Skip to main content

Entri Ini Bukan Untuk Ahli UMNO


Entri Ini Bukan Untuk
Ahli UMNO



Saya terpanggil untuk menjawab kritikan pedas AJK PAS Pusat, Dr, Dzulkefly Ahmad terhadap Tun Mahathir berhubung tulisan beliau yang mengkritik sikap hipokrit PAS dalam usaha mewujudkan hubungan dengan kaum Cina (baca di dini) dan (di sini). Menurut Tun Mahathir, PAS berbaik-baik dan menyokong masyarakat Cina bukanlah dengan hati yang ikhlas, sebaliknya hanya untuk mendapatkan undi kaum tersebut. Saya sangat bersetuju dengan hujah Tun Mahathir ini. Sikap hipokrit PAS sebenarnya bukan baru sekarang kelihatan, ia sudah lama diamalkan oleh parti tersebut. Izinkan saya mengembalikan ingatan kita kepada beberapa isu yang jelas menunjukkan hipokrit PAS dengan kaum Cina. Antaranya :


Masih kita ingat apakah "bahan kempen" utama PAS yang dicanang sungguh-sungguh hingga ke pilihan raya ke-11 pada tahun 1999? Tak lain tak bukan bahan kempennya ialah "negara Islam" dan "Hukum Hudud". Soalnya sekarang, Apakah PAS masih konsisten dengan perjuangan menegakkan Hukum Hudud dan negara Islam? Mengapa PAS bersikap hipokrit dalam isu ini?. Dan mengapa PAS sanggup berbohong kepada rakyat dalam kempen pilihan raya umum selama ini bahawa mereka ingin menubuhkan negara Islam dan menegakkan Hukum Hudud - Sedangkan pada hari ini, kedua-dua agenda tersebut sudah digugurkan sama-sekali.


Bukankah ini menunjukkan sikap hipokrit dan talam dua muka PAS? PAS seolah-olah sangat gerun untuk menyatakan hal ini di hadapan DAP dan PKR, bimbang sekiranya parti tersebut hilang undi dan sokongan daripada kaum bukan Islam. Dan lebih jauh daripada itu, Ir Izar Jamaluddin, Mustafar Ali dan Nik Aziz sendiri sudah mengaku bahawa penubuhan negara Islam sama sekali tidak tertera di dalam perlembagaan PAS - soalnya mengapa para penceramah PAS berbohong kepada rakyat dalam hal ini sejak berpuluh-puluh tahun lamanya? Mereka berkempen sehingga ke ceruk-ceruk kampung dengan dakwaan undi PAS adalah untuk penubuhan negara Islam dan Hukum Hudud - dan sekarang apabila menginginkan undi kaum Cina, kempen negara Islam dan Hukum Hudud sudah tidak kedengaran lagi. Inilah yang di namakan sebagai hipokrasi.


PAS gugurkan kedua-dua perjuangan ini hanya semata-mata mahukan undi kaum Cina yang menyokong DAP. Dan kita tidak tahu, untuk masa akan datang, apakah pula yang akan digugurkan oleh PAS lagi, bagi mengekalkan kuasa dan sokongan orang Cina terhadap parti tersebut. Pada saya ini adalah kemunafikan politik yang digambarkan oleh Tun Mahathir. Fikir-fikirkanlah. Wallahualam.

Comments

Selamat menjalani ibadah puasa En.Azli... Moga apa yang kita lakukan di bulan Ramadhan ini diberkati dan dilimpahkan dengan pahala2 yang banyak...

Selamat bertugas dengan memberikan pandangan dan fakta2 yang berguna untuk kita fikirkan...

Salam Ramadhan.... :)
Hizamri Johari said…
Salam

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Hindarilah oleh kamu sekalian berburuk sangka karena buruk sangka adalah ucapan yang paling dusta. Janganlah kamu sekalian saling memata-matai yang lain, janganlah saling mencari-cari aib yang lain, janganlah kamu saling bersaing (kemegahan dunia), janganlah kamu saling mendengki dan janganlah kamu saling membenci dan janganlah kamu saling bermusuhan tetapi jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 4646

[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
azlishukri said…
hizamri itulah yang kita harap2 kan..semoga PAS menerima perpaduan Islam dan tidak terus mencari-cari aib UMNO/ kerajaan
joegrimjow said…
Fiqh auwlawiyat, mendahulukan sesuatu yang mana lagi penting

ni antara jawapan presiden PAS masa jumpa dengan dia hari tu. mungkin UMNO pun boleh guna benda ni?

hehe
Anonymous said…
Benar sdra Azli. Dulu penceramah2 PAS pasti membaca ayat 28 surah Ali Imran di dalam ceramah2 mereka. Tetapi hari ini tak pernah pun dibaca ayat itu didalam ceramah mereka. Kenapa?

zek

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y