Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2010

Zulkifli Noordin Digesa Masuk UMNO

Zulkifli Noordin Digesa Sertai UMNO Ekoran Kenyataan Terbaru Beliau Saya merasakan YB Zulkifli Noordin perlu menyertai UMNO, memandangkan prinsip dan keikhlasan beliau dalam perjuangan politik lebih mirip kepada UMNO. UMNO memerlukan seramai mungkin individu yang ikhlas seperti YB Zulkifli bagi mewujudkan suasan politik UMNO yang lebih bersih, baik dan mendekati Islam. Saya doakan agar hati beliau terbuka untuk menyertai UMNO. Amin. (Baca tulisan terbaru beliau di bawah ini) 1. Kejadian seorang wakil rakyat kafir iaitu Ahli Parlimen Serdang, YB Teo Nee Chin (DAP-Serdang) menyampaikan tazkirah dan angpau diruang utama solat Surau Al Huda Kajang Sentral Ahad lepas, kemudian diikuti dengan pencemaran ruang utama solat Masjid Attaqwa di Selayang Baru pada hari Khamis lepas oleh seorang lagi wakil rakyat kafir, YB William Leong Jee Keen (PKR Selayang) mencetuskan satu lagi polemik baru kepada umat Islam. Kejadian yang sama berlaku Ogos 2009 apabila seorang ADUN kafir dari PKR YB Dr. Xavier ...

Mahfuz Ambil Fatwa-Fatwa Terpilih

Mahfuz Ambil Fatwa-Fatwa Terpilih Mahfuz Omar sibuk membelasah UMNO kononnya menentang Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah pun memutuskan orang bukan Islam boleh memasuki masjid sehingga ke tempat solat dengan syarat tingkah laku mereka terjaga dan tidak mencemarkan kesucian masjid. Soal saya hanya satu, mengapa Mahfuz mendiamkan diri pula berhubung isu sambutan Candlelight Vegil yang disertai oleh Nizar Jamaluddin bagi memperingati kematian Teoh Beng Hock dan beberapa pemimpin PK yang menyertai majlis Vitil anti-ISA baru-baru ini - sedangkan sudah jelas Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan penglibatan orang Islam dalam upacara yang menyerupai kaum kafir? Jelaslah PAS dan Mahfuz juga mengamalkan sikap "memilih bulu" dalam masalah halal dan haram - mana-mana fatwa kebangsaan yang menguntung parti tersebut, maka segeralah terpekik dan terlolong - kononnya UMNO menentang fatwa para mufti. Sebaliknya apabila fatwa kebangsaan memutuskan sesuatu hukum yang terkena batang hidung...

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan Di Malaysia?

Siapa Kata Hukum Hudud Tidak Boleh Dilaksanakan di Malaysia? 1. Sudah berkali-kali saya jelaskan di dalam posting saya sebelum ini - sesungguhnya Islam tidak akan dapat ditegakkan melalui demokrasi dan peti undi! Ini adalah nyata dan lagi jelas. Apabila hukum Hudud dan negara Islam "didemokrasikan" - maka hukum tersebut tidak akan berjaya mendapat sokongan dan undian terbanyak rakyat jelata. Sebab itu, Islam tidak dibangunkan melalui sistem sokongan dan peti undi. Demokrasi dan peti undi hanya akan berjaya setelah urusan dakwah dijalankan secara teratur dan bersunguh-sungguh serta berjaya melahirkan masyarakat yang memahami cara hidup Islam yang sejati. Dakwah dalam erti kata yang sebenar bukanlah bermaksud "ceramah" politik di masjid-masjid atau tazkirah pagi jumaat. Wilayah pendakwahan jauh lebih luas daripada itu semua. 2. Dakwah merupakan strategi berterus dan gerak kerja yang memerlukan perancangan, iltizam dan pengorbanan. Nah! Sekarang, apabila ...

Bila Giliran Kita Pula Baling Najis Di Bendera Indonesia?

Bila Giliran Kita Pula? Para penyokong Bendera semakin biadab dan tidak terkawal - sikap anti-Malaysia yang mereka tonjolkan semakin menjadi-jadi. Kini, keselamatan rakyat Malaysia di Indonesia pula jadi pertaruhannya. Kerajaan Malaysia tidak boleh lagi bersikap lembut dalam menghadapi isu seperti ini. Semakin dibiar, semakin berani golongan seperti ini memijak kepala kita. Tindakan tegas mesti segeri diambil. Para pekerja buruh dari Indonesia dan tukang gaji dari negara tersebut perlu dihentikan serta merta. Terbukti rakyat Indonesia tidak pernah mahu menunjukkan rasa bersyukur dengan apa-apa yang telah mereka peroleh dari Malaysia. Nasihat saya, sudah tiba masanya kerajaan Malaysia tidak lagi gentar untuk bersikap tegas dengan Indonesia. Sekarang, bendera Malaysia bukan sahaja dibaling dengan najis dan dipijak-pijak, bahkan nyawa rakyat kita sendiri sedang terancam. Persoalannya, apa rakyat kita buat? Mana peranan Pemuda UMNO, PERKASA dan Pakatan Rakyat dalam isu ini...

Ya Allah, Dunia Sudah Terbalik : Pemimpin PAS Sendiri Tolak Hudud?

Apa Nak Jadi Dengan PAS? Saya sudah tidak tahu lagi apa yang hendak dikata. Setelah Karpal Singh, Lim Kit Siang dan terbaru Nik Nazmi Nik Ahmad menolak hukum Hudud dan negara Islam, kini sudah mula muncul suara-suara sumbang dalam PAS sendiri yang meminta agar PAS mengetepikan terlebih dahulu perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam? Nak jadi apa dengan ahli PAS yang bersikap sebegini? Dah tak tahu ke asal usul perjuangan PAS? Nak jadikan PAS parti yang macam mana lagi nie? Tujuan utama penubuhan PAS adalah menegakkan hukum Hudud dan negara Islam - inilah yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin PAS sejak dari dahulu hingga sekarang! Tetapi secara tiba-tiba, ada seorang ahli PAS yang juga ahli Parlimen Kuala Selangor - sanggup menasihat pemimpin-pemimpin PAS agar memberi fokus kepada polisi-polisi umum sahaja dan bukan kepada hukum Hudud dan negara Islam. Dah giler ke pemimpin PAS ini? Kalau PAS terpaksa menjadikan polisi-polisi umum sebagai matlamat...

Umat Islam Malaysia Boleh Hilang Kuasa - Tun Mahathir

Umat Islam Boleh Hilang Kuasa KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) -- Nama pemimpin negara yang beragama Islam mesti disebut dalam doa khutbah Jumaat kerana Islam merupakan agama yang berkuasa di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini. "Saya bukan racis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain. Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa. "Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa," katanya ketika berucap merasmikan majlis berbuka puasa dan penyampaian Anugerah Sri Cemerlang Kelab Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Universiti pada hari Selasa. Beliau merujuk kepada insiden pengguna...

Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam PAS

Kenyataan Rasmi DAP Tolak Hudud dan Negara Islam Questions have again been raised about the DAP and Pakatan Rakyat policies on hudud laws and Malaysia as an Islamic State. DAP’s stand on Malaysia as a secular state has always been constant and consistent. Hudud laws and Islamic state are not Pakatan Rakyat policies. This is why there is no mention of these issues in the Pakatan Rakyat common platform unveiled at the Pakatan Rakyat Convention in Shah Alam on 19th December last year. In the section on “ Transparent and Genuine Democracy ”, Pakatan Rakyat made the pledge to: “Defend the Federal Constitution, Islam as the religion of the Federation while other religions can be practiced peacefully anywhere in the country and protecting the special position of the Malays and the indigenous peoples anywhere including Sabah and Sarawak, and the legitimate interests of other races in accordance to Article 153.” In the section on “ Religion ”, Pakatan Rakyat made the fol...

Dewan Ulama PAS Diminta Perjelas Kedudukan Aqidah Nik Nazmi

Apa Hukum PAS Terhadap Nik Nazmi? Dewan Ulama PAS diminta bertegas dan menentukan pendirian parti tersebut berhubung dakwaan Karpal Singh yang memetik kata-kata Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad yang menyatakan perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam di Malaysia adalah perbuatan sia-sia. Malah, Nik Nazmi turut menyatakan bahawa hukum Hudud tidak sesuai di negara ini. Menurut amalan budaya PAS, sekiranya kenyataan seperti ini diucapkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO - sah para pemimpin UMNO ini akan menjadi kafir, kerana menolak hukum Allah. Dan sekarang, kita tuntut secara rasmi apakah fatwa dan hukum Dewan Ulama PAS berhubung kenyataan Nik Nazmi yang dipetik oleh Karpal Singh itu. Apakah aqidah Nik Nazmi boleh tergelincir, ataupun dosa Nik Nazmi dibebaskan kerana beliau ialah seorang ahli PKR? PAS diminta siasat hal ini, kerana ia melibatkan aqidah para pemimpin PKR. Kita berharap jangan apabila sesuatu isu itu, terkena batang hidung pemimpin-p...

Siapa Sebenarnya Yang Tidak Faham, Tuan Ibrahim Atau DAP?

PAS Berlutut Minta Izin Kepada DAP Untuk Laksana Islam Saya sebenarnya agak rasa sedikit kasihan dengan para pemimpin PAS yang terpaksa menagih simpati dengan DAP dan Karpal Singh. Seolah-olah hina sungguh Islam, sehingga terpaksa melutut dan menagih kasihan kepada DAP - jelaslah umat Islam terlalu lemah di negara ini, lantaran kita berpecah-belah dan saling membenci, sehingga untuk melaksanakan hukum Hudud dan membentuk negara Islam pun, kita terpaksa memohon izin kepada Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Sekiranya PAS berfikiran jauh dan bijak - semasa isu perpaduan UMNO-PAS meletus, mereka tidak seharusnya bersikap bongkak dan ego, halakan sahaja dakwah mereka itu kepada UMNO dan bukan kepada DAP - jika Islam dan umat Melayu bersatu, kita tidak perlu meminta izin pun kepada DAP untuk melaksanakan hukum Hudud di negara ini. Tetapi sekarang - berbuih-buih mulut para pemimpin PAS untuk mentarbiyyah Ustaz Karpal Singh dan Tok Guru Lim Kit Siang, agar mereka menerima hukum Hud...

Inikah "Perlembagaan Baru" Itu?

Berhujah Dengan Tuan Guru II 1. Saya sangat tertarik untuk membicarakan persoalan "Perlembagaan Baru" yang dikatakan telah wujud dan didedahkan oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria. Menurut beliau, Perlembagaan Baru tersebut bukanlah bermaksud ia benar-benar sudah diluluskan oleh mana-mana pihak, sebaliknya perlembagaan baru itu seakan-akan cadangan/gambaran awal bagi menggantikan perlembagaan yang sedia ada. Dengan kata mudah, ia merupakan dokumen provokasi awal bagi melihat respon rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Jika tiada respon negatif, draf perlembagaan baru itu bakal dijadikan sebagai sandaran dan draf pindaan kepada perlembagaan yang sedia ada, seandainya DAP, PKR dan PAS memerintah negara ini kelak. 2. Soalnya mudah, beberapa tahun sebelum ini, para pemimpin PAS selalu melaung-laungkan kononnya PAS menentang UMNO adalah kerana Kerajaan BN/UMNO mengekalkan Perlembagaan Penjajah, lantaran itu PAS terpaksa berjihad menentang UMNO...

Penghinaan Terhadap Mufti Perak Sudah Bermula!

Penghinaan Terhadap Mufti Perak Sudah Bermula! 1. Seperti yang sudah saya katakan sebelum ini - para bloggers pembangkang akan mula mengutuk dan menghina Mufti Perak, tatkala isu kewujudan "Perlembagaan Baru" dibangkitkan oleh TS Harussani minggu lalu. Ia seperti yang diramal - memperleceh, merendah-rendah dan memaki-hamun mufti yang berjiwa murni ini, semakin galak dilakukan tanpa rasa berdosa. Umpat keji yang dilemparkan terhadap Mufti Perak dimulakan dahulu dengan kenyataan super bijak Prof Abdul Aziz Bari yang seakan-akan cuba menggambarkan "kebodohan" dan "kedangkalan" Mufti Perak terhadap proses sesuatu perundangan negara digubal. 2. Nak kata tak pandai, nanti Abdul Aziz kecil hati pula, sebab namanya pun sudah ada title prof, jadi kita anggaplah beliau bijak dan super bijak. Sama ada kita faham atau pun tidak, yang dimaksudkan oleh Harussani berkenaan wujud "Perlembagaan Baru" itu bukanlah dalam erti...

Melayu Tidak Bersatu Punca Turun Bala Allah

Orang Melayu-Islam Tidak Bersatu Punca Bencana Alam Oleh JEFRI ZACHARIAH (sebuah rencana yang patut kita renungkan) 1. Baru-baru ini kita melihat bagaimana terjadinya ribut yang berlaku secara tiba-tiba di Bazar Ramadan dekat Jasin sewaktu orang ramai sedang membeli juadah berbuka puasa. Tiga orang terbunuh dalam kejadian yang memilukan itu. Kemudian berlaku ribut yang sama di Lembah Kelang hingga banyak kereta dan rumah musnah 'dilibas' angin yang juga datang secara tiba-tiba. 2. Betul, di Malaysia bencana alam jarang berlaku. Walaupun begitu, antara bentuk-bentuk bencana yang kerap direkodkan di negara ini adalah banjir, banjir kilat dan tanah runtuh. Sepanjang kebelakangan ini, terdapat beberapa peristiwa bencana alam yang mendapat liputan meluas seperti Tragedi Highland Tower (1993), Tragedi Pos Dipang (1996), Tragedi Ribut Greg di Sabah (1996), kejadian tanah runtuh di Gombak (2004) dan banyak lagi. 3. Aku nak bagitahu di sini, trage...

Mengapa Datuk Nazir Razak Kritik DEB?

Murid Terakhir Datuk Nazir Razak 1. Seandainya, benar bahawa Datuk Nazir Razak, CEO CIMB yang juga merupakan adik kepada Perdana Menteri Malaysia menyatakan kritikan pedasnya terhadap Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan kata-katanya yang berbunyi, "DEB seolah-olah dilihat dipernyataan-haramkan (Bastardisation)" - maka saya fikir, saya terpaksa meluahkan rasa kecewa. Saya pernah menemui beliau - berbincang dan mewawancara beliau berkenaan kejayaannya membawa CIMB ke mercu kejayaan. (Baca di sini) dan (di sini) . 2. Saya fikir, secara ringkas - saya menyanjungi beliau atas kapasiti seorang usahawa Melayu yang berjaya atas usaha dan kesungguhan diri sendiri. Tetapi - jika benar kata-kata di atas itu terkeluar daripada mulut Nazir Razak - saya rasa ia sudah terlalu jauh daripada kebenaran. Izinkan saya yang serba daif ini membuat sedikit kesimpulan terhadap kritikan pedas daripada CEO CIMB tersebut. Walauapa pun alasan kita - hakikatnya DEB tidak boleh disalahkan, yan...

Tazkirah Daripada Zulkifli Noordin

Tazkirah Daripada Zulkilif Noordin "Jangan lupa parti si Guan Eng ini adalah parti yang memang anti Islam. Jangan lupa penghinaan Ketua Staf Guan Eng, YB Jeff Ooi melabelkan Jemaah Islah sebagai teroris, dan sehingga kini enggan memohon maaf. Bagaimana pula kenyataan mereka di Sibu bahawa isu pemerintahan negara Islam ala PAS tidak timbul kerana PAS tidak akan menjadi pemerintah dibawah Kerajaan Pakatan. Dan ingatlah "patwa" mursyidul am DAP Karpal Singh, "Islam over my dead body". Dan pendirian jelas DAP yang menolak penubuhan sebuah Daulah Islamiyyah!! Dan yang paling malang, ada Melayu haprak yang sanggup menjadi balaci dan tukang angguk cauvinis ini, hanya kerana seronok dengan jawatan dan kedudukan. Begitulah Melayu, samada bersongkok atau berserban, demi kerakusan politik mereka akan halalkan apa sahaja. Bukankah sudah tiba masanya bangsa Melayu beragama Islam perlu kembali kepada perjuangan Islam sebenarnya, menegakkan kembali...

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i...

Perlembagaan Syaitan

Perlembagaan Syaitan 1. Seandainya Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya masih mahu bergabung dan merombak perlembagaan Malaysia yang sudah lama termaktub dan menuduh kononnya BN/UMNO cuba membunuh demokrasi melalui ISA, sila (baca di sini) . Maka, tuduhlah apa-apa sahaja yang tuan-tuan suka terhadap UMNO/BN - zalim, jahat, menggunakan polis untuk pertahankan kuasa, mengunakan ISA untuk terus memerintah atau menggunakan mahkamah untuk terus memimpin negara ini, tuduhlah sepuas-puasnya. Jika semua ini mampu menyekat dan menghalang mudharat yang lebih besar seandainya DAP dan PKR memerintah negara ini. Kerajaan BN/UMNO mesti menggunakan segala kekuatan yang ada bagi menghilangkan mudharat-mudharat tersebut (DAP, PKR dan PAS) daripada terus memporak-perandakan perlembagaan dan negara tercinta ini. 2. Sejak akhir-akhir ini, PKR dan DAP semakin berani, semakin menunjukkan taring mereka yang sebenarnya. Ingin menghapuskan kuasa raja-raja, memansu...

Melayu Akan Tewas Jika 13 Mei Berulang

Melayu Akan Tewas Jika 13 Mei Berulang Membaca berita yang disiarkan di dalam MalaysiaKini di bawah ini, membuatkan saya bertambah sakit hati kepada Lim Kit Siang. Saya bukan mahu mempertahankan pengetua sekolah tersebut, tetapi saya mahu mengingatkan Lim Kit Siang, siapa yang memulakan dahulu budaya perkauman ini? Siapa yang mula menghina sultan Perak, siapa yang mula menghina perlembagaan negara? Siapa yang mula mempertikai hak istimewa orang Melayu? Siapa yang mula mahukan perlembagaan Malaysia di rombak? Siapa yang mula mahu mempertahankan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gareja Katolik? Siapa yang mula mahukan hak sama rata diberikan kepada semua kaum? Siapa yang mulakan semua ini? Semua ini dimulakan oleh DAP!! Dan sekarang DAP baru sedar bahawa mereka sedang bermain dengan Api? Persetankan DAP!. Lim Kit Siang harus ingat, parti beliaulah yang memulakan segala agenda yang menyentuh kepentingan orang Melayu di negara ini. DAPlah yang menjadi ...

Sah Mahathir Anti-Yahudi, Anwar Bagaimana?

Sah Mahathir Anti-Yahudi Bagaimana Anwar? During Mahathir's years as prime minister he made extreme anti-Zionist and anti-Semitic statements, some of which achieved wide resonance. Mahathir nurtured anti-Semitism in a Malaysia that was without Jews. On 27 January 1981, in a speech in Saudi Arabia, he urged regaining the Palestinian lands by force since Israel was not invincible. He also, as will be discussed, vilified Israel at major venues. In June 1983, Mahathir issued a statement attacking Israel for its incursion into Lebanon and calling it "the most immoral country in the world." In October 1983, at the OIC's Sixth Conference on Palestine held in New York, Malaysia expressed concern about Israel's renewed activities in Africa and called for their immediate halt. Malaysia opposed establishing Jerusalem as the capital of Israel and supported the resolution at the Jerusalem Conference of the OIC (New York, April 1984) to sever ties...