Tuan, Berapa Harga Putrajaya? Oleh Jamhariah Jaafar 1. Rakyat terutama yang pernah menyokong pembangkang sehingga memberi gabungan pakatan pembangkang di empat negeri untuk memerintah, sudah pasti melihat dengan serius gelagat pemimpin parti yang menjulang kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 atas slogan ‘kuasa rakyat’ kerana nyata mereka akhirnya turut menjadi ‘gila kuasa’. 2. Malahan, kelemahan itu turut diakui ramai pemimpin pembangkang termasuk penyokong kuat mereka dan mereka bukan sekadar semakin hilang hala tuju, malahan kritikan dan kutukan rasuah yang hebat dilemparkan kepada parti pemerintah kini berbalik kepada mereka. 3. Dalam tempoh dua tahun saja, semakin ramai pemimpin pembangkang ketiga-tiga parti menunjuk belang masing-masing – ada yang menyalahgunakan kuasa, bertelingkah untuk membuktikan siapa lebih berpengaruh, tidak segan silu mengamal kronisme dan nepotisme, malahan amalan rasuah turut berleluasa. 4. Ketua Pembangkang, Datuk S...
Comments
Pohon paut bro. :)
Menteri pun dah mengaku
"Semalam, kami hanya menghantar sayap Pemuda Umno, diketuai oleh Khairy Jamaluddin untuk mewakili (kami),”
Patutlah masing-masing dari kalangan Patriot termasuk Khairy seperti "berlakon" ditahan. Berposing lagi untuk sesi penggambaran. Akulah wira jalanan!
Kalau BN buat perhimpunan mesti kerah guru kafa, guru, kemas dgn kehadiran diambil. Orang muda (favoritenya mat rempit) pulak dibagi t-shirt dan duit minyak motor.
Kalau PR buat perhimpunan,lautan api pun sanggup direnangi walaupun pelbagai ugutan dan road-block.
Ini bukan mengajar utk merusuh tapi satu perbandingan sebuah perjuangan...
http://www.youtube.com/watch?v=vCetbFLceFI