Skip to main content

Mahfuz Omar 2010 : Fitnah Zaman Ini!


Mahfuz Omar 2010
Fitnah Zaman Ini!


PUTRAJAYA 27 Julai - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyerahkan kepada kebijaksanaan umat Islam di negara ini untuk membuat penilaian dalam isu tindakan Pas mempersoalkan penglibatannya dalam usaha mengukuhkan ikatan Islam UMNO-Pas.

Katanya, beliau tidak mempunyai komen tertentu terhadap kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar yang menyifatkannya sebagai pecacai UMNO dalam isu yang menimbulkan kontroversi di kalangan para pemimpin kanan Pas itu.

''Terpulang kepada dia (Mahfuz), biarlah orang ramai menilai. Bagi saya, saya tetap mempertahankan kenyataan saya sebelum ini (menyatakan ada kalangan pemimpin Pas menemuinya bagi mendapatkan pandangan bagaimana untuk mengukuhkan ikatan Islam antara UMNO dan Pas)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mahfuz semalam menyifatkan Harussani sebagai pecacai UMNO kerana didakwanya berbohong mengenai perjumpaannya bersama Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali yang dikatakan menyentuh soal kerjasama UMNO dan parti itu.

Naib Presiden Pas itu menjelaskan, Hassan telah mengaku yang beliau pernah berjumpa dengan Harussani tetapi perjumpaan itu hanya melibatkan perbincangan mengenai Islam dan tidak menyentuh soal kerjasama Pas-UMNO.


Ulasan Saya

1. Membaca rintihan hati Tuan Guru Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ini, menyebabkan rasa sebak di dada saya. Orang Melayu, khususnya dalam kalangan pemimpin PAS sudah tidak ada rasa hormat lagi sesama saudara seIslam. Lidah mereka seolah-olah bebas berkata apa-apa sahaja dan menuduh orang lain dengan sesuka hati mereka . Tiada lagi perhitungan dosa dan pahala. Tiada lagi adat dan budaya. Yang tinggal hanya buruk sangka dan nafsu serakah semata-mata. Mahfuz Omar - mungkin boleh dijadikan sebagai orang Melayu contoh kepada generasi perjuang Islam, bagaimana seorang Melayu beragama Islam yang membesar di sebuah negara Islam, hidup dengan harmoni di sebuah negara bernama Malaysia, tetapi tidak pernah tahu bersyukur dan berterima kasih.

2. Mahfuz Omar juga boleh dikatakan sebagai fitnah zaman ini, khususnya di Malaysia, mulut celuparnya sering membuat rakyat berburuk sangka sesama saudara seIslam. Lidahnya yang petah berkata-kata sering menjadi pengadu domba dan pengacum kepada rakyat jelata agar bangkit memberontak serta menentang pentadbiran kerajaan - walaupun pilihan raya umum sudah lama berakhir. Tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh Mahfuz terhadap kerajaan lebih banyak seni retorik, demi mewujudkan persepsi negatif terhadap UMNO dan kerajaan, jauh sekali menyampaikan kritikan membina. Beliau bukanlah seorang pejuang Islam, cuma namanya sahaja Islam. Saya berdoa kepada Allah, agar berikanlah petunjuk kepada saudara Mahfuz Omar, semoga beliau kembali ke pangkal jalan dan segera menghentikan tabiat mulut celuparnya itu.

3. Manusia seperti Mahfuz Omar tidak diperlukan di negara ini. Beliau merupakan perosak kepada agama, bangsa dan negara. Tidak pernah kita mendengar beliau mengaku kesilapan dan memohon maaf kepada mana-mana individu yang difitnahnya selama ini. Pada beliau, segala ucapannya yang dilemparkan terhadap kerajaan dan UMNO, semuanya benar belaka. Tiada satu pun yang salah. Pada saya beliaulah fitnahtul kubra zaman ini!

Comments

MADiSYAK said…
Saudara penulis,

Walaupun saudara masih dalam usia belia, fikiran saudara jauh lebih matang dari orang yang saudara bicarakan.

Saya amat kagum dengan kupasan saudara malah saya juga berfikiran demikian.

Cuba lihat:
http://ceritakedaikopi.blogspot.com
Unknown said…
salam saudara Azli ...

setuju dengan apa saudara cakap , memang menyedihkan apa yg sedang berlaku pada bangsa melayu dan umat islam negara kita ketika ini ,

ketika bangsa lain bangun dan bersatu memijak , menafikan hak kita , menghina dan memperlekeh agama kita , ada pula saudara sebangsa seagama kita yg rela diri diperkudakan malah kadang2 perangainya mengalahkan 'kaum '
itu ,

Ramai melayu Islam berperangai lebih jahat dan teruk dari orang kafir , mulutnya busuk hatinya penuh dengan dendam kesumat , riak dan takabur , dalam masa yg sama mengaku lebih Islamik dari manusia lain , lebih baik dan beriman kononnya ..

Mahfuz contoh paling Utama , kasihan ...kelulusan cuma SPM tak lulus , ada hati menunjuk pandai ,

saya percaya satu masa kelak dia akan melutut memohon maaf kepada Tuan Guru Datuk Mufti Perak , percayalah ...!!
melayuangkat said…
Salam Saudara,

Memang benar, Mahfuz adalah MALAPETAKA bagi orang Melayu dan Islam sekarang.

Kesian pada PAS punyai orang besar macam dia. Tapi bukan dia seorang yang celupar, kaki fitnah dan mengadu domba. Semua yang kononnya Alim pun 2 x 5 macam Mahfuz cuma mungkin tidaklah seteruk Mahfuz.

Nasib baik Mahfuz bukan anak saya, malu saya kalau pernah mengandungkan seseorang yang muncul sebagai pemitnah dan penuh dengan dosa yang lebih teruk dari membunuh.

Belum pernah lagi dalam sejarah tanah air kita muncul manusia sebegini. Macam mana orang macam ni boleh tidur lelap malam malam pun kita tak tahu. Mengutuk Mufti pun macam tak apa je pada dia. Dia ingat Malaikat catat dosa orang lain sahaja.

Kalau kita dah buat dosa besar macam ni tentu tak lena nak pejam mata dan takut balasan Allah swt bila bila masa. Tapi Mahfuz ni dah lali agaknya, dah terbiasa. Agaknya Syaitan tolong dodoikan....sebab tu mampu lena..
NASERON said…
Saya mengenali Mahfuz Omar dan bersetuju bahawa beliau bukanlah seorang ahli politik yang egnius dan berintegriti. Sebagai seorang pejuang Islam, kita wajib menyatakan yang benar walaupun pahit. Saya masih ingat sewaktu DEBAT PAS-UMNO yang diadakan di Universiti Manchester, England melibatkan Mahfuz Omar (waktu itu Ketua Pemuda PAS) dan Annuar Musa (waktu itu Ahli MT UMNO), Mahfuz ternyata gagal menerangkan kepada audience tentang konsep negara Islam yang konon diperjuangkan oleh PAS. Apa yang ada dalam benak Mahfuz ialah memperlekehkan usaha murni UMNO dalam membangun Islam sebagai addeen. Bila Anuar kata Malaysia adalah sebuah negara Islam dari semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, Mahfuz kata itu hanya sejarah. Kita hairan, beliau menentang Perkara 3, 152 dan 153 Perlembagaan Persekutuan (Hak-Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Dasar Affirmative) dan menuduh UMNO parti sekular dan non-Islamik kerana dituduh mewarisi perlembagaan penjajah? Nada beliau sama dengan mentor ramai pecacai dan penceramah PAS, iaitu Nik Aziz dan Hadi Awang. Sesungguhnya sejarah adalah lampu suluh dan cermin kehidupan buat manusia hidup bernegera, tampa sejarah, kita tidak mungkin dapat menikmati apa yang kita ada sekarang dan mewariskan kejayaan kita buat generasi yang akan datang. Saya masih ingat betapa bekas Presiden PAS, almarhum Ustaz Fadzil Noor beria-ria nak lelong Putrajaya jika Pakatan Pembangkang berkuasa ketika berkempen pada PRU10 (1999) lalu. Kepada umat Islam, saya menyeru mereka menyokong usaha menyatukan umat Melayu Islam supaya kita kembali kepada satu wadah perjuangan - Fisabilillah demi agama, bangsa dan negara. Kita tidak boleh membiarkan PAS dan UMNO terus berbalah dan bercakaran atas soal-soal remeh temeh dan kulit yang dicetuskan oleh segelintir politikus songsang seperti Mahfuz. Kembalilah bersatu dan berpadu dalam satu wadah dan roh perjuangan asal orang Melayu yang pernah dibawakan oleh 42 pertubuhan Melayu yang bergabung di bawah PEKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) pada 1 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru dan dirasmikan di Istana Besar Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Sekali bersatu tetap bersatu. Kepada ahli-ahli UMNO saya berpesan, teruskan perjuangan, jangan undur walau pun selangkah kerana jika kita gagal menyatupadukan orang Melayu khususnya keluarga tersayang, bererti kita telah gagal sebagai mujahidin. Wallahualam.. [Naseron Ismail, Pengerusi Waris PEKEMBAR]
NASERON said…
JOM ramai-ramai join http://www.demokratgroupmalaysia.blogspot.com/
azlishukri said…
madisyak - terima kasih saya link blog tuan

rinandamku - saya sependapat

melayuangkat - saya setuju

naseron - terima kasih atas info ini
kelicapmayang said…
selalunya kalau sesiapa saja yang dirinya biadab,kurang ajar,tak hormat orang kita akan kata..ni mak ayah dak ajar ni jadi perangai macam tu dan kalau anak2 dia ikot perangai macam dia orang akan cakap.. alah..bapak dia yang ajar macam tu...jadi saya pernah terbaca komen dari luar negara..apa yang ada pada orang melayu ialah sopan santun,budibahasa dan semangat tolong menolong yang susah nak jumpa pada bangsa lain di dunia ini...tapi masih ada kah yang macam tu zaman ni..hanya Allah swt saja yang tahu dan nampak apa mereka lakukan dan fikirkan..dan mereka yang berdosa tetap mendapat balasanNYA...dan syurga buat yang tsat kepadaNYA...AMIN..
Anonymous said…
Si Mahfuz ni kalu hidup pada zaman Rasulullah maka ia akan di istiharkan wajib dibunuh oleh para sahabat,sebab satu ketika Rasulullah pernah berkata SEKIRANYA KAMU TELAH MEMILIH SEORANG PEMIMPIN YANG TERBAIK DIANTARA KAMU DENGAN CARA ADIL DAN IANYA SEORANG ISLAM DAN BERJUANG MENEGAK DAN MENGEMBANG SERTA MEMAJUKAN BANGSA DAN AGAMA MAKA HORMATILAH PEMIMPIN TERSEBUT SERTA IKUTLAH PERINTAHNYA.TAPI SEKIRA ADA LAGI ANTARA KAMU YG INGIN MENONJOLKAN SEORANG LAGI PEMIMPIN LAIN WALAU PUN IANYA BAIK MAKA ORANG ITU PATUT DIBUNUH KERANA IANYA AKAN MENGHANCURKAN PERPADUAN BANGSA DAN AGAMA.

Jadi para pembaca tolong fikir fikirlah dimana kita nak letak simahfuz kaldai ni.Apa yang hairan para ahli PAS sebenarnya tak tahu nak pilih dan nilai pemimpin mereka.

Sebenarnya melayu dalam PAS lah yang meletakan kedudukan melayu dlm negara ini tidak dihormati lagi oleh bangsa lain.Mereka sanggup menghina agama yg mereka anuti demi mendapat sokongan dan kuasa.SAYA KENAL MAHFUZ SEMASA UMUR 10 KE 15 TH.PERANGAINYA NAUZUBILLAH, rasanya lebih teruk dari anwar hari ini. tentang satu tu la.....
kelicapmayang said…
apa yang kita tahu tentang akal dan reaksi... bila manusia itu bercakap yang bukan2 dan selalu hilang pertimbangan,,lupa asal usul..hati tak keruan..melenting tak tentupasal manusia itu telah hampir kepada gila..otak tak betul..sebab orang gila tak mengaku dia gila..dan gila ni tak ada obat yang khusus.. cuma obat penenang ..jangan lah kita jadi macam mereka yang hampir gila atau pon dah gila atau otak tak senter...gila yang tak boleh di elak ialah gila keturunan...Allah maha pencipta...amin..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh