Skip to main content

Wanita Makin Tidak Selamat?


WANITA MAKIN TIDAK SELAMAT?


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat. Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian. Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum.


Ulasan Saya :

Saya rasa sangat sedih dengan keadaan ini. Allah menganugerahkan kita seorang isteri adalah untuk kita melayaninya dengan baik. Kebanyakan lelaki yang kurang pendidikan agama dan selalu menonton video lucah sering menjadikan isteri mereka sebagai mangsa untuk diperlakukan sesuka hati. Malah, perbuatan meliwat isteri yang jelas haram itu pun sanggup mereka lakukan tanpa rasa berdosa. Sebab itulah, sebelum seseorang wanita ingin memilih calon suami, mereka harus memerhatikan terlebih dahulu latarpendidikan agama bakal suami mereka itu dengan teliti. InsyaAllah, dengan memilih suami yang benar-benar beriman, keganasan seks mungkin dapat dielakkan - tetapi itu bukan jaminan. Ada juga ustaz-ustaz yang ganas dan tidak berperikemanusiaan dalam hubungan seks mereka dengan isterinya, akibat terpengaruh dengan cerita lucah. Yang penting menurut hemat saya, bakal-bakal isteri harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan berkenaan hak-hak mereka dalam Islam dan perundangan negara, agar mereka kelak tidak mengikut hawa nafsu suami mereka yang melampaui batas sehingga sanggup "melayak" isteri mereka sesuka hati, seperti meliwat. Dalam hubungan seks suami isteri, Islam sudah mengaja etika dan adabnya, maka ikutlah cara Rasulullah. Kesimpulannya, dalam apa-apa juga perbuatan kita, Allah tidak menyukai orang yang melampaui batasan. Wallahualam.

Comments

ninim said…
tepat sekali..kesian wanita2 yang teraniaya
Admin CCZ said…
Dengan bertebarannya video-video lucah yang begitu mudah didapati di internet waima di telefon bimbit, perbuatan meliwat bukan lagi perkara luar biasa malah dah biasa. Dalam 10 lelaki mungkin 5 sudah merasai lalu yang 5 lagi terfikir bagaimana rasanya juga.Yang boleh menghalangnya ialah pegangan agama. Hanya iman yang menjadi penghadangnya.

Semoga umat Nabi Muhammad terlindung dengan perkara begini walaupun jika ada kelapangan sila layari blog gay melayu malaysia. hampir 90% bermulanya nama Muhammad. Sesuatu yang begitu mencengkam jiwa.
joegrimjow said…
hanya lelaki dayus yang rosakkan isteri!!
Unknown said…
Salam
tontonilah filem perempuan berkalung serban maka dalam filem itu akan ditemukan tentang hak2 wanita dalam Islam dan dalam rumahtangga yang perlu diketahui dan diperbaiki
PutraRocker said…
syurga bwh tpk kaki suami..ngeh3
pinkiss said…
lindungi wanita. bukan sakiti.
Relevan said…
Sayangi isteri isteri kita..
Maya Khairy said…
Salam Saudara Azli,

Takutnya Maya cam ni. Pandangan Maya lelaki yang berserban ni lagi susah nak percaya. Kadang-kadang serban yang dipakai hanya untuk kaburkan mata.

Maya lebih rela bertemankan manusia yang kita tahu jahatnya, daripada ditipu oleh penampilan dan rupa.

http://mayakhairy.blogspot.com/
ikan emas said…
Wanita di negara ini msh tebal dgn sikap malu dan konon nk menjaga maruah suami dan keluarga hingga sanggup diri dianiaya. Tu belum msk kes dera fizikal dan emosi ..

Ada jg isteri(perempuan) yg sanggup biarkan suami membaham anak perempuan mereka snd ?? kes ni mcm ne lak?

Wanita perlu lebih berani!! Negara kita ada undang-undang dan akta yg berkaitan..byk saluran dan tempat utk mengadu.Lupakan karenah birokrasi..perjuangkan yg hak !!
Anonymous said…
Rasulullah SAW sendiri mahu kita puaskan isteri semasa jimak, apa lagi dalam urusan lain.

DR NO
fahana_ann said…
salam tuan, untuk komen pasal artikel sebelum ni, memang dah patutny akerajaan ambil langkah tegas mengenai lesen yang melibatkan arak ni..kuatkuasa dan kawalan perlu lebih ketat..

wanita tidak selamat?..wanita perlu tahu hak yang sebetulnya spt yang digariskan islam..jangan kerana rasa cinta dibiarkan diri teraniaya..tapi, perlu berusaha perbaiki hubungan..berdoa' sentiasa mudahan dijauhi anasir jahat
skinny jeans said…
I love it, really enjoyed it..
azlishukri said…
salam, tak sempat untuk membalas komen tuan2
sim only said…
good taste of post.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.