Skip to main content

Fatwa Dr Asri Terkini Diperlukan!

Saya memohon fatwa daripada Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin berhubung kenyataan terbaru Anwar Ibrahim yang mahu melakukan revolusi terhadap pemerintah di Malaysia. Apakah hukumnya di sisi Islam? Mana ulama-ulama yang jujur dalam soal ini? Cepat keluarkanlah fatwa. Janganlah berdolak-dalih lagi. Baca berita di bawah ini :

KUALA LUMPUR 13 Julai - Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yang perlu dikenakan tindakan tegas. Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.

"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.

"Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yang ingin melihat negara ini huru-hara," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.

Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.

"Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan.

"Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara," tegasnya. Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini.

"Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.

"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia. Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.

"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.

Comments

j3bat said…
Dr Asri, please your fatwa untuk menghalalkan revolusi diperlukan !

Manhaj Salaf ke Dr Asri nie ?
Anonymous said…
Dr Asri, bolehkan org Kafir masuk mesjid, yakni berhenti didlm mesjid(bkn sekadar berlalu) atau org islam yg dlm hadas melakukan seperti itu juga, apakah hukumnya? Bolehkah kt membaca ayat Al Quran bila dlm hadas? (Kafir pastinya sentiasa dlm keadaan hadas) kenapa blh dibenarkan oleh PAS utk membacanya? Adakah Nik Aziz itu ULAMAK atau MENTERI? Kalu dia menteri, blhkah kami adakan demontrasi utk dia letakkan jawatan?(bkn letak jawatan ulamk).

Apakah Anuwar dan Mat sabu itu ulamk jugak atau sekadar tahu Agama sahaja? Tlg perjelaskan.
Anonymous said…
UMNO parti ISLAM

Tolong jelaskan?
Anonymous said…
UMNO parti orang muslim...tiada istilah parti itu islam atau tidak...kalau nama ah chong tetapi mengucap syahadah maka orng itu islam walau pun namanya,nama orang cina
Anonymous said…
fatwa dr asri tak laku bro....dia pun sama mcm anwar
tungkaran hati said…
benarkah alim-ulamak dan cerdik pandai ugama sangat takut membetulkan UMNO. ketakutan mereka akan bertambah lagi sekiranya mereka cuba membetulkan PAS kelandasan Islam yang sebenarnya.
Anonymous said…
asri wahhabi totok..lebih extreme drpd nik ajisss..pengikut pas takut nak kata nik ajiss wahhabi semata mata nik ajiss baca selawat shifa kahkahkahkahkahkah ..pdhal manhaj aqidah dua2 sama sama aqidah hindu..allah duduk atas arassy-asri..allah duduk bersila - nik ajiss . kahkahkahkah aqidah mutasyabihah..@ aqidah tasybih...malaun malaun wahhabi..
Anonymous said…
kau org semua tersalah org minta fatwa. ko tanyalah mentor dia yg sama2 bertaraf mantan....ops silap bukan mantan tapi yg kena TENDANG dr JAWATAN, iaitu DS Shahidan Kassim.
DSSK yg angkat Dr. Asri yg perlekeh keturunan al saiyid, tampa disedari adalah Sultan depa berdua.Last last dua2 kena TENDANG. Maka jadilah keduanya AL TENDANGAIN,dua yg kena tendang mengikut kaedah ilmu shorof arab.
Cik Azz said…
Dr Asri bizi update status kat fesbuk.. Mana sempat nak melayan pertanyaan2 macam ni..

huhuhu...

Wallahualam...
Kenn said…
ONLY IN MALAYSIA....

"Only in Malaysia (of the current administration?) you can see one who would have fulfilled all the criteria to become PUBLIC ENEMY of THE STATE who is undergoing court trials with serious sexual misconduct charges can roam the nation freely, in and out the country, putting instead, the whole nation on trials even to have the freedom staging game plans to overthrow the government and bring down the whole nation under undesirable foreign hands influence. Public Enemy of The State should have been dealt with Seksyen 121 long time ago!"
Dot said…
lebih baik kita rujuk ulama2 muktabar yg sedia ada dlm sejarah Islam...penceramah2 ugama masa kini kebanyakannya cenderung utk menghukum berdasarkan agenda politik..masa utk membetulkan akidah dipenuhi dgn masa utk meraih populariti atas pentas politik...

(*bukan semua penceramah campur politik krn mrk bukan ahli mana2 parti politik tp menyampaikan apa yg Allah firman & Rasul sabda, tp malangnya, tak ramai yg begini)
Anonymous said…
ulasan semua macam siol/pukimak

Pilihan Pembaca

"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
Taasub Beragama Timbul Perpecahan Ummah Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia, pada 09/10/2003) Kamus Al-Mujid mendefinisikan taasub sebagai berikut “Tidak menerima (menolak) realiti kebenaran, sedangkan telah jelas terbentang buktinya ; semata-mata kerana condong kepada satu-satu pihak” . Manakala di dalam Kamus Pengetahuan Islam, tulisan Datuk Dusuki Hj Ahmad pula mendefinisikan taasub sebagai berikut, “ taasub ertinya fanatik, keras kepala atau mempertahankan sesuatu sikap secara membabi buta.” Umumnya, kedua-dua kamus tersebut jelas menunjukkan persamaan makna taasub yang ditujukan kepada sikap fanatik dan tidak mempedulikan kebenaran walaupun sudah jelas buktinya. Sifat taasub cukup dicela oleh Islam, kerana ia jelas merugikan diri dan masyarakat. Orang Arab Jahiliah sangat taasub dengan tradisi mereka yang sesat, walaupun sudah nyata bahawa kedatangan agama Islam membawa cahaya kebenaran. Orang-orang Yahudi dan Nasrani juga term...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...