Skip to main content

Pemuda UMNO 2009 : Jangan Terikut Rentak Pembangkang


PEMUDA UMNO 2009
Jangan Ikut Rentak Pembangkang


KUALA LUMPUR 5 Ogos - Pergerakan Pemuda UMNO hari ini melahirkan kesanggupan mereka untuk turun padang menyertai demonstrasi aman yang dianjurkan oleh Pemuda Pas Jumaat ini bagi mendesak Kerajaan Selangor menukar portfolio Exconya, Ronnie Liu. Bagaimanapun, menurut pergerakan itu, Pemuda UMNO hanya akan menyertai perhimpunan tersebut sekiranya Pas berjaya mendapat permit daripada polis untuk mengadakan demonstrasi aman tersebut. Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, pihaknya dimaklumkan bahawa Pas akan menganjurkan demonstrasi itu di kawasan masjid pada Jumaat ini. "Kami Pemuda UMNO ingin bertanya kepada Pemuda Pas, di masjid mana akan diadakan demonstrasi itu pada pukul berapa? Adakah sudah mendapat permit? "Jika sudah mendapat permit, Pemuda UMNO bersedia untuk menyertai demonstrasi bersama Pas mendesak supaya Liu meletakkan jawatannya," katanya selepas mengiringi tiga persatuan peniaga membuat laporan polis terhadap Gabungan Mansuhkan ISA (GMI) di Balai Polis Tun H.S Lee di sini hari ini. Pas Selangor semalam mendesak kerajaan negeri menarik balik portfolio kerajaan tempatan yang dipegang oleh Liu berikutan beberapa masalah yang ditimbulkan oleh wakil rakyat DAP itu. Menurut Tengku Azman, dalam perkara ini, Pemuda Pas boleh berkerjasama dengan Pemuda UMNO untuk sama-sama melahirkan kemarahan terhadap tindakan Liu itu. "Kami yakin polis akan memberi permit untuk demonstrasi ini jika Pas gunakan saluran betul," katanya.


Ulasan Saya :


1. Saya tidak tahu apakah pandangan blogger yang lain dalam hal ini. Namun demikian, saya berpandangan bahawa dalam keadaan sekarang tidak perlu rasanya Pemuda UMNO menyertai demostrasi yang dianjurkan oleh PAS itu. Hal ini pasti akan menimbulkan beberapa implikasi.


2. Implikasi yang paling jelas diterima oleh UMNO jika menyertai demonstrasi anjuran PAS itu adalah dari aspek maruah. Saya fikir, maruah Pemuda UMNO akan tercalar kerana cuba terlibat sama dalam hal-ehwal rumah tangga pembangkang, seolah-olah UMNO sudah ketandusan isu untuk diketengahkan kepada rakyat. Masyarakat akan melihat Pemuda UMNO begitu lemah, sehingga terpaksa menyertai demonstrasi anjuran PAS sebagai platform untuk bersuara dan popular.


3. Kita juga bimbang jika Pemuda UMNO dan Khairy Jamaluddin akan diperlekehkan oleh barisan pemuda pembangkang kerana terpaksa menyertai demo anjuran mereka, malah tidak mustahil mereka akan berkata kepada Pemuda UMNO dengan perkataan begini, "Daripada sertai demo, lebih baik Pemuda UMNO sertai PAS". PAS juga akan menuduh bahawa Pemuda UMNO tidak upaya mengerahkan bala tenteranya dan terpaksa menyertai mereka dalam isu ini.


4. Pada hemat saya, Pemuda UMNO hanya ada dua pilihan, sama ada tidak menyertai demo anjuran PAS tersebut, atau pun buat demo khusus untuk Pemuda UMNO sahaja, dan pastikan demo itu mendapat permit polis.


5. Kita tidak mahu Pemuda PAS melihat Pemuda UMNO lemah, sudahlah tajuk wacana yang dipilih oleh Dewan Pemuda PAS ditolak oleh Khairy, kini, kita pula yang mahu menyertai demo anjuran mereka. Lainlah jika Pemuda PAS menjemput Pemuda UMNO untuk sama-sama menyertai mereka, sebaliknya dalam isu ini, Pemuda UMNO pula yang dilihat sebagai hidung mancung pipi tersorong-sorong.


6. Saya berpendapat isu Ronnie Liu merupakan isu dalaman Pakatan Rakyat, jadi biarkan rakyat yang menilai mereka, Pemuda UMNO rasanya tidak perlu terlalu terikut-ikut dengan gaya dan rentak politik pembangkang yang suka mengadakan demonstrasi jalanan. Pemuda UMNO harus mempunyai imej mereka tersendiri dan gaya politik yang lebih bijak dan tidak terikut-ikut. Kita tidak mahu, kelak Pemuda UMNO akan mengikut tiap-tiap langkah politik pembangkang yang akhirnya merugikan UMNO sendiri. Tidak mustahil juga dalam keadaan sekarang ini jika dihimpun kedua-dua penyokong parti itu, pergaduhan akan meletus kerana masing-masing ingin menjadi hero. Oleh sebab itu, idea melaksanakan demonstrasi secara bersama ini hanya akan mengundang fitnah kepada UMNO sahaja. Ia sama sekali tidak mampu menguatkan Pemuda UMNO itu sendiri.


7. Sekarang, Pemuda UMNO di bawah kepimpinan Khairy harus segera mencari idea bagaimana sayap kanan UMNO itu berupaya menarik minat orang muda agar sama-sama turun padang bagi membantu perjuangan UMNO yang semakin diperlecehkan oleh parti pembangkang. Dan kita tidak perlu terlalu berharap dengan kejujuran PAS yang semakin tersepit sama ada mahu terus bekerjasama dengan DAP atau pun sebaliknya.Wallahualam.

Comments

Salam hormat saudara azli, salam kembali,

saya bersetuju,
Islam tidak mengajarkan kita begitu,

juga saya bersetuju agar tidak mencampuri akan hal peribadi orang lain, hal dalaman itu telah membuktikan bahwa mereka mempunyai konflik,
dan setelah kita ini jika sudah ter-'tahu' akan hal konflik itu, apakah kita akan turut memanipulasikan fakta?
tidak perlu, perkukuhkan barisan, FOKUS kepada apa yang hendak dilakukan,
tidak perlu campur kerana -demi masa, kita tidak perlu (tidak boleh) mencampuri akan hal dalaman urusan orang lain, atau urusan keluarga orang lain,

begitulah juga akan halnya didalam pengukuhan institusi kekeluargaan kita,
bertanya para sahabat kepada Baginda Rasulullahi SAW,
'apakah duduk perkara diantara kita dan ipar-duai kita', jawapan Baginda Rasulullahi SAW: 'Maut',

begitulah jika kita mahu perhalusikannya,

saudara azli shukri yg dihormati,
teruskan menulis, azli sudah berada di landasan, azli juga sudah sejajar dengan:
Chapter III. Strategic Attack (Chinese: 謀攻,谋攻) The Art of War, Sun Tzu,
Selepas ini, 'Charge',

Oh ya, Jangan lupakan, terus kepada:
Chapter IX. Movement and Development of Troops (Chinese: 行軍,行军)

nota: bukan lim guan eng sahaja yg baca buku ini, org lain pun boleh baca juga, :) orang kampung buah pala pu boleh baca buku ini, orang kampung talang mesjid pun buleh baca jugak, orang padang rengas, siapa yang boleh, ajarkanlah dengan sebaik-baiknya, yang penting, Agama didahulukan,

lim pun baca buku khalifah umar al-khatab',

berhati-hati saudaraku, baca semua,
bacalah semua perkara, Iqra', baca,

Tahniah dan salam hormat,
azlishukri said…
namoyaki - terima kasih atas nasihat dan sokongan, memang benar dengan banyak membaca fikiran kita akan bertambah matang, dan ditambah pula dengan amalan, hidup kita pasti bahagia.
Cheguman said…
Salam Azli,
Pemuda & UMNO perlu menghayati sepenuhnya pendekatan DS Najib. Lihat bagaimana beliau berpencak tenang & matang sehingga musuh-musuhnya rebah kerana tersadung kaki sendiri.
ikan emas said…
Saudara memberikan pandangan yg ikhlas ,telus dan benar.

Pemuda jgn jd cakap tak serupa bikin..nampaknya pemuda pimpinan KJ ni mmg suka nk demo-demo ni.
Ada byk cara lain kalau tak setuju..cara yg lebih bijak dan kritis.Tak perlu menerjunkan diri ke lembah yg sedia ada gelora !! Bimbang nanti yg lemas bukan pemuda PAS ttp pemuda UMNO snd.
Anonymous said…
Ketua penerangan UMNO kata apa yg berlaku antara PAS vs DAP di Selangor dan Penang sekarang hanyalah drama/sandiwara bagi hadapi PRU permatang pasir. Bertentangan dgn telaah saudara dlm previous posting. Macam mana ni?
DR NO
azlishukri said…
Dr No itu hanyalah pandangan Ketua Penerangan UMNO Malaysia, belum tentu tepat. Apa yang saya tulis adalah berasaskan kepada apa-apa yang telah berlaku, saya tidak mahu membuat andaian lain selain daripada apa yang telah terjadi.
Unknown said…
salam abang azli
tak perlulah nak ikut rentak lawan.Itu hal diaorang biarlah UMNO tak perlu masuk campur.Lebih baik dalam keadaan sekarang ini UMNO perkuatkan jentera pemuda mereka dan tunjukkan bahawa UMNO lebih baik dari PR.
Anonymous said…
Nampaknya Pemuda di bawah pimpinan KJ tidak mempunyai taring seperti di zaman Dato Harun Idris, Dato Syed Jaafar Albar, Dato Senu Abdul Rahman dan Dato Seri Najib Tun Razak.

Mungkinkah kerana kemenangan KJ menjadi KP UMNO tidak direstui oleh kebanyakan ahli Pemuda UMNO yang telah melaung bertalu-talu "KJ RASUAH" "KJ RASUAH" "KJ RASUAH" "KJ RASUAH" seperti yang dapat diikuti dalam U tube - cries of Rasuah.
Anonymous said…
Pemuda di bawah pimpinan KJ tidak bermaya, tenggelam punca, tidak jelas arah tuju, tidak dapat membantu pucuk pimpinan.

Kalau KJ mengutamakan kepentingan UMNO, Bangsa Melayu dan negara lebih daripada dirinya sendiri undur diri secara terhormat dan serahkan pada Naib Ketuanya.
Baijat said…
Turun berdemonstrasi?

Tidak perlulah sampai begitu. Perlukah kita manghabiskan tenaga, masa dan wang untuk berdemonstrasi. Itu satu bentuk pembaziran. Tambahan pula mahu diadakan pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Hormatilah hari tersebut dengan pujian kepada Tuhan bukan terpekik lolong.

Lagipun, kita dalam bulan Syaaban. Tak sampai 2 minggu lagi dah masuk Ramadhan.

Tindakan Ronnie Liu memang biadap tapi sebagai umat Islam dan Melayu, kita kena atasi perkara secara terhormat dan bermaruah.

Jangan fikir nak berdemonstrasi tanpa fikir susah senang orang lain.
Amin Baek said…
mungkin byk mende lain yg boleh dilakukan..mayb bt petisyen,,anta memo instead of buang masa berdemo,mengacau org,menyusahkn org..
Qorie Afifi said…
BERJUANG TIDAK HARUS MENANG...NAMUN UNTUK MENANG , KITA HARUS BERJUANG......
pasemboq said…
HIMPUNAN PERPADUAN UMAT ISLAM
Tarikh - 7 Ogos 2009 / Jumaat

Masa - 2.30 ptg

Tempat - Perkarangan MBSA, Shah Alam


Semua umat Islam dijemput hadir untuk memberikan sokongan kepada kakitangan MBSA yang telah dimarah keras, diherdik, dimaki hamun, ditengking dan ditunjal oleh YB Ronnie Liu kerana mereka telah melaksanakan tugas dengan merampas minuman keras arak BEER dari sebuah kedai 7-eleven section 8 yang tidak memiliki lesen perniagaan menjual arak.

Isu BEER menyatukan kita. BERANI KERANA BENAR. Perpaduan untuk umat Islam.

....................................

dipetik drp blog pengampu dan perosak umno, parpukari.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...