Tetamu Kehormat...

July 18, 2010

Penyatuan PAS-UMNO : Tutup Pintu Neraka Itu!!!


Penyatuan PAS-UMNO
Tutup Pintu Neraka Itu!!!!



Saya menyokong penuh kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria, Mufti Perak, berhubung isu kuasa politik Melayu akan hilang dalam PRU-13, sekiranya PAS dan UMNO masih terus bertelagah dan berdegil mencari titik pertemuan untuk bersatu demi agama dan bangsa.


Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan apakah yang ditakrifkan oleh Harussani berkenaan "penjajahan bentuk baru" itu. Penjajahan bentuk baru yang dijangka akan berlaku seandainya UMNO dan PAS masih tidak mahu bersatu adalah merujuk kepada penjajahan politik tahap 1, 2 dan 3. Izinkan saya menghurai secara ringkas penjajahan bentuk baharu ini. Yang dikatakan sebagai penjajahan politik tahap 1 adalah politik "lakonan dan drama" yang dimainkan oleh parti-parti politik bukan Melayu, bagi melalaikan orang Melayu-Islam, agar lupa terhadap kuasa dan hak mereka di bumi bertuah ini.


Di hadapan orang Melayu, bangsa ini cukup pandai berlakon dan bermain wayang kulit, tetapi hakikatnya "dibelakang" orang Melayu, kaum ini sudah merancang pelbagai agenda bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menguasai kuasa politik di Malaysia. Manakala, penjajahan politik tahap 2 adalah "kerjasama" yang tersusun dan berstrategi antara parti-parti politik bukan Melayu dalam menghadapi PRU-13 kelak. Agenda mereka adalah jelas - memecahkan dominasi politik orang Melayu, sekali gus mengurangkan kuasa politik orang Islam di Malaysia. Antara langkah awal penjajahan tahap kedua ini adalah dengan cara mengkritik dasar-dasar kerajaan yang melibatkan pelbagai hak keistimewaan orang Melayu, seperti institusi raja, dasar DEB, dasar pendidikan, dan pelbagai lagi.


Penjajahan politik tahap ketiga pula adalah penjajahan secara terang-terangan untuk melenyapkan terus kuasa politik orang Melayu, melalui tekanan, campur tangan dan hubungan kuasa politik negara luar seperti Singapura, Amerika dan Yahudi. Selain daripada itu, perundangan, kuasa raja-raja, ekonomi dan kerakyatan akan dilaksanakan transformasi besar-besaran, bagi memastikan politik dan kuasa orang Melayu-Islam akan lenyap di bumi Malaysia tercinta ini secara perlahan-lahan.


Bagi menghalang penjajahan politik bentuk baharu ini. PAS dan UMNO pada peringkat awal, perlu melakukan "kerjasama-strategi" bagi memastikan kuasa orang Melayu-Islam tidak akan hilang akibat kesilapan kita dalam berpolitik. Perpecahan dan pergaduhan yang kita bina selama ini perlu diruntuhkan segera. Tembok yang memisahkan antara PAS dengan UMNO yang sudah berkurun lama, perlu dirobohkan secepat yang mungkin. Namun demikian, seandaikan PAS masih terus berdegil untuk tidak mahu bekerjasama dan bersatu dengan UMNO, beberapa langkah drastik mesti diambil oleh kerajaan, bagi membendung kedegilan PAS tersebut, antaranya adalah seperti berikut :


1. Melaksanakan tekanan media terhadap PAS. Isu perpaduan Islam-Melayu perlu menjadi agenda rasmi akhbar-akhbar perdana di Malaysia. Jadikan isu perpaduan ini sebagai isu utama yang mesti dimainkan oleh akhbar perdana pada setiap hari. Malah, media rasmi kerajaan boleh menjadikan isu ini sebagai tema perbincangan, diskusi, kolokium, wawancara ilmiah, dan pendapat terbuka - bagi memberi tekanan berterusan kepada PAS dan para penyokongnya, agar segera bangun dari diulit dengan mimpin indah mereka. Wujudkan suasana serba salah bagi pihak PAS dalam isu ini. Biar rakyat melihat bahawa yang tidak mahukan perpaduan itu ialah PAS dan bukan UMNO. InsyaAllah tekanan sebegini akan memalukan PAS, kerana mereka mendakwa bahawa mereka parti yang bertunjangkan Islam.


2. Majlis Fatwa Kebangsaan yang dipengerusikan oleh Harussani, mesti bersidang dan menetapkan fatwa, agar semua parti Islam dan Melayu bersatu demi keselamatan Islam dan bangsa Melayu. Wartakan segera fatwa tersebut, sebagai fatwa rasmi negara, agar memberi tekanan kepada para penyokong PAS. Lagi pun, sudah jelas hukumnya bahawa umat Islam mesti bersatu dan dilarang berpecah-belah.


3. Majlis Raja-Raja juga boleh berperanan dengan cara memberi tekanan dan desakan kepada umat Melayu-Islam di negara ini untuk bersatu dan mengelakkan perpecahan.


4. Golongan penyokong PAS yang bersetuju dengan negara perpaduan perlu meyuarakan pandangan mereka sekerap mungkin, sama ada di media elektronik mahu pun media cetak, agar hasrat tersebut dapat direalisasikan secepat mungkin.


5. Anwar Ibrahim adalah penghalang utama kerajaan perpaduan dan penyatuan umat Melayu-Islam di Malaysia. Tindakkan keras perlu segera diambil terhadap Anwar. Sangat jelas Nik Aziz terlalu banyak mendengar kata-kata hasutan Anwar Ibrahim. Meng-ISA-kan Anwar secepat mungkin adalah jalan terbaik dalam usaha mewujudkan ketenteraman di negara ini.


6. Semula ulama yang ikhlas dan jujur perlu bangkit untuk mempromosikan isu perpaduan antara UMNO dengan PAS ini secara besar-besaran. Jangan sembunyikan kebenaran dan takut kepada PAS. Ulama perlu ikhlas. Jangan hanya pandai mengkritik kerajaan semata-mata, sebaliknya bersama-sama mempromosi perpaduan agar PAS dan UMNO bersatu-padu.


7. Selama ini, istilah perpaduan dan bersatu padu antara PAS dengan UMNO sering dinegatifkan oleh sesetengah pihak. "Perpaduan" dianggap kotor dan tidak kena dengan dunia politik PAS-UMNO. Justeru itu, kita bertanggungjawab untuk menjernihkan kembali istilah tersebut. Jika selama ini kita mampu mempromosikan isu perpaduan kaum, maka tiada salahnya kita mempromosikan pula isu perpaduan PAS-UMNO ini.


8. Para ahli PAS dan penyokong PAS perlu mencontohi sikap para sahabat nabi yang sanggup memaafkan penduduk Mekkah, tatkala kota Mekkah kembali ke tangan penguasaan umat Islam. Jelas, apabila nabi berjaya menyatukan kaum A'us dan Khazraj kemudian menyatukan pula kaum Ansar dan Muhajirin - dan seterusnya menyatukan antara penduduk Madinah dengan penduduk kota Mekkah, maka umat Islam menjadi lebih kuat dan bertenaga - maka mengapa dalam hal ini PAS tidak mahu mencontohi sikap nabi dan para sahabatnya? Wallahualam.

13 comments:

HomeBiss said...

Salam..

Well written post. Well done! :)

Anonymous said...

Tepat sekali tajuk ini dan bagi pejuang Islam sebenar terutama ahli pas, kita boleh membuka pintu syurga dengan bertekad dengan penyatuan pas-umno ini, semoga Islam dapat ditegakkan. Kita berusaha untuk menjayakannya, bukan untuk menggagalkannya.

Anonymous said...

Sangat menarik idea yang dilontarkan.

Insya ALLAH, Dunia Islam kembali bertunjangkan Al-Quran dan Sunnah Nabi.

Cukuplah kepada para pemuja tok-tok guru politik. Kita kembali bersatu, demi persaudaraan sesama ISLAM.

Anonymous said...

Tulisan yang mencengkam hati dan perasaan, menimbulkan kesedaran yang amat sangat terhadap masa depan orang Melayu di negara sendiri.

Hilangnya kuasa politik Melayu, maka lenyaplah Melayu secara beransur-ansur dan akhirnya jadilah Melayu Singapura.

Wahai Melayu, sedarlah sebelum hilang kuasa.

ZEK

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua

shamshul anuar said...

Saudara azli,

Ramai Melayu masih enggan terima hakikat yang kuasa mereka hampir berakhir.

Bila saya nasihatkan yang kerjasama PAS-DAP( atau lebih tepat PAS jadi kuli DAP), ramai orang PAS tuduh saya cuba takutkan mereka. Mereka cakap saya cuba gertak mereka supaya sokong UMNO.

Mereka terlupa yang dalam BN, UMNO berkuasa tak macam PAS dalam PR. Sekadar melukut ditepi gantang. Cita-cita DAP untuk berkuasa hampir berjaya kerana PAS sudah sanggup bekerjasama menjatuhkan UMNO.

Kepada PAS, kurangkanlah sifat demdam anda yang merosakkan itu. Sedarlah PAS bahawa ia juga banyak buat silap seperti UMNO juga.

PAS selalu melaungkan perpaduan dan keindahan Islam. Buktikan sekarang. Buktikan yang PAS sokong Islam dengan berbaik sangka dengan UMNO.

shamshul anuar said...

Saudara Azli,

Terdapat sebuah MUzium Samudera di Melaka berbentuk sebuah Kapal Perang Portugis.

Ianya dirasmikan oleh Tun Dr mahathir ketika beliau jadi PM dulu. Ada satu ayat yang tak boleh saya lupa tertulis atas "plaque" dikapal tersebut.

Ayat itu berbunyi"..Bila hilang kuasa politik, maka hilanglah segala-galanya".

Dari sudut mana kita melihat, kerjasama PAS-DAP hanya bawa malapetaka pada orang Mlayu. PAS janganlah mimpi yang DAP akan terima Islam. DAO begitu anti Islam dan Melayu.

DAP lagi menyampah dengan PAS. Namun untuk jatuhkan UMNO, DAP perlukan PAS . Jika UMNO tumbang, PAS pun akan ditendang juga.

a ali /46sekupang said...

Pas dan UMNO payah hendak bersatu kerana ada manusia yang mati pandangan mata hati berdiri dibelakang pemimpin membaling batu sembunyi tangan.inilah menyebabkan pemimpin dihadapan mengeluarkan kenayataan berputar belit.cuba sama-sama kita sama ada ahli PAS atau UMNO cari siapakah mangkuk hayun ini dan rejam sampai mampus, kemungkinan boleh kut?.

Anonymous said...

Saya pun sokong bahawa PAS dan UMNO perlu bersatu sebb ramai org yang dalam umno tak dpt ilmu dari ulama' yang sebenar... selaras dengan kata Tok guru Nik Aziz, Org Melayu dalam PAS dan UMNO perlu bersatu... mcm mana caranya.... org UMNO masuk PAS... UMNO yg kena bergabung dengan org PAS... sebb org melayu adalah ISLAM, parti yang bertunjangkan ISLAM adalah PAS... mari kita bergabung.. marilah org2 UMNO yang mengaku dirinya adalah ISLAM.. mari kita pertahankan ISLAM dalam kelompok org2 islam... buangkan semangat yang terlalu taksub dengan bangsa, kerana ada juga cina islam, india islam, omputih islam, kadazan islam... abis mereka nk masuk parti ape kalau bukan pasti ISLAM yang kana melindungi mereka...

Muhammad Azli Shukri said...

saya tidak setuju ahli UMNO perlu masuk menjadi ahli PAS - hal ini adalah jelas PAS bukan Islam da Islam bukan PAS. Mengapa mesti mengakidahkan politik? Yg penting pertahankan dahulu kuasa orang Islam.

shamshul anuar said...

Saudara anonymous,

Kenapa letakkan syarat untuk bubarkan UMNO. Ada pemimpin UMNO minta bubarkan PAS?

UMNO tidak perkauman. Ia menjaga kepentingan Melayu dan bukan Melayu. Mengapa menidakkan kemelayuan diri sendiri.

Apakah hina mengaku Melayu. Bukankan negeri ini pun asalnya "Persekutuan Tansh Melayu".

Dan Raja -Raja yang tandatangani dokumen kemerdekaan ialah Raja-Raja melayu. Bukankah nama "NIK Aziz" itu sendiri ada sentuhan Melayu.

Ada pernah dengar sahabat Nabi bernama "Nik ..". Apa sdalahnya dengan kemelayuan seseorang.

Yang ditentang ialah semangat "Assobiyah" iaitu perkauman. Sayangkan bangsa bukan satu perkauman. Ia sesuai dengan ajaran Islam sendiri.

Mengenai Kadazan atau Cina islam, apa masalahnya? Mereka dialu-alukan sebagai saudara seagama.

Minta PAS buangkan sikap SUKA MENGHASUT membenci UMNO. Saya nampak inilah kerja yang PAS sentiasa buat. Mengumpat dan memmfitnah. Fitnah melahirkan kebencian.

Peliknya dengan DAP, tiada masalah untuk bekerjasama. Ops maaf. Bukan kerjasama tapi jadi kuli batak.

Wahai PAS, adakah anda fikir DAP lebih baik dari UMNO. Ingatlah satu hari nanti, soalan oini mungkin ditanya dalam kubur nanti.

Lainlah kalau PAS sudah tak percaya Allah SWT.

nor a din said...

Perlu ada keikhlasan dan telus, pegang pada rukun percaya.
Kita amalkan pemerintahan bergilir. Mulakan PM dari Pas dan TPM dari UMNO, YDP Agung memantau perjanjian gilir ini.

Anonymous said...

PAS yg salah.!!! UMNO x perfect,x sempurna x maksum tetapi berusaha utk ke arah kebaikan. tiada org2 dlm BN mengeluarkan fatwa yg mempersenda hukum tuhan,yg menampilkan diri lebih drp nabi, mungkin lebih drp tuhan sendiri. ini lah manusia sesat yg memakai topeng imej islam.... ilmu tak seberapa tetapi terlalu ingin berkuasa. korang ingat PAS akan dpt menjadi PM di msia ini??? jgn harap kalau DAP ade. korang ingat raja2 melayu akan dikekalkan??? we should the worst kalau puak2 ini berkuasa. undi BN takkan membuat korang matio dlm syahid atau mati dlm kafir... syahid atau kafir, syura atau neraka itu korang semua yg tentukan....