Skip to main content

Hentikan Kisah Bersih! Tumpukan Kisah Ini Pula!

Sudah- hentikan memberi promosi percuma kepada Perhimpunan Haram Bersih 2.0 yang berlalu dua hari yang lalu. Tiada gunanya kita seolah-olah meraikan "kegagalan" perhimpunan mereka itu berhari-hari. Terdapat banyak lagi isu yang perlu kita tangani, antaranya isu memartabatkan bahasa Melayu. Ada sesuatu yang sangat menarik untuk kita renungi dalam rencana tulisan Ku Seman Ku Hussain di dalam Utusan Malaysia hari ini. Cuba baca di bawah ini :

PERJUANGAN memartabatkan bahasa Melayu di negara ini masih belum difahami dengan mendalam oleh banyak pihak. Walaupun bahasa Melayu (bukan bahasa Malaysia) adalah bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan, tetapi dari segi perjuangan kebahasaan, banyak yang tidak dapat melihatnya dalam konteks bahasa rasmi bagi sebuah negara.

Adalah suatu yang sangat malang apabila pihak yang tidak faham perjuangan kebahasaan ini terdiri daripada kalangan pembuat dan pelaksana dasar. Mereka sepatutnya lebih faham kedudukan bahasa Melayu kerana kefahaman mereka itulah yang akan melaksanakan dasar bahasa di negara ini. Satu contoh terdekat yang masih segar dalam ingatan kita adalah sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) yang menggunakan bahasa Inggeris pada papan tanda sebuah premis pelancongan di Kuala Kangsar, Perak.

Pihak PBT berkenaan mempertahankan tindakan menggunakan bahasa Inggeris. Kononnya untuk memberi kemudahan kepada pelancong luar negara. Maknanya tindakan tersebut dibuat ada sebabnya yang pada sudut pandangan PBT berkenaan adalah wajar. Padahal tindakan menggunakan bahasa Inggeris itu melanggar kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Dalam perkara ini, kefahamaan kebahasaan dalam hubungannya dengan Perlembagaan agak kurang.

Tindakan atau keputusan berkaitan bahasa Melayu dibuat berdasarkan pada munasabah akal tetapi bukan kerana perjuangan kebahasaan. Perkara ini banyak berlaku dalam kalangan pembuat dan pelaksana dasar yang diharapkan memartabatkan bahasa Melayu, tetapi malangnya mereka pula yang merendahkan bahasa Melayu. Bagaimanapun pihak berkenaan tidak sedar merendahkan bahasa Melayu kerana kefahaman mereka tentang kedudukan bahasa Melayu sangat sedikit.

Persoalan yang sering dibangkitkan seperti ada kalangan pemimpin yang tidak menggunakan bahasa Melayu yang betul pada acara rasmi tidak dianggap serius oleh kalangan yang kurang kefahaman tentang kedudukan bahasa Melayu. Dalam majlis yang dihadiri oleh seorang atau dua kalangan tetamu asing, majlis berkenaan dilangsungkan dalam bahasa Inggeris bukan suatu perkara yang luar biasa.

Ada kalangan orang Melayu sendiri yang lebih gemar menggunakan bahasa Inggeris dalam acara rasmi kerana menganggap bahasa Inggeris adalah lambang status. Tetapi mereka tidak tahu banyak kalangan pejuang bahasa Melayu adalah orang yang berpendidikan Inggeris dan menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Cuma bezanya pemikiran mereka ini tidak dijajah kononnya bahasa Inggeris adalah lambang status. Satu lagi, janganlah sama sekali dasar bahasa Melayu diubahsuai kononnya untuk keperluan keilmuan. Kalau buat juga, ini adalah kedunguan yang tidak dapat dimaafkan.

Comments

Tukang Dok Peghati said…
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..

Lama tak masuk BLOG ini..

Usaha meMARTABATkan Bahasa Kebangsaan dah pun diCABULi apabila Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA sendiri berSEKONGKOL dengan puak-puak yang dikeTAHUi dalang pemBAKARan buku INTERLOK!

Nak meMARTABATkan Bahasa Kebangsaan, kenalah 'GET RID' dahulu HIPOKRIT macam Pak JANGGUT tu dulu! Tak GITU?

Wallahualam..
Anonymous said…
Didalam risalah-risalah jualan barangan juga diletakkan Bahasa Kebangsaan selepas Bahasa Cina dan Inggeris.

JOM BOIKOT BARANG-BARANG YANG MELETAKKAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM RISALAH-RISALAH JUALAN DIKELAS 3.
Anonymous said…
Kerajaan patut bertegas dalam soal bahasa. Bermula dengan nama jalan, papan tanda perniagaan dan sebagainya 'wajib' menggunakan bahasa Melayu! Apa lagi yg ada pada kita kalau bahasa Melayu juga diperkotak-katikkan!
Zek said…
Assalamualaikum!

Kalau diperhatikan artis2 kita ditemubual didalam TV, seringkali kita dapati mereka menggunakan bahasa Inggeris bila disoal dalam Bahasa Melayu. Kalau tak sepenuhnya pun dalam BI hanya sebahagian kecil sahaja dalam bahasa Melayu atau pun bahawa rojak, bahasa campur-campur.

Seolah-olah mereka hendak menunjuk latarbelakang pendidikan mereka.

Pemimpin2 negara luar contohnya Indonesia, Jepun, Cina, Korea dan Thailand mereka akan menggunakan bahasa ibunda mereka apabila membuat ucapan dalam upacara resmi negara.

Seperti kata pengomen pertama Tukang Do Peghati, "Pak JANGGUT Sasterawan NEGARA sendiri berSEKONGKOL dengan puak-puak yang dikeTAHUi dalam pemBAKARan buku INTERLOK!"

Dan Dia juga turut sama berdemonstrasi.

BAHASA JIWA BANGSA!

Wallahua'lam.
Anonymous said…
Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Ni sapa punya angkara
Anonymous said…
Dengan izin Allah, berzikir akan menjadikan jiwa manusia tenang.Dengan jiwa yang tenang, akal akan mendekati rasional dan menjauhi emosional(nafsu).Fikiran/Akal yang rasional membuahkan keputusan yang betul/tepat yang membawa kebaikan@Akal mengalahkan nafsu!...Moh lah kita
Anonymous said…
dalam mesyuarat jabatan kerajaan pun sama.. jika pengerusi nya bukan melayu sedangkan kebanyakan ahlinya orang melayu, dia bercakap bahasa inggeris seolah yang ada dalam mesyuarat itu semuanya orang putih. Yang heranya ada melayu terikut cakap orang putih. Sepatut kerajaan tetapkan peraturan penggunaan bahasa melayu dalam mesyuarat untuk memertabatkan bahasa melayu

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...