Skip to main content

Dewan Ulama PAS Diminta Perjelas Kedudukan Aqidah Nik Nazmi


Apa Hukum PAS
Terhadap Nik Nazmi?



Dewan Ulama PAS diminta bertegas dan menentukan pendirian parti tersebut berhubung dakwaan Karpal Singh yang memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Malaysia adalah perbuatan sia-sia. Malah, Nik Nazmi turut menyatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai di negara ini. Menurut amalan budaya PAS, sekiranya kenyataan seperti ini diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO - sah para pemimpin UMNO ini akan menjadi kafir, kerana menolak hukum Allah. Dan sekarang, kita tuntut secara rasmi apakah fatwa dan hukum Dewan Ulama PAS berhubung kenyataan Nik Nazmi yang dipetik oleh Karpal Singh itu. Apakah aqidah Nik Nazmi boleh tergelincir, ataupun dosa Nik Nazmi dibebaskan kerana beliau ialah seorang ahli PKR? PAS diminta siasat hal ini, kerana ia melibatkan aqidah para pemimpin PKR. Kita berharap jangan apabila sesuatu isu itu, terkena batang hidung pemimpin-pemimpin pembangkang, maka PAS diam seribu bahasa, tetapi apabila melibatkan para pemimpin UMNO, PAS melatah bagaikan nak pecah anak kerongkong. Nik Aziz dan Haji Hadi harap jangan bermain sendiwara dalam isu ini.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, hari ini menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata, penasihat DAP, Lim Kit Siang, juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lalu bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu adalah pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu. Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nik Nazmi Nik Ahmad, bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam adalah langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan." Sehubungan itu, Karpal berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

Comments

Anonymous said…
Ada beza tidak boleh kerana mustahil mengikut konteks semasa dengan tidak boleh kerana tidak mahu sampai bila-bila.

DR NO
azlishukri said…
sama lah juga dengan UMNO, tetapi mengapa para pemimpin UMNO dikafirkan pula?
ingstbo said…
Sebab 'Wal Haram Mu Wa Halal Ku'
Anonymous said…
Depa kalau puak depa takper jer..perjuangan Islam konon...pirahh..
Anonymous said…
Habis sudah impian tok guru... Aku nk gelak tahap gaban. Harap tok guru faham apa maksud ayat2 karpal singh tu.Karpal tk corner2 pn.. straight to the point..!!!
Gerakan Timur said…
Pado Nik Ajemi, ambo nok hoyak "celako.. celako... ambo ule.. celako pado demo..."

hehehehe... pas kan parti kasta pariah dlm fuckatan haram, mana berani bersuara. Nanti DAPigs marah, takde chance plak nak kongsi kuasa...
Gerakan Timur said…
Tambah lagi, Anwar adalah pemimpin agung juak2 pas, so, takleh touch si Nik Aziz nih... opss silap.. nik nazmi..
rayz said…
tolong la gi jelaskan betul2 kt n.ajis kenyataan kapal sing tu,smpai dia btol2 faham...
n.ajis ni jenis yg payah nk paham bahasa..
sbb tu byk kes,org tanya lain dia jwb lain.................
yb Raz said…
pas mengamalkan politik yahudi..sebab tu bagi mereka semua boleh.depan belakang sama rasa sama saja.
Anonymous said…
nik ajis kato, eitu eisyoo pribadi, ambo tokleh nok komen, dio kecek atas diri dio jah, ambo no komen. inilah kata nik ajis yg boleh dijangkakan, agaknyalah. wah isu peribadi paler hangguk dia. ini dinamakan agama suku, hukum jatuh ikut suku2 gak. bak kata sorang blogger, idung tak macung (dah rezeki nik ajis), serban tersorong2.
- nicky ajeez al-tarumfahi-
The Clown said…
Tok Guru pasti akan kata itu kenyataan tidak betul. Karpal Singh silap dengar. Apa yang dikatakan Nik Nazmi sebenarnya bukan macam tu.
Anonymous said…
Mahu buat tak mahu buat ada tandanya. Tepuk dada tanya iman, jangan tanya poket.Permulaan kepada kemahuan ialah pernyataan. PAS buat pernyataan dlm perlembagaannya. Tapi battle of coursenya tidak menjadi kenyataan kerana seperti UMNO fahami realiti hari ini pun. Ghandi kata..usaha itu lebih bermakna dari kejayaan. Begitu juga rahmat Allah. Apa pernyataan UMNO utk menunjukkan kamahuaannya berkaitan undang-undang Islam yakni undang-undang Allah.

DR NO
azlishukri said…
Dr No, penyataan UMNO adalah mudah..kita tidak perlu terpekik untuk berkata kita mahu Islam, kita mahu hudud, lebih baik kita buat slow2..mula2 kita kukuhkan ekonomi orang Islam, kemudian tunjuk syiar Islam...kita buat masjid, kita buat tabung haji, kita buat bank islam, kita pajak gadai islam, kita buat semua yang mampu kita buat, dan tidak menimbulkan salah faham orang bukan Islam. kita tegakkan islam secara bijaksana, bukan membabi buta dan menggunakan emosi..
azlishukri said…
Dr no..PAS tidak pernah membuat pernyataan rasmi dlm perlembagaannya...tiada disebut untuk membentuk negara Islam pun..
Anonymous said…
sy sokong muhammad azli,
kpd dr no,pas kononnya pjuangkan islam tapi apa sumbangan pas pd ekonomi negara,sistem pndidikan,syiar islam??yg aku tgok mmecahbelahkan prpduan islam ada laa..
nik aziz sndri mgaku 20 thn printah klantan 1 msjid pun krajaan ngeri tak bina,msjid pun tak mampu buat ada hati laksana hudud.puiihhh..
tu blm ckp lg ttg sistem pndidikan dan ekonomi.zeroo..
aku pun sblm ni ahli pas,tp aku dah nmpak wajah sbenar pas 3 thn lepas.Aku tkkan undi pas lg pru 13 nnti..
Unknown said…
salam, dia kata tak salah sebab dapat wahyuuuuu
Anonymous said…
aku dah kata...

pas memang tak kan buat hudud Allah. yang pas ada cuma hudud rekaan pas sahaja, dirangka & ditambah suai mengikut selera pas. sampai bila pas nak bersendiwara nak buat, nak buat nak buat hukum hudud pas ni? janganla mainkan kepercayaan ahli2 pas yg betul2 cintakan hudud! eh? iye ke cintakan hudud? nampak gaya macam cintakan tuk guru aje sebab banyak sangat aku tengok perekat2 di kereta penyogok2 pas tu "i love tok guru"..

lawaks

Pilihan Pembaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y