Skip to main content

Mengapa dan Mengapa PAS Rahsiakan Fakta Ini?


Mengapa PAS Rahsiakan Fakta Ini?

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mensyaratkan seorang pemimpin itu memiliki manhaj kepimpinan yang meletakkan syari‘at Islam di tangga yang teratas dalam keyakinan dan pelaksanaan. Pemimpin yang tidak mampu melaksanakannya dimaafkan manakala pemimpin yang mampu tetapi enggan melaksanakannya, maka dia mungkin fasiq atau zalim atau kafir.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menetapkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpin. Namun jika pemimpin bersifat fasiq atau zalim, kesetiaan diteruskan manakala ketaatan ditarik dalam perkara yang melibatkan kefasiqan dan kezaliman. Baca Penjelasan di Sini...

Comments

JBS said…
Layan gi lah blok hang yang tak laku ni. Apa pun yang dikatakan tentang PAS, aku tetap sokong PAS, pasai... aku dah terlalu benci kat UMNO, bukan pasai taksub. Kalau DAP dengan UMNO pun, 100x lagi aku sokong DAP...Zalim dan menindas bukan sifat Islam, setakat nak mengaku Islam sebab nak bolot harta kekayaan, lebih baik 100x orang kafir yang memerintah. Puas hati ke?
joecharlie said…
JBS LIHAT SAJA DIPATANI BILA KAFIR JAJAH SAMPAI LA NI SEDOR LA SIKIT .....lebih baik 100x orang kafir yang memerintah. Puas hati ke?
Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan. Tanah mereka direbut oleh penjajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu pun dilarang. Mereka dicabut dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Mengalami pembunuhan, diancam dengan penculikan, dibatasi semua hak manusianya. Tapi tak banyak yang berbuat dan membantu mereka.BACA BUKU BODOHNYA KAU NI....melayu toksedor diri
Perjuangan Muslim Patani Antara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Karya: Herry Nurdi
Tebal: 186
Penerbit: Sabili Publishing

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A