Skip to main content

Munajat Seorang Hamba


MUNAJAT SEORANG HAMBA


Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu berkhianat kepada Allah dan Rasul, dan juga janganlah berkhianat berkenaan dengan amanat yang diamanahkan kepada kamu, sedangkan kamu mengetahui." (Al-Anfal : 27).




Apabila Allah mewajibkan kita memegang amanah yang telah diberikan, maka wajib bagi kita melaksanakan amanah yang telah diberikan itu. Dalam konteks ini, sangat jelas pemimpin yang baik adalah pemimpin yang melaksanakan amanah yang telah diberikan kepadanya. Dalam menyelesaikan pelbagai kemelut dan cabaran pada masa kini, kita harus kembali kepada sikap amanah. Dengan hanya bersikap amanah sahajalah pelbagai masalah dan penyakit yang sedang melanda Malaysia pada waktu kini berupaya diselesaikan. Kadangkala, kita ada ilmu dan tahu kebenaran sesuatu perkara itu, tetapi kita tidak amanah dengan ilmu dan kebenaran tersebut, lalu kita sorok perkara yang sebenar dan menyembunyikan kebenaran. Lantaran itulah, banyak perkara dan konflik tidak dapat diselesaikan secara baik dan telus.



Dalam hal ini, melihat isu yang semakin hangat berkenaan politik wang atau rasuah politik yang semakin menjadi-jadi di dalam UMNO, saya merasakan bahawa, cara terbaik bagi penyelesaiannya adalah kembali kepada sifat amanah yang dituntut oleh Islam, seperti mana ayat yang saya kutip di atas. Persoalannya, bagaimanakah caranya? Dan bagaimanakah sikap amanah mampu menyelesaikan pelbagai kemelut dan fitnah yang selama ini membelit UMNO?



Pada hemat saya, dalam konteks pemilihan kepimpinan UMNO, saya melihat jika semua perwakilan UMNO amanah membawa aspirasi dan kehendak bahagian masing-masing, maka fitnah dan kekacauan tidak akan berlaku kepada UMNO. Sebagai contoh, jika semua perwakilan bersikap jujur dengan mengundi para pemimpin yang telah dipilih oleh bahagian masing-masing, maka UMNO akan selamat. Tetapi, kerana sikap kita tidak amanahlah, maka berlaku kemenangan kepada individu yang tidak layak untuk memegang amanah bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Dan akhirnya, pemimpin tersebut gagal menjalankan amanah, lantaran beliau dipilih secara tidak amanah oleh para perwakilan, sekali gus mengundang fitnah kepada UMNO dan para pemimpinnya.



Bertitik tolak daripada hal itu, apabila majoriti Bahagian UMNO mencalonkan seseorang itu untuk memegang sesuatu jawatan, maka laksanakanlah amanah tersebut dan berikanlah kemenangan kepada beliau. Jika tidak, fitnah akan pasti melanda kita semua sekiranya calon tersebut tewas, padahal pencalonan yang beliau terima daripada Bahagian UMNO di seluruh Malaysia adalah sangat tinggi dan menyakinkan. Sudah pasti hal tersebut berlaku kerana sifat amanah yang semakin tipis dalam diri para perwakilan, yang seharusnya mereka memahami, bahawa mereka merupakan "wakil" yang membawa suara majoriti bahagian masing-masing.



Lantaran itu, saya tegaskan semua pemimpin UMNO yang mendapat pencalonan tinggi daripada Bahagian UMNO di seluruh Malaysia - harus dimenangkan, jika tidak, UMNO sekali lagi akan dilanda fitnah yang besar (fitnatul kubra) pada masa akan datang. Semua perwakilan harus amanah dan jujur (itu pun jika kita takut akan azab Allah). Masalah akan selesai, jika semua perwakilan amanah dan mengundi calon yang telah dipilih oleh bahagian masing-masing, maka keputusan akhir akan pasti mengikut kehendak dan aspirasi sebenar pencalonan yang mereka terima sebelum ini.



Oleh sebab itu, bersikap amanahlah dan ikutlah kehendak suara akar umbi, tetapkan iman dan fokus kepada perjuangan yang sebenar. Berikanlah kemenangan kepada calon-calon yang terbukti mendapat pencalonan tertinggi dari Bahagian UMNO seluruh Malaysia. Dan InsyaAllah rakyat akan kembali menyokong UMNO dan UMNO mampu dibersihkan kembali. Kepada Allah kita berdoa agar UMNO bersih daripada segala kekotoran yang membelitnya selama ini. Sama-sama kita berdoa.



"Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Berkuasa, Engkau bantulah kami yang kerdil ini, sesungguh, tidak sanggup lagi kami melihat segala bentuk rasuah dan politik wang yang selama ini telah menghancurkan UMNO dan para pemimpinnya, Maka kini, kami memohon dan merayu kepada-Mu, Ya Allah, Engkau bersihkanlah UMNO daripada para perasuah dan pengamal politik wang. Engkau berikanlah kemenangan kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang ikhlas dan jujur memperjuangankan agama, bangsa dan negara. Dan Engkau tunjukanlah kebenaran dengan sejelas-jelasnya kepada kami, agar kami, sebagai perwakilan dapat menilai yang mana satukah pemimpin yang Engkau muliakan dan yang mana satukah pemimpin yang Engkau hinakan. Berikanlah petunjuk-Mu Ya Allah dengan segera, bantulah kami dan berikanlah kami kekuatan untuk memilih yang terbaik. Ya Allah, perkenankanlah doa kami ini, Tuhan Yang Maha Mendengar dan Tuhan Sekalian Alam. Amin, Amin Ya Rabbil'alamin."

Comments

Anonymous said…
Amin!
ikan emas said…
Salam.Mereka bukan shj 'wakil' sebuah parti tp memegang AMANAH seluruh rakyat Malaysia.
ikan emas said…
Tertunggu-tunggu komen saudara terhadap'hukuman' ke atas KJ
Budak Kampung said…
Orang dah mula nak marah lembaga disiplin, bila ambik tindakan, marah juga, bila biarkan saje, kena marah juga.

ini apa nak jadi dgn ahli UMNO ni?

azli u ada jawapan tak? minta komen sikit.
azlishukri said…
ikan emas dan budak kampung - hal tersebut akan saya komen kan kelak.
SAYANG SARAWAK said…
alhamdulillah, kesedaran sebegini sepatutnya ada pada kepimpinan negara kita tp malangnya, permainan politik mereka menyebabkan mereka bertindak di luar jangkaan. sekali salah langkah maka langkah seterusnya pasti akan dihanyutkan dari landasan asal.
Anonymous said…
Banyak yg perlu di ubah UMNO. Bersediakah UMNO 'berpolitik' tanpa mengira perbezaan sokongan politik. 'Berpolitik' yg sy maksudkan bila sudah berkuasa menjadi kerajaan tidak ada lagi penyokong BN atau PR......semuanya rakyat Malaysia dan berhak menikmati kemakmuran Malaysia
myQza said…
salam.. terima kasih kerana melawati laman blog saya.. InsyaAllah.. jika punya masa dan waktu.. saya akan 'berjalan-jalan' di blog anda pula..
azlishukri said…
sayang sarawak - terima kasih, saya juga mengharapkan kesedaran ini berterusan

Hafiz kamal - UMNO kena banyak berubah

ted - silakan
Unknown said…
Azli Thanks dear friend, thanks for coming to this space, your own space and your time and devote time to reading, it brought me much pleasure in your day to your blog and follow him, like you've come to me and be united our words and meanings ... a hug from Galicia, Spain ... Jyhael
Sham Rembau said…
Semoga Allah memberi petunjuk pada dengan segera.

Tangan yang tersembunyi tidak akan boleh terlepas.

AMIN
Sham Rembau said…
Semoga Allah berikan petujuk dgn segera

Tangan yang sembunyi boleh lepas didunia hari ini tapi tak boleh terlepas diakhirat nanti

AMIN
azlishukri said…
jyhael - gracias, muchas gracis para mi amigo, tenes una bueno blog.
Unknown said…
salam encik azli
terima kasih kerana telah sudi hadir ke blog saya. Kesudian encik azli sangat2 saya hargai =)

Pilihan Pembaca

Di Sini Tiada Kubur UMNO

DI SINI TIADA KUBUR UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Maafkan saya jika saya terpaksa berkata daripada hati nurani saya sendiri, tiada lagi kata berlapik dan tiada lagi kata-kata manis untuk dihidangkan tatkala melihat kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau. Walaupun, saya sudah mendapat maklumat dua minggu lebih awal bahawa UMNO/BN akan tewas dan kecundang di dua buah kerusi tersebut, namun demikian saya cuba menyakinkan diri saya sendiri bahawa, harapan untuk menang masih ada di kedua-dua buah kerusi itu sebagai hadiah atas pelantikan DS Najib sebagai PM yang baru. Analisis ringkas saya pada masa ini berkenaan kekalahan UMNO/BN di Bukit Gantang dan di Bukit Selambau - menjelaskan bahawa aliran pengundi muda masih tetap memihak kepada pembangkang. Maka, di sini timbul persoalan apakah benar Khairy, selaku Ketua Pemuda UMNO yang baru telah gagal menarik minat pengundi muda untuk menyebelahi UMNO dalam pilihan raya kecil tersebut? Dan apakah faktor Tun Mahathir turut ...

PAS-UMNO Perlu Muhasabah

PAS-UMNO PERLU MUHASABAH KOTA BAHARU 15 Julai - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kemerosotan drastik jumlah majoriti kepada Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai semalam kerana pengundi terpengaruh dengan janji pembangunan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar Kelantan itu berkata, faktor berkenaan menjadi elemen utama yang menyebabkan BN mampu menarik pengundi di Manek Urai untuk memilih parti itu kerana ia menyentuh aspek pembangunan di kawasan hulu Kelantan itu. "Sebagai contoh janji- janji pembangunan yang dibawa oleh BN apabila Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sendiri berjanji untuk membina jambatan berharga RM7 juta di Manek Urai jika parti itu menang dalam pilihan raya itu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kota Darulnaim, di sini, semalam. Justeru, katanya, satu bedah siasat akan dilakukan oleh pucuk pimpinan parti itu bagi menentukan punca sebenar kem...

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...