Skip to main content

Tazkirah Daripada Zulkifli Noordin


Tazkirah Daripada Zulkilif Noordin


"Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!!

Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali pemerintahan khalifah Islam yang bertunjangkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw. Moga ALLAH memberikan kita kekuatan istiqomah untuk kembali kepada pemerintahan khilafah Islamiyyah yang sebenarnya."

Sumber : Zulkifli Noordin

Comments

Anonymous said…
Pi lah citer pasal islam,
Citer pasal duit lagi bagus.
Anonymous said…
Saya cadangkan Zulkifli Nordin, Datuk Mufti Harussani, Dr. Ridhuan Tee dan beberapa lagi tokoh membentuk panel syariah dlm agensi media massa seperti RTM dan Media Prima semoga unsur-unsur tahyul dan hiburan melampau ( hedonisma ) tidak menjahanamkan bangsa melayu kelak. Depa ini semua ada minda. keberanian dan daya juang.

DR NO
azlishukri said…
dr no..cdgn yang baik
yassir said…
tolak sistem demokrasi sekularisme yang memisahkan agama dari kehidupan. kembalilah kepada sistem daulah khilafah yang akan menerapkan Islam secara keseluruhan.

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A