Skip to main content

Agenda Tersembunyi Kuasai Malaysia


Agenda Tersembunyi
Kuasai Malaysia



Malaysia berada dalam keadaan bahaya menjelang PRU-13, usaha untuk merampas kepimpinan negara daripada BN melalui saluran demokrasi mungkin tidak akan menjadi. Sebaliknya plan B akan dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi mencapai cita-cita tersebut (baca di sini) dan (di sini). Bersekongkol dengan musuh negara bukanlah cara terbaik untuk para pemimpin parti pembangkang menguasai negara ini. Pertemuan sulit antara Lim Kit Siang dengan Kalimullah merupakan petanda awal bahawa wujudnya "satu usahasama" antara parti yang berideologikan ala-ala komunis dengan seorang manusia yang menguasai portal fitnah berpengaruh di alam siber. Sebelum pertemuan tersebut, kita dikejutkan dengan pertemuan "mesra" antara Zaid Ibrahim dengan Raja Petra di London baru-baru ini.


Semua pertemuan ini menjurus kepada satu kemungkinan - iaitu agenda plan B bagi menguasai negara ini, sekiranya saluran demokrasi dan peti undi tidak memihak kepada parti pembangkang dalam pilihan raya ke-13 kelak. Keyakinan tinggi PAS dan PKR bahawa mereka akan menang besar dalam pilihan raya umum yang akan datang, mungkin meleset dan tersasar jauh, dan jika hal ini yang berlaku, "Strategi 13 September" mungkin akan dicetuskan kembali bagi mengoncang pentadbiran BN yang semakin kukuh.


Antara strategi atau plan B parti pembangkang bagi menguasai negara ini adalah dengan cara memastikan pilihan raya umum ke-13 tidak akan dilakukan serentak di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Menurut mereka, walaupun DS Najid membubarkan parlimen, tetapi kerajaan negeri di bawah pimpinan PR, sama sekali tidak akan mengikut tindakan DS Najid dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing. Hal ini bermakna, PR menginginkan pilihan raya negeri diadakan secara berasingan dengan pilihan raya umum bagi memastikan mereka mempunyai masa dan tumpuan khusus di negeri masing-masing. BN/UMNO perlu berhati-hati dengan strategi seperti ini, malah perlu sentiasa berjaga-jaga dengan kedudukan BN/UMNO di Sabah dan Sarawak.

Comments

Anonymous said…
BRO...SEMUA ORG DAH TAHU PEKONG DAP NI..BILA NAJIB NAK BERTINDAK?
Unknown said…
inikan rekan kofirun pak anwar.
awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
ikuti saya di www.sambalpedas.com

Pilihan Pembaca

Penulis dua dari kanan bersama dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Pada 10 September yang lalu, Sidang Editor Bahagian Majalah berkesempatan berbuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Sime Darby Convention Center. Terima kasih atas Jemputan tersebut. Jazakumullahu Khairan Kasiran. * Dari kiri Ros, Suria Janib (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), A. Zaidel (Penolong Editor Dewan Masyarakat ), Datuk Seri Khaled Nordin, Muhammad Azli Shukri (Editor Dewan Ekonomi) , dan Armin Azhari (Editor Pelita Bahasa ).
Nasihat Pemimpin Patuhi Etika Islam Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel saya ini telah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 18/09/2003) Dalam Islam, pemimpin atau pemerintah yang telah dilantik haruslah diikuti perintahnya, selagi perintah tersebut tidak bercanggah dengan suruhan wahyu dan perintah Rasul, seperti mana firman Allah di dalam surah an-Nisa ayat 59, "Wahai orang-orang yang beriman! patuhilah olehmu perintah Allah dan patuhilah olehmu perintah Rasul dan ulil amri di antara kamu." Oleh kerana para pemimpin atau pemerintah merupakan manusia biasa dan tidak terlepas daripada melakukan dosa dan maksiat, maka mereka juga wajib diberi nasihat oleh rakyat yang sedang di pimpinnya, bersesuaian dengan roh Islam itu sendiri yang berteraskan kepada amar makruf nahi mungkar, sebagaimana firman Allah, "Kamu adalah umat yang terbaik yang telah dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah.'' (
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A