Skip to main content




MURID TERAKHIR
TUN DAIM


Artikel saya pada 10 Ogos 2008 dalam blog ini bertajuk “Belajar daripada Guru”, saya turut menyarankan kepada pihak kerajaan, agar tambatan ringgit yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997 dilaksanakan semula. Pemerhatian tersebut adalah berasaskan bahawa rejim kapitalis dunia, sama sekali tidak akan mengubah paradigma sistem kewangan dunia yang lebih berorientasikan kepada keuntungan berlipat kali ganda. Sesungguhnya, tiada kejujuran langsung dalam kalangan pemain-pemain ekonomi global terhadap apa yang sering diistilahkan oleh mereka sebagai “Win-Win Situation”. Setiap segmentasi ekonomi dunia, tiada kata-kata manis bahawa setiap negara akan mendapat manfaat daripada sistem yang diamalkan oleh rejim kapitalis tersebut selama ini.


Apabila kita mengamalkan sistem kewangan dan ekonomi yang berasaskan kepada “pelindungan” sejak lahirnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semangat tersebut diteruskan oleh Tun Mahathir Mohamad dalam konteks yang lebih luas. Tidak sekadar melaksanakannya dalam ekonomi domestik semata-mata, bahkan setiap langkah fisikal yang dilakukan oleh kerajaan dalam menangani masalah ekonomi negara pasti mengambil kira semangat dan “roh” DEB tersebut.


Apabila ekonomi Malaysia meleset pada awal tahun 1985, Tun Daim Zainuddin baru sahaja memegang jawatan Menteri Kewangan sekitar empat bulan menggantikan tempat Tengku Razaleigh Hamzah. Masalah yang berpunca daripada kejatuhan harga komoditi utama dunia ketika itu turut mengakibatkan negara berhadapan dengan masalah kewangan, kerana Malaysia ketika itu masih bergantung pada sektor pertanian dan barang komoditi utama dunia. Selain daripada memotong gaji para menteri, Tun Daim juga melaksanakan dasar yang sangat ketat terhadap belanjawan negara, agar wang yang sedia ada digunakan untuk perkara yang berfaedah dan bersesuaian dengan produktiviti. Semua ini membawa kejayaan, walaupun Tun Daim dicemuh kononnya beliau merupakan seorang yang “kedekut” dalam menguruskan kewangan negara. Tetapi, memang benar kata pepatah, yang pahit selalunya adalah ubat.


Pada tahun 1984, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah negatif 1.1 peratus, dan menjadi 8.9 peratus lima tahun kemudian. Semua ini adalah formula Tun Daim yang dikatakan bercanggah dengan teori ekonomi biasa. Pembinaan lebuh raya dalam keadaan ekonomi negara sedang gawat ketika itu turut membuktikan bahawa kerajaan melaksanakan pemikiran di luar kotak – yakni melancarkan pergerakan ekonomi domestik dengan meningkatkan infrastruktur jalan raya agar perniagaan domestik cepat berkembang dengan kos dan masa yang menjimatkan. Semua ini akan merancakkan kembali ekonomi dalam negeri agar lebih berdaya tahan.


Sekali lagi, ekonomi Malaysia menghadapi masalah. Pada bulan Jun 1997 mata wang bath Thai diserang oleh spekulator dan manipulator mata wang antarabangsa dan kemudian menjalar ke seluruh Asia. Hal ini menimbulkan panik dalam kalangan pelabur, memandangkan pelaburan mereka walaupun dalam stok dan syer hartanah telah jatuh dengan banyak. Keadaan bertambah buruk, apabila pihak berkuasa kewangan ketika itu (Anwar Ibrahim) menaikkan kadar faedah dan mengurangkan kredit. Sekali gus menimbulkan putaran ganas (vicious cycle) yang amat menakutkan terhadap ekonomi domestik Malaysia.


Akhirnya, dua insan ini iaitu Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dipanggil oleh Tun Mahathir untuk bersama-sama dengan beliau menangani krisis kewangan yang telah merosakkan ekonomi negara. Kekuatan manipulator dan spekulator ketika itu adalah berasaskan kepada keupayaan mereka meminjam ringgit tanpa had bagi tujuan jualan singkat (short Selling) dan rejim kadar tukaran apungan. Dua langkah segera kerajaan ketika itu ialah memberhentikan amalan membenarkan bukan pemastautin untuk meminjam ringgit bagi tujuan singkat.


Hal ini serta-merta mengurangkan jumlah ringgit dalam genggaman spekulator dan kedua kerajaan telah menukar rejim mata wang apungan kepada rejim kadar tetap. Dengan dua kaedah tersebut, ia menjadi instrumen kewangan inovatif yang sangat signifikan demi menstabilkan kewangan negara. Krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 itu adalah kompleks, tetapi tidak sekompleks krisis ekonomi yang sedang berlaku pada hari ini.


Krisis ekonomi yang berlaku ketika ini merupakan susulan daripada krisis subprima di Amerika Syarikat yang menjalar menjadi krisis kewangan. Selain daripada itu, kenaikan harga minyak, masalah makanan dan kejatuhan nilai dolar – memungkinkan dunia sedang menuju ke arah kemelesetan ekonomi yang paling buruk dalam sejarahnya. Dan jauh daripada itu, apakah ini merupakan tanda-tanda awal kehancuran ekonomi kapitalis yang sudah lengkap putaran hayatnya?


Berbalik kepada krisis ekonomi yang sedang melanda negara ketika ini – kenaikan harga minyak, inflasi yang tidak turun-turun, pengangguran, masalah makanan dan kebejatan dalam kewangan negara telah menyaksikan Tun Mahathir kembali memberikan cadangannya agar melaksanakan semula – rejim kadar tetap (tambatan ringgit) yang pernah dilaksanakan dahulu. Cadangan Tun Mahathir itu disokong oleh Tan Sri Nor Yakcop dan Tan Sri Muhyiddin Yasin. Walaupun kaedah ini telah digunakan 10 tahun yang lalu, tetapi kerelevanannya masih ada.


Sekarang, rejim kewangan kapitalis dunia, seperti Federal Reserve dan IMF begitu rancak membantu dan menyelamatkan (bail out) bank-bank yang muflis, syarikat-syarikat hartanah besar dan pelbagai lagi perniagaan di Amerika Syarikat. Hampir AS$500 bilion ditaburkan oleh Federal Reserve bagi tujuan menyelamat. Dahulu, mereka inilah yang menghalang kerajaan Malaysia daripada menyelamatkan syarikat-syarikat di negara ini. Sekarang, keadaan sudah terbalik. Anwar Ibrahim pun sama, tiada idea bernas pun yang kedengaran daripadanya bagi menyelamatkan ekonomi negara. Tidak habis-habis dengan retorik kosong dan mengharu birukan ekonomi negara. Pemimpin seperti ini tidak diperlukan oleh negara. Tiada idealisme dan pragmatisme dalam ucapan-ucapannya.


Tun Mahathir turut menunjukkan kebingungan terhadap Federal Reserve yang memiliki begitu banyak wang sehingga mampu menyelamatkan berpuluh-puluh bank yang hampir muflis dan organisasi perniagaan besar lain. Di manakah mereka mendapat duit? Semua ini menimbulkan sangkaan bahawa rejim kewangan kapitalis dunia mempunyai agenda yang tersendiri, dan golongan ini jugalah yang bersahabat baik dengan Anwar Ibrahim yang dipuji dan dipuja oleh penyokong-penyokong PKR sekarang.


Sekarang bagaimanakah kita ingin menyelesaikan krisis ekonomi yang begitu kompleks sifatnya ini? krisis ekonomi yang sedang melanda dunia kini, tidak lagi seperti tahun 1985 dan 1997 – ia jauh berbeza, bahkan mungkin hampir sama dengan bencana ekonomi pada tahun 1930 yang meranapkan Bursa Saham Wall Street, atau lebih jauh daripada itu.


Menghadapi krisis ekonomi yang melanda dunia dan sudah tentu kesannya juga terkena kepada Malaysia – Najib Tun Razak harus bijak. Tidak boleh lagi main-main. Sebagai Menteri Kewangan yang baharu, Najib perlu membaca kitaran dan analisis ekonomi dunia dengan pantas, serta menghidu peluang untuk menang, di samping berfikir di luar kotak. Tidak boleh sama sekali Najib berfikir seperti mana ahli ekonomi berfikir. Ia akan menemui kegagalan. Soalnya bagaimanakah hendak berfikir di luar kota? Seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim?


Jawapannya, Najib perlu memahami MegaStructure ekonomi dunia. Daripada “struktur besar ekonomi dunia itu” akan terselit jalan penyelesaian, seperti mana yang pernah dilakukan oleh Tun Mahathir dan Tun Daim. Saya percaya Najib mampu melakukannya. Dengan nasihat Tan Sri Nor Yakcop dan Tun Mahathir, cabaran ekonomi mampu diatasi. Kesabaran adalah kuncinya.


Saya juga mempunyai sedikit pandangan tentang langkah untuk mengatasi krisis ekonomi yang lembap di negara ini. Moga-moga ia berguna dan memberi manfaat kepada negara. Sebagai rakyat, saya kira kita wajib membantu kerajaan dalam menangani krisis ekonomi yang sedang melanda negara dan dunia. Tidak kira apa-apa parti yang kita sertai, kebajikan negara dan rakyat harus kita utamakan. Berikanlah nasihat yang baik dan bukan demonstrasi ala-Anwar Ibrahim.


Cadangan saya :

1. Menukar kembali daripada rejim kadar apungan kepada rejim kadar tetap. Agar ringgit lebih stabil dan mudah dilindungi. Cadangan apungan ialah RM3.30 bagi setiap AS$1(seperti saranan Tun Mahathir).


2. Suntik kecairan dalam pasaran kewangan, agar rakyat berbelanja dan tidak menyimpan semata-mata.


3. Mengukuhkan asas-asas ekonomi negara dengan mengamalkan dasar kewangan yang sesuai – gaji menteri-menteri dan ahli parlimen harus dipotong 10-15 peratus. Menstabilkan inflasi, meningkatkan pelaburan dan meningkatkan produktiviti.


4. Memulihkan terlebih dahulu industri yang terjejas teruk seperti sektor hartanah, automotif dan pembinaan.


5. Menstabilkan pasaran kewangan dengan melakukan penggabungan bank dan institusi kewangan lain – agar institusi kewangan negara lebih kukuh.


6. Menstrukturkan semula hutang-hutang korporat, agar organisasi perniagaan mampu bernafas dan bangkit kembali.


7. Meningkatkan simpanan antarabangsa Malaysia.


8. Mengadakan polisi baharu yang berkaitan dengan pinjaman luar yang dilakukan oleh organisasi korporat Malaysia dengan institusi kewangan luar negara.


9. Menghapuskan semua kadar faedah pinjaman PTPTN, dan bayaran balik minimum ialah RM100 sebulan. Hal ini bertujuan agar pelajar yang telah tamat belajar tidak mengharap kerja makan gaji untuk menampung keperluan hidup mereka termasuk membayar balik pinjaman PTPTN yang tinggi. Biar mereka berfikir bahawa mereka tidak mempunyai beban yang besar selepas tamat pengajian, sebaliknya mereka akan menjadi manusia yang tidak memilih kerja dan tangga gaji. Hal ini penting kerana pelajar lepasan universiti mempunyai semangat kerja yang tinggi dan tahap produktiviti yang mantap, jadi jangan bebankan mereka dengan hutang pinjaman belajar yang menghalang mereka daripada berdikari dengan tidak memilih apa-apa kerja. Kebanyakan pelajar lepasan universiti tidak mahu menerima bayaran gaji RM500 adalah kerana, mereka memikirkan beban hutang PTPTN dan kos hidup yang tinggi. Daripada mendapat letih dan sekadar membayar hutang kembali, lebih baik mereka menganggur dan duduk di kampung sahaja. Jadi, pinjaman PTPTN harus disemak kembali, bagi mengurangkan masalah penganggurnya dan kehilangan sumber tenaga muda.


10. Melaksanakan langkah berjimat cermat dalam sektor awam.


11. Beri tumpuan kepada sektor perkhidmatan, teknologi maklumat dan makanan – kerana industri ini merupakan kekuatan ekonomi Malaysia.


12. Menjalankan promosi besar-besaran terhadap penggunaan produk perbankan Islam yang jelas sentiasa relevan dalam semua keadaan. Pihak kerajaan harus bermula terlebih dahulu.


13. Meningkatkan kutipan zakat. Zakat penting khususnya dalam keadaan ekonomi yang terumbang ambing. Jurang antara golongan miskin dengan kaya tidak harus terlalu jauh. Dan zakat mampu mengatasi masalah tersebut.


14. Memantau fungsi perniagaan utama sektor korporat. Kerajaan harus tegas dengan menasihati badan-badan korporat yang berjaya, agar menumpukan perhatian terhadap aktiviti teras perniagaan mereka dan bukan menggunakan lebihan pendapatan yang mereka ada dengan melabur dalam aktiviti perniagaan sampingan yang tidak ada kaitan dengan perniagaan teras mereka. Hal ini dibimbangi kerana aktiviti sampingan tersebut bukanlah termasuk dalam kepakaran asas perniagaan mereka, yang akhirnya mendedahkan seluruh perniagaan mereka kepada kerugian – kerana faktor tamak dan ingin cepat untung, di samping tidak mempunyai kepakaran dalam selok-belok perniagaan sampingan tersebut.


15. Menggalakkan sektor swasta dan awam dalam melahirkan inovasi baharu, agar produk yang dilahirkan lebih berdaya saing dan menggalakkan peniaga-peniaga tempatan meneroka pasaran baharu, seperti di Afrika dan Timur Tengah.


Semoga cadangan saya ini dipertimbangkan oleh pihak kerajaan dalam usaha mencari jalan penyelesaian krisis ekonomi yang sedang melanda dunia dan Malaysia. Kepada Allah jua kita berserah moga ikhtiar kita berjaya. Dan untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, selamat menjalankan tugas baharu!

Comments

Redz da Tsar said…
Kupasan yang menarik tentang ekonomi... Saya nak tahu, adakah Anwar terlibat dalam cubaan untuk menandatangani pinjaman dengan IMF semasa krisis ekonomi 1997 dahulu?

Atau ini hanya sekadar khabar angin berunsur fitnah?
perfectwater75 said…
Salam Azli,

Saya cadangkan gaji mentari dipotong sehingga 35% baru ok...kerajaan minta rakyat berhemah tetapi dalam masa yang sama gaji menteri masih di tahap yang mewah dan memungkinkan merka tidak berhemah dalam berbelanja...jadikan mereka sebagai contoh ikutan...yang terbaik..

thx!
Mohd Radzian said…
Saya faham dan setuju tambatan ringgit , malah pada pendapat saya perubahan matawang negara kini sepatutnya dianalisa berdasarkan kepada kedudukan sebenar kewangan negara. Reserve telah meningkat. Export juga melebihi import. Justeru itu, sepatutnya RM kita ni appreciate.

Tapi saya dapati Tan Sri Nor Mohamed Yaakop, walau pun telah disarankan tidak bersetuju kerana beliau menyatakan bahawa situasi pada hari berbeza dengan 1997. Apa pandangan tuan mengenai pendapat beliau ?
Anonymous said…
Saya tidak faham mengapa ada orang seperti Redzuan yang masih tak tahu tentang Isu IMF. Saudara ni tidur ke selama 10 tahun?

Dato Seri Anwar Ibrahim teraniaya dan dia tidak pun terlibat dengan IMF. Tapi kerana saudara asyik baca Utusan Malaysia dan malas berfikir, inilah akibatnya. Sekarang dah ada krisis ekonomi di Amerika yang lebih meruncing, saudara masih sibuk dengan IMF-1997. Kalau tanya Saudara Azli, dia akan kata Anwar terlibat sebab Saudara Azli ni orang UMNO.
Walaupun dia tak ada bukti.


Perfectwater75, saudara sanggup tak dipotong gaji sehingga 35%?
Saudara kenalah rasional, gaji menteri bukan banyak manapun.

Yang perlu dilakukan kurangkan rasuah dan mengaut kekayaan negara oleh beberapa orang di Malaysia ni, barulah ekonomi jadi baik.

Mohd Radzian, Tan Sri menteri kewangan kedua memang pakar ekonomi. Dia bercakap atas nasihat PM dan sekarang Najib. Jadi apa dia katakan kadang-kadang bukan lahir daripada ideanya.
Mohd Radzian said…
Saudara Azli, izinkan saya reply kepada Adil ni.

Adil, soalan saya mudah iaitu apa pendapat saudara mengenai pandangan Tan Sri Nor Mohammad Yakoop berkenaan isu tambatan ringgit sekarang , bukannya Tan Sri bercakap bagi pihak siapa.

Soalan ini adalah soalan teknikal ya dan bukan berbentuk politik keperibadian.

Saya juga percaya Tan Sri mempunyai idea sendiri dan berdasarkan kepada kenyataan beliau sekarang ini pun seperti melaksanakan idea sendiri kerana seperti kata saudara beliau juga adalah tokoh pakar ekonomi. Namun begitu, kita juga seharusnya mempunyai pendapat kita mengenai hal ini, sekiranya tidak umat Islam akan menjadi umat yang "jumud" dan tidak mampu berfikir secara wajar dan rasional terutamanya di dalam membendung inflasi.

Harap saudara adil boleh bahas secara teknikal ya.
Cheguman said…
Mungkin ada baiknya pendapat TDM dan Daim diminta dalam situasi sekarang.

Kalau tak silap saya sebelum berlaku serangan ke atas Ringgit, Anwar pernah bertanggungjawab memperniagakan wang dan pada satu masa negara terpaksa menanggung kerugian besar. Perkara ini dibawa ke parlimen dan Anwar sekadar memberi alasan bahawa untung rugi adalah adat perniagaan.

Jika saya silap harap betulkan.
joharihamzah said…
saudara Azli,

saya bersetuju benar point ke-9 tulisan saudara..jika dapat kerajaan buat sesuatu mengenainya, lagi cepat lagi molek rasanya..

dengan pulangan kecil dan keadaan pasaran yang tak tentu hala, memang banyak dugaannya jika seseorang ingin memulakan perniagaan sekarang..saya juga tak terkecuali.

dan dengan dasar bayar balik PTPTN yang ketat, saya fikir, lagi takut anak2 muda kita ingin menceburi bidang perniagaan. maklumlah, kebanyakan kita tidak dibiasakan dengan amalan berniaga dan tanggung rugi sejak dari kecil.

saya juga ingin minta laluan saudara Azli,

encik Adil,saya membaca tajuk lepas yang encik merupakan sebahagian politik dan ekonomi Malaysia..bolehkah kongsi dengan saya dan blogger semua,apa bisnes yg encik buat dan resepi kejayaan encik?

saya juga ingin terus belajar selok belok perniagaan jika ada yg sudi tunjuk ajar..

TQ..
Mohd Radzian said…
Saudara Adil , susah juga untuk mengatakan Anwar Ibrahim tidak terlibat dengan IMF kerana Anwar merupakan bekas Chairman Development Committee IMF. Atau "pengerusi jawatankuasa pembangunan IMF".

Cuma IMF lebih bijak dari Anwar, apabila Anwar telah tiada kuasa di dalam kerajaan maka tugas "Chairman" telah dilucutkan. Madu habis dihisap, hampas dibuang begitu sahaja .. bukan begitu :)
Redz da Tsar said…
This comment has been removed by the author.
Redz da Tsar said…
Kepada adil...

Haha...
Melatah dengan cepat nampaknye..
Saya tak beri sesuatu pendapat berdasarkan sebelah pihak... Saya cume melemparkan pertanyaan... Bukan memberi fakta...

Saya tak pernah jumpa apa-apa fakta tentang IMF dan Anwar dalam krisis politik 1998 dan salah ke saya bertanya?

Saya baca semua jenis berita... Utusan, Harakah, Suara Keadilan, Berita Harian, Sinar, malah blog smeua jenis penyokong pun saya baca...

Adatla, blog UMNO akan sokong UMNo, blog PKR akan sokong PKR...

apa-apa pun terima kasih...
naufal@ajoy said…
thanks for sending the comment to my blog,i do appreciate it...

good coverage of ideas,tapi pendapat saya mungkin pada En.Azli komen saya nie msih belum mencapai tahap piawai kematangan..

-saya rasa kebanjiran warga asing kini menyekat banyak peluang pekerjaan masyarakat Malaysia,saya bercakap atas dasar empirik dan bukan lah teori semata-mata..warga asing mendapat special privileges dalam negara kita,contohnya accommodations,transportation,gaji yang cukup sufficient to accommodate their life,and mereka tak perlu menguasai bahsa inggeris lar,bahasa mandarin lah seperti yang disyaratkan dalam proses memohon pekerjaan..
-perkara seumpama ini melangsungkan penurunan standard of living of Malaysians gradually..orang malaysia kalau nak mintak kerja,so many requirements yang kita perlu ada,but for the immigrants?
-so,saya nak enquire,whose fault is that,and to whom am i going to point out over this matter?and satu lagi,apa yang our government should do untuk menangani masalah ini?

saya just nak dengar ulasan En.Azli regarding this matter,i think it does relate to our economic development,so as a youth,i think it's appropriate for me to know this matter..

thank you again
azlishukri said…
Kepada en adil - boleh saudara jawab pertanyaan2 blogger yang singgah dalam blog saya ini?
Anonymous said…
Kepada Semua..

Saya hairan dengan dengan Johari Hamzah, beria-ia sangata dengan cadangan PTPTN tak bayar. Orang seperti saudaralah yang akan merosakkan negara dengan hutang. Kalau dah nama hutang, kenalah bayar, janganlah beri alasan. Masa ambil PTPTN bukan main terhegeh-hegeh, tapi nak bayar bukan main pemalas, seribu satu alasan diberikan.
Saudara ni kena insaf dan bayarlah PTPTN, akibatnya pelajar sekarang menjadi susah kerana orang seperti saudara yang pelupa dan buat-buat lupa. Saudara layak dipanggil Melayu Pelupa Tentang Hutang.

Berkenaan dengan perniagaan Dato' "Adil", beliau mempunyai syarikat pengangkutan, pembinaan/hartanah, dan minyak/gas serta pembekalan beberapa alatan kesihatan/kosmetik.


Saya hairan dengan Radzuan Abdullah, saya tak melatah dia kata melatah. Saudara perlu lebih bijak, dan jangan jadi macam burung kakak tua, tengah malam pun akan cakap selamat pagi. Itulah perumpamaan untuk saudara daripada tulisan-tulisan saudara dalam blog ini.
Saya bukan berasaskan politik kepartian, walaupun saya telah bersara daripada politik dan kini ahli perniagaan, saya tidak memberi pandangan berasaskan politik, kita bicara tentang ekonomi dan krisis disekitarnya, saudara bercerita tentang politik. Keserabutan otak saudara menggambarkan siapa sebenarnya saudara. Jadilah bangsa berakal, dan bijak, janganlah berterusan dalam kepompong kebodohan diri sendiri.

Kepada MohdRadzian, saya rasa saudara ni suka bicara dan omong kosong tentang politik dan ekonomi di kedai kopi. Inilah kesannya jika masa bersekolah dahulu asyik lepak dan bercakap kosong macam murai. Jadinya terbawa-bawa dalam penulisan. Kalau saudara berkomentar, sepatutnya lebih matang. Biarlah saya beritahu saudara, saya kenal Tun Mahathir, Dato'Seri Anwar, semua ahli politik malaysia dan kalangan korporat, jadi saya tahu tentang politik dan iklim ekonomi Malaysia.
Tetapi saudara hanya bercakap tanpa asas yang kukuh, "menyalak" tak tentu pasal.

Dalam konteks pertumbuhan ekonomi, pandangan saudara Naufal amat sempit dan seperti orang yang belajar.
Janganlah asyik bercakap tentang pendatang asing menaiki bas dan guna kemudahan awam, tanpa mereka yang kini melebihi jumlah orang India di Malaysia, kuasa beli di Malaysia akan lembab dan beri kesan kepada ekonomi negara dan pembangunan.
Berkenaan dengan peluang pekerjaan, tengoklah kerja apa yang dipohon. Dalam hal ini kita kena buka minda jangan terus-terus dengan kebodohan dan menyalahkan orang lain.
Kalau saudara berpandangan begitu, pergilah kerja tukang sapu, bina bangunan, kutip sampah dari rumah-kerumah, atau cuci tandas. Ini semua tak perlu pakai kelulusan. Janganlah banding dengan pengangguran siswazah.
Mungkin saudara sekarang siswazah menganggur, jadi fikirlah seperti siswazah, kalau tidak saudara lebih teruk daripada pekerja Indonesia, Bangladesh atau Pelacur Dari Negara-negara jiran yang datang ke Malaysia.

Pegawai Khas Dato 'Adil'
b/p : Dato "Adil".
gagasan_warisan said…
saya setuju dengan pandangan saudara azli tentang tambatan ringgit....

Apapun mengenai PTPTN ....hutang tetap mesti dibayar...makin teruk lah kalau hutang PTPTN dihapuskan.....makin banyak lah kerajaan nak tanggung...lingkup jadinya...

Biar tak mandi janji hutang mesti bayar....hu huuu
azlishukri said…
gagasan warisan - saya tidak berkata PTPTN dihapuskan, tetapi faedah yang dikenakan itu harus dihapuskan, dan bayaran bulanannya juga harus distruktur semula dengan minima bayarannya adalah Rm100 sebulan. harap maklum.
azlishukri said…
En Adil - saya rasa saudara harus berhenti daripada terus memberi komen dalam blog saya. kerana ia telah memberi rasa kurang senang dalam kalangan blogger yang singgah di sini. haram maklum. lagi pun bahasa yang saudara gunakan itu tidak sesuai dalam blog saya ini.
Mohd Radzian said…
Saudara adil,

Seronoknya saudara mengata saya di bulan puasa :)

Apa yang saya berikan adalah fakta.

Kenapa perlu putar belit fakta sebagai omong kosong ? Search di internet berpuluh pautan yang sedara perolehi berkenaan jawatan besar Anwar Ibrahim di dalam IMF.
Bukti sahih wujud pun nak "spin" juga?

Berkenaan omong kosong ni, bukankah omong kosong yang sebenarnya adalah 16 hb. September ? Terang lagi bersuluh omongan kosong ini, "kura-kura dalam perahu pura-pura tak tahu." Kedai kopi yang terbesar di Malaysia adalah kedai kopi peralihan kuasa 16hb. September.

Macam mana "adil" nak bentuk kerajaan berkualiti kalau kualiti itu di bina atas fantasi ?
Mohd Radzian said…
Saudara Adil,

Memandangkan saudara telah mefitnah saya dengan mengatakan masa sekolah dulu saya duduk lepak dan mulut murai, biar saya jelaskan profil saya di sekolah dan universiti.

Di sekolah menengah saya termasuk di dalam kategori 20 pelajar terbaik SPM. Semasa A-Level pernah saya pernah menjadi pelajar terbaik untuk satu penggal. Saya melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti terkemuka di UK atas tajaan sebuah syarikat di Malaysia. Saya melanjutkan pelajaran PhD ke Jepun atas pilihan dan tajaan Kerajaan Jepun.

Saya tidak percaya dengan "lepak" dan "mulut murai" saya memperolehi perkara-perkara di atas.

Saya tidak pernah berjumpa dengan ahli politik , baik Anwar atau sesiapa sahaja untuk memperolehi perkara di atas . Memandangkan saudara kenal dengan ahli-ahli politik mungkin saudara tergolong dari manusia kaki "minta" juga.

Saya yakin saudara tersilap orang. Mungkin dengan berkenalan saudara akan memahami saya dengan lebih baik.
mummybosan said…
wah azli, bukan setakat nyamuk, murai pun dah singgah dalam blog azli nih, heheh...

mummy rasa, lalat, langau, tebuan & ntah semacam serangga pun dah mula bersarang ni.

cukup2lah pada mereka yang terlalu yakin yang mereka ni MAHA MENGETAHUI dari orang lain. dunia ni kan berputar2.
joharihamzah said…
salam saudara Azli dan rakan blogger..

kepada Pegawai Khas Dato 'Adil',
bilakah masanya saya tulis yang saya tak mahu bayar hutang PTPTN? dari mana pula encik mendapat ilham ini? saudara Azli juga dah beritahu, yg dihapuskan adalah KADAR FAEDAH, dan bukan hutang itu sendiri.(rujuk point ke-9 tulisan saudara Azli)

buat pengetahuan encik, saya telah pun membayar hutang PTPTN secara beransur, dan sedang berbuat demikian dan tidak bercadang berhenti membayar selagi tidak langsai..saya sedar, ia( wang itu)akan digunakan pula untuk generasi akan datang.

apa yg dibincang oleh saudara Azli, dan saya persetujui, ialah berkenaan kadar faedah oleh PTPTN. saya memberi alasan seperti yang saya tulis di atas.

saya kesal kerana encik telah berkata karut keatas saya tanpa merujuk berkenaan apa yg telah saya tulis dan rujukannya.

dari tulisan encik, seolah2 orang lain salah belaka, dan encik sahaja yang betul. jika bersalah pun tegurlah dgn cara hikmah dan bukan dgn mendatangkan perpecahan.

TQ
azlishukri said…
Radzian - saya syorkan jangan layan En Adil lagi. Jika keadaan mendesak saya terpaksa memadam komen2 beliau.

Mummybosan - entahlah mummy, susah dapat blogger yang tidak memahami cara berdebat yang baik.
Mohd Radzian said…
Salam Azli,

Sesuatu yang telah tertulis tu bagi cuma perlu saya perbetulkan.
Medium komunikasi masyarakat melayu masih lagi berkonsep "lip service" , kalau tidak diperbetulkan niaya juga saya.

Walau pun saya tidak layan lagi En. Adil ni, saya masih membuka pintu untuk pengenalan. Orang tua-tua berias mengatakan " Tidak Kenal Maka Tidak Cinta".

Anyway, jangan salah anggap, saya bukan homo ye... risau juga bila express statement macam tu pada penyokong "PKR" ni kerana saya menganggap kes liwat menjadi magnet kepada homoseksual-homoseksual di Malaysia untuk menyokong PKR ..so akhir kalam minta En. Adil jangan salah anggap.
azlishukri said…
radzian - pembetulan yang diterima. inilah contoh kematangan rakyat malaysia, apabila tersalah kita betulkan.
Anonymous said…
Salam Pertemuan Buat Semua, Salam Ramadhan Dan Kemaafan.

Saya terkesan dengan komen saudara-saudara kepada saya. Saya mohon maaf kerana lewat pagi saya minta pembantu saya memberi komen bagi pihak saya.

Kepada Saudara Azli, kalau saudara meminta saya untuk berhenti daripa mengunjungi Blog Saudara saya akur, tetapi percayalah niat saya adalah untuk membuka minda masyarakat supaya berfikir bukan hanya pada lapisan pertama, tetapi berfikir berlapis-lapis.

Saudara kena ingat, walaupun nada saya nampak seperti pembangkang, tetapi saya bukan pembangkang, saya ikhlas.

Saudara lihatlah sendiri Tun Mahathir, dia mengecam kerajaan lagi keras daripada saya, tetapi adakah Tun seorang pembangkang. Jawapannya bukan.

Saya tidak mahu kempen kepada PKR-PR atau UMNO-BN, saya mahu kita semua berfikir, negara kita dah tenat ekonomi, ini belum campur tentang Ketuanan Melayu yang kita semakin terhakis.

Namun saya akur dengan permintaan saudara Azli, untuk tidak memasuki blognya.

Kalau ada jarum yang patah,
Jangan Disimpan di dalam peti,
Kalau Ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati,

Dato' Adil
Bangsar, Kuala Lumpur.
Anonymous said…
Kepada Semua Blogger lain, saya minta maaf dan percayalah, perjalanan kita orang Melayu masih terlalu jauh dan saya sebagai korporat Melayu tidak pernah putus-putus membantu membangunkan dan mengupaya bangsa sendiri. Saya bukan pembangkang dan kerajaan, tetapi saya menegur kerajaan dan pembangkang.

Percayalah, jika saudara mengetahui hakikat nasib bangsa kita, saudara akan menitiskan air mata dan sentiasa berfikir akan masa depan bangsa kita.

Perjalanan masih jauh....
Jangan terlalu sukar menerima teguran untuk kemajuan diri dan bangsa kita....

Selamat Hari Raya dan Salam Kemaafan.


Dato' Adil
Bangsar, K.L
perfectwater75 said…
Salam!

Azli, usah terkesan sangat dengan komen Datuk Adil sebab bagi saya kita mesti terbuka menerima sesuatu pandangan walaupun ia kurang disenangi oleh pihak yang lain tetapi itu bukan alasan untuk kita tidak membaca dan membuat ulasan terhadap apa yang dikemukakan beliau. Jadilah inan yang rasional yang menilai tidak bersandarkan kepada emosional semata-mata. Semua kaedah dan pendekatan kena diambil kira...Tak usahlah sampai hendak menghapuskan komen yang diberi biarlah rakan-rakan memberi ulasan balas terhadap isi yang dikemukakan barulah kita nampak professional dan bijak menangani sesuatu hujah dengan cara yang lebih berhikmah.

mohon mencadangkan!

thx!
Redz da Tsar said…
Haha... Satu komen yang baik dari Adil...

Azli, biarkan dia memberi pendapat.,.. Negara kita negara demokrasi...

Cuma saya agak terkilan pabila saudara Adil menggunakan bahasa yang agak kasar (sebenarnya memang bahasa ssetengah orang politik seperti itu)... Saudara tidak menjawab soalan saya... Tetapi, apa-apa pun, komen dan kritikan saudara kepada saya, saya terima dan akan perbaiki... Saya hanya seorang pelajar yang baru cuba melatah dalam politik...

Baca la blog saya kalau nak tengok pandangan saya dlaam politik...
naufal@ajoy said…
kalau diikutkan pada natijahnya,en.adil yg bercakap seperti pelacur di jalanan yang tidak memahami konsep penerangan..walaupun saya hanyalah budak hingusan,bukan bererti saya tak pernah terdedah dengan apa yang berlaku di sekeliling saya..saya melihat dari prospek nilai kemasyarakatan dan apa yang berlaku di sekeliling kita, kalau ini lah ciri2 ahli politik malaysia,saya tak pasti bila malaysia akan berdiri seiring dengan negara2 maju..
sebenarnya,dari komen yang diberi,saya mendapati sebenarya en.adil yang berfikir single layer,dan saya dapat trace yang en.adil bukan lah seorang sosialis yang baik..anda tidak pernah meletakkan diri anda dalam situasi orang lain,which is very very bad..
saya bagi contoh yang agak tepat,untuk memperolehi ijazah,seseorang itu harus mengorbankan bukan sahaja wang ringgit,masa dan tenaga..so,semua tu dah dibazirkan untuk prospek kerjaya sebagai seorang tukang sapu sampah..
sebelum kedatangan banyak immigrants, siapa yang buat kerja2 tu semua?ORANG MALAYSIA yang buat tau..bukan orang kita tak mahu kerja,tapi peluang telah disekat dengan sewenang-wenangnya..en adil berfikir secara sehala,itu lah sebabnya en.tak faham apa yang saya cuba sampaikan..
hello,cuba anda reflect balik,tujuan2 utama pelabur asing digalakkan berlabur di malaysia..membuka peluang-peluang pekerjaan pada rakyat tempatan pada sektor perkilangan,tapi ironinya,org2 asing yang mendapat tempat,kita mengupah mereka,then ke mana perginya nilai tambah dalam konteks kewangan kepada rakyat malaysia?fikir dahulu..
cuma 1 nasihat saya,cuba lihat sesuatu dari different angles,dari cara anda menulis,saya infer yang anda tak pernah mempelajari literature,cuba analisis balik tahap anda berfikir
naufal@ajoy said…
en.azli,bila orang2 malaysia dah tak berkerja,bagaimana hendak membayar ptptn?saya agak bersetuju jika ptptn dikurangkan bunga,kerana bebanan kepada pelajar..
saya dah komen dengan panjang lebar sebantar tadi,janji conclude lah sendiri..gaji pekerja kilang RM300,bayar pinjaman RM300,apa yang tinggal?
satu lagi,saya agak terkesima dengan kenyataan anda saya adalah penganggur..saya tak pasti ilham itu datang dari mana..
gagasan_warisan said…
Saudara Azli saya paham tentang penstrukturan semula PTPTN yang saudara tulis, saya sokong.

Tentang penghapusan hutang PTPN adalah komen umum saya sahaja kepada sesiapa yang hendak menghapuskannya.
Anonymous said…
Sdr. Adil,

Saya lega sekurang-kurangnya muncul adiwira dalam kalangan wira. Syabas!
azlishukri said…
kepada para bloggers - saya setuju, agar komen2 en adil tidak dipadamkan. saya cuma ingin berlaku adil kepada semua sahabat2 blogger saya yang lain. jika mereka kurang rasa selesa dengan kehadiran en adil saya lebih suka memadamkan komennya. wallahualam.

naufal - saya tidak bermaksud saudara sebagai penganggur. minta maaf kalau saudara tersinggung.
naufal@ajoy said…
thanks En.Azli...saya rasa begini baru adil..kita mahu kan pendapat bukan komen
melayuangkat said…
Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya AidilFitri.
azlishukri said…
melayu angkat - selamat raya dan maaf zahir batin.
RAHISAM RAMLI said…
Salam Saudara Azli. Saya bukan nak menyentuh bahana kenaikan harga minyak global dan pengurangan subsidi oleh kerajaan. Polemik ini akan sentiasa berterusan selagi kita tidak mengimbangi antara dua perkara ini:
1. kenaikan minyak adalah rahmat kepada negara yang mempunyai hasil minyak. siapa lagi kalau bukan dari negara teluk termasuk Malaysia sendiri sebagai negara Islam..sumber utama negara-negara Islam masa kini ialah minyak. Jadi saya berpandangan kenaikan ini sebagai rahmat bukan mudarat.
2. kenaikan harga minyak sebagai penyebab sedarnya ramai pakar ekonomi tentang bahaya kapitalis. Bermula era baru sistem ekonomi Islam yang seimbang antara keperluan dan pilihan. Maksudnya kita perlu momentum ekonomi Islam, label dan pengisiannya sekali. Pilihan bermaksud lihat kepada peningkatan kadar bantuan kepada golongan miskin, penilaian semula Paras Garis Kemiskinan (PGK) dan (meminjam istilah Tan Sri Muhammad Ali Hasyim Jihad ekonomi menjadikan manusia lebih waras dan terkawal nafsunya).SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN.
http://rahisamramli@blogspot.com
azlishukri said…
Rahisam - saya akan link blog saudara, nanti saya minta saudara menulis untuk rencana utama. selamat hari raya, maaf zahir batin.
RAHISAM RAMLI said…
Salam saudara Azli. Cadangan ke 12,13 dan 14 adalah dirujuk:
12. Promosi produk perbankan Islam.Terkini StanChart berhasrat menjadi pesaiang utama produk tersebut.Alasannya produk baru mereka Saadiq merupakan inovatif dan bersifat global.

13. Memperkasakan insitusi zakat agar kutipan meningkat, jurang perbezaan ekonomi dikurangkan.Banyak kajian yang membuktikan zakat sebagai instrumen pengagihan pendapatan yang adil. Lihat kajian ekonomi zakat.

14. syarikat GLC perlu menerajui konsep Jihad ekonomi (popular dengan Tan Sri Muhammad Ali Hasyim Jcorp) KPI harus diterjemahkan lebih objektif dengan Corporate Social Responsebility untuk bantu basmi kemiskinan.Moga 2010 sifar miskin tegar akan tercapai.

Negara kita sudah mampu menerajui sebuah sistem ekonomi berteraskan Islam cuma kita perlu momentum lebih agresif dari pemimpin utama dalam kementerian kewangan.
naufal@ajoy said…
selamat hari raya en.azli
azlishukri said…
naufal. salam aidil fitri kembali, maaf zahir batin.
Anonymous said…
woit . kahkahkah. yang mengharukan ekonomi anwar ibrahim? anwar ni sapa? bekas banduan. apa pangkatnya? yilek? yg angkut saham juta2 siapa? yang curi balak siapa? yg meruntuhkan sistem kehakiman siapa? yg tahan tanpa bicara siapa? kahkahkah. jawab la dgn fakta jgn dgn fitnah semberono. nanti semua budak2 muda lari takut kan UMNO. kahkahkah
azlishukri said…
to farid - awat anwar tu bersih sangat daripada dosa dan noda ke? langsung tak boleh nak dikritik..hanya yang jahil saja tak tahu siapa Anwar Ibrahim..please la jangan pura2..

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...