Skip to main content

Inikah yang Kita Mahu?


Inilah Kesannya

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica


Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
Ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sebab Allah Yesus ku
Mengerti


Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang. Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas minda umat Islam dan generasi muda yang lemah iman dan kefahamannya.


Nah, sekarang cuba lihat lirik lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi separuh bogel Indonesia terkenal - Agnes Monica di atas. Bukankah ia merosakkan aqidah umat Islam, khususnya dalam kalangan muda-mudi Islam apabila mereka turut sama menghafal lirik lagu tersebut? Lalu menyanyi-nyanyi dengan riang-ria tanpa sedar, sesungguhnya mereka telah menghina dan mensyirikkan Allah? Masih tidak nampakkah kesannya kepada kita dan umat Islam untuk jangka masa yang panjang? Jika hal ini tidak dibendung dari sekarang? Mula-mula mereka diizinkan dalam penerbitan majalah, lama-kelamaan nama Allah dipersenda dan dipermainkan dalam pelbagai cara. Inilah yang sangat kita bimbangkan.


Lirik tersebut - perkataan Allah Yesus Ku - sangat jelas boleh memesongkan aqidah para remaja Islam yang masih lemah aqidah dan pegangannya. Sedarlah kita bahawa sesungguhnya - agama Islam makin terancam, lantaran pemimpin-pemimpinnya lebih sibuk berpolitik daripada mempertahankan aqidah penganutnya. Soal aqidah dan iman harus dipandang serius, baik PAS mahupun UMNO. Hal ini adalah kerana, kekuatan umat Islam adalah bergantung sejauh mana kekuatan aqidah dan iman mereka kepada Allah. Kita bimbang, tanpa sedar musuh-musuh Islam memasukkan racun dalam minda generasi muda bagi memastikan mereka jauh daripada agama dan aqidah Islam. Inilah sebabnya mengapa kita sangat menentang penggunaan nama Allah dalam penerbitan majalah Kristian tersebut. Seluruh ulama di Malaysia harus seia-sekata dalam hal ini, jangan hanya Mufti Perak sahaja yang bersuara. Wallahualam.


Marilah sama-sama kita berdoa, agar Islam dan aqidah umatnya tidak dipesong dan dirosakkan oleh anasir-anasir jahat yang tidak redho terhadap agama Islam dan petunjuk Rasul-Nya.

Comments

kamal said…
salam saudara azli..saya memang tak berapa faham dengan kenyataan TG NIK AZIZ baru2 ini yang mana tidak menjadi kesalahan untuk menggunakan perkataan ALLAH pada penerbitan untuk agama kristian .

Saya tak mahu untuk memberi sebarang pendapat kerana bagi saya kita bukan yang arrif sangat dengan bab agama ini.Tapi sudah kita maklum perbagai pihak termasuk YB Baling pun sudah menyatakan dalam parlimen yang penggunaan perkataan ALLAH pada agama agama lain adalah dilarang...Apa pendapat Azli berkenaan kenyataan TG NIK AZIZ tempohari?Minta maaf nak bertanya...nampak selalu juga singgah ke wana sweet...ada apa apa ke...kalau dah terpi...apa salah nye...benda baikan..Sory lari dari topik perbincangan..jangan marah..
Dania Deco said…
salam en.azli.. nice blog. terima kasih kerana follow my blog.. saya adik azizul rahim KP K.K.
Dania Deco said…
This comment has been removed by the author.
Unknown said…
Saudara semakin matang berhujah. Macam ni lah gaya pemblog profesional.
Tahniah & teruskan usaha yang baik ini.
Pok Li said…
Salam MauliduRasul. Semoga perjuangan membetulkan aqidah ini berterusan bukan sahaja dikalangan agamawan tetapi kepada semua yang beragama Islam.
RAHISAM RAMLI said…
Salam Maulidur Rasul- Islam agama paling mulia, wajib dipertahankan dengan pelbagai cara. Teruskan perjuangan.
Unknown said…
sy rase ade sbb nik aziz ckp mcm tu. lebih elok dgr penjelasan beliau personal dr trus hentam.

rate2 org kite suke tanya pendapat ttg agama pada org yg tidak sepatutnya seolah2 org tu pandai sgt dlm bab agama.

dlm agama tiada pendapat melainkan hadis dan quran.

dlm kes ni, sy mmg x bersetuju tp x bermakna kita kena hentam plak org yg bersetuju. jika yg besetuju tu mmg dr kalangan kuffar gak, ape salahnya kita tanya sbb apa nk sgt perkataan Allah diguna pakai.

kalo yg besetuju tu dr kalangan muslim, kita tanay sbb ape setuju. lg2 yg setuju tu dr kalangan ulama'.

jgn pertikai tahap ilmu seseorg sbb ulama; hanya perkataan utk org yg memiliki ilmu, rujukan yg tinggi. tak kisah dlm agama atau dunia. dr. mahathir pun ulama sbb bnyk ilmu. hehehe..

mengenai agnes monica, lagu tu mmg x sedap pun sbb mase dgr mmg kite da set, bongoknye pompuan ni..! lg satu, dulu semase ade konsert gang starz kat tv3, media prima jemput khas dia buat persembahan kt tv3. bayaran cecah ratusan ribu ringgit. tp sorg pun tak kisah..

maff mengarut lebih2 plak..
sy tak tau pula ada lagu macam ni...
tapi sy ssngt tak b'setuju dan tak b'kenan dgn statement 'org2' berkenaan
azlishukri said…
kamal - berkenaan kenyataan Nik aziz tu saya kurang tahu hujung pangkalnya. agak sukar saya nak beri komen. berkenaan ana sweet tu..kami tak ada apa-apa kenal dalam alam maya sahaja. Tapi kalau dah "terjodoh" nak buat mcm mana.

K.Naim - Oh ye ke? sama2 saya follow

Alamda - terima kasih, saya hanya cakap yang benar semata2

Pok Li - saya setuju

Rahisam - Selamat malidur Rasul

Anuar - saya setuju kenyataan saudara

made - saya sependapat
Cheguman said…
Selamat menyambut maulidurrasul Azli.
Bagi saya isu ini juga berkaitan impian dan kenyataan. Memang kita mahu semua orang meng'esa'kan Allah. Itu impian kita. Kita seronok apabila semua manusia menyebut nama Allah. Namun kenyataannya 'Allah' yang mereka maksudkan itu tidak sama dengan 'Allah' yang sebenar.
Faisal Admar said…
Terlalu liberal, itulah kesannya.
CIVIC Power said…
Salam tuan Aziz

Benar tu tuan, teman pun tak setuju mereka(org kfir) mengunakan nama tuhan kita dalam kitab2 mereka x pun dimana sahaja atas tujuan mereka.
Kenapa Indonesia x halang pekara mcam ini..
TENGKU FARIHIN said…
Thanks for visiting my blog..
i've read your blog..
i got some knowledge from there..
thanks.
Anonymous said…
Tahniah Saudara Azli,
Anda telah di Tagged!

http://longtambang.blogspot.com/2009/03/award-ini-dari-httpwww.html
arwah datuk saya pernah berpesan kepada kami, kita tidak boleh menyebut atau menggunakan perkataan 'ALLAH" jika tidak perlu/ sewenang2nya... kini saya paham mengapa arwah berkata demikian. bagus azli shukri sebab menyiarkan isu ini
Anonymous said…
masalahnya org kita minat sangat kat penyanyi indon ni.
azlishukri said…
cheguman- saya memahami maksud saudara.

Faisal - saya stuju dah terlalu librel

Civic - inilah yg kita bimbangkan

ayien - sama2

singaramaraja - sama2

zaidi - oh terima kasih kasi tag, takut tak sempat nak jawab.

bob - sama2 kita berkongsi maklumat

Anonymous - itulah masalah kita sekarang fanatik terhadap artis tersebut.
GELIgeli said…
teman bersetuju beno..dimana nama ALLAH hanya dikhaskan kpd agama Islam..dan agama lain tidak mengunakan nama ALLAH SWT.
Penguasaan perlu ditambah dengan kekuatan parti.
Selain dari itu..turut disyorkan supaya nama ISLAM juga tidak digunakan dengan sewenangnya...apa yg dibuat dikaitkan dgn Islam..cth: perubatan tradisional Islam,Produk kesihatan Islam dan Parti Islam.
hapuskan pengunaan Islam dan gantikan dengan gelaran lain..sbagimana Indonesia..tiada parti yang dibelakangnya Islam.
Kita yang x berapa alim ini akan terpengaruh ingatkan agama rupanya politik.
Anonymous said…
SALAM BRO AZLI
SY X TERKEJUT JIKA ARTIS BKN ISLAM SEBERANG DGN SEWENANG2NYA MENGUCAPKAN NAMA ALLAH DLM LIRIK2 MEREKA SB NEGARA MEREKA TERLALU MENGAMALKAN DASAR KETERBUKAAN YG MELAMPAU!.

ITULAH YG ANWAR MAUKAN!. SEORG PLURISME DAN LIBERALISME. BELIAU CUMA MENGAMBIL PENDEKATAN YG MEMESONGKAN AKIDAH ORG ISLAM SECARA HALUS TANPA DISEDARI. ORG SEPERTI BELIAU MMG PATUT DI PERANGI SEHABIS2NYA!!..
azlishukri said…
Geli-geli - Saya setuju

Jeffry - saya sependapat
saya pun rasa kita beri pada yg hak dan punya ilmu tentang hal ini. Saya berpendapat isu ini tidak menganggu akidah Islam melainkan jika ia terus dipaparkan di muka depan media. Malah kenyatan2 drpd mereka yg bukan ahli akan meniupkan lg kepanasan pada isu ini.

jika dikatakan menganggu mereka yg lemah iman maka kewajiban kita dan pemerintah memperkuatkan mereka. Wallahualam..
Unknown said…
Marilah sama-sama kita berdoa, agar Islam dan aqidah umatnya tidak dipesong dan dirosakkan oleh anasir-anasir jahat yang tidak redho terhadap agama Islam dan petunjuk Rasul-Nya.

Amin..
caturist said…
Persoalan begini akan sentiasa ada selamanya.

Persoalannya: "Adakah kita bersedia?".. untuk menghadapi segala macam gelombang.

Hanya kewarasan sahaja bekalnya.
Hananeechan said…
thanks 4 da visit.

saya org kk gak..=p

ade ke lagu ni? xtau pulak.
hurm. xsetuju la guna macam tu.

mcm mempersendakan lak..
ONE said…
salam,

pencegahan adalah strategi terbaik sblm kerosakan berlaku..maka dalam hal penggunaan kalimah Allah ini sesuatu yang hak boleh menjadi batil jika akhirnya membawa keburukan namun yang penting tentulah di pihak kita sendiri..

tq yer..
Baijat said…
Sebelum saya memberi, minta maaf andainya kalau ia melibatkan sensitivti semua pihak.

Saya bukan pakar atau arif dalam agama, tetapi berkait isu penggunaan nama Allah membuatkan saya sendiri terfikir.

Persoalannya yang timbul di minda saya-

1. Mengapa pihak agama Kristian tetap berkeras untuk menggunakan perkataan nama Allah dalam kitab suci mereka? Adakah mereka tiada kata ganti selain Yesus (yang dianggap anak tuhan).

2. Mengapa dan adakah mereka cuba mencabar hak atau perkara yang telah termaktub dalam Perlembagaan secara halus?
Mengapa mereka mesti mengusik perkara sebegini sedangkan kita sebagai umat Islam masih menghormati mereka yang menganut agama lain?

3. Adakah kita perlu liberal dalam semua perkara dalam mencapai satu sistem yang amat demokratik?

4. Sekiranya mereka terus diberi 'lampu hijau' tentang penggunaannya maka suatu hari nanti, tidak mustahil mereka akan mengganggap bahawa kitab suci mereka lagi tinggi darjatnya daripada Al-Quran.

Nauzubillah.....
assalamualaikum warahmatullahi Ta 'ala wabarakatuh,
saudara azli shukri yang kami hormati lagi kami kasehi,
saudara-saudara semua yang kami hormati, serta semua umat manusia dan sekalian makhluk yang memahami,

izinkan kami yang terlebih dahulu memohon ampun dan maaf jikalaulah penggalan-penggalan ayat suci Al-Quran yang kami coba untuk fahami dan di pesan-pesankan ini ada berlakunya kesalahan,
maka mohon ampun dan maafkanlah kami, yang tidak baik itu datangnya daripada kami, kamilah yang bersalah. harap sudi maafkan,

telah difirmankan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan kalam,
dan wajib kita beriman kepadanya, insyaAllah,


tugasan-tugasan ini adalah kepada kita semua, orang awam, orang biasa tiada siapa yang berkecuali, dan janganlah pula kelak kita hanya menyalahkan ijma' ulama, sedangkan tugasan ini adalah kepada semua.(teks khutbah fardhu jum'aat yg lalu - di negeri pulau pinang), kami bersaksi.

'dengan menyebut nama Allah yang maha Pengasih lagi maha Penyayang,
telah berfirman Allah SWT (maksudnya);
(Sesudah kamu wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu mengetahui tentang kerasnya hati orang-orang Yahudi itu) maka bolehkah kamu menaruh harapan bahawa mereka akan beriman kepada seruan Islam yang kamu sampaikan itu, padahal sesungguhnya telah ada satu puak dari mereka yang mendengar Kalam Allah (Taurat), kemudian mereka mengubah dan memutarkan maksudnya sesudah mereka memahaminya, sedang mereka mengetahui (bahawa perbuatan itu salah)?
(QS: Al-Baqarah, ayat 75)

mereka (yahudi) telah berdusta,

sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.
(QS: Al-Baqarah, ayat 79)

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepada Nabi Muhammad)", mereka menjawab: "Kami hanya beriman kepada apa yang telah diturunkan kepada kami (Taurat)". Dan mereka ingkarkan (Kitab) yang lain yang diturunkan kemudian daripadanya, padahal Al-Quran itu benar lagi mengesahkan Kitab Taurat yang ada pada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian mengapa kamu membunuh Nabi-nabi Allah pada masa yang lalu kalaulah kamu benar-benar orang-orang yang beriman?.
(QS: Al-Baqarah, ayat 90-91)

renungan juga buat kita sebagaimana firman Allah SWT (maksudnya):

Banyak di antara Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) suka kalaulah kiranya mereka dapat mengembalikan kamu menjadi kafir setelah kamu beriman, kerana dengki yang timbul dari diri mereka sendiri, sesudah nyata kepada mereka kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w).
Oleh itu, maafkanlah dan biarkanlah oleh kamu (akan mereka), sehingga Allah datangkan perintahNya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(QS: Al-Baqarah, ayat 109)

kami pohonkan ampun dan maaf andai kami sudah terlebih bicara,
maafkanlah olehmu kepada kami wahai sahabat-sahabat, ilmuan2 agama, guru-guru dan para anbiya yang terdahulu...

wallahualam, insyaAllah,

terima kasih az'li shukri,
salam hormat, salam penuh kaseh sayang, insyaAllah,

yang kerdil lagi hina,
menulis dengan cinta, kaseh sayang dan airmata,
Debora Zibordi said…
Hello!!!
Thanks for visiting my blog.
Where are you from?
I'm brazilian. Nice to meet you.

God bless you.
Jesus Christ loves you.

See you..
ooooooooo said…
This comment has been removed by the author.
Mohd Faizal said…
Satu kupasan yang menarik disertai contoh jelas oleh Tuan Azli..

Namun begitu, saya ingin menarik perhatian rakan-rakan dengan satu soalan, sampai bila kita umat islam harus bersikap 'defensive' sepanjang masa tanpa menilai kelemahan diri sendiri dan bertindak pantas menangkis serangan.
Saya sependapat dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Dr. Asri (baca artikel beliau yang berjudul ,Beza Antara Merebut Nama Allah Dan Mempertahankan Akidah)
tentang isu ini.

Musuh islam tidak akan pernah berhenti menyerang islam di setiap penjuru, namun pertahanan islam bukan setakat hanya menggunakan 'kuasa' untuk menghentikannya, umat islam juga perlu berusaha untuk menjauhkan anasir serangan ini melalui kekuatan hujah & ilmu serta dengan memperkasakan pengajian agama islam di Malaysia. Ini termasuklah memperkasakan institusi2 pendidikan agama, JAKIM, institusi mufti dan giat mengenengahkan tokoh-tokoh pemikiran islam kontemporari ke dalam masyarakat. Media juga harus berperanan penting menjelaskan isu-isu semasa umat tanpa memikirkan keuntungan duniawi semata-mata.

Tentang isu nama Allah, jelas di dalam al-Quran dan hadis (yang menjadi sumber rujukan utama) tiada halangan bagi penganut agama lain menggunakan nama Allah. (rujuk artikel Dr Asri di atas) Jadi tidak timbul isu-isu salah atau tidak, cuma yang menjadi kebimbangan, sampai bila kita harus mempertahankan islam dengan cara sebegini dan bukan dengan kekuatan hujah, logika mudah dan kajian yang mendalam. Apakah dengan cara ini boleh menarik agama lain untuk mendekati islam?..Sudah tentu tidak malah semakin mereka melihat kesempitan dan kepayahan di dalam islam.Saya sudah mengalaminya apabila bersoal jawab dengan seorang Atheis di tempat saya tinggal sekarang..memang kalau tidak menggunakan analogi yang baik, kita akan tewas.

Yang menghairankan, kita selalu beremosi dengan kegiatan penghinaan ke atas agama yang kita anuti, ironinya umat islam (pemerintah & kita sendiri) tidak pernah berhenti mengimport jarum-jarum halus ini merasuk minda generasi islam selain sistem pendidikan agama islam peringkat rendah dan menengah yang masih boleh dipertikaikan keberkesanannya.

Saya sendiri pernah berhadapan dengan beberapa rakan yang menyatakan mempunyai ’keraguan’ di dalam agama apabila berhadapan dengan rakan non-muslim. Jelas mereka terkial-kial dan lemas dalam penjelasan sendiri tentang islam kepada non-muslim. Jadi di mana keraguan tersebut wujud. Adakah dengan hanya mengharamkan penggunaan nama Allah di dalam penerbitan Herald, CUKUP untuk menghentikan keraguan ini.

Oleh yang demikian, kesimpulan awal yg boleh saya buat, kita perlu bersifat adil dalam isu ini supaya keadilan anjuran islam dapat tersebar luas meliputi golongan yang sudah islam sejak azali mahupun kepada yang bukan islam dalam melihat kasih sayang Allah kepada makhluk.
Sekian
Maha Suci Allah, Tuhan Sarwa Sekelian Alam

Faizal,
Montreal
azlishukri said…
Terima kasih atas semua komen yang telah diberikan. saya sangat2 menghargai pandangan tuan2 semua. Tak sempat untuk membalas semua komen mohon maaf.
Unknown said…
Remaja islam yang kurang ilmu agama islam akan mudah terpesong akidah mereka ...

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...