Skip to main content

Rumah GAPENA Diserang!

Belum pun reda isu kontroversi novel Interlok yang dibakar beberapa hari yang lalu - satu lagi provokasi tercetus. Kini rumah Gapena pula "diserang" dan diceroboh oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Motif tindakan tersebut masih belum diketahui. Baca laporan Bernama di bawah ini : KUALA LUMPUR, 20 Jan – Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa di sini dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan. Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena Borhan Md Zain berkata kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu.

“Antara yang hilang ialah lima komputer, dua mesin cetak (printer), sebuah televisyen LCD dan dokumen-dokumen berkaitan buku Interlok. Semua komputer itu turut mempunyai maklumat berkaitan Interlok,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata satu laporan polis mengenai kejadian itu dibuat di Balai Polis Dang Wangi kira-kira pukul 2 petang tadi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata pihaknya sedang menunggu laporan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daaerah (IPD) Dang Wangi untuk pengesahan dan siasatan lanjut. – Bernama.

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...