUANG BUKAN POLITIK MELAYU.

LANI TU TGNA DAH BEGHIBU2 KALI JUTAWAN DAH SABIK DOK MENTEKEDARAH RASUAH. GHUMAHNYA BESAQ MACAM ISTANA. GHUMAH2 WAKIL RAKYAT PARTI BEWAK KECIK DAN KEMETOT MACAM SARANG TIKUIH. SABIK TU LA RAKYAT SANGAT SAYANG NGAN PIMPINAN2 BEWAK PEJUANG MELAYU.

BEWAK YANG DOK JAGA WARISAN MELAYU SUH JADI LEBIH MELIA TAK LEIN TAK BUKEN RAIS ANAK LELAKI YATIM. BEWAK NI KALU CAKAP EKSEN MACAM PORNSTAR. MIMIT MUKA BETUI2 MACAM BAPAK KAMBING MIANG NAK BELAKI.

SAPA2 YANG BERJUANG NGAN UGAMA SUKU POLITIK SUKU, MISTI JATUH MISKIN SABIK TAK TERLIBAT NGAN RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA. BEWAK2 INGAT DAK BEWAK MAMAT BIN MAMAT TAIB TERHUTANG SAMPAI 22 JUTA DI BRISBANE OSTRALIA SABIK BEWAK NI DOK TULUNG MELAYU.

TENGOK LA PENEGAAN PARTI BUKAN BEWAK SEPERTI KOHILAL RUGI JOTA2.
KALU PUAK2 BEWAK UNTUNG BANYAK. SIME DARBI BERBILION DOLLAR CATAT KEUNTUNGAN DI BAKUN. TABUNG HAJI,
PANDAI BEWAK2 NI NEGA PITIH TABUNG
HAJI, TIAP2 TAUN BULIH BAGI KEUNTUNGAN SAMPAI 5% SAJA. BANK RAKYAT HANYA MAMPU BAGI 15%. BANYAK LAGI KEUNTUNGAN YANG DIBUAT OLEH PUAK2 BEWAK NI, SEGHOPA PKNZ, PERWAJA STIL, DAN LEIN HINGGA TAK TERSEBUT.

SABIK TU LA 9 TAUN LAGI EKONOMI MALAYSIA AKAN JADI GERGASI DUNIA.

he he he
gurau ngan puak2 bewak
lord ried said…
SALAM KEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA.........

HAMPA BLOGGER2 DAN PENYKONG PARTI BEWAK LEBIH BEIK TOSAH POSA LA....
DOK NGATA ORANG LEBIH. HAMPA INGAT HAMPA POSA DAPAT APA2 KA
azlishukri said…
masih ada juga orang sesat masuk blog nie...
pencinta hudud said…
Ahli Pas perlu menukarkan pemimpin yang sedia ada,mereka semua tak relevan lagi terutama Nik Aziz,perubahaan ini perlu di lakukan dengan segera dan kembali kepada perjuangan asal yang hakiki.iaitu melaksanakan hukum hudud,20 tahun pas memerintah kelantan,tidak ada satu pun mini hudud itu sendiri yang kerajaan pas buat,10 tahun aku bermastautin di sini,nak tengok kelibat/roh hudud yang minimum pun susah,pemimpin pas banyak berpolitik dan retorik,buat duit berjuta-juta,kroni tak boleh nak cakap,setiap projek ada 10% dan dana untuk PRU 13 akan datang,semuanya dilakukan secara tersembunyi,takut kena cekup dgn SPRM.sebab pas kuat dekat kelantan kerana sifat kenegeriaan mereka yang kuat,yang batil jadi kebenaran,yang benar jadi batil,Nik Aziz perlu segera di tukar secepat mungkin,beliau dah tak relevan lagi,habiskan beras,gantikan dengan Datuk Harun Din al hafiz dan yg di kenali dan di hormati di Malaysia.Aku yakin dengan kepimpinan beliau,lebih-lebih lagi beliau bukan seorang pemimpin yang suka membuat kontroversi,malah segala permasalahan beliau tangani dengan cara berkhimah dan rujuk Al Quran.Secara peribadi aku akan sokong pas,jika pas melaksanakan hukum hudud.
Raja Lawak said…
Salam Lord Ried(Raja Biawak)

kata raja biawak

(SALAM KEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA.........

HAMPA BLOGGER2 DAN PENYKONG PARTI BEWAK LEBIH BEIK TOSAH POSA LA....
DOK NGATA ORANG LEBIH. HAMPA INGAT HAMPA POSA DAPAT APA2 KA)

Habis tu awak tak mengata org juga ka posa awak dapat apa)

Raja biawak raja biawak

saja gurau dgn Raja Biawak ni

:)
Anonymous said…
kalau nak hudud skrg dah bolehh.... ahli parlimen umno + PAS dah ada lebih 100 org dah lebih 2/3.

tapi kenapa PAS lagi selesa peluk kaki DAP. dulu beria2 nak hudud. kenapa skrg nak b/kersama dgn DAP plakk...????

npk sangat PAS parti klentong...

bila nak p/raya maka hudud pun berkumandang.

bila lepas menang, hudud bukan keutamaan, hudud cuma 0.0001% je. dlm perlembagaan pas tiada hudud. dll.

bila menang lebih 30 kerusi MP, PAS peluk kaki DAP tak mau lepaskan. poooorahhh.....

osman

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil