Skip to main content

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam

2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas.

3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan mahu pun penulisan mereka yang sering mengaitkan itu dan ini tanpa sandaran dan fakta yang benar. Sekiranya diamati, kebanyakan dari kita masih gagal untuk bersikap jujur dalam berkata-kata, berbicara dan menulis sedangkan ia amat dituntut dalam Islam. Sebagaimana diketahui bahawa jujur atau benar ialah memberitahu, atau menuturkan sesuatu dengan sebenarnya. Lawannya ialah dusta, iaitu memberitakan sesuatu berlainan dengan sebenarnya, walaupun dengan tidak disengajakan.

4. Firman Allah SWT di dalam surah al-Qalam ayat 7-11 yang bermaksud, Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang Engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang- orang yang mendustakan (agama Allah). Mereka suka kalaulah Engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).

5. Dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina (pendapatnya dan amalannya), yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai). Al Imam al-Razi ketika menafsirkan ayat tersebut menyatakan bahawa ayat ini mendefinisikan dengan jelas sifat pendusta iaitu orang-orang kafir itu antaranya sifat suka mencela dan menjaja fitnah. Yang dimaksudkan dengan “hammaz” ialah suka mencela orang dan suka berbalas celaan.

6. Ia juga bermaksud mereka yang suka menceritakan sesuatu yang tidak disukai oleh orang yang diumpat itu dengan tujuan membuka keaibannya. Sementara itu Imam al-Alusi pula menyatakan bahawa asal pada kata “hammaz” itu ialah memukul atau menikam dengan tangan, kayu atau sebagainya.

7. Ini bermaksud manusia yang mencerca manusia lain samalah seperti dia memukul atau menikam sahabat atau saudaranya itu. Mereka bukan sekadar mencerca dan mencaci malah berusaha menjaja berita dusta atau keaiban saudaranya ke serata tempat. Imam At-Tabarani meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata, Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud “ Yang paling dikasihi oleh Allah di antara kamu, ialah mereka yang baik akhlak, yang merendah diri dan mereka yang suka dan mesra dengan manusia lain dan orang lain juga menyenanginya. Dan yang paling dimarahi oleh Allah, ialah mereka yang pergi membawa fitnah, yang memisahkan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah.”

8. Imam Abu Laits al-Samarqandi di dalam kitabnya Tanbihul Ghafilin dan Imam al-Ghazali di dalam Kitabnya Ihya Ulumiddin, telah menyatakan bahawa Umar ibnu Abdul Aziz telah didatangi oleh seseorang lalu menceritakan hal orang lain, maka ditanya oleh beliau “Jika engkau suka maka kami akan menyelidiki kebenaran keteranganmu itu, jika engkau dusta maka engkau termasuk ayat : ( Jika datang kepadamu seorang fasiq membawa berita-berita maka selidikilah. Dan jika benar, maka kau termasuk pula dalam ayat (tukang ejek dan suka mengadu domba). Dan jika engkau suka kami maafkan engkau. Maka jawab lelaki tersebut, “Maafkan saya Ya Amirul Mukminin, dan saya tidak akan mengulangi lagi.”

9. Beliau berkata lagi, “Jika ada orang yang memberitahumu bahawa si polan merendah-rendah engkau. Maka hadapilah ia dengan enam perkara:

1. Jangan percaya kerana tukang fitnah tidak dapat diterima kesaksian.

2. Cegahlah fitnah tersebut.

3. Engkau harus membencinya ( si tukang fitnah ).

4. Jangan engkau rasa bersangka jahat pada sahabatmu yang dicela.

5. Jangan diselidik pula orang yang difitnah.

6. Jangan contohi perlakuan tersebut.

Islam bukan pada nama

10. Segelintir umat Melayu Islam kini, apabila dilihat pada nama pengenalan dirinya menggambarkan suatu yang amat indah dan menarik. Akan tetapi apabila dilihat tutur bicaranya, Masyaallah! Amat menakutkan seolah-olah tidak kenal dosa dan pahala. Apakah tidak kedengaran di telinga mereka hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Ahmad dan Al Bukhari dalam Adabul Mufrad yang bermaksud “Jauhilah perkataan keji, kerana Allah tidak menyukai perkataan keji dan kata mengata dengan perkataan keji”.

11. Nama saya sendiri juga sudah dipopularkan dengan panggilan “Haramsani” di laman-laman blog dan laman sesawang. Barangkali jika tidak menghormati saya sebagai Mufti sekali pun, maka itu hak mereka. Akan tetapi, apakah mereka sudah melupai ajaran dan didikan orang tua-tua yang menghormati orang yang lebih dewasa dari kita. Apakah barangkali asing bagi mereka apa yang disabda oleh Nabi SAW yang diriwayatkan oleh At Tirmizi, Ahmad, Ibnu Hibban, Al Hakim dan Al Bukhari dalam Adabul Mufrat yang bermaksud “Orang Mukmin itu bukan orang yang suka mencemarkan kehormatan, bukan pula orang yang suka mengutuk, berkata keji dan mengumpat”.

12. Berbalik semula isu ancak yang didendangkan oleh pihak-pihak tertentu sejak akhir-akhir ini yang saya tidak mengetahui apa tujuan mereka. Isu ini menjadi lebih popular apabila dikatakan bahawa ia dilakukan oleh Menteri Besar Perak ketika beliau telah dijemput untuk melancarkan Program Projek Infra Bina Upaya (IBU) di Kampung Guar, Manong, Perak. Saya sendiri pun sudah sekian lama tidak mendengar perkataan ini. Namun apabila dialunkan semula, ia menyegarkan ingatan saya terhadap aktiviti yang berleluasa sejak saya kecil lagi.

13. Bagi generasi sekarang, barangkali perkataan itu agak terlalu asing bagi mereka. Ini berbeza dengan warga tua yang rata-rata di kalangan mereka mengetahuinya dan pernah melihat aktiviti tersebut begitu aktif dilaksanakan suatu ketika dahulu. Sekiranya kita merujuk kepada Kamus Dewan, maka akan terdapat perkataan “ancak” yang ditakrifkan sebagai talam daripada anyaman tempat menyajikan barang-barang untuk hantu.

14. Menurut Wikipedia perkataan “acak” atau “ancak” merujuk sebagai sebarang jenis persembahan kepada makhluk halus dalam kebudayaan Melayu. Persembahan ini biasanya merupakan makanan yang terdiri daripada hidangan berupa bertih, pulut kuning, ayam panggang, telur dan anak patung tradisional. Aktiviti “acak” atau “ancak” kebiasaannya akan dilaksanakan oleh pawang sama ada untuk tujuan perubatan, membuang saka atau perkara-perkara yang mempunyai kaitan dengan makhluk halus. Kesemua bahan tersebut akan dihanyutkan ke sungai setelah jampi serapah serta mentera dibaca.

15. Seperkara yang menarik, amalan ini sememangnya tercatat dalam kitab karangan orang terdahulu seperti mana yang terdapat dalam kitab Tajul Muluk. Sebagai contoh, bagi mereka yang baru berpindah dan tinggal di rumah baru, maka beberapa keperluan perlu disedia dan dilaksanakan seperti menyediakan nasi sebanyak tiga warna iaitu kuning, merah dan putih di samping sajian lauk telur ayam tiga biji yang diletakkan di atas nasi-nasi tersebut.

16. Antara keperluan lain ialah menyediakan tiga jenis pisang dan tiga jenis buah-buahan iaitu nangka, kurma dan durian. Kesemua bahan tersebut diletak atas tiang seri rumah tersebut. Barangkali kegiatan sebegini tersebar luas di kalangan masyarakat terdahulu dan sesiapa yang tidak melaksanakannya bererti sengaja membiarkan diri dalam bahaya dan menyanggah arus perdana masyarakat ketika itu.

17. Ketika menelaah kitab ini saya tersenyum dan terfikir apakah masih ada saki baki perlakuan ini dilakukan oleh masyarakat Islam di negara kita sedangkan seruan untuk kembali kepada pengamalan Islam yang bersih dan luhur dari sebarang khurafat disebar siarkan saban waktu. Dalam hal dakwaan bahawa ancak ini juga telah dilakukan oleh pemimpin utama di negeri Perak seperti mana dakwaan sesetengah pihak, saya telah bersemuka dengan beliau dan bertanyakan tentang perjalanan program tersebut.

18. Beliau mengakui bahawa kehadirannya ke majlis tersebut atas undangan bagi merasmikan program bagi membina rumah fakir miskin. Beliau juga mendakwa bahawa tidak terdapat sebarang unsur pemujaan dan pembacaan mentera seperti mana definisi yang saya sebutkan tadi. Apatah lagi tiada sebarang mentera yang dibaca dan dialunkan bagi memuja semangat dan memanggil jin. Adapun tindakan menepung tawar dan merenjis, bagi saya ia adalah amalan biasa masyarakat Melayu asalkan mereka tidak beriktiqad dengan sesuatu Iktikad yang bercanggah dengan syara”. - Mingguan Malaysia

Comments

Anonymous said…
layarilah www.freemalaysiakini.com

sebaraka kepada pengunjung blog anda
Anonymous said…
Suara datuk mufti didengar ramai, bagilah pencerahan sikit fasal duk heboh berjabat salam yg buat Tenang tak tenteram. Harus ke tidak ? Ataupun kena ikut cara first lady, berlaga pipi.

DR NO
blogenstarz said…
Bernas sungguh hujah beliau.
Sepatutnya dibuat risalah dan diedarkan diTenang !

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Datuk Seri Rais Yatim."

Tahniah Datuk Seri Rais Yatim! Oleh Muhammad Azli Shukri Akhirnya, saya harus berterus-terang dengan jujur dan ikhlas – sesungguhnya salah seorang Naib Presiden UMNO yang harus dipilih oleh perwakilan kelak, ialah Datuk Seri Rais Yatim. Malah, saya juga sudah berazam untuk membantu kempen Datuk Seri Rais Yatim – melalui blog saya ini bagi memastikan salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dimiliki oleh beliau. Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – membuka mata saya bahawa “inilah diri sebenar Datuk Seri Rais Yatim” – agak malang kepada sesiapa yang sayangkan UMNO tidak menonton siaran Hujah semalam yang menampilkan dua lagi calon Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Syafie Afdal dan Datuk Seri Rais Yatim. Pada pandangan peribadi saya, sejak siaran Hujah keudara di TV9 – Rais Yatimlah satu-satunya pemimpim UMNO yang sanggup berterus-terang tentang hasrat dan perubahan yang diinginkan oleh akar umbi selama ini. Lantaran itu, pada “ijtihad politik” saya, saya “mewajibk...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...