Skip to main content

Hentikan Kisah Bersih! Tumpukan Kisah Ini Pula!

Sudah- hentikan memberi promosi percuma kepada Perhimpunan Haram Bersih 2.0 yang berlalu dua hari yang lalu. Tiada gunanya kita seolah-olah meraikan "kegagalan" perhimpunan mereka itu berhari-hari. Terdapat banyak lagi isu yang perlu kita tangani, antaranya isu memartabatkan bahasa Melayu. Ada sesuatu yang sangat menarik untuk kita renungi dalam rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain di dalam Utusan Malaysia hari ini. Cuba baca di bawah ini :

PERJUANGAN memartabatkan bahasa Melayu di negara ini masih belum difahami dengan mendalam oleh banyak pihak. Walaupun bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) adalah bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dari segi perjuangan kebahasaan, banyak yang tidak dapat melihatnya dalam konteks bahasa rasmi bagi sebuah negara.

Adalah suatu yang sangat malang apabila pihak yang tidak faham perjuangan kebahasaan ini terdiri daripada kalangan pembuat dan pelaksana dasar. Mereka sepatutnya lebih faham kedudukan bahasa Melayu kerana kefahaman mereka itulah yang akan melaksanakan dasar bahasa di negara ini. Satu contoh terdekat yang masih segar dalam ingatan kita adalah sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan bahasa Inggeris pada papan tanda sebuah premis pelancongan di Kuala Kangsar, Perak.

Pihak PBT berkenaan mempertahankan tindakan menggunakan bahasa Inggeris. Kononnya untuk memberi kemudahan kepada pelancong luar negara. Maknanya tindakan tersebut dibuat ada sebabnya yang pada sudut pandangan PBT berkenaan adalah wajar. Padahal tindakan menggunakan bahasa Inggeris itu melanggar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam perkara ini, kefahamaan kebahasaan dalam hubungannya dengan Perlembagaan agak kurang.

Tindakan atau keputusan berkaitan bahasa Melayu dibuat berdasarkan pada munasabah akal tetapi bukan kerana perjuangan kebahasaan. Perkara ini banyak berlaku dalam kalangan pembuat dan pelaksana dasar yang diharapkan memartabatkan bahasa Melayu, tetapi malangnya mereka pula yang merendahkan bahasa Melayu. Bagaimanapun pihak berkenaan tidak sedar merendahkan bahasa Melayu kerana kefahaman mereka tentang kedudukan bahasa Melayu sangat sedikit.

Persoalan yang sering dibangkitkan seperti ada kalangan pemimpin yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul pada acara rasmi tidak dianggap serius oleh kalangan yang kurang kefahaman tentang kedudukan bahasa Melayu. Dalam majlis yang dihadiri oleh seorang atau dua kalangan tetamu asing, majlis berkenaan dilangsungkan dalam bahasa Inggeris bukan suatu perkara yang luar biasa.

Ada kalangan orang Melayu sendiri yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam acara rasmi kerana menganggap bahasa Inggeris adalah lambang status. Tetapi mereka tidak tahu banyak kalangan pejuang bahasa Melayu adalah orang yang berpendidikan Inggeris dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Cuma bezanya pemikiran mereka ini tidak dijajah kononnya bahasa Inggeris adalah lambang status. Satu lagi, janganlah sama sekali dasar bahasa Melayu diubahsuai kononnya untuk keperluan keilmuan. Kalau buat juga, ini adalah kedunguan yang tidak dapat dimaafkan.

Comments

Tukang Dok Peghati said…
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Lama tak masuk BLOG ini..

Usaha meMARTABATkan Bahasa Kebangsaan dah pun diCABULi apabila Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA sendiri berSEKONGKOL dengan puak-puak yang dikeTAHUi dalang pemBAKARan buku INTERLOK!

Nak meMARTABATkan Bahasa Kebangsaan, kenalah 'GET RID' dahulu HIPOKRIT macam Pak JANGGUT tu dulu! Tak GITU?

Wallahualam..
Anonymous said…
Didalam risalah-risalah jualan barangan juga diletakkan Bahasa Kebangsaan selepas Bahasa Cina dan Inggeris.

JOM BOIKOT BARANG-BARANG YANG MELETAKKAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM RISALAH-RISALAH JUALAN DIKELAS 3.
Anonymous said…
Kerajaan patut bertegas dalam soal bahasa. Bermula dengan nama jalan, papan tanda perniagaan dan sebagainya 'wajib' menggunakan bahasa Melayu! Apa lagi yg ada pada kita kalau bahasa Melayu juga diperkotak-katikkan!
Zek said…
Assalamualaikum!

Kalau diperhatikan artis2 kita ditemubual didalam TV, seringkali kita dapati mereka menggunakan bahasa Inggeris bila disoal dalam Bahasa Melayu. Kalau tak sepenuhnya pun dalam BI hanya sebahagian kecil sahaja dalam bahasa Melayu atau pun bahawa rojak, bahasa campur-campur.

Seolah-olah mereka hendak menunjuk latarbelakang pendidikan mereka.

Pemimpin2 negara luar contohnya Indonesia, Jepun, Cina, Korea dan Thailand mereka akan menggunakan bahasa ibunda mereka apabila membuat ucapan dalam upacara resmi negara.

Seperti kata pengomen pertama Tukang Do Peghati, "Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA sendiri berSEKONGKOL dengan puak-puak yang dikeTAHUi dalam pemBAKARan buku INTERLOK!"

Dan Dia juga turut sama berdemonstrasi.

BAHASA JIWA BANGSA!

Wallahua'lam.
Anonymous said…
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Ni sapa punya angkara
Anonymous said…
Dengan izin Allah, berzikir akan menjadikan jiwa manusia tenang.Dengan jiwa yang tenang, akal akan mendekati rasional dan menjauhi emosional(nafsu).Fikiran/Akal yang rasional membuahkan keputusan yang betul/tepat yang membawa kebaikan@Akal mengalahkan nafsu!...Moh lah kita
Anonymous said…
dalam mesyuarat jabatan kerajaan pun sama.. jika pengerusi nya bukan melayu sedangkan kebanyakan ahlinya orang melayu, dia bercakap bahasa inggeris seolah yang ada dalam mesyuarat itu semuanya orang putih. Yang heranya ada melayu terikut cakap orang putih. Sepatut kerajaan tetapkan peraturan penggunaan bahasa melayu dalam mesyuarat untuk memertabatkan bahasa melayu

Pilihan Pembaca

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...

Ananda Krishnan 2009 : Dari Narobi Ke Abu Dhabi

ANANDA KRISHNAN 2009 Dari Narobi ke Abu Dhabi KUALA LUMPUR - Jika benar hartawan kedua terkaya di Malaysia, Tan Sri T. Ananda Krishnan mahu membeli kelab bola sepak England, Newcastle United, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengalu-alukannya. Menterinya, Datuk Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, jika pembelian itu benar-benar berlaku, ia merupakan satu kebanggaan buat negara serta para peminat sukan di seluruh tanah air. Selain itu kata beliau, usaha oleh taikun media dan telekomunikasi negara itu juga diharap dapat memberi impak besar dalam perkembangan sukan tempatan. ''Malaysia harus melangkah setapak lagi ke hadapan dan memandang sukan sebagai satu industri (perniagaan), bukan kerana gaya hidup sihat dan kemenangan semata-mata. ''Kalau ia benar-benar berlaku, kita patut berbangga kerana orang Malaysia terlibat dalam satu transaksi (kewangan) yang begitu besar. Perkara ini tidak mustahil boleh berlaku," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepa...