Skip to main content

Apa Pandangan Kita dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?


Apa Pandangan Kita
Dengan Cadangan Jins Shamsudin Ini?



Saya secara peribadi menyambut baik idea yang dikemukakan oleh Tan Sri Jins Shamsudin di bawah ini berhubung isu menyatupadukan parti PAS, PKR dan UMNO. Namun demikian, dalam keadaan sekarang, cadangan tersebut begitu sukar untuk direalisasikan. Saya cuma ingin menambah sedikit sahaja daripada cadangan asal Tan Sri Jins Shamsudin berkenaan isu ini, iaitu menukar nama daripada "Parti Kebangsaan Melayu Bersatu" kepada "Parti Melayu-Islam Bersatu". Wallahualam.

KUALA LUMPUR, 31 Julai — Idea agar parti-parti Melayu-Islam bergabung atas nama penyatuan orang Melayu muncul lagi dengan yang terbaru budayawan dan ahli politik Senator Tan Sri Jins Shamsudin menggesa tiga parti digabungkan demi mempertahankan kuasa politik mereka. Beliau berkata keadaan semasa memerlukan sebuah parti Melayu khusus yang boleh mempertahankan dan memperjuangkan hak orang Melayu.

Justeru, penerbit dan pengarah filem terkenal ini mencadangkan nama Parti Kebangsaan Melayu Bersatu bagi menggabungkan PAS, PKR dan Umno. Idea yang mirip dibangkitkan oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali pada 22 Julai lalu, antara lain mengatakan sebuah parti Melayu baru perlu ditubuhkan sebagai pilihan terakhir jika kesemua usaha untuk menyatukan kerjasama PAS dan Umno gagal. Baca seterusnya di sini...

Comments

Jins patut terjemahkan cadangan itu dalam sebuah filem untuk tontotan umum, mungkin kadang2 ramai yang tak sedar dan insaf atas apa yang berlaku terutama yang jauh dari media internet, mereka masih leka dan asyik dengan media perdana sahaja.

Yang tidak mahu bersatu, bukannya ahli2 parti tetapi pemimpin mereka yang takut hilang kuasa dan pengaruh.

Apakah sanggup separuh dari pemimpin UMNO akan hilang jawatan kabinet jika perlu diserahkan kepada pemimpin PAS dan PKR.

Apakah UMNO sedia melepaskan jawatan Menteri Dalam Negeri atau/dan Timbalan Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan kepada PKR/PAS?

Pilihan Pembaca

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

A. Samad Said 2009 : Dari Daerah Zeni ke Dunia yang Satu Lagi

A. Samad Said 2009 Dari Daerah Zeni ke Dunia yang Satu Lagi Oleh Muhammad Azli Shukri KUALA LUMPUR 5 Mei - Lima Sasterawan Negara buat pertama kalinya menyatakan pendirian bersama menolak Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Malah dua daripada mereka yang hadir pada sidang akhbar hari ini iaitu Datuk A. Samad Said dan Profesor Muhammad Salleh sedia ditarik balik gelaran berkenaan jika keadaan memerlukan. Muhammad mengakui apa yang lebih penting adalah bahasa Melayu perlu kembali dimartabatkan sebagai bahasa ilmu di sekolah dan universiti demi masa depan bahasa itu sendiri. "Kita tidak menentang penguasaan bahasa Inggeris kepada anak-anak kita tetapi kaedah pembelajaran yang perlu diperbaiki supaya lebih berkesan. "Kerajaan perlu merujuk kepada model pengajaran bahasa dari negara Denmark, Sweden, Norway, Belanda dan Belgium yang pengajarannya lebih baik walaupun pelajaran bahasa Inggeris hanya mula diperkenalkan di sekolah meneng...

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar ...