Skip to main content

Wanita Makin Tidak Selamat?


WANITA MAKIN TIDAK SELAMAT?


KUALA LUMPUR: Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO) menerima 25 aduan daripada isteri yang mengalami pelbagai bentuk keganasan seksual daripada suami masing-masing, tahun lalu, dengan sekurang-kurang dua mangsa diliwat. Presiden WAO, Meera Samanther, berkata bagaimanapun kebanyakan isteri terbabit enggan membuat laporan polis, antara lain kerana masih dibelenggu perasaan keliru sama ada pihak suami sebenarnya berhak atau tidak untuk memperlakukan mereka sedemikian. Selain itu, beliau berkata, ada juga mangsa yang tiada atau kurang mempunyai pendedahan mengenai perlindungan undang-undang bagi isteri yang menjadi mangsa penderaan seksual suami, di samping faktor tidak mahu perkara memalukan dalam rumah tangga mereka diketahui umum.


Ulasan Saya :

Saya rasa sangat sedih dengan keadaan ini. Allah menganugerahkan kita seorang isteri adalah untuk kita melayaninya dengan baik. Kebanyakan lelaki yang kurang pendidikan agama dan selalu menonton video lucah sering menjadikan isteri mereka sebagai mangsa untuk diperlakukan sesuka hati. Malah, perbuatan meliwat isteri yang jelas haram itu pun sanggup mereka lakukan tanpa rasa berdosa. Sebab itulah, sebelum seseorang wanita ingin memilih calon suami, mereka harus memerhatikan terlebih dahulu latarpendidikan agama bakal suami mereka itu dengan teliti. InsyaAllah, dengan memilih suami yang benar-benar beriman, keganasan seks mungkin dapat dielakkan - tetapi itu bukan jaminan. Ada juga ustaz-ustaz yang ganas dan tidak berperikemanusiaan dalam hubungan seks mereka dengan isterinya, akibat terpengaruh dengan cerita lucah. Yang penting menurut hemat saya, bakal-bakal isteri harus mempersiapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan berkenaan hak-hak mereka dalam Islam dan perundangan negara, agar mereka kelak tidak mengikut hawa nafsu suami mereka yang melampaui batas sehingga sanggup "melayak" isteri mereka sesuka hati, seperti meliwat. Dalam hubungan seks suami isteri, Islam sudah mengaja etika dan adabnya, maka ikutlah cara Rasulullah. Kesimpulannya, dalam apa-apa juga perbuatan kita, Allah tidak menyukai orang yang melampaui batasan. Wallahualam.

Comments

ninim said…
tepat sekali..kesian wanita2 yang teraniaya
Admin CCZ said…
Dengan bertebarannya video-video lucah yang begitu mudah didapati di internet waima di telefon bimbit, perbuatan meliwat bukan lagi perkara luar biasa malah dah biasa. Dalam 10 lelaki mungkin 5 sudah merasai lalu yang 5 lagi terfikir bagaimana rasanya juga.Yang boleh menghalangnya ialah pegangan agama. Hanya iman yang menjadi penghadangnya.

Semoga umat Nabi Muhammad terlindung dengan perkara begini walaupun jika ada kelapangan sila layari blog gay melayu malaysia. hampir 90% bermulanya nama Muhammad. Sesuatu yang begitu mencengkam jiwa.
joegrimjow said…
hanya lelaki dayus yang rosakkan isteri!!
Unknown said…
Salam
tontonilah filem perempuan berkalung serban maka dalam filem itu akan ditemukan tentang hak2 wanita dalam Islam dan dalam rumahtangga yang perlu diketahui dan diperbaiki
PutraRocker said…
syurga bwh tpk kaki suami..ngeh3
pinkiss said…
lindungi wanita. bukan sakiti.
Relevan said…
Sayangi isteri isteri kita..
Maya Khairy said…
Salam Saudara Azli,

Takutnya Maya cam ni. Pandangan Maya lelaki yang berserban ni lagi susah nak percaya. Kadang-kadang serban yang dipakai hanya untuk kaburkan mata.

Maya lebih rela bertemankan manusia yang kita tahu jahatnya, daripada ditipu oleh penampilan dan rupa.

http://mayakhairy.blogspot.com/
ikan emas said…
Wanita di negara ini msh tebal dgn sikap malu dan konon nk menjaga maruah suami dan keluarga hingga sanggup diri dianiaya. Tu belum msk kes dera fizikal dan emosi ..

Ada jg isteri(perempuan) yg sanggup biarkan suami membaham anak perempuan mereka snd ?? kes ni mcm ne lak?

Wanita perlu lebih berani!! Negara kita ada undang-undang dan akta yg berkaitan..byk saluran dan tempat utk mengadu.Lupakan karenah birokrasi..perjuangkan yg hak !!
Anonymous said…
Rasulullah SAW sendiri mahu kita puaskan isteri semasa jimak, apa lagi dalam urusan lain.

DR NO
fahana_ann said…
salam tuan, untuk komen pasal artikel sebelum ni, memang dah patutny akerajaan ambil langkah tegas mengenai lesen yang melibatkan arak ni..kuatkuasa dan kawalan perlu lebih ketat..

wanita tidak selamat?..wanita perlu tahu hak yang sebetulnya spt yang digariskan islam..jangan kerana rasa cinta dibiarkan diri teraniaya..tapi, perlu berusaha perbaiki hubungan..berdoa' sentiasa mudahan dijauhi anasir jahat
skinny jeans said…
I love it, really enjoyed it..
azlishukri said…
salam, tak sempat untuk membalas komen tuan2
sim only said…
good taste of post.

Pilihan Pembaca

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?

NOSTRADAMUS SUDAH MATI! Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tin

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

"Perhimpunan Bersih 2.0 Haram, Peserta Perhimpunan Harus Bertaubat" - Majlis Fatwa Kebangsaan

Itulah akibatnya menyokong sesuatu perbuatan tanpa ilmu. Apa-apa sahaja yang disuruh oleh si Ambiga itu, semua penyokong Pakatan Rakyat ikut dan taat - tidak ubah seperti seekor lembu yang dicucuk hidung. Sekarang - tidak pasal-pasal para penyokong tegar PR yang bakal menyertai Perhimpunan Haram Bersih 9 Julai ini diminta bertaubat nasuha. Inilah akibatnya apabila tiada ilmu agama dan bertakliq buta kepada ulama-ulama PAS. Berita terkini Majlis Fatwa Kebangsaan meminta peserta Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini agar bertaubat. Baca berita ini..