Skip to main content

PKR Sabah Lumpuh! Jeffrey Kitingan Keluar Parti

PKR Sabah lumpuh sama sekali tatkala orang kuatnya, Jeffrey Kitingan mengumumkan keluar daripada parti itu. Selama ini, tongkat sakti PKR di Sabah ialah Jeffrey, dan sekarang tongkat sakti tersebut sudah tiada - maka apa yang tinggal lagi untuk PKR di Sabah? Baca berita ini. KUALA LUMPUR, 2 Jan — Bekas naib presiden PKR Datuk Dr Jeffrey Kitingan yang bulan lalu mengumumkan pembentukan satu pergerakan dikenali Barisan Bersatu Borneo (UBF) telah memutuskan untuk keluar parti itu. Beliau akan membuat pengumuman rasmi bersama sekumpulan pengikutnya pada satu sidang media di Kota Kinabalu, Khamis ini. “Ya (saya akan keluar). Apabila saya memutuskan untuk keluar parti, saya akan membuat pengumuman rasmi... sidang akhbar Khamis, ramai lagi (akan keluar),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Bagaimanapun Kitingan tidak menyebut bilangan dan siapa yang akan mengikut beliau. “Ada banyak perkara yang hendak diumumkan pada Khamis ini,” kata beliau ringkas. Beliau tidak bertanding pada pemilihan pusat PKR yang baru berlalu. Sumber mengatakan beliau sudah pun memaklumkan presiden dan setiausaha agung PKR mengenai keputusannya. Pertengahan bulan lalu beliau mengumumkan penubuhan UBF sebagai satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak. Katanya, agenda UBF termasuk mendapatkan kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan. Dalam pada itu Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail ketika dihubungi berkata beliau menerima apa-apa maklumat mengenai keputusan pemimpin Sabah itu. “Saya tidak dengar apa-apa lagi, saya tidak terima apa-apa lagi,” kata beliau lagi.

Comments

Pilihan Pembaca

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...
MURID TERAKHIR TUN DAIM Artikel saya pada 10 Ogos 2008 dalam blog ini bertajuk “Belajar daripada Guru”, saya turut menyarankan kepada pihak kerajaan, agar tambatan ringgit yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997 dilaksanakan semula. Pemerhatian tersebut adalah berasaskan bahawa rejim kapitalis dunia, sama sekali tidak akan mengubah paradigma sistem kewangan dunia yang lebih berorientasikan kepada keuntungan berlipat kali ganda. Sesungguhnya, tiada kejujuran langsung dalam kalangan pemain-pemain ekonomi global terhadap apa yang sering diistilahkan oleh mereka sebagai “Win-Win Situation”. Setiap segmentasi ekonomi dunia, tiada kata-kata manis bahawa setiap negara akan mendapat manfaat daripada sistem yang diamalkan oleh rejim kapitalis tersebut selama ini. Apabila kita mengamalkan sistem kewangan dan ekonomi yang berasaskan kepada “pelindungan” sejak lahirnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semangat tersebut diteruskan oleh Tu...