Skip to main content

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral



MEMBERI SOKONGAN MORAL
KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR


Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas.



Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran, mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukhriz sahaja yang akan disiarkan. Harap Maklum!

Comments

Anonymous said…
Tahniah Datuk Mukhriz! KJ dah kena batang hidung, tu la lain kali jangan dok sibuk nak banteras politik wang, sekarang kan dah kena?


i'm the fist ke azli?
Budak Kampung said…
Patutnya lembaga disiplin UMNO

1. Tidak perlu beri amaran sekat sahaja daripada bertanding

2. Aku suka tengok 1 lawan 1 Khir dengan Mukhriz

3. Ko patut jadi pengurus kempen DMM la. Bagus kerja ko ni.

4. Aku sokong DMM! idup DMM!
The Aminos said…
Dear Datuk,

Seperti mana saya percaya dan sanjung Tun Dr M, seperti itu jugalah saya meletak kepercayaan saya kepada Datuk.

Saya percaya golongan muda di Malaysia setuju dan turut memberi sokongan kepada Datuk.

Hidup Melayu !!
Anonymous said…
Kami tetap menyokong Mukhriz naik sebagai ketau pemuda ...
Tapi tak puas hati kenapa KJ hanya diberi amaran?? Ada kah unsur campurtangan???
Secara moralnya, MM wajar diberi kepercayaan untuk menerajui Ketua Pemuda UMNO Malaysia kali ini kerana berjaya mengotakan janji untuk menjauhi politik wang.

Bagaimanapun Khir Toyo wajar juga diberi pertimbangan kerana didapati tidak bersalah.

Bertandinglah secara sihat kerana menang secara bertanding sesuatu yang sangat diperlukan oleh Mukhriz untuk mengelak tohmahan di masa akan datang.

Adakah KJ ada membuat pengakuan bersalah ?!
Anonymous said…
TOLAK PEMIMPIN KORUP ....
azlishukri said…
Saya percaya Datuk Mukhriz memerlukan sokongan para sukarelawan dalam kalangan bloggers, sama2 kita menyokong beliau, kerana terbukti beliau bersih daripada politik wang! Terima kasih saudara semua yang sudi memberi sokongan moral kepada Datuk Mukhriz, dalam keadaan sebegini genting, beliau memerlukan sokongan kita semua. Semoga Allah memenangkan kebenaran! Salam Berani Berubah!!!
Syammil said…
go DMM go!!! berani berubah!!
Anonymous said…
lawak ler kamu ni. kalau ini tahap pemikiran penyokong mukhriz, mati la pemuda umno. takkan hanya sokongan dan ampu saja nak siar?

hapraklah kamu!
azlishukri said…
home user - kalau tak sokong, itu hak saudara

Anonymous - saudara entri ini hanya bertujuan untuk memberi sokongan moral bukan untuk berdebat, tolong lah faham, sebelum ni saya dah open, sekarang masa untuk berehat daripada bertelagah.
Baijat said…
Saya rasa lega sedikit bila Lembaga Disiplin mengeluarkan kenyataan tentang isu politk wang ini.

Saya menyokong perjuangan YB Datuk Mukhriz yang mengggunakan corak perjuangan 'Berani Berubah'.

Saya percaya harapan beliau untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO akan terus bersinar tanpa bayangan Tun Dr Mahathir.

Terima Kasih Lembaga Displin
Terus berjuang Datuk Mukhriz......
Anonymous said…
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!
HIDUP MUKHRIZ!

Woi! Anonymous tolol! tak faham ke apa yg azli tulis kat depan tu? kalu tak tahu baca boleh bla!
C.H.E Dayat said…
kami pemuda umno dari bahagian pokok sena menyokong penuh kepimpinan Datuk Mukhriz Mahathir didalam pemuda Umno.

BERANI BERUBAH...
Anonymous said…
Pemuda UMNO tidak memerlukan pemimpin yg penuh kontroversi negatif dan terlalu agresif.Bertindaklah dengan tenang kerana ketenangan itu akan membawa kepada tindakan yg bijaksana. Semoga Datuk Mukhriz menang dalam pemilihan minggu depan.
haniesyafique said…
alhamdulilah....yg buruk akhirnya akan terserlah jugak.....syukur la.... :)

hidup mukhriz....!!! bkl ketua pemuda umno malaysia!!!

mergong, kedah.
kayumanis said…
Semoga Mukhriz berjaya. Setakat ini dia bersih.
Anonymous said…
Saya dapat berjumpa sekejap sahaja dengan DMM di PanPac JB semasa sesi pengenalan calon. Alhamdulillah, permintaan saya untuk disampaikan kepada Tun Dr Mahathir berkaitan dengan keahlian UMNO Tun dijawab terus oleh DMM.

Saya lega dan gembira serta bersyukur seandainya negarawan terbilang kita,Tun Dr Mahathir kembali ke pangkuan UMNO.

Teruskan perjuangan!

Ikhlas dari Tebrau.
Suara Muda Tebrau
Suara Muda Untuk Alif, Ba dan Ta
Anonymous said…
surat amaran tidak mencukupi untuk memadai...seharusnya dia dilarang bertanding...korup tetap korup tak kira bera saiz dan bentuknya.
ONE said…
saya bukan lah penyokong dato mukhriz tetapi sewajarnya hanya yang layak dan bersih memenangi jawatan itu..

teruskan perjuangan..
Unknown said…
1) Apa beza politik wang dengan rasuah? Kenapa kalau pemimpin pembangkang ada kes rasuah, istilah "rasuah" digunakan? Tetapi apabila ada kes dalam pihak kerajaan, istilah "politik wang" dan salah "guna kuasa" digunakan dengan meluas.

2) Kedua-dua kes yang melibatkan Ali Rustam dan Khairy Jamaluddin adalah dari jenis kesalahan yang sama. Ejen mereka melobi (politik wang) perwakilan dengan rancak. Tetapi kenapa Ali Rustam dilarang bertanding, tetapi Khairy hanya diberi amaran?

3) Kenapa kes ni disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM seperti yang lain? Apa kuasa Lembaga Disiplin UMNO sehingga boleh menyiasat perkara ni dan menjatuhkan hukuman ke atas pesalah?

4) Kenapa Azalina Othman tidak disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO? Adakah beliau terlibat dalam rasuah, tetapi bukan poltik wang?

5) Kenapa ada double standard dalam kes penyiasatan antara ahli kerajaan dan ahli pembangkang?

6) Adakah pesalah yang disabitkan kesalahan mereka oleh Lembaga Disiplin UMNO tidak perlu lagi disiasat oleh SPRM?

7) Adakah adil bagi seseorsang tu yang terbukti bersalah melakukan politik wang dikenakan hukuman sedangkan orang lain yang melakukan kesalahan yang sama hanya diberi amaran? Padahal, tiada beza berat atau tidak kesalahan mereka, yang penting mereka telah terbukti melakukan kesalahan tu, bukannya masih dalam tuduhan!

8) Adakah ejen pelobi mereka memandai je melobi perwakilan untuk mendapatkan jawatan tanpa diarah oleh seseorang? Di mana ejen-ejen tu mendapat duit yang banyak untuk melobi perwakilan? Adakah mereka menjadi ejen secara sukarela dan tidak ada kena mengena dengan calon-calon? Bagaimana mereka boleh menjadi ejen-ejen kepada calon-calon ni jika mereka tiada kaitan dengan calon-calon ini?

9) Adakah adil, hanya ejen-ejen yang dikenakan tindakan sedangkan "bos" mereka tidak? Adilkah ejen-ejen ni hanya disiasat oleh Lembaga Disiplin UMNO dan bukan SPRM sedangkan terbukti mereka memberi rasuah?
Anonymous said…
Salam bro,
saya antara penyokong Mukhriz. Lihat di blog saya. Saya telah nyatakan sokongan saya sejak dahulu. Minta juga link-kan dari blog sdr.
Brahim Nyior said…
Wah, bersungguh bebeno mike menaikkan anak mantan PM ni..

Khairi nampaknya dah takde peluang yer? Udah kena amaran.. Tapi kalu kena amaran, nape masih diberi peluang bertanding?

Pelik beno tindakan Lembaga Disiplin UMNO kali ini.

Apa pun, peluang Mukhriz lebih cerah. Cuma teman ghase, Khairi tak beghape gemo dengan apa yang berlaku.. Ulasan dia selepas amaran tersebut ialah "ada agenda tersembunyi untuk menghalang saya bertanding.."

Ape keheynyer Khairi ni?
add said…
Selangkah lagi DMM akan menjadi KPUMNO dengan izin Allah. Apabila KJ disabit kan bersalah politik wang, bagaimana dengan yang menerima wang tersebut? SPRM seharusnya menyiasat perkara ini di mana semua bahagian pemuda yang mencalonkan KJ seharusnya disiasat.
Sebaiknya semua bahagian dan perwakilan yang memilih KJ tidak dibenarkan memilih dalam PAU nanti.

Demi "reform" terhadap UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh
DSNajib pagi tadi
Kepada perwakilan yang akan memilih KJ, anda sedang diperhatikan oleh "mata-mata" DMM untuk dicekup dilobi hotel,dibilik (balik pintu hotel),dalam akaun melalui "bank-in" atas nama sendiri ,keluarga,kawan.
Anonymous said…
mcm plan je semua ni ..

bila keluar berita KJ kena ,terus blog pengampu kuat MM terus tulis kaw2 punya ..


nampak sangat la semua ni seperti dirancang ..kita tahu siapa org lembaga disiplin itu ,dan kenapa muhkriz dan khir tidak kena

perwakilan pun tahu siapa yg hulur duit semasa pencalonan dahulu tetapi yg kena ikan bilis yg belanja makan sahaja bukan buaya yang bagi duit depan mata ...
Anonymous said…
Berita yang amat menggembirakan bagi mereka yang ikhlas, jujur berjuang untuk agama bangsa dan negara.

Perwakilan yang akan mengundi KJ bermakna dia tidak perihatian terhadap perjuangan UMNO.

Setelah dia didapati terlibat didalam politik wang dan hanya diberi amaran sahaja, dari segi moralnya dia tidak layak lagi untuk memimpin pemuda dan harus ditolak. Dia telah dan akan menjadi liability kepada UMNO.

HIDUP MUKHRIZ!

BERANI BERUBAH!
Nizar_Ryza said…
apa pandangan Dato Mukhriz dalam bab PPSMI nih?
Anonymous said…
Ahli-ahli UMNO yang mahu berfikir tentu berpendapat bahawa KJ hanya diberi amaran kerana dia menantu PM.

Sekarang terserah kepada perwakilan pemuda untuk menolak KJ demi Agama, Bangsa dan Negara.

BERANI BERUBAH.

HIDUP DATO MUKHRIZ MAHATHIR.
tunku said…
GO MUKHRIZ.
WE ARE WITH YOU ALL THE WAY
Nizar_Ryza said…
apepun.. sokong YB Mukhriz
Anonymous said…
Kalau perwakilan pemuda yang telah menerima sogokan daripada KJ dan akan mengundinya maka itu dinamakan rasuah.

Tetapi sekiranya anda tidak mengundinya maka anda telah membersihkan dari anda dari RASUAH.

Wang yang anda terima darinya merupakan SEDEKAH sahaja sekiranya anda tidak mengundinya.

BERUBAH DARI RASUAH KEPADA SEDEKAH!
Anonymous said…
Kalau pemuda ingin dan mahukan pemimpin yang berani, ikhlas dan jujur maka pilihlah DATO MUKRIZ MAHATHIR.
Anonymous said…
Azli, Pembetulan diatas: Your comment has been saved and will be visible after blog owner's approval.

Delete selepas dibaca. Thank you.
Mohd Faizal said…
Tahniah kepada Mukhriz..

Agar menjadi contoh dan teladan kepada bakal pemimpin yang lain..

Teguhkanlah iman D.M.M dari ancaman rasuah
Apache said…
Bebaskan diri dari belenggu dan bayangan ayahanda Tun.. baru boleh jadi pemimpin harapan UMNO...kalau tidak ..lupakan sahaja
Bro Jinggo said…
Teruskan perjuangan saudara...

Tapi kalau nak beri sokongan moral pun tak payah la nak buruk2kan KJ... Kita satu parti, KJ pemimpin UMNO bukan pemimpin Pakatan Rakyat.

Semua orang tahu ada konspirasi dalam politik, tapi saya tidak tuduh ianya datang dari umno, mungkin Pakatan Pembangkang yang sedang cuba membuat umno berpecah... takkan saudara tak dapat nak bezakan siapa tikam siapa yang sebenarnya.

Jangan takut berdebat sadura kerana lepas ni kita akan berhadapan dengan pembangkang, jika kita sama kita tak boleh nak berdebat macammana nak pertahankan umno?

Apa-apa pun saya hurmati perjuangan saudara... Harap Datuk mukhriz bertandinglah secara gentleman...

Salam Perjuangan


BJ
PEJUANG CYBER said…
Mukhriz bersih tak main wang

Hidup mukhriz, Lingkup Umno
Hidup Mukhriz, Lingkup Umno
Hidup Mukhriz, Lingkup Umno

Aku dah sokong Mukhriz Kalau Pak Ali x publish mmg penakutlah Pak Ali
kay said…
Mukhriz akan meneruskan perjuangan Tun Mahathir yang belum selesai
azlishukri said…
Seperti yang saya janjikan, saya tidak padam satu pun komen daripada saudara2. semua komen saya siarkan sama ada yang pro atau kon, itulah kebebasan yang saya berikan dalam blog saya ini.


soal mengampu atau membodek sama sekali tidak timbul bagi para penyokong Mukhriz, kami mahukan UMNO bersih dan menang kembali dalam PRU ke 13 kelak.

Itu sahaja hasrat dan tekad kami semua.

Salam Berani Berubah!!!
Aku Tanya said…
Di antara 3, siapa yang tidak main politik wang?
Aku Tanya said…
Adakah KJ diselamatkan atas rayuan ayahanda mertuanya ke Lembaga Disiplin yang sepatutnya berdisiplin?
azlishukri said…
aku tanya - saya syak KJ terselamat kerana beliau mengaku bersalah, sebab itu beliau diringankan hukumannya.
Aku Tanya said…
Azli Shukri

Kenapa KJ tak sambut seruan Ali Rustam, sama-sama semua bersalah, tidak bertanding, demi selamatkan umno?

Di mana maruah KJ?
Aku Tanya said…
Kenapa Azli Mukhriz?

http://tanyasoal.blogspot.com/2009/03/kenapa-azli-mukhriz-malaysiakini.html
PaKMie said…
Salam Perjuangan...

Sy juga mcm Azli dari awal lagi menyokong Mukhriz sebagai KP Malaysia.

Idola sy bapak pejuang Melayu - Tun Mahadhir telah membawa negara ini kemercu kejayaan, sdh tentu kesenambongan ini akan diteruskan oleh Dato Mukhriz...

Sy selalu melayari blog AZli Shukri. Sy juga tetap menyokong Azli semuga Allah SWT memberi ruang utk Dato Mukhriz menerajui pimpinan Ketua Pemuda Malaysia nanti - pakmie.blogspot.com.

Hdp Mukriz hdp Azli....

Asalamualaikum...
azlishukri said…
Pak Mie terima kasih sudi singgah
Anonymous said…
Pemuda membakut sokong Mukhriz...
good luck!!!
Anonymous said…
Saya pun sokong datuk mukhriz...
Berani Berubah!!!
Berdebar tgu keputusan Pemilihan Pemuda UMNO.

Harap saudara azli dapat tlg letakkan link saya di blog anda. Bersama tegakkan kebenaran..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil