Skip to main content

Di Sini Jalan Berliku


Di Sini Jalan Berliku


SHAH ALAM 6 Ogos - Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid menyatakan sokongannya terhadap mana-mana pihak yang memperjuangkan larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam di negeri ini. Beliau menegaskan, pendiriannya adalah jelas bahawa walau berapa peratus pun kandungan alkohol dalam minuman tersebut, ia tetap haram kepada orang Islam. ''Kenapa perlu dipersoal lagi kerana ia sudah termaktub dalam hukum Islam, minuman yang mengandungi walaupun setitik alkohol, haram diminum oleh orang Islam. ''Hukum ini tidak perlu disangkal lagi kerana yang haram tetap haram, ia tidak akan berubah sampai bila-bila," tegas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Mohd. Tamyes menambah, larangan menjual arak di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam sudah lama dikuatkuasakan sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) lagi, tetapi sehingga kini perbuatan itu masih belum ada penghujungnya. ''Sebab itu, saya bersetuju apabila pihak berkuasa tempatan dan JAIS diberi kuasa merampas arak di premis berlesen jika menjualnya di kawasan majoriti penduduk Islam," katanya. ''Tindakan menghalang perbuatan tersebut (menjual arak) seperti membuka 'ikatan tali yang diikat erat'," jelas beliau.


Ulasan Saya : Sudah jelas selama ini pun kerajaan BN/UMNO sudah menguatkuasakan larangan menjual arak di kawasan yang majoriti penduduknya beragama Islam. Arak hanya dibenarkan dijual kepada orang bukan Islam, malangnya terdapat penyalahgunaan kuasa sehingga arak boleh terlepas untuk dijual dikawasan orang Melayu. Pada hemat saya, sudah tiba masanya pihak kerajaan mengambil langkah tegas dalam soal ini. Namun demikian, untuk menyalahkan pihak kerajaan semata-mata adalah tidak adil. Semua orang bertanggungjawab. Ibu bapa mempunyai peranan besar dalam hal ini. Menuduh kononnya kerana kerajaan mengeluarkan lesen arak adalah punca kepada segala masalah, adalah tidak benar. Sudah jelas, kerajaan mengeluarkan lesen arak hanya untuk golongan bukan Islam. Hal ini tidaklah bermaksud bahawa arak adalah halal. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dari semasa ke semasa memberi kefahaman kepada seluruh rakyat tidak mengira agama berkenaan keharaman dan bahayanya arak kepada kesihatan manusia. Begitu juga dengan rokok. Sudah tiba masa ia dikurangkan pengeluarannya. Malah, tanaman tembakau juga harus dikurangkan. Kita sedia maklum orang yang merokok jauh lebih ramai daripada orang yang meminum arak di Malaysia, namun mudaratnya jelas hampir sama iaitu - mencampakkan diri ke arah kebinasaan. Rokok dan Arak adalah musuh utama rakyat Malaysia, selain daripada larangan menjual arak di kawasan orang Melayu, kita juga memohon agar syarat untuk mendapatkan lesen arak diperketatkan. Begitu juga dengan rokok. Saya lihat baik orang UMNO mahu pun orang PAS - merokok sudah menjadi satu santapan. Padahalnya, merokok juga adalah haram. Adalah tidak adil jika kita hanya meminta agar pihak kerajaan mengurangkan pengeluaran lesen arak semata-mata, sebaliknya semua jenama rokok mudah diperoleh di mana-mana sahaja. Kita harus faham, orang yang meminum arak akan bermula dan berjinak-jinak dengan rokok terlebih dahulu, dan orang yang meminum arak jarang sekali kita jumpa tidak merokok. Dan pengambilan ganja atau dadah, kebiasaannya bermula dengan merokok. Wallahualam.

Comments

azmi yusof said…
salam..
dulu masa tidak memerintah, mereka boleh kata macam macam kepada pemerintah yang ada..sampai masa memerintah, baru mereka tahu betapa susahnya nak memerintah..saya tidak kisah kalau ada diantara mereka masih menyalahkan kerajaan yang dulu..cakaplah apa sahaja..cuma saya betul betul nak lihat apa mereka boleh buat..kalau kata kerajaan BN zalim..sekarang jadilah baik sebaik baiknya...kalau tuduh BN rasuah..jauhilah rasuah walo sesen pun..kalo tuduh BN tak mengharamkan arak..haramkanlah sekarang..tutuplah kilang yang ada tu..kenapa tak buat ??susah ker??janganlah lagi memberi alasan benda benda buruk semuanya datang dari BN...yang baik semuanya ditelan..sememangnya jalan kita semakin berliku..hari ini Redhuan Tee Abdullah dihina dan dicaci..selamatkanlah negaraku ini..tq
azlishukri said…
azmi yusof - satu kupasan yang sangat sayu
Unknown said…
salam
kita perlu cari mekanisme baru untuk menyelamatkan masyarakat Islam daripada termasuk ke dalam golongan yang meminum arak ni.Setuju bahawa ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga anak2 daripada terjerumus ke dalam masalah ni.
Dulu masa BN memerintah cakap itu ini sekarang dah terkena batang hidung sendiri macammana?PAS sanggup ke keluar dari PR setelah terbukti DAP memang tak sehaluan dengan PAS?
ZULKIFLI said…
Yang memerintah dipilih oleh yang diperintah. Yang diperintah telah mengamanahkan yang memerintah untuk membetulkan yang salah. Setakat ini, yang memerintah (dalam kes di Selangor) cakap saja berdegar-degar, berak di gegegar. MB Selangor nak tunggu dulu dala hal kebiadaban Ronnie Liu. KM Penang terus beri arahan supaya Jeff Ooi minta maaf. Alangkah berbedanya!
Anonymous said…
PAS sanggup menyeluk pekasam dalam isu arak ini, UMNO 50 tahun buat apa? Maksiat yg berakar umbi memang tidak boleh selesai 'overnight', tapi ikhtiar dan usaha mesti istiqamah dgn political will yg kuat.Pelik, selepas Mac 08 baru gegar isu babi, arak, dulu sonyap je...

DR NO
Jard The Great said…
di sana pon jalan berliku..(saja nk sambung tajuk entri neh)

salam singgah dari ku.. ;p
Anonymous said…
kasihan:(
Anonymous said…
knapa ye mereka hanya tahu mnyalahkan satu pihak???

setuju dgn saudar azmi yusof..

rasa Malaysia sprti ibarat balang kaca..nampak catik dr luaran tp bile dtolak skit, pasti pecah berderai
Cetusan said…
''kalau tuduh BN rasuah..jauhilah rasuah walo sesen pun..''

ini kenyataan yang bombastik tak masuk buku.. zero RASUAH???

lalu di setujui oleh pemilik BLOG.. jadi 2 kali 5.. bab POLITIK nampak bias, hanyasesuai topik dan bicara tentang ekonomi, sosial..selain Politik.

bias TAKSUB dan dendam bila KALAH....

usahkan 50tahun 10 tahun saja..yang lepas..

*wwassalam..insan biasa..yang tak punya apaapa..yg sementara.
pasemboq said…
ini adalah fatwa kerajaan negeri terdahulu(BN) di mana arak yang mengandungi alkohol 8 peratus atau kurang tidak dianggap sebagai minuman keras. fatwa ini jugak masih digunapakai oleh kebanyakan negeri dibawah bn/pr.

larangan penjualan arak khususnya di kawasan yg majoriti penduduknya adalah Melayu@islam di sekitar SA telahpun diputuskan dalam mesyuarat penuh MBSA pada bulan Ogos 2008. namun, Ronnie Liu telah KIV kan keputusan tersebut kerana pihak kerajaan negeri mahu membuat dasar dahulu.

inilah 1 'dosa' besar yg telah dilakukan ronnie, iaitu masih mengamalkan fatwa peninggalan kerajaan terdahulu (bn) walaupun fatwa tersebut jelas sesat & haram disisi islam.
pasemboq said…
Kirin completes divestment from SMC

By Doris Dumlao
Philippine Daily Inquirer
First Posted 13:56:00 05/22/2009

Filed Under: Food, Beverages, Mergers - Acquisitions - Takeovers, Economy and Business and Finance

MANILA, Philippines--Kirin Brewery of Japan has completed its divestment of a 19.9- percent stake in San Miguel Corp. by selling it to a group led by businessman Roberto Ongpin for about P40 billion.

Some 314 million SMC B shares -- open to foreign investors -- were crossed at the Philippine Stock Exchange at a price of P63 per share on Friday, stock market sources said.

Kirin earlier made a deal to sell its stake in SMC to Q-Tech Alliance Holdings Inc.

Among the local incorporators of Q-Tech are Ongpin and Petron Corp. president Eric Recto.

Also among the investors are Mirzan Mahathir, chairman of Crescent Capital Bhd. and eldest son of former Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad.

....................

p/s: fikir-fikirkanlah
lancauuuu said…
serabut lah dgn kaki2 jilat umno

Pilihan Pembaca

MENCARI KEBENARAN Oleh Muhammad Azli Shukri Saya agak kecewa, apabila terdapat pihak yang mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah rasuah, sebaliknya “politik wang” merupakan duit kopi, atau duit ehsan daripada seseorang ahli politik yang “baik hati” yang diberikan kepada para pengikutnya, demi perjuangan untuk mengejar sesuatu jawatan dalam parti. Lantaran itu, para ahli politik yang mengejar jawatan ini telah “menabur” sebanyak mungkin wang di bahagian-bahagian UMNO seluruh Malaysia demi memastikan nama mereka dicalonkan bagi melepasi syarat kuota yang ditetapkan. Mendakwa bahawa “politik wang” bukanlah satu bentuk rasuah, merupakan pembohongan dan penipuan terhadap kebenaran dan menafikan larangan Allah berhubung isu tersebut. “Politik wang” yang diketahui umum, merupakan sogokan dan pemberian wang tunai kepada seseorang, agar orang tersebut mengundi atau menyokongnya untuk mendapatkan sesuatu jawatan. Dengan kata lain, “politik wang” ialah istilah bagi perlakuan mengguna...

Monolog Azli Shukri : Bab 15 : Monolog Terakhir Azli

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 15 : Monolog Terakhir Azli Kurang 6 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi bloggers amatur dalam alam maya. Penuh ranjau dan berliku untuk menjadi bloggers yang cuba sedaya upaya bercakap benar. Segala macam cemuhan, fitnah dan cacian saya terima, malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan. Semua itu, merupakan asam garam kehidupan. Kita harus berhadapan dan bersabar dengan barisan kawan-kawan yang tidak setia dan jujur, dengan kawan-kawan yang menikam dan memburukkan kita dari arah belakang, dan dengan kawan-kawan yang mahu melihat kita tersungkur. Namun demikian, dalam hidup ini masih terdapat juga kawan-kawan yang benar-benar menghargai persahabatan. Monolog ini adalah monolog terakhir saya, setelah selama setahun ia disiarkan di dalam blog ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyukainya. Tetapi, itu merupakan hak masing-masing. Saya masih percaya kepada kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Itu adalah hak asasi manusia. Blog seharusnya men...

Blog Pro-Kerajaan Diserang!

Blog Pro-Kerajaan Diserang! Usaha untuk memadamkan kebenaran semakin giat dijalankan oleh para hacker (penggodam) untuk menutup kelemahan parti pembangkang atau pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim. Setelah salah seorang blogger Pembela Negara, saudara Kumbang melalui blognya analisisringan.blogspot.com digodam dua hari yang lepas, para hacker ini bersembunyi dibalik nama blog tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan lewat petang semalam dan sehari sebelumnya. Blog saya juga tidak ketinggalan daripada diserang sebanyak dua kali melalui domain blog milik Kumbang tersebut. Serangan terpaksa dipatahkan seberapa segera, agar domain atau tapak blog tersebut tidak digunakan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melancarkan serangan yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini daripada terus-menerus memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama blog pro-kerajaan. Modus operandinya adalah sangat mudah - iaitu memil...