Skip to main content

Mengapa dan Mengapa PAS Rahsiakan Fakta Ini?


Mengapa PAS Rahsiakan Fakta Ini?

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mensyaratkan seorang pemimpin itu memiliki manhaj kepimpinan yang meletakkan syari‘at Islam di tangga yang teratas dalam keyakinan dan pelaksanaan. Pemimpin yang tidak mampu melaksanakannya dimaafkan manakala pemimpin yang mampu tetapi enggan melaksanakannya, maka dia mungkin fasiq atau zalim atau kafir.

Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menetapkan kesetiaan dan ketaatan kepada pemimpin. Namun jika pemimpin bersifat fasiq atau zalim, kesetiaan diteruskan manakala ketaatan ditarik dalam perkara yang melibatkan kefasiqan dan kezaliman. Baca Penjelasan di Sini...

Comments

JBS said…
Layan gi lah blok hang yang tak laku ni. Apa pun yang dikatakan tentang PAS, aku tetap sokong PAS, pasai... aku dah terlalu benci kat UMNO, bukan pasai taksub. Kalau DAP dengan UMNO pun, 100x lagi aku sokong DAP...Zalim dan menindas bukan sifat Islam, setakat nak mengaku Islam sebab nak bolot harta kekayaan, lebih baik 100x orang kafir yang memerintah. Puas hati ke?
joecharlie said…
JBS LIHAT SAJA DIPATANI BILA KAFIR JAJAH SAMPAI LA NI SEDOR LA SIKIT .....lebih baik 100x orang kafir yang memerintah. Puas hati ke?
Muslim Patani, lebih dari 200 tahun mengalami penindasan. Tanah mereka direbut oleh penjajah Siam, dan kini mereka hidup penuh konflik di wilayah selatan Thailand. Tak boleh menggunakan nama Islam, bahasa Melayu pun dilarang. Mereka dicabut dari akar budayanya dan dijauhkan dari agamanya. Mengalami pembunuhan, diancam dengan penculikan, dibatasi semua hak manusianya. Tapi tak banyak yang berbuat dan membantu mereka.BACA BUKU BODOHNYA KAU NI....melayu toksedor diri
Perjuangan Muslim Patani Antara sejarah penindasan dan cita-cita perdamaian di Patani Darussalam
Karya: Herry Nurdi
Tebal: 186
Penerbit: Sabili Publishing

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Inilah Peguam Yang Bakal Membela Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati

Inilah Peguam Yang Bakal Membela Suspek Utama Kes Pembunuhan Datuk Sosilawati Inilah peguam yang bakal membela suspek utama kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang lain. Kita berdoa kepada Allah agar pasukan yang membela kebathilan akan tewas dan tumpas. Baca Laporan Malaysia-Instinct di bawah : Peguam, Ravi Nekoo hari ini mengesahkan bahawa beliau telah dilantik mewakili dua beradik yang kini berada dalam tahanan reman berhubung kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain. Pelantikan itu dibuat oleh keluarga dua beradik tersebut pada 12 September lalu dan satu pasukan pembelaan juga telah ditubuhkan bagi mewakili kedua-dua suspek terbabit yang juga merupakan peguam. Pengesahan tersebut dimaklumkan kepada media melalui satu kenyataan akhbar yang dihantar melalui e-mel. Ravi dari firma guaman, Tetuan Hakem Arabi & Associates mempunyai 15 tahun pengalaman dalam bidang perundangan dan sering mengendalikan kes-kes jen