Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas.
Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran, mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukhriz sahaja yang akan disiarkan. Harap Maklum!
Comments
i'm the fist ke azli?
1. Tidak perlu beri amaran sekat sahaja daripada bertanding
2. Aku suka tengok 1 lawan 1 Khir dengan Mukhriz
3. Ko patut jadi pengurus kempen DMM la. Bagus kerja ko ni.
4. Aku sokong DMM! idup DMM!
Seperti mana saya percaya dan sanjung Tun Dr M, seperti itu jugalah saya meletak kepercayaan saya kepada Datuk.
Saya percaya golongan muda di Malaysia setuju dan turut memberi sokongan kepada Datuk.
Hidup Melayu !!
Tapi tak puas hati kenapa KJ hanya diberi amaran?? Ada kah unsur campurtangan???
Bagaimanapun Khir Toyo wajar juga diberi pertimbangan kerana didapati tidak bersalah.
Bertandinglah secara sihat kerana menang secara bertanding sesuatu yang sangat diperlukan oleh Mukhriz untuk mengelak tohmahan di masa akan datang.
Adakah KJ ada membuat pengakuan bersalah ?!
hapraklah kamu!
Anonymous - saudara entri ini hanya bertujuan untuk memberi sokongan moral bukan untuk berdebat, tolong lah faham, sebelum ni saya dah open, sekarang masa untuk berehat daripada bertelagah.
Saya menyokong perjuangan YB Datuk Mukhriz yang mengggunakan corak perjuangan 'Berani Berubah'.
Saya percaya harapan beliau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO akan terus bersinar tanpa bayangan Tun Dr Mahathir.
Terima Kasih Lembaga Displin
Terus berjuang Datuk Mukhriz......
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
Woi! Anonymous tolol! tak faham ke apa yg azli tulis kat depan tu? kalu tak tahu baca boleh bla!
BERANI BERUBAH...
hidup mukhriz....!!! bkl ketua pemuda umno malaysia!!!
mergong, kedah.
Saya lega dan gembira serta bersyukur seandainya negarawan terbilang kita,Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO.
Teruskan perjuangan!
Ikhlas dari Tebrau.
Suara Muda Tebrau
Suara Muda Untuk Alif, Ba dan Ta
teruskan perjuangan..
2) Kedua-dua kes yang melibatkan Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin adalah dari jenis kesalahan yang sama. Ejen mereka melobi (politik wang) perwakilan dengan rancak. Tetapi kenapa Ali Rustam dilarang bertanding, tetapi Khairy hanya diberi amaran?
3) Kenapa kes ni disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM seperti yang lain? Apa kuasa Lembaga Disiplin UMNO sehingga boleh menyiasat perkara ni dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah?
4) Kenapa Azalina Othman tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah beliau terlibat dalam rasuah, tetapi bukan poltik wang?
5) Kenapa ada double standard dalam kes penyiasatan antara ahli kerajaan dan ahli pembangkang?
6) Adakah pesalah yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu lagi disiasat oleh SPRM?
7) Adakah adil bagi seseorsang tu yang terbukti bersalah melakukan politik wang dikenakan hukuman sedangkan orang lain yang melakukan kesalahan yang sama hanya diberi amaran? Padahal, tiada beza berat atau tidak kesalahan mereka, yang penting mereka telah terbukti melakukan kesalahan tu, bukannya masih dalam tuduhan!
8) Adakah ejen pelobi mereka memandai je melobi perwakilan untuk mendapatkan jawatan tanpa diarah oleh seseorang? Di mana ejen-ejen tu mendapat duit yang banyak untuk melobi perwakilan? Adakah mereka menjadi ejen secara sukarela dan tidak ada kena mengena dengan calon-calon? Bagaimana mereka boleh menjadi ejen-ejen kepada calon-calon ni jika mereka tiada kaitan dengan calon-calon ini?
9) Adakah adil, hanya ejen-ejen yang dikenakan tindakan sedangkan "bos" mereka tidak? Adilkah ejen-ejen ni hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM sedangkan terbukti mereka memberi rasuah?
saya antara penyokong Mukhriz. Lihat di blog saya. Saya telah nyatakan sokongan saya sejak dahulu. Minta juga link-kan dari blog sdr.
Khairi nampaknya dah takde peluang yer? Udah kena amaran.. Tapi kalu kena amaran, nape masih diberi peluang bertanding?
Pelik beno tindakan Lembaga Disiplin UMNO kali ini.
Apa pun, peluang Mukhriz lebih cerah. Cuma teman ghase, Khairi tak beghape gemo dengan apa yang berlaku.. Ulasan dia selepas amaran tersebut ialah "ada agenda tersembunyi untuk menghalang saya bertanding.."
Ape keheynyer Khairi ni?
Sebaiknya semua bahagian dan perwakilan yang memilih KJ tidak dibenarkan memilih dalam PAU nanti.
Demi "reform" terhadap UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh
DSNajib pagi tadi
Kepada perwakilan yang akan memilih KJ, anda sedang diperhatikan oleh "mata-mata" DMM untuk dicekup dilobi hotel,dibilik (balik pintu hotel),dalam akaun melalui "bank-in" atas nama sendiri ,keluarga,kawan.
bila keluar berita KJ kena ,terus blog pengampu kuat MM terus tulis kaw2 punya ..
nampak sangat la semua ni seperti dirancang ..kita tahu siapa org lembaga disiplin itu ,dan kenapa muhkriz dan khir tidak kena
perwakilan pun tahu siapa yg hulur duit semasa pencalonan dahulu tetapi yg kena ikan bilis yg belanja makan sahaja bukan buaya yang bagi duit depan mata ...
Perwakilan yang akan mengundi KJ bermakna dia tidak perihatian terhadap perjuangan UMNO.
Setelah dia didapati terlibat didalam politik wang dan hanya diberi amaran sahaja, dari segi moralnya dia tidak layak lagi untuk memimpin pemuda dan harus ditolak. Dia telah dan akan menjadi liability kepada UMNO.
HIDUP MUKHRIZ!
BERANI BERUBAH!
Sekarang terserah kepada perwakilan pemuda untuk menolak KJ demi Agama, Bangsa dan Negara.
BERANI BERUBAH.
HIDUP DATO MUKHRIZ MAHATHIR.
WE ARE WITH YOU ALL THE WAY
Tetapi sekiranya anda tidak mengundinya maka anda telah membersihkan dari anda dari RASUAH.
Wang yang anda terima darinya merupakan SEDEKAH sahaja sekiranya anda tidak mengundinya.
BERUBAH DARI RASUAH KEPADA SEDEKAH!
Delete selepas dibaca. Thank you.
Agar menjadi contoh dan teladan kepada bakal pemimpin yang lain..
Teguhkanlah iman D.M.M dari ancaman rasuah
Tapi kalau nak beri sokongan moral pun tak payah la nak buruk2kan KJ... Kita satu parti, KJ pemimpin UMNO bukan pemimpin Pakatan Rakyat.
Semua orang tahu ada konspirasi dalam politik, tapi saya tidak tuduh ianya datang dari umno, mungkin Pakatan Pembangkang yang sedang cuba membuat umno berpecah... takkan saudara tak dapat nak bezakan siapa tikam siapa yang sebenarnya.
Jangan takut berdebat sadura kerana lepas ni kita akan berhadapan dengan pembangkang, jika kita sama kita tak boleh nak berdebat macammana nak pertahankan umno?
Apa-apa pun saya hurmati perjuangan saudara... Harap Datuk mukhriz bertandinglah secara gentleman...
Salam Perjuangan
BJ
Hidup mukhriz, Lingkup Umno
Hidup Mukhriz, Lingkup Umno
Hidup Mukhriz, Lingkup Umno
Aku dah sokong Mukhriz Kalau Pak Ali x publish mmg penakutlah Pak Ali
soal mengampu atau membodek sama sekali tidak timbul bagi para penyokong Mukhriz, kami mahukan UMNO bersih dan menang kembali dalam PRU ke 13 kelak.
Itu sahaja hasrat dan tekad kami semua.
Salam Berani Berubah!!!
Kenapa KJ tak sambut seruan Ali Rustam, sama-sama semua bersalah, tidak bertanding, demi selamatkan umno?
Di mana maruah KJ?
http://tanyasoal.blogspot.com/2009/03/kenapa-azli-mukhriz-malaysiakini.html
Sy juga mcm Azli dari awal lagi menyokong Mukhriz sebagai KP Malaysia.
Idola sy bapak pejuang Melayu - Tun Mahadhir telah membawa negara ini kemercu kejayaan, sdh tentu kesenambongan ini akan diteruskan oleh Dato Mukhriz...
Sy selalu melayari blog AZli Shukri. Sy juga tetap menyokong Azli semuga Allah SWT memberi ruang utk Dato Mukhriz menerajui pimpinan Ketua Pemuda Malaysia nanti - pakmie.blogspot.com.
Hdp Mukriz hdp Azli....
Asalamualaikum...
good luck!!!
Berani Berubah!!!
Berdebar tgu keputusan Pemilihan Pemuda UMNO.
Harap saudara azli dapat tlg letakkan link saya di blog anda. Bersama tegakkan kebenaran..